Showing posts with label Photograhpy. Show all posts
Showing posts with label Photograhpy. Show all posts

20 April 2013

Jangan Perasan Boleh?????

Assalamualaikum...


Bukan niat mengubah ciptaan ALLAH. Aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku miliki. Cumanya aku mau buktikan pada semua orang, jangan mudah percaya bila seseorang tu post gambar lawa-lawa tahap gila lawa tu. Antara dua jak tu, samada make-up 10 inci atau edit guna perfect 365.  



Bagi aku, mau tengok seseorang tu PERFECT 365 cantik adalah ketika dia tidak pakai satu make up pun. Yang natural beauty kata orang putih. Kalau sudah make up, muka nenek pun boleh jadi lawa.Percaya ndak??? Sila percaya... Gambar bawah ini adalah real. Dan tahniah kepada jurusoleknya kerana berjaya mengaburi mara orang ramai. (^___^)







Gambar bawah ini pula adalah hasil dari editan berjaya menggunakan Perfect365. Sila jangan percaya gambar sebelah kanan itu kerana ianya hanya edit semata-mata. Aku masih ada perasaan SEDAR DIRI yang aku tidak selawa itu. Tapi kalau ada jurusolek yang mampu buat aku selawa itu, fulaweiii... lu memang  hebat wa cakap lu.








Apa-apapun, sila jangan ambil serious dengan editan diatas. Aku tau mesti ramai mulut-mulut busuk yang mengata aku ubah ciptaan ALLAH. Aku tiada niat. Asal anda tau, itu cuma editan. Just for fun. Siapa ambil serious aku cocok mata kamu sana. Bye.


note: gambar atas sekali adalah bersumberkan FB.



Love, 
rinadorina bahar

22 December 2011

My Best Friend's Wedding || Part 2

Assalamualaikum dan hai hai hai semua. ^__^,

Hari ni mau update gambar kawin kawan aku yang hari tu. Kali ni part 2. Bukan hasil kerja aku. Hasil kerja orang lain. Tapi pengantin yang sama. My gorgeous friend Dayang Merlyn.

































P/S tunggu hasil kerja si Apis, the main photoG. Bilang c DD bulan 2. Adui lamanyaaaa!!!

13 December 2011

My Best Friend's Wedding || Part 1


Majlis Nikah 

Berlangsung si rumah pengantin perempaun yang bertempat di Taman Ria 7.
Tarikh : 09/12/2011
Masa: 2 petang



































Banyak gambar aku ndak dapat ambil. Sebab aku bukan main PhotoG. Aku cuma datang sebagai kawan dan sambil-sambil belajar. PhotoG sebenar adalah adik Apis. Diterbangkan khas dari KL. Jauh bebenar si dD bawak photoGnya ni. Tapi serius aku cakap, Apis seorang yang baik. Ndak kedekut ilmu. Ndak macam beberapa photoG yang kedekut ilmu. Ada tu, aku tanya tempat pun kedekut mau tau. Aku hairan. Kenapa diorang kedekut. Takut kali dorang kalau aku pandai, diorang ndak boleh cari makan. Ha ha ha. Kedekut ehh! Ndak mati lah wei kalau seetakat bagitau nama tempat. Rezeki tu di tangan Allah. Bukan di tangan tempat tu. Apapun, Apis memang best. Tapi malu jugak aku bila Apis cerita, malam sebelum majlis dD tu, dia ada lepak dengan photoG Tawau. Dia cakap, photoG Tawau ni KEREK a.k.a TEMBERANG. Aku ndak nafikan pun sebab ada beberapa orang photoG yang temberang. Bangga bebenar pegang kamera mahal tu.  Hairan. Konon-konon dia la otai. Tengok gambar orang lain, sengih-sengih. Hekeelehhh. Lain orang lain la pendapat dan idea dia. Kau ndak payah lah mau sengih-sengih babi tengok gambar orang. Kau rasa cantik belum tentu aku rasa cantik. Aku rasa cantik belum tentu kau rasa cantik. Ok bro. Malu sikit. Orang datang tempat kita, please lah tunjukan tabiat baik sikit. Peace ^__^.


Oh ya, ada satu lagi photoG. Entah sapa yang assign. dD pun ndak tau. Bapak dia kali. Abang tu pun bagus. ndak kedekut. siap tanya aku, OK KAH?? OK KAH??  Apa ndak dia tanya aku balik-balik, sudahnya aku pakai baju kurung moden. Kain siap belah depan. Nasib baik aku pakai legging dalam tu, ndak la nampak buruk kalau mengcangkung pun. ha ha ha.



Oh ya. Gambar-gambar ni aku ambil sendiri. Baru belajar. So, kepada yang otai-otai, sila beri komen. Nanti akan diperbetulkan mana yang kurang.Komen ya bukan kondem.



p/s Saya budak baru belajar.



02 December 2011

Kuasa Fotolr PS

Sekarang ni zaman canggih dan moden. Semua benda boleh edit. Orang buruk pun boleh jadi lawa. Orang lawa pun boleh jadi buruk. Semuanya boleh dilakukan dihujung jari. Banyak software-software yang boleh kita lakukan. Tapi setahu aku, yang popular adalah photoshop la kan. Photoscape pun popular jugak rasanya sebab free kan. 


Dua hari lepas, disebabkan bosan dengan jalan cerita slot Tentang Dhia tu, aku pun membongkar App Store phone aku dan terjumpa Fotolr PS. Nampak menarik. Lepas explore punya explore punya explore. Aku pun berhasil menghasilkan 2 gambar. Edited baikkkkk punya. 









Amacam gambar yang kedua?? kawan aku cakap macam mariah carey pun ada...muahahahahahah!!