25 May 2013

Kurang Seminggu Lagi

Assalamualaikum. Ahhh baru berkesempatan update blog. Sibuk la konon. Entah aku pun ndak tau apa perasaan aku sekarang. Ndakda jugak rasa nervous macam orang cerita tu. Aku pun hairan kenapa harus rasa nervous bagai. Kita buat benda baik bukan buat benda jahat dan sepatutnya rasa happy bukan rasa takut. Tapi mungkin aku belum rasa debaran itu datang, so boleh cakap lebih-lebih. 


Apa yang pastu bagi aku, detik-detik terakhir ni, aku cuma mau selesaikan benda-benda yang patut diselesaikan termasuklah sesi membersihkan sekeliling rumah. Nasib menjadi anak sulung perempuan dalam keluarga adalah seperti aku. Menguruskan hal perkahwinan sendiri. Tiada kakak dan tiada abang untuk menguruskan. Temankan mamak ke pasar untuk belanja, tugas aku. Bersihkan sekeliling rumah tugas aku.Tapi aku bersyukur punya ahli keluarga yang sentiasa membantu. Bersyukur atas bantuan mereka tugas aku kurang sedikit. Thank you semua!!!!



Love,
rinadorina bahar

P/s nanti sambung lagi




23 May 2013

Seminggu Lagi

Ya seminggu lagi. Seminggu lagi dan aku sudah start busy sampai ndakda masa untuk update blog. Aku start cuti dari hari isnin dan dari hari isnin jugak la aku temankan mamak pergi beli barang-barang yang patut. Dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar barang. Kira macam, belanja untuk item-item yang ndak boleh beli awal lah. 



Esok, acara gotong royong akan bermula . Dari kerja-kerja membersihkan sekitar rumah dan rumah abang bon. 



Aku pula, masih busy dengan hal-hal souviner, veil yang sudah berminggu belum siap sebab aku memang suka buat kerja last-last minit. Lain cerita lagi hantaran belum siap deco. Hebat kan aku. Tapi yang pasti, BAJU NIKAH SAYA SUDAH SIAP! wehun! Berbaloi. Berbaloi dengan harga kain dan berbaloi dengan upah jahit. Sekali seumur hidup. Tidak mengapalah. Asal berbaloi dan puan hati! 







Ok byr. Mau siap-siap mandi petang dan lepas maghrib sambung jahit veil. Souviner untuk VIP tunggu wedding crew datang malam ni. Kerah tenaga diorang kerana sudah start cuti sekolah.




LOVE,
rinadorina bahar




P/s semoga rajin update blog walaupun busy!