Showing posts with label Raya 2011. Show all posts
Showing posts with label Raya 2011. Show all posts

09 September 2011

Cerita Pasal Duit Raya!!!

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!

Aku tengok ramai bebenar la kan orang buat entri pasal duit raya diorang. Tiba-tiba la aku pun mau buat. Ini entri edisi ketandusan idea. Tapi macam best pulak kan mau share cerita pasal duit raya ni. Pepatah orang putih cakap, WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK. Eh ngam ka?? Aku ni kadang-kadang bodoh jugak bab pepatah-pepatah orang putih ni. Tapi harap-harap betul la kan.


Ok, cerita pasal duit raya, aku terus terang la. Dalam usia 27 tahun (tuanya kau rina!!), siapa sangka masih ada orang yang baik hati mau bagi aku duit raya. Ketuaan kali aku untuk dibagi duit raya. Untuk RAYA 2011 ni, secara rasminya aku umumkan, aku dapat kumpul RM60 sebagai duit raya. WAHHHHH!! Not bad la kan. Boleh beli sebiji sandal baru. Mau tau dari siapa???


RM 10 adalah hasil dari belas kasihan seorang kakak sepupu yang simpati kepada adik sepupunya yang belum berkahwin ini. Siap cakap "Nah!! Untuk kau. Sebab kau belum kahwin" HEBAT!!!


Lagi RM 50 dari seorang kawan bapak yang berbangsa Cina yang datang beraya di rumah. FUH!! time dia bagi aku siap fikir 2-3 kali. Ni Raya Melayu ka Raya Cina ni??? Bukan patutnya dia yang dapat duit raya?? Apa mimpi dia datang rumah bagi aku duit raya???


Moral of the story: Sesiapa yang mau duit raya, sila jangan berkahwin awal. LOL!!!


Wei, tapi biarpun aku belum kahwin, aku tetap bagi duit raya ngan cousin-cousin aku yang bawah umur 17 tahun ok(sumpah tiada niat menunjuk-nunjuk, bukan aku bagi satu juta satu orang pun mau betemberang). Sebagai sedekah. Zakat harta la gitu lebih kurang. Macam la harta ko banyak sangat kan rina!!!!


Apapun, yang penting, kita ikhlas memberi dan ikhlas menerima.. phewww!!!



Confession : Gambar ini aku curi dari En. Google







P/S ada siapa-siapa lagi yang dermawan mau dermakan aku duit raya????

07 September 2011

Mana Gambar Raya ????

Jawapannya???


TIADA!!! 

Aku tiada gambar raya tahun ni. Raya pertama aku pakai baju kurung moden kain Japanese cotton yang aku beli di Bandung March lepas. Sepatutnya kain tu untuk MZMZ tapi, untuk seorang yang belum berkahwin dan tidak pernah beli kain untuk pasangannya, aku tersilap beli kain. Aku lupa MZMZ tu tinggi , aku beli 4m untuk dia buat baju melayu, rupanya dia pakai 5m.Sudahnya, aku bagi dua ngan mak aku kain tu buat baju kurung.Untuk kain, aku pakai songket mak aku pakai kain pelikat. Buruk jugak kan kalau aku pakai baju plain dari atas kebawah.

Gambar??? Sah-sah tiada!  Gambar dengan family lagi la tiada. Memandangkan kamera pink sony aku hilang so aku memang tiada mood la mau bergambarkan. 


Raya kedua, ada makan-makan di rumah. Aku pakai hoodie dress pink. Also tiada gambar.

Raya ketiga, pergi beraya, aku pakai baju cotton viscose, memang selesa gila. pakai dari pagi sampai malam pun rasa selesa gila!!!! gambar?? tiada!!


Kesimpulannya aku tiada gambar time beraya kecuali beberapa gambar yang diambil masa aku pergi rumah kawan aku Yuliana.Masa tu anak buah dia aqiqah. Itu pun aku pakai baju raya tahun lepas.. FUH!!!







FUH!!! Rupanya ada jugak gambar aku time raya ni kan...

Lalalalala~~



p/s pipi tu bila mau kurus??? menyampah!!!