25 April 2011

2 Hari- 2 Kemalangan


Sebenarnya, kemalangan ni berlaku minggu lalu.Satu pada 18 April dan satu lagi 19 April. Cumanya baru hari ni aku rajin post benda yang hampir seminggu dalam draft aku (gambar-gambarnya).


Kemalangan 1:

Aku sebagai salah satu mangsa. Boleh cakap mangsa ka?? Almost la. Syukur aku sempat brake! Kalau tidak sah-sah aku pun menjadi mangsa.


Bawah ni ada hasil kebosanan aku sebentar tadi. Cer tengok dulu. Faham ka??






Ini pandangan keseluruhan dari tepi. Vigo itu berada di atas bukit yang tingginya tidaklah seberapa.  Tapi yang buat aku PANAS, Vigo itu parking tanpa ada pemandu dalam keadaan parking di kawasan berbukit. Bodoh betul lah kan siapa yang parking ni. Mesti dia ingat brake Vigo ni hebat gila sampai dia betul-betul yakin untuk tinggalkan Vigo itu dalam keadaan macam gitu.





Pada mulanya, aku menyangkakan yang Vigo itu mau undur, beriya la aku dan lori putih tu tekan hon. Yalah kan, sah-sah la kan jalan tu jalan lurus so sah-sah la turn aku ngan lori putih tu. Vigo tu kalau pun mau keluar, kenalah tunggu nda ada kereta baru keluar. Hon punya hon punya hon. Tapi Vigo tu still begerak.

Ahhh..!!! Sudah!

Pekak agaknya orang ni!

Tiba -tiba :








Nasib baik aku sempat brake wei!!! Sudahnya, aku pun ikut takut! Malaun punya Vigo. Mau jugak aku maki driver vigo ni. Mentang-mentang pakai kereta kerajaan, ko ingat kereta kerajaan jak ka yang bayar cukai jalan. Sekali tengok, ndak da driver la pulak.



So, kesimpulannya, orang yang tinggal vigo ni memang bodoh la kan. Boleh-boleh pulak tinggal kereta dalam keadaan tanpa pemandu di kawasan seperti ini:







Moral of the story , even kau pakai kereta kerajaan, please la jangan parking sesuka hati dan please dont be so selfish sebab yang kesiannya lori putih tu sebab aku nampak dia ada bawak sayur di bucket lori tu. Kan sudah menganggu orang tu untuk mencari rezeki!



Kemalangan 2:

Kemalangan kali kedua ini tidak melibatkan aku. Tapi melibatkan proses perjalanan aku ke tempat kerja. Tengah syok driving mau balik ke ofis selepas makan tengahari di rumah, tiba-tiba jammed.


Apa kejadah jammed area sini ni. Oh! Memang Gila la kan kalau ada road block! Sah-sah aku ndak pakai tali pinggang keselamatan time tu.


Ceh!! Ingatkan road block. Rupanya ada lori petronas termasuk dalam parit!






Hah! Tengok tu!


Kurang jelas???


Mari kita zoom






Hah! Jelas kan. Entah macam mana entah diorang tarik keluar. Ndak da masa aku mau turun tengok dan tunggu. Gambar pun blur-blur sebab time ambil tu sambil driving dan sambil tengok kiri kanan takut ada orang tengok aku ambil gambar. Ndak pasal-pasal kantoi kan. 


Moral of the story, kemalangan itu tidak berbau. Boleh berlaku di mana saja ndak kira masa . So, berhati-hatilah di jalan raya.



P/S padahalnya aku selalu kena marah en. boipren sebab memandu macam hantu!

2 comments: