Showing posts with label charcoal mask. Show all posts
Showing posts with label charcoal mask. Show all posts

22 May 2012

Charcoal Mask | Hilangkan Blackhead dan Whitehead

Hari tu, aku ada post pasal Egg Mask( <--- Klik sini). Aku try egg mask tu sementara tunggu Charcoal Mask aku sampai. So, mask aku tu sampai hari sabtu lepas. So ahad lepas aku try la pakai.

Sebelum tu, aku mau inform, sila jangan pengsan tengok muka serupa hantu aku ya ya ya...




Ini lah rupa charcoal mask tu


Sila basuh muka anda sebelum menempelkan mask ini ke muka anda.



Sapu ke wajah anda. Sila pastikan tidak terkena kening dan anak-anak rambut anda ya sebab bila kering takut tercabut plak kening tu



Hampir Kering. Ndak mampu senyum sudah. Menarik bah tu mask.



Kering!! Sedap bah. mencengkam muka. Terus masam muka ku..



Tanggalkan mask dari wajah anda secara perlahan-lahan. Cabut dari bawah keatas ya
Inilah hasilnya. Kurang sudah blackhead sebab baru 3 hari lepas guna egg mask. So lepas ni mau pelihara dulu tu blackhead baru betul-betul nampak hasilnya.



Lepas tu basuh muka anda dan sapukanlah VCO ini untuk melembabkan semula kulit anda.






p/s next two weeks baru buat lagi. Sesiapa berminat dengan VCO tu boleh inbox KIKI e-Shop ya.


18 May 2012

Egg Mask : Blackhead Remover | Percubaan Pertama

Actually aku ada beli CHARCOAL MASK atau dalam bahasa Melayunya topeng arang. Ini akibat terpengaruh dengan iklan-iklan di FB lah. Memandangkan aku memang mempunyai maslaah blackhead/whitehead especially area tepi hidung. So aku pun beli. First time konon mau try mask buang blackhead ni. Sebelum ni aku hantam picit jak pakai jari (bahaya. sila jangan buat. Nanti banyak kesan-kesan luka di kulit muka). So, dipendekkan cerita, aku pergilah cari di youtube. Manalah tau ada orang rajin bagi tunjuk keberkesanan mask ni. Fuh. Memang ada. Menarik la.Tengok bawah ni. Puas hati kan kalau benda tu tertanggal.




Tapi lepas tengok video ni, aku jumpa video bawah ni pulak.





So, disebabkan mask yang aku order belum sampai. Dan penjual tu baru pos pagi tadi, so aku membuat keputusan untuk menggunakan method EGG MASK ni untuk buang blackhead yang ada.  Apa yang aku perolehi adalah seperti gambar dibawah. Bahan yang diperlukan hanyalah sebiji telur. Ambil putihnya sahaja. kemudia kacau/pukul sehingga jadi seperti gambar di bawah. Sapu pada muka dan tampalkan tisu mengikut keselesaan. Tunggu hingga kering dan tanggalkan perlahan-lahan.  

TADAAAAAAAAAAAA!!!









Hasilnya memang memberangsangkan. Hilang semua blackhead di tepi hidung. Tapi adalah jugak sikit-sikit yang ndak tertanggal sebab aku buat ndak kering betul. Apa tidaknya, 8.20pagi tadi baru siap tempel. sampai 8.50 aku tunggu tapi belum kering sepenuhnya. Mungkin terlampau tebal aku sapu telur tu. Apapun, next time aku mau cuba lagi. Best guna telur ni sebab dia tegangkan muka. eh.. chop-chop, pas ni aku sudah ada charcoal mask tu. So lepas ni semua blackhead dan white head remove pakai charcoal mask jak la. Nanti sampai aku kasi tengok hasilnya ya. 


sekian.