Showing posts with label my world. Show all posts
Showing posts with label my world. Show all posts

28 November 2010

...Tawau Drag Race Motorsport Carnival 2010...

Kelmarin, 27.11.2010, berlangsungnya hari kedua TDRMC 2010 betempat di bekas Airport Lama Tawau. Fuhh...aku dengan yakin dan confiden dan bersemangatnya pergi la konon meninjau-nijau apa yang berlaku. Tapi Hampa! Terlalu ramai orang. Rasanya tiap tahun pun memang ramai orang. Aku dan kawan-kawan pergi kalau tidak silap dalam jam 3 lebih . Cuaca??? Perghhhhhhhhh...panas gilak. Disebabkan terlalu ramai orang kami nda dapat tgk pun siapa yang racing. Nasib baik datang bawak kereta 4WD, boleh lah lepak belakang kereta tu, kalau pakai kereta biasa, for sure nda nampak apa². 

Bawah ni ada beberapa gambar-gambar orang yang nda dapat tengok tapi mau jugak lepak sana,berpanas, dan mengeluarkan berliter-liter peluh.hikhikhik. dan hasil terakhir adalah mendapat bau badan yang sangat "BEST" dan beberapa gambar yang aku ambil dari Facebook Tawau. Credit to admin. Sekadar untuk di kongsikan.

Gadis Litar..
Tapak bekas Airport Tawau yang lama.

Hanya mampu melihat dari jauh. Hampa. 

 Terlalu ramai orang.

Nasib ada geng
Nasib baik nai 4WD...

Panas belakang kira, gambar tetap ambil...


OK. Bawah ni aku sekadar mau share apa aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang dua hari TDRMC 2010 ni. Info dan gambar semua dari Facebook myTawau. 

Perlaksanaan Program KARNIVAL SUKAN BERMOTOR DRAG RACE HARI MALAYSIA 2010 ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Anjuran : Kementerian Belia & Sukan Sabah Bahagian Tawau

Pengelola : Kelab Peminat Sukan Bermotor Tawau (TMCS)

Tarikh : 26hb. November hingga 28hb. November 2010

Perasmi Pembukaan : Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Perasmi Penutupan : Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah

Penyertaan : Terbuka kepada semua pelumba yang berminat untuk menyertai. Yuran penyertaan pertandingan akan dikenakan.

PENONTON MASUK ADALAH PERCUMA


This is few car category inside

Car Category
Class A - 4 x 4 open turbo

Class B - 4 x 2 turbo

Class C - NA (1600cc above)

Class D - NA (vtec,mivec,supercharger)

Class E - K-car Turbo (1000cc below)

Class F - Diesel Turbo(3000 Below)

Class G - Proton Cup(1500cc Single cam only)

Class H - 4 x 2 open turbo (with standard gear box)

Motorcycle

Class A - 110cc( 4 & 5 speed only)

Class B - 125cc

Class C - 135cc-150cc

Class D - 4 stroke (max 125cc)

Class E - Open class

Class F - 135cc standard

Class G - 150cc standard


Gambar-gambar dr myTawau:






Hari ini, akan berlangsungnya penutupan TDRMC 2010 dan juga merupakan acara kemuncak (kawan bgtau). Tapi rasanya aku sudah tidak sanggup untuk pergi sebab aku yakin mesti ramai gila orang. Biarlah. Aku pun bukan minat kereta-kereta ni. Aku pergi kemarin tu pun sekadar untuk menyokong (cewah macam YB plak aku rasa). Apapun, sebenarnya aktiviti-aktiviti sebegini memang bagus untuk remaja (maksud aku yang melibatkan diri la..aku dpt apa...dpt peluh ada la..) sebabnya ini salah satu cara untuk mengurangkan gejala mat rempit walaupun aku rasa di Tawau ni nda ada pun mat-mat rempit ni (rasanya lah). Tapi, ada khabar angin yang mengatakan ini karnival terakhir kerana tapak bekas airport Tawau itu akan digunakan untuk pembangunan. Entahlah. Tunggu dan lihat jak lah nanti.



nota kaki tangan dan motor: tidak minat kereta-kereta sampaikan rim kereta dari dulu nda pernah tukar...ngeh!


14 November 2010

...Sekitar Mini Konvokesyen Tabika Kemas Tanjung Batu Tengah...

Tempat: Hotel Emas
Tarikh: 13 Nov 2010


Penyambut Tetamu Kehormat
Peserta Ratu Fesyen - Kebetulan memilih pakaian Jawa. SO SWEET!

Orang Kuat Tabika Kemas


Si Cikgu bersama muridnya
Tetamu kehormat merangkap driver
Driver bersama kanak-kanak tabika

Berbakat!
Dikir Barat
Koir.
Lagu: 
Ku Ada Kamu (Adira)
Kau Segalanya (Ruth Sahanaya)




Lagu: Terharu
Cousin!
Pertandingan Ratu Fesyen Kanak-kanak

Both of them dapat tempat ketiga . Menang baju kalah gaya. Dua-dua pemalu.


