19 April 2011

Aku Kahwin Awal Ka Lambat Ka Kau Peduli Apa???



Hah! Ambek kau. Pagi-pagi buat entri yang tajuknya panjang bukan main. Aku sebenarnya bukan la sensitif sangat bab-bab kahwin ni. Semua tu kan di tangan ALLAH. Cuma bila ada lelaki bermulut longkang yang sibuk-sibuk mau kutuk-kutuk aku dan kawan-kawan aku bab kahwin mawin ni. Menyirap jugak la aku kan. 


Dipendekkan cerita, aku memang sudah lama menyampah dengan satu mamat ni a.k.a mangkuk hayun satu ni. Tiap kali komen status or post-post aku di FB tiada yang elok-elok. Maybe dia bergurau, tapi agak-agak la. Aku bukan suruh atau paksa dia pun komen post-post aku tu. Suka hati cakap aku mencapap. Kalau rasa post-post aku tu mencapap, DENGAN SEGALA HORMATNYA SILA DELETE AKU DARI FRIEND LIST KAU! 


Hari ni mamat a.k.a mangkuk hayun ni sibuk kutuk-kutuk orang belum kahwin la. Lambat kahwin la. What the fuck fish!!! Kau tu nampak macam alim. Beriman. Tapi rupanya bodoh jugak Lupa agaknya dia ni kan yang ALLAH sudah susun semua kejadiann seelok-eloknya. Mentang-mentang la kan dia sudah kahwin, so dia ingat dia hebat la. Hey You! Kau kahwin awal pun belum tentu bahagia. Belum tentu kekal. Aku bukan menyumpah kejatuhan rumahtangga orang lain, tapi just want him to know, yang ALLAH tu boleh buat apa saja. Dia boleh temukan jodoh seseorang itu secepat mungkin dan Dia jugak boleh putuskan hubungan seseorang itu bila-bila masa. Kita ndak tau apa akan jadi pada masa akan datang. Orang kahwin awal tidak semestinya bahagia dan sempurna. Orang kahwin lambat tu pun ndak semestinya ndak bahagia dan tidak sempurna.Jadi, kalau pun aku dan kawan aku tu mau kahwin awal ka kahwin lambat ka, KAU PEDULI APA! ADA KAMI MINTAK DUIT KAU UNTUK SUPPORT HIDUP KAMI?? ADA??? NDAK DA KAN. SO, KALAU NDAK DA, BIARKAN JAK LAH KAMI BEGINI!


Satu pesan aku, jaga bini kau tu baik-baik. Takut nanti, disebabkan mulut laki dia yang macam longkang, bini dia kena sekali.


Sekian terima kasih!





8 comments:

  1. kenapa ni ?

    fai suka bahasa sabah .
    boleh ajar tak ?
    hehehe :)

    ReplyDelete
  2. @cik fai

    Bahasa Sabah senang jak. Baku kan semuanya. he he he!

    ReplyDelete
  3. ohooooo~ mmg bkin panas itu.
    sabor jela :p
    rasanya dia berminat tmbh satu 2. 2la suka sangat mnyakat cik rina. hehehe.
    tp mmg xpatut la dia ckp cmtu kn. ganggu emosi org jak huh~

    ReplyDelete
  4. Aku setuju ngan ko..sbb akupun kadang2 bengang dgn org yg sesuka hati kutuk aku xkawin lagi dan tuduh aku ni memilih sangat..masalahnya..bukan soal memilih..tp kalau nak kawin tu macam nak beli ikan kat pasar..mmg dah lama dah aku buat..jadi..aku sgt2lah faham bila ko naik hangin macam ni..dan mmg betullah kan..kita bukannya minta diorg support hidup kitapun..aku gi melancong, beli rumah, beli kereta, shopping, gi karok etc..xpernah minta belas ehsan orang..malah kadang2 aku yg belanja lelaki k..hahaha..sebenarnya dah lama nak luahkan..tapi sebab tajuk ko ni hangat gak sampai akupun terasa hangitnya..aku tumpang sekakilah..sorry yer..hehe..~peace~

    ReplyDelete
  5. @izmizahana

    Sokong 100 %... menyampah la kan orang mcm ni...

    ReplyDelete