18 August 2009

...kejadian 17 Ogos 2009...

Kemarin 17 Ogos 2009,satu kejadian yang langsung tidak pernah terlintas difikiran aku akan berlaku di kampung kami berlaku lebih kurang pukul 4 petang.Time tu aku masih di opis. lebih kurang pukul 4 suku mak aku kol adik aku bagitau ada rumah terbakar dekat rumah kami.time tu aku nda la pulak menyangka "dekat" rumah yang mak aku maksudkan itu betul2 dekat. hanya selang 2-3 buah rumah sahaja.Sesampai jak aku di kampung,time tu bomba baru sampai dan time tu baru mau pasang pili bomba. Ya Allah hanya tuhan yang tahu terkejutnya aku tengok asap2 yang berkepul. Serasa aku api itu sudah menjilat rumah makcik aku.tapi syukur la time tu masih jauh lagi api tu. Aku parking kereta di kampung sebelah dan berlari mendapatkan mak aku. Yang pasti time tu mak aku sudah nangis2(mebe sebab terlalu terkejut)... yang buat aku tambah bedebar2 bila mak aku cakap.. "na..tebakar sudah rumah kita"... nah...apa aku nda takut. lagi2 time ni hanya kami tiga orang jak dirumah . bapakku kan p Bangkok.tapi bila aku tengok dari luar aku still dapat tengok rumah nenek(sebelah bapak aku) masih belum terbakar means belum sampai ke rumah kami lagi api tu. DAMMNNN!!! tiba2 aku teringat lori Sri Kabar yang parking tepi rumah kami. aku apa lagi berlari mau alihkan lori itu(gilakkk beb..aku buka wedges aku dan tinggalkan tepi jalan jak dan lari berkaki ayam...Perrghhhh....hancur tapak kaki) lepas berlari separuh jalan sekali lagi... DAMMNNN!!! aku lupa bawak kunci lori. kunci tu ada dalam handbag aku yang tertinggal di opis. Ya Allah... punya la aku ndak tau mau buat apa. time tu aku hanya terfikir kan apa akan jadi kalau lori tu terbakar. aku bukannya takut lori tu terbakar sebab sayangkan lori tu....persetan la dia terbakar pun aku peduli apa..ada insurans jugak(itu apa yang bapak aku cakap..tinggalkan saja lori tu)...masalah yang bermain di minda aku adalah...apa yang akan terjadi kalau lori itu MELETUP .. DAMNNN!! itu yang bermain2 di fikiran aku. nasib baik aku teringat supervisor bapak aku then aku kol dia suruh ambil kunci tu di opis. lepas tu aku sudah nda peduli benda lain. aku hanya mampu redakan nenek ngn mak aku.aku langsung nda pedulikan barang2 dalam rumah.rumah kami biarkan terkunci sebab aku rela barang2 tu hangus terbakar daripada di ambil oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab.aku hairan dimana hati perut mereka.orang dalam kesusahan tapi mereka mengambil kesempatan. bayangkan..ntah budak2 tu datang dari mana yang konon2 mau datang menolong memindahkan barang2 tapi at last barang tu pun lesap. yang pastinya aku yakin budak2 kampung ini tidak akan buat begitu. serius kurang ajar budak2 yang entah dari mana asal usul merek itu.



Cerita pasal Bomba pulak...aku pun ndak tau sama ada mau salahkan Bomba atau tidak. memang la mereka yang menolong memadamkan api tapi cuba bayangkan diorang datang ke tempat kejadian tanpa membawa bekalan air hanya mengharapkan pili bomba yang entah kenapa time tu banyak betul halangan dia.lagipun time bomba datang tu baru beberapa buah rumah yang terbakar tapi disebabkan ndak bawak air makin banyak rumah terbakar.cuba bayangkan time tu jugak pili bomba tu susah di buka.dan air pulak slow. Ya Allah...nasib baik time tu PERTAHANAN AWAM (thank u)datang bersama bekalan air. time diorg datang tu kebakaran sudah semakin dekat dengan jiran nenek aku. aku nda tau apa jadi kalau time tu belum ada bantuan.


Api dapat dipadamkan lebih kurang pukul 6 petang(belum total terpadam la but still boleh redakan hati penduduk yang lain)....


seumur hidup aku...setelah hampir 25 tahun aku hidup di kampung ini... ini la kali pertama aku mengalami sendiri macam mana kejadian kebakaran berlaku dan yang paling membuatkan aku masih tidak percaya ialah kejadian itu berlaku di kampung tempat aku membesar. Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya aku kerana semua ahli keluarga aku selamat. buat mangsa kebakaran...Takziah di ucapkan..



dibawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil buat tatapan dan kenangan:

Semasa kejadian:


Keesokan harinya(pagi tadi la):

Bomba Kampung...hihihihi...si mamat memadan serpihan kebakaran.takut makin merebak...


aku pun nda tau la diorg ni ambil kesempatan atau apa.tapi sekurang-kurangnya diorg cari sendiri besi buruk tu then jual.

