Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

01 January 2012

Santapan Pertama Di Tahun Baru 2012

Pagi tadi, bangun-bangun jak mamaku bawak pergi bandar. Berjalan-jalan katanya. Isi masa lapang dan isi keboringan. Tanpa breakfast, kami pergi ke bandar dalam jam 10. Seperti biasa, aktiviti wajib hari ahad adalah makan di Kedai Kopi Yuan Yuan. 



Kebiasaannya, aku makan soto atau pun kon lo men. Tapi hari ni bertukar selera.


Sup biasa a.k.a sup cina aku panggil. Isi kali ni aku pilih isi ikan, udang dan bebola  udang. Sangat nikmat.. Lagi-lagi untuk golongan manusia yang diserang hantu PMS macam aku ni. Licin aku kerjakan. 









Lepas ni akan menjadikan menu ini sebagai makanan wajib makan di Kedai Kopi Yuan Yuan.





p/s Tetap aku rindukan TOM YAM KEDAI KOPI WAN-WAN!!!

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2012.




Cepatnya masa berlalu. Sekarang sudah 2012. Banyak azam (konon) yang aku mau buat untuk tahun ini. Termasuklah rajin mengupdate blog pasal kehidupan aku. Aku berfikiran ingin menjadikan blog berbayar ini (punya aku tambirang, mentang² ada domain sendiri) sebagai kenangan untuk aku kenang dimasa depan memandangkan aku ni pelupa. YES. AKU PELUPA. Aku akuinya. ^__^ . 




Apa jua yang aku post di blog ini hanya sekadar untuk kenangan. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Terpulang kepada persepsi orang. INI BLOG AKU. Bukan FACEBOOK. So aku berhak untuk masukkan apa jua yang aku perlu kerana DOMAIN BLOG INI AKU BAYAR. So aku ada hak untuk buat apapun termasuklah mengutuk, memaki hamun,memuji dan lain-lain. Kepada yang tidak berpuas hati, itu hak anda. Kepada yang bosan itu pun hak anda. Aku tidak berhak untuk suruh kamu suka dan PAKSA kamu baca blog ini.  





Entri 2012 dimulakan dengan revolusi bilik aku. YEAH!! Hari ini aku rajin untuk kemas bilik aku yang rasanya seminggu eh dua minggu sudah seperti TONGKANG PECAH! Dan tika aku tengah taip entri ini, bilik sudah selesai dikemas. AHH! Gembiranya.


















Tapi benda paling aku suka adalah lampu dan lilin itu. Dua-dua hasil dari songlapan dari luar. Lampu tu actually lampu yang ada patung ² ikan tu dan lampu dia tukar² warna. Dulu diletakkan di ruang tamu tapi memandangkan tiada sudah ruang untuk di ruang tamu, mamaku letaknya di dapur. So, tiba-tiba la aku dapat idea untuk curik bawak masuk bilik. boleh guna sebagai lampu bilik. 




Comelnya lah bah bilik aku sekarang ni. Begitu jugak dengan lilin tu. Aku songlap dari luar jugak. Pokoknya, tahun 2012 aku ber-environment baru . BEST!!!




Sekian!!




p/s sedang berfikir-fikir list 2012. Semoga!!!