Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts

03 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat: Banyak Betul Kontroversi Kau !

Apex! Apex! Apex!Kenapalah kau banyak betul kotroversi! Mau cakap gila popular, rasanya kau sudah popular pun. Ndak perlu lah mau buat kontroversi-kotroversi murahan macam ni. Nama macam BAPAK SEGALA PLAYBOY pulak aku tengok kau ni. Dalam setahun ni sana-sini kontroversi kau dengan perempuan itu lah, perempuan ini lah. 


Ish! Ish! Ish! Ndak Habis dengan kisah putus tunang kau dengan si Jejari Runcing tu kau dikaitkan dengan si Dahlia Teck. And Now Shida Harmi. Sudah-sudah lah tu. Aku as penyokong HARIMAU MUDA, rasa macam, eh apa ni??? Please la. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Bawah ni, ada beberapa gambar mesra dan kontroversi Apex. Enjoyyyyy!!



Tidak diketahui motif sipengirim email yang menghantar screenshot Blackberry Messenger (BBM) dan beberapa keping gambar mesra dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Apa yang ditulis, di BBM tersebut tertera nama Shida dan Apex manakala perbualan mereka amat hangat dan penuh emosi.


Mungkinkah kerana Apex kini dipuncak populariti dan ramai pihak mahu mengambil kesempatan atau sememangnya isu yang diketengahkan oleh BBM itu memang berlaku? Sebab itulah timbulnya ayat-ayat "U nak i tunjuk bukti yg pena tido dgn u? I got al d prove... dun u eva play wit me"..!
Jika benarlah dakwaan ini... nampaknya ada pihak yang makan hati nanti termasuklah Dahlia Teck. Namun sebagai peminat sukan dan khususnya peminat Apex... anda yang tentukan sendiri kebenarannya. Tak gitu?






















Daripada langsung tidak dikenali, nama Shida Harmi terus meletup apabila gambar mesranya bersama Khairul Fahmi tersebar di laman blog beberapa hari sebelum ini. Tambah menyedihkan, Shida sebenarnya sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 2 minggu. Pastinya perkara ini memberikan impak yang negatif kepada Shida, tunang dan keluarga mereka. 

Bercakap kepada Harian Metro, Shida menyatakan yang dia menerima gangguan daripada peminat Apek apabila gambar tersebut tersebar.

Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


Apabila ditanya tentang kewujudan orang ketiga oleh wartawan OhBulan, Shida mengesyaki yang memang wujud orang ketiga dalam hal ini.

Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita.


Dan Shida menafikan yang tulisa di dalam BBM adalah miliknya.

Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact.


Pengajarannya mudah sahaja, janganlah ambil gambar semesra begini dengan mana-mana lelaki. Kita tak tahu siapa yang dengki dan marah dengan kita. Bila dah ada gambar sebegini, sesiapa yang busuk hati boleh menggunakannya untuk menjatuhkan kita. Kepada Shida, semoga anda tabah.

SUMBER: Blog Bulan Purnama

24 November 2011

Harimau Muda Tewas || Tiada Yang Perlu Dimaafkan

Asslamaualaikum dan selamat berhari Khamis semua.

Sedikit hampa bila Malaysia tewas kepada Syria semalam. Tapi aku sebenarnya tidak menharapkan apa-apa dari perlawanan semalam. Kalau menang, syukur.Kalau kalah pun tidak mengapa kerana jelas terpancar keletihan di wajah Harimau Muda kita bermula dari wisel permulaan di tiupkan lagi.


Artikel bawah ni aku ambil dari berita harian. Bagi aku tiada apa yang perlu dimaafkan. Aku sendiri tidak dapat mebayangkan kalau aku yang berada di tempat mereka. Penat woi. Serius. Sebab tu aku tidak mengharapkan apa-apa. Semalam tengok bola pun dengan hati yang tenang dan tanpa ada makian dan cacian . Lepas jak gol 1-0, aku rasa mau masuk tidur sebab entah kenapa aku memang sudah dapat agak Malaysia sure kalah tapi aku layankan juga. 5 minit terakhir, aku memang mau sedia-sedia menutup tv. Aku suruh si Ninong off kan TV sementara aku mengemas ruang tamu yang penuh dengan makanan . Ketika aku membawa masuk bekas-bekas makanan tu ke dapur, Ninong beteriak dari ruang tamu, "RINAAA, 2-0".  Dalam hati aku, ok fine. Aku langsung ndak keluar-kelaur lagi ke ruang tamu. Lepas tu aku masuk bilik terus tidur. Bukan kecewa cuma malas mau fikir. ^__^






Apapun, pujian harus diberikan kepada KFCM. He did a god job last nite!


Sebelum tu mari kita layan lagu Kehilangan by Firman.Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!







p/s serius aku sekarang agak semangat dengan Bola Sepak temaptan ni. ^________^