25 November 2013

Tommee Tippee Closer To Nature Essentials Set

Dear anak,

Hari ni kandungan ibu masuk 21 minggu 2 Hari. Esok kita ada check up doktor. Ada rezeki esok dapatlah ibu tau jantina kamu. Tolong anak. Tolong jangan silang-silang kaki. Ibu ndak sabar sudah mau shopping ni. menggeram tengok barang-barang baby yang banyak tengah sale sekarang ni. Tolong ibu k.


Anak, since sudah masuk 5 bulan lebih dan hari ni pay day ibu, ibu so excited untuk start shopping for you. First yang ibu cari for sure la botol-botol susu dan anak beranaknya. Bukan apa hanya botol-botol saja yang tidak mengenal jantina. Entah kenapa anak, ibu macam jatuh cinta dengan brand Tommee Tippee. Hah memang excited la lagi-lagi sekarang memang ada sale sana sini. Cari punya cari, kumpul punya kumpul, at last ibu decided to but starter set.Google punya google, ibu jumpa yang jual direct dari UK. Harga agak murah berbanding yang beli dari kedai-kedai di Malaysia. RM 495 untuk barang seperti dibawah:




  • including shipping door2door
    (Brand New in Box)
    Electric steam steriliser

    Travel steriliser
    Electric steam ste
    rElectric bottle and food warmer
    teats - 0m+

    260ml bottles x 5 with slow flow
    150ml bottles x 3 with slow flow
    teats - 0m+
    Medium flow teats x 2 – 3-6m
    Fast flow teats x 2 – 6m+
    le bags x 2

    Bottle an
    Milk storage lids x 4
    Milk powder dispensers x 6 – 0m+
    Insulated bottle bags x 2
    Bottle and teat brush x 1 Pure soother x1 BPA free for total reassurance




Bagi ibu sangat berbaloi sebab sterilise saja sudah hampir RM200++. Oh ya anak + RM 30 sebab kita tinggal di Sabah. So total RM 525. Sebenarnya ibu baru order, belum bayar lagi. In Sha Allah malam ni kita bayar k lepas gaji clear. he he he. Seperti yang ibu cakap anything for you my unborn baby.



Tapi anak, since benda ni direct dari UK, kita terpaksa tunggu beberapa minggu. Owh mungkin bulan. Tapi tidak mengapa as long as ianya sampai sebelum waktu delivery kamu. So lepas ni ibu ndak payah lagi fikir-fikir pasa semua tu. Ibu tinggal fikir pasal pump dan pakaian kamu serta alat-alat lain. 


Ibu try beli sikit demi sedikit ya anak. In Sha Allah by the time kamu lahir, semuanya lengkap. Ibu janji!






p/s mood rajin datang. yehuuu!

29 August 2013

29/08/2013 - Ibu Rindu Kopi

Assalamualaikum anak.


Hari ni 29/8/2013, hari ulangtahun kelahiran kakak bb. Happy Birthday Kakak BB. Semoga kakak bb dipanjangkan usia,diberikan kesihatan yang baik-baik dan menjadi seorang pelajar yang pintar. AMINNN.


Anak, kamu tau ka, sejak ibu dapat rasa kamu ada dalam perut ibu dan sejak kamu disahkan ada dalam perut ibu, ibu tidak pernah minum apa jua jenis kopi dan apa jua minuman berkafien termasuklah teh. Ahh rindunya ibu nak. Padahal ibu adalah hantu kopi. Sehari tanpa kopi rasa ndak lengkap kehidupan ibu. Tapi apakan daya, demi kamu, apapun ibu sanggup. Tinggal kopi sudah hampir dua bulan. Yang paling perit, ayah kamu hari-hari mintak buat nescafe nak. Bangun pagi nescafe, balik kerja nescafe, malam sebelum tidur sambil layan fb pun dia mintak buat nescafe. Ahhh. perit kadang-kadang nak. Kadang-kadang dapat hidu bau nescafe pun kira satu nikmat sudah tu nak. Kadang-kadang ibu rasa ayah kamu kejam. Saja suruh buat nescafe. Cubalah mintak milo ka, horlicks ka. Air merah kah. Ini ndak nescafe jugak yang dia cari. Ahh. sadis nak. 


Tapi anak, sesadis mana pun, ibu tetap boleh kawal. Bukan jugak teringin sangat, cuma bila sudah jadi satu habit, jadi bila mau buang tu memang payah. Ibu ndak boleh cakap ibu teringin, takut gara-gara teringin dan ndak dapat minum, kamu lahir berbebeng. Ah mintak simpang. Nanti jenuh mengelap liur kamu saja. :D






Kini breakfast ibu digantikan dengan, kalau ndak milo, horlicks ndak pun soya. Ahhh. Agak membosankan tapi demi kamu apapun akan ibu lakukan. 



Oh ya nak, maaf tengahari tadi kita lambat lunch. Ibu sibuk cari hadiah untuk kakak bb dan abang mika. Sabtu ni ada sambutan birthday diorang nak. besar-besaran gitu. So since hari sudah dekat, so ibu kena cari hadiah. Ndakkan kita datang tangan kosong. Malulah ibu nak. So since lambat lunch, balik dari Eastern Plaza, ibu singgah tapau kueh tiaw suham. Ahhh. Nikmat nak. Tetap saja ibu makan pedas. Kalau nenek dengan ayah kamu tau, habislah ibu kena bebel. Maaf nak kalau kamu kepedasan tapi macam mana, samalah macam kopi, sudah habit makan pedas-pedas. Tapi bab pedas ni memang susah sikit mau buang nak. Tapi ibu memang sudah usaha kurangkan. Harap kamu faham.






Oh ya. Semalam pakcik bon sponsor kita satu keluarga makan steamboat di Sri Titingan. Pilihannya ndak banyak nak ndak macam yang di Perdana tapi oklah. Harga pun murah. RM 20/pax untuk dewasa. Eat all u can. Oklah.Sesuailah untuk sekumpulan 25 orang yang pergi termasuk budak-budak tu. Tengok gambar pun tau betapa sibuknya ibu masak dan makan. wehuuu. kenyang banget ibu. Harap kamu kenyang jugak.






Oklah anak. Sampai sini dulu. Nanti kita sembang lagi. Bye. Love u.