Budak Zaman sekarang!

aku yang menyebok.



07 November 2010

...aku rindu kota itu...

Tadi "pakcik" tu sudah umumkan bahawa Hari Raya Haji jatuh pada 17 November 2010. So, dikesempatan ini aku ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA (in advance)... Hurrmmm... bila cerita pasal Raya Haji ni... mestilah ada kaitan dengan Madinah,Mekah & Kaabah kan. AUW! Tiba² aku rasa rindu pada kota itu, especially Mekah. Betullah apa orang kata, sekali pergi pasti mau pergi lagi. Semoga akan ada jemputan kali kedua untuk aku. Kerana sesungguhnya terdapat kedamaian di kota itu.Kota yang sibuknya mengalahkan New York (macam aku pernah pergi NY).Kenapa tidak, pukul 12 malam jalan raya sesak.Bunyi hon sana sini. Paling best driver di sana HEBAT! Chilokkkk baik punya. Teksi di sana CAMRY ok...fuh...merasa jugak aku naik Camry... hukhukhuk..Tapi benda yang paling aku suka di sana ialah dapat minum air zam-zam sepuasnya.Minum la sebanyak mana pun mau minum. Kalau mau mandi pun boleh (hukhukhuk...aku tgk ada makcik India tu siram kepala dia pakai air zam-zam...macam teringin buat...tapi...).Selain tu benda menarik yang ada di sana ialah barang murah ok. Tapi bab makan jangan lawan Mahal! Apa nda mahal kalau guna beras yang panjang² tu, apa nama dia beras mati(eh..betul ka??).

Eh aku ni cerita benda² duniawi plak kan...hahaha...macam terpesong pulak niat aku..hihihi... bukan bah. Ini sebagai pembakar semangat jak bah ni. Ialah selain dapat beribadah kita jugak boleh melancong. Sambil menyelam minum air kata orang. Daripada pergi melancong ke negara² lain tu, bagus kita pergi Umrah.Dapat tambah pahala.Oh ya, cerita pasal Umrah ni, ramai jugak kawan aku yang bertanya, ok ka di sana?? Nda da apa² berlaku ka pada aku??? Hurmmm... ramai yang takut. Kata mereka belum bersedia. Aku nda tau kenapa.Mungkin bagi dorang, dorang belum bertaubat so takut pergi sana.Takut kena pembalasan yang teruk². Ialah, aku pun pernah dengar jugak cerita² menakutkan. Ada orang yang nda jumpa pintu keluar Masjidil Haram la. Nda jumpa Hotel la.Kena pijak la.Banyak la. Bukan la aku mau cakap aku ni nda da dosa. Nda pernah buat dosa. Kita manusia biasa.Nda lari dari membuat dosa dan kejahatan. Tapi ALLAH kan maha mengampun. Bertaubat dan mintak ampun pada ALLAH. Insyallah semuanya berjalan lancar. Aku nda pernah pun sesat dalam Masjidil Haram tu.Nda Pernah jugak dipijak oleh orang arab tu.Bukan mau takbur, tapi apa yang penting niat kita.

