05 September 2009

...14 & 15 ramadhan...

14 Ramadhan (4 sept 2009)


~ermm...hari jumaat...macam nda ada apa yang menarik. kehidupan seperti biasa2 jak
~hurrm...aku mula terasa ingin berputus asa....berputus asa dengan hubungan yang ada sekarang ni..



15 Ramadhan (5 sept 2009)


~hari sabtu... kehidupan bermula seperti biasa
~disebabkan aku bangun awal dan aku malas mau p kerja awal2 sebab hari ni hari sabtu... so aku dengan nda tau malu telah mencuba shawl baru sebelum p kerja..huhuhu...(mmg itu kerja aku kan..suka try2 baju and shawl.)

~sebenarnya aku ada 3 shawl baru..baru sampai. aku beli dengan si Julijan. kawan aku masa sekolah rendah.
~kerja seperti biasa..main game memanjang
~balik rumah dalam jam 1.
~online..chatting sampai aku terlupa aku belum solat zohor.time tu sudah jam 3.10p.m. apa lagi melompat aku dari kerusi terus p ambil wudhu. sudahnya baru dua rakaat aku solat zohor sudah azan asar. alpa gara2 online. berdosanya aku kan. tapi aku nda sengaja.lainla kalau aku sengajakan.....
~dalam jam 4 aku berhenti online. aku lepak2 di ruang tamu. tiba2 ada mms masuk. kazen aku kirimkan gambar anak dia yang masuk wad sebab kena penyakit kuning. biasalah kan kalau baby baru lahir ni. banyak masalah.


comel plak si mika begini...

geram aku tengok pipinya bah. tunggu ko hari raya kalau ko balik...habis la ko Mika makcikmu ni akan kerja kan ko sampai menangis...

~kan dalam entri aku pagi tadi time di opis aku cakap aku ada majlis berbuka puasa di balai raya... taraaaa...ini antara gambar2 yang sempat aku ambil...


huhu..yang pasti gambar aku mesti ada...

kanak2 tadika bersama ibu mereka

Pengerusi Tadika Kemas Tg Batu Tengah sedang berucap
Antara makanan utama adalah NASI BERIYANI...sedap gilak...

ada jugak yang bawak burasak...tapi mau makan ngn apa..belum raya bah ni...

Antara kuih muih yang ada
~ actually makanan yang ada sebenarnya hasil sumbangan ibu bapa budak2 tadika sendiri.sebab tu banyak makanan kecuali Nasi Beriyani dan mee goreng tu di tempah khas.
~dan sekarang ni aku tengah online lagi malas mau kluar walaupun malam ni malam minggu...tapi nda tau la kalau malam sikit. manatau datang sewelku mau belepak di luar...




nota kaki tangan dan mulut: masa berlalu dengan pantas sampaikan aku hampir nda sedar yang puasa sudah masuk hari yang ke 15 hari ni...

...tiba-tiba...

time aku taip entri ni aku tengah bermalas2an di dalam bilik bos(bapak aku la tu)... biasalah hari sabtu..lagi2 bos nda ada..ikutkan kata hati aku memang malas mau turun kerja kalau sabtu.sebab bukan ada benda mau buat pun.paling2 pun aku online. ermmm...sama jugak aku online di rumah kan...hikhik..tapi iyalah...aku pun segan jugak la bah kan. aku nda mau la orang cakap mentang2 la aku anak bos suka hati aku jak mau datang kerja ka mau nda. padahal before aku kerja sini pun bapaku pernah jugak cakap..kalau aku kerja sini..aku nda payah la ikut rules..sebab aku boleh balik kalau kerja sudah habis.lebih kurang cam bos jugak la. tapi kalau hari biasa nda pernah jugak aku balik awal..memang la kadang2 4.30 pm aku balik tapi itu kira lambat la kan sebab aku nda kuar lunch. padahal kalau ikutkan aku jam 12-1 aku sudah boleh balik sebab kerja aku pagi2 lagi sudah setel. ermm.. ntah la...lain plak aku rasa kalau balik sesuka hati ni.



hurrmm...serius ni aku tengah bosan tahap gaban.gaban pun nda sebosan aku. main game di FB pun aku bosan.baca blog orang bosan. mata ngantuk jugak ni. mau tidur...aisshhhh... bulan puasa pulak ni. nda bagus banyak tidur kan. bila aku bosan2 begini mula la memikirkan kenangan silam.ni aku nda suka ni. bila aku sudah memikirkan kenangan silam aku jadi sedih. bila aku jadi sedih nanti mula la sang jerawat kuar. adoi...nda boleh jadi ni ...aku kena sentiasa ceria supaya tiada sang jerawat yang berjaya mengeluarkan diri. mau raya ni. lucu jugak tu kalau muka penuh jerawat. sudahlah aku ni jenis tangan gatal..pantang jumpa jerawat sikit mula la gatal tangan. jadi aku kena happy2 supaya hormon kegembiraan itu dapat mengawal pengeluaran jerawat. SMILEEE!!!



hari ni kali kami akan berbuka di balai raya. ada majlis berbuka puasa untuk ibu-bapa tadika kemas di kg kami. apa kaitan aku dengan tadika kemas tu... kaitannya adalah... mamaku AJK untuk tadika kemas itu. apa pulak kaitan mamaku dgn tadika kemas tu?? aku pun nda sure. memang la dulu mamaku merupakan guru tadika tu.tapi since adik aku yang kini berusia 22 tahun tu lahir mamaku sudah resign dan jadi suri rumah sepenuh masa.tu la.... sepanjang yang aku tau mamaku jadi AJK sebab tapak tanah balai raya yang digunakan itu adalah tanah nenek aku. so mebe sebagai penghargaan kepada tuan tanah (kali la..aku rasa2 jak la..sbb mcm ndada kaitan bah). Apapun semoga nenekku di murahkan rezeki oleh ALLAH SWT kerana telah banyak berbakti kepada budak2 yang sekolah di tadika2 itu. mau tau kenapa aku cakap begitu... sebab tapak balai raya itu adalah tanah nenekku dan nenekku langsung nda mengenakan sebarang sewa tanah.so..selama ini balai raya itu di situ FOC. yang aku tau la balai raya tu ada di situ dari aku kecik sampailah sekarang. Guru tadika yang mengajar di situ pun sudah berganti2. bayangkanlah berapa ramai budak sekolah yang sudah belajar di tadika itu.memanglah bukan nenekku yang mengajar tapi cuba bayangkan kalau nda da tu balai raya.. di mana budak2 tu mau sekolah kan. so nenek aku secara tidak langsung telah berbakti pada budak2 yang belajar di situ. termasuk aku dan sepupu2 aku. hihihi....

hurrmmm...sebenarnya aku sekarang ni kan nda tau sudah mau mengarut pasal apa. tapi sebab aku boring aku taip jak apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni.kak ugee ngn si lason landing sudah di luar tu. nda tau jugak sampai mana sudah diorang belayar.huhuhu....aku rasa samapai sini jak entri kali ini sebelum aku tambah mengarut yang bukan2.



SMILEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!







nota kaki tangan dan mulut: AKU BOSAN!!aku sendiri hairan kenapa tajuk entri ni TIBA-TIBA...tapi langsung nda ada kaitan dengan entri.tapi sebenarnya masa aku taip title dia..aku mau crita pasal entri TIBA-TIBA AKU RASA BOSAN...tapi melencong ke lain plak.lantak la..