Lori ini la yang bermain di kepala aku.yang menyakitkan hati how come aku boleh tertinggal kunci lori ni di opis.sangat malang!!Nasib baik ada supervisor bapak aku yang datang untuk alihkan lori ini. masalahnya lori ni pulak nda dapat start sebab sudah lama tersadai di situ. nasib baik time tu api sudah redha.Alhamdulillah.




Nota2 kecil semasa dan selepas kejadian(susunan dibawah tidak mengikut masa kejadian..ada yang sebelum,ada yang selepas dan ada yang semasa):

  1. sebelum kejadian ada orang nampak ada helang berpusing di awan di atas rumah tempat bermulanya api itu. mungkin itu petanda yang ingin di berihatu tapi tiada orang yang perasan.
  2. ada orang yang melihat asap2 kebakaran itu menyerupai bentuk badan seorang perempuan.
  3. dan dari sisi sebelah belakang ada yang melihat kepulan asap itu seperti orang rakus yang mencakar2.
  4. aku berlari ke arah lori dengan berkaki ayam dan sampai sekarang tapak kaki aku masih sakit.
  5. aku nda terfikir langsung mau selamatkan barang2 aku. yang aku bermain di kepala aku ketika itu hanyalah LORI..LORI dan LORI. aku takut kalau LORI tu meletup...akan ada nyawa yang tergadai.
  6. Adik aku sempat menyelamatkan 2 beg besar baju2 kepunyaannya sahaja.
  7. yang paling lucu adik aku sempat membawa keluar wedges hijau aku sebab dia cakap cantik dan sayang kalau terbakar.
  8. time kejadian aku ndada perasaan.nangis nda. sedih pun nda. aku sepertinya reda kalaupun rumah aku terbakar.
  9. time kejadian banyak orang yang tidak dikenali turut konon2 membantu mengangkat barang tapi sangat kurang ajar sebab ada yang datang dengan lori untuk mencuri barang2 orang yang dalam kesusahan. sangat kurang ajar.
  10. Sampai detik ini semua orang kampung masi trauma dengan kejadian yang nda pernah berlaku selama hampir 25 tahun aku hidup. jangankan aku makcik aku yang berusia 54 tahun pun cakap sepanjang dia tinggal di kampung ni..ini first time ada kebakaran.
  11. banyak kejadin pelik yang memberi tanda akan berlakunya bencana tapi semua orang nda perasan.
  12. antara kejadian adalah 2-3 sebelum kebakaran ramai budak2 kecik yang asyik menangis.
  13. kucing si ninong balik2 mengiau.nda pernah buat begitu.
  14. ramai rasa nda sedap hati pada hari kejadian.aku dan adik aku hanya berdiam diri di opis. time tu serius aku rasa nda sedap hati sampaikan aku mengarut yang bukan2 dan send msg yang bukan2 kepada seseorang. mungkin kesilapan aku yang mungkin aku sendiri redha dan aku sedar aku nda harus dimaafkan.terpulang pada dia untuk membuat keputusan dan aku terima keputusan dia dengan hati terbuka. I just wanna say.. I'm Sorry ....




Nota kaki tangan dan mulut: sesungguhnya....aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk tinggal di rumah ini...

p/s cara penulisan aku agak tunggang langgang. aku sudah buta karangan semenjak berhenti sekolah. nasib baik bm 1 ...hahaha....

4 comments:

  1. huish..horror betul aku tgk rumah2 yang terbakar. Banyak x?
    Takziah kepada keluarga yang terlibat.
    Pencuri2 tu pulak, mmg ko tak boleh nak halang..nak selamat kan harta, xlarat nak angkat..harap kan org, org buat aniaya pulak..haihh..
    =(

    ReplyDelete
  2. astaga rina astagaaaaaaaaaaaaaa astagaaa teruknyaaaaaaa aku sngka biasa2 jak skalinya pnya byk rmh hangus

    ReplyDelete
  3. feela: tu la pasal. banyak cerita sedih. ada yang mlm tu mau kenduri. then semua hangus.ada yang sdh berbelanja untuk ramadhan sebab sibuk kerja. semua kesian. tapi apa boleh buat...

    ann:memang la.hangus bah. ada tu jiran kami tinggal bawak beg jak sebab lakinya pun sakit. anaknya ndak da dirumah. dia sempat selamatkan doc2 penting jak.

    d: ndak da buat dajal. buadk2 main api.budak tu mmg degil bilang diorg. banyak kali sudah main api.ada jg yg tbakar tapi masi kecik. ni kali ketiga...nah... terus terbakar habis...

    ReplyDelete