14 May 2011

KONGSI : Lu Langsi Lu Mati


Assalamualaikum ^___^,


Mula- mula kita layan Poster. Hari tu dalam entri Trailer-Kongsi kita layan trailer kan kan kan...


Lu Langsi Lu Mati : You Show Off, You will Die!!



Layannnnnnnnnnn!!






Benda first aku mau cakap adalah..............  LAWAKKKKKKKKKKKKKKKK!!!



Ya ya ya!!!! Filem ini adalah satu-satunya filem melayu yang aku rasa lawak dari mula aku tengok sampai habis filem. Aku rasa, kalau ada alat yang boleh mengesan bilangan bunyi orang ketawa dalam panggung, mungkin nama aku berada di ranking paling atas sekali. Apa tidaknya, di permulaan filem saja sudah lawak. Tumulak yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam memang menjadi.Memang best dan memang terbaik dari Sam. Memang patut pun dia jadi Bintang Paling Popular ABPH2010 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23.Layak!!!!



Sipnosis ringkas (sumber http://syahrilhafiz.com):


Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.


Setakat ini,apa yang boleh aku cakap, FILEM INI SESUAI DITONTON KETIKA ADA SEDANG DALAM KEADAAN TENSION DAN BERMASALAH KERANA FILEM INI MAMPU MEMBUAT ANDA KETAWA HINGGA NDAK INGAT DUNIA!! Jadi kepada yang belum tengok bagus kamu pergi tengok sekarang. Memang lawak dan terbaik dari Farid Kamil.




Walaupun filem ini aku rasa terbaik tapi ada satu benda yang aku rasa mampu mengurangkan element lawak dalam filem ini iaitu BAHASA KELANTAN yang digunakan. Bagi orang-orang yang faham bahasa Kelantan (macam aku), maybe element lawak itu memang terserlah dan difahami, tapi bagi yang tidak memahaminya, element lawak itu tidak menjadi. Sebabnya, ada beberapa part yang aku rasa lawak gila tapi orang sebelah aku ndak ketawa pun. Maybe dia ndak faham kali kan, so dia just buat bodoh. Aku yang faham ni ketawa macam mau hantuk-hantuk kepala di kerusi depan. 



Tapi, apapun, aku tetap rasa Filem Kongsi ini memang BEST dan akan mencecah kutipan Box Office. Bayangkanlah, hari pertama saja sudah mencecah kutipan RM1Juta!! Kaya Kaya.. Kaya David Teo!! 



Aku ndak tau hari pertama yang dia maksudkan tu bila. Mengikut daripada jadual perfileman (cewah) Filem Kongsi akan ditayangkan di pawagan pada 12 Mei 2011. Tapi aku tengok filem ni pada 11 Mei 2011. First show adalah jam 9.45PM. Aku ndak tau la kenapa, maybe Star Cineplax memang tayangkan awal kali. Sama macam Fast 5. Filem sepatutnya ditayangkan pada 5 Mei 2011 tapi aku pergi tengok pada 1 Mei 2011 sebab sudah mula ditayangkan di Star Cineplax Tawau. 



Apa-apa pun, sumpah aku ndak sabar tunggu BOYFRIEND lama aku beraksi pada 19 Mei depan.





p/s Bulan depan ada cerita best lakonan FARID KAMIL!!!



p/s/s Lambat review sebab masalah blogger.com...sedih!




2 comments:

  1. waahh, hari pertama dah 1juta woh! :D nk tgk! tapi x tau bila :( harap boleh disable kan verification komen yek ;D

    ReplyDelete
  2. sies dni gelak sakan dengar shaheizy cakap.. menjadik dia berloghat kelantan tau hehe

    ReplyDelete