Showing posts with label Kaki Candid Photography. Show all posts
Showing posts with label Kaki Candid Photography. Show all posts

20 May 2012

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2012



Kelmarin, Aku,Adik aku, Ninong dan Yuli pergi memeriahkan (konon) lagi Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2012 yang berlangsung di Komplek Sukan Tawau. Event itu berlangsung selama tiga hari dan kelmarin adalah hari kedua. Meamandangkan kelmarin adalah hari sabtu (Hari Remaja/Hari Belia sedunia), kami pun pergilah memeriahkan Majlis.





Cuaca memang superb panas lah kan. Nasib ada bawak payung kalau tidak maunya hangus terbakar.
Bukan jugak trep ndak mau bepanas, tapi memang superb panas. Silap-silap boleh bikin demam. 


Aku kalau sudah jalan dengan kaki gambar macam si Yuli, Memang kerja aku mengambil gambar dorang jak lah. So, aktiviti kelmarin lebih kepada berjalan-jalan dan bergambar-gambar.So layan gambar jak lah.







Saya yang gemuk!!!




Stadium Utama , Kompleks Sukan Tawau


Cik Pemilik Kamera. Gambar semua curi dari FB dia. Thanks BF!



Hilang Malu sudah time ni. Mampus orang lah mau cakap..."Dengan banner pun mau begambar"... ADA AKU KISAH???


Ninong


Belia Mengandung!



Lepas puas posing sana sini di Stadium Utama, kami pergi ke kawasan pameran dan permainan pulak.



First singgah di booth pameran basikal berhias ni. Budak-budak Tawau memang popular dan kreatif dalam hias menghias ni.  Basikal siap ada speaker. Kalah wo kerete waja buruk aku.


Basikal pink.. kau ada?



Ninong dan bebo...



Cute bilang si Yuli



Kreatif bah!!




Lepas tu kami lepak di booth Explorace. Si MZMZ ada sana. Jadi AJK kunun. Sambil promote KakiCandid Photography la tu. So sesiapa berminat untuk dapatkan khidmat photographer boleh klik sini ---> KAKICANDID PHOTOGRAPHY's FACEBOOK PAGE .




Iklan~!


Friends!!



Sisters!


Sempat lagi pinjam backdrop diorang. 


Selain tu ada jugak booth untuk suka-suka. Ala-ala roda impian gitu. Semangatan diorang main ni. 














Tawau Blogger Unity  dan Discovery Tawau jugak ada buka booth. Ada pameran dari blogggers tegar Tawau. Diorang ada buat game jugak. Kuiz Sejarah. Sejarah pasal Tawau. Jawapan ada di area situ juga cuma perlu cari. 




TBU!




Discovery Tawau



Lepas penat melawat-lawat dan berjalan-jalan, kami pergi isi perut. Lepas tu masuk ke Stadium Utama semula. Ada Battle of the Band. Gila. Tengah-tengahari buata buat battle. Panas. Tapi layan jak la. Sekadar mencari tempat berangin.












MZMZ cakap, hari ni ada lagi final BOTB tu. Tapi aku malas pergi. Hari ni mau tengok Mania Astro Final. Ulangan!!!  Memandangkan semalam aku ndak dapat tengok sebab pergi dinner PEWAKAS. Apa PEWAKAS tu?? PEWAKAS ni ialah Persatuan Wanita Kastam (if im not mistaken lah).Aku dapt tiket free, pegi jak lah. 




Apapun, next time kalau Tawau ada buat event-event begini, aku mau buka gerai lah. Macam best. Kompom laku. (^___^). Misi untuk menjadi Usahawan. Semua bisnes mesti dibuat. Aku ada dengar Dr. Fadhillah Kamsah ada cakap, 90% rezeki di muka bumi ini adalah dengan berniaga. Yang penting kita rajin berusaha. Insyallah!!!



p/s Gambar semua curi dari FB Yuli. Thanks Yuli!



Sekian

21 March 2012

Begilak Di Studio KakiCandid - Part 2


LOKASI : STUDIO KAKICANDID 

TEMA:  PERGI RUMAH ORANG KAHWIN





















p/s kesian kalau orang ndak pandai posing disuruh beposing. HANCUSSS!

p/s/s kepada yang berminat untuk photoshoot boleh lawati Facebook KAKICANDID untuk keterangan lebih lanjut.

20 March 2012

Begilak Di Studio KakiCandid - Part 1



TEMA: PERASAN MINAH REMPIT 
















OMG! Sangat tidak sesuai muka aku memakai spek itu!!! arghhhh!!







p/s unedited version!

03 February 2012

Dress Bundle RM5

Aku ingat lagi, zaman study UMP dulu, ada kawan rajin bawak pergi bundle. Nama dia Noraliana. Panggilan dia INA. Tapi ada yang panggil dia Ina Lesung sebab dia ada lesung pipit yang comel.


Lepas dari zaman UMP, aku memang sudah jarang pergi bundle. Cuma lately, semenjak selalu bosan untuk mencari tempat untuk window shopping di bandar Tawau ni, aku mamaku dan ninong rajin le bundle. Kadang-kadang sekadar untuk cuci mata. Semua bundle di Tawau ni kami round, kecuali yang di bandar sabindo. Best jugak sekali sekala membundlekan diri.


Tapi, paling best, ahad minggu lepas. Membundlekan diri bersama KCP (Kaki Candid Photography) crew. Ramai-ramai memang best. Round punya round punya round, aku jumpa sehelai dress yang bagi aku comel. Aku tanya en boipren, lawa ka? Dia cakap lawa. Aku terus grab. Tengok tag harga Rm5.90. Muat ndak muat belakang kira. Bukan RM 5900 pun. Kalau ndak muat aku niat mau sedekah ke orang yang lebih kurus dari aku. Tapi syukurlah muat.


Aku tau, ada spesis manusia ndak layan baju-baju bundle ni. Bagi diorang, ndakda standard lah. Kotor la. Apa lah. Tp bagi aku, tiada masalah. Kadang-kadang orang yang temberang konon ndak layan bundle ni, orang trep kaya jak. Dia ndak tau orang-orang kaya pun ada jugak layan bundle. Ah biarlah mereka. Yang penting aku happy dengan dress RM 5 aku. Sukaaa!!