Aku akui, aku pun kadang² hilang sabar jugak dengan orang² sana.Yalah kan, budaya kita nda sama.Tapi semua tu dugaan.Fikir positif.Allah hanya ingin menduga tahap kesabaran kita. Bayangkan, tengah² sembahyang tu tiba² ada budak² tengah duduk di depan kita sambil senyum². OMG! Dugaan...dugaan.Tapi itulah aku cakap, semua tu dugaan ALLAH S.W.T. Tapi yang pasti,di sana, bila kita buat jahat ALLAH bayar Cash!Maksud aku bayar cash tu, kita akan dapat pembalasan dengan kadar segera. Macam nenek aku.Time tu kami memang bergegas untuk pergi sembahyang asar. bergegas sebab takut Masjid full. So, ada la seorang hamba ALLAH ni menjual makanan untuk burung. Disebabkan ingin bergegas pergi, nenek aku menolak pelawaan penjual itu(dengan cara baik la).Aku nda tau la apa yang ada dalam hati dan fikiran nenek aku kan, tapi mau tau apa yang nenek aku dapat???  Tiba² ada burung berak dan terkena telekung beliau. Lucu juga kalau di ingat semula. Bukan la maksud aku untuk menakut² kan.Semua tu terpulang pada kita.Yang penting hati. Aku terus terang aku pun ada jugak la TER..TER ok.. TER- begaduh dengan orang....hurmm... aku pun nda tau orang mana. Tapi bukan penduduk asal Madinah or Mekah la. Aku rasa dia pun datang untuk menunaikan Umrah atau mungkin datang melawat Madinah. Time tu di kawasan Raudah. Raudah ni tempat di mana tempat terletaknya makam Rasulullah. Memang kawasan tu selalu malahan sentiasa penuh. Siapa yang tidak mahu melawat makam Rasulullah kan. Tapi kalau nda silap aku hanya lelaki yang dibenarkan mencium makam Beliau (maafkan aku kalau silap). Tapi yang aku tau, bila berada di kawasan raudah, kita disunatkan menunaikan solat sunat.Tapi itu pun kalau ada kesempatan. Sebab sangat sesak. Tapi, kalau dapat berdoa di sana sudah memadai.Aku dapat masuk dua kali. Kali pertama aku cuma berkesempatan berdoa. Kesempatan kedua aku tidak sia²kan. Aku dapat mengerjakan solat hajat walaupun aku terlupa untuk memasang hajat apa(so menyesal).Dijadikan cerita, time mau keluar dari kawasan Raudah tu la aku bergaduh. Bukan apa, time tu semua orang bertolak-tolak untuk keluar. So, secara tidak langsung aku pun tertolak la satu minah ni. Aku ditolak.Aku sabar.Sudah memang keadaannya macam gitu. Tapi yang buat aku panas dan hilang sabar bila minah tu tiba² tuduh aku sengaja tolak dia. MOTIF??? aku ndada motif untuk sengaja tolak dia ok. Time tu aku just mau protect mamaku dan nenekku sahaja. So, dalam usaha memjaga dan mempertahankan mereka aku TERtolak dia. Bukan sekali, tapi berkali-kali sebabnya aku pun ditolak dari belakang. Dia mula marah².Aku pun hilang sabar marah balik la. Nasib baik ada mamaku yang menyedarkan aku. FUH! sempat jugak minta ampun dari ALLAH atas keterlanjuranku itu. dan syukur aku nda da apa² sepanjang berada di sana.

Apa yang pasti, tempat yang paling damai dan penuh ketenangan adalah Kota Mekah dan aku ingin sekali untuk pergi ke sana lagi. Mungkin next time bersama insan yang bernama SUAMI pulak.Insyallah.Semoga ALLAH memakbulkannya.


OH KOTA MEKAH!

Nota kaki tangan dan mulut: semoga aku dimurahkan rezeki...AMIN!


06 November 2010

...sekolah tinggi² tapi itu pun nda tau...

PERGHHH!! Pedih telinga dengar mamaku cakap macam tu. Tapi...for sure lah aku nda tau...eh bukan nda tau...lupa actually... Last aku belajar subjek biology time tingkatan 5, 9 tahun lalu. hah..ambek kau. Lepas masuk matriks aku sudah bercerai dengan subjek itu.Ok..ceritanya macam ni. Baru kejap tadi... baru jakkkkkk.... aku keluar dari bilik pergi ke dapur. Aku tengok mak aku tengah sediakan makanan for lunch..ok..aku tau masih awal.Orang lain breakfast pun belum kan.haha..mamaku memang macam gitu. Dia bangun pukul 4 pagi.Siapkan semua kerja dapur awal². Termasuk makanan untuk makan tenghari. So, tadi aku nampak mamaku mau masak pucuk ubi dengan bunga dan daun pokok betik(pahit tapi sedap dan ubattttttt)..pucuk ubi beli di pasar dan daun pokok betik tu ambil belakang rumah. So aku dengan tanpa berfikir panjang berkata:

"kalau di ambil terus bunganya, nda berbuah la betik tu..."

mau tau apa mamaku jawab.....

"kau ni sekolah tinggi² tapi itu pun nda tau. itu kan pokok jantan manada berbuah.Kalau berbuah nda la mama' ambil bah..."

glurrrrrrrrrrrrrrppppp!!!!!!!!!!!

Cover malu punya pasal aku jawab...
"owhh...mana tau. Apa kaitan engineering dengan pokok betik?????nda da kaitan pun....."

Lepas tu aku masuk bilik dan terus buat entri ni....

lalalalalalalalala....



nota kaki tangan dan mulut: yang aku ingat tumbuhan membiak melalui pendebungaan...lalalalala~


26 October 2010

...best gilak jogging subuh²...

 Lepas 3 hari berehat disebabkan si "jipun" itu...akhirnya aku kembali berjogging di subuh hari...

jam 5.00 pagi.... ready² mau pigi jogging...

Jam 5.10 pagi.. memulakan aktiviti...

lebih kurang jam 5.45 pagi... hampir sampai ke rumah selepas membuat satu pusingan dari tanjung batu pusing sampai airport lama...lalu taman muhibbah lalu perkuburan islam lalu hap seng dan balik ke rumah semula..


kenapa aku cakap best...sebab pagi² buta ndak banyak kereta...dan  udaranya pun segar segar... 


nota kaki tangan dan mulut: model adalah my beloved mom...



09 October 2010

...kenapa aku masih solo...

First of all... aku cuma mau cakap...

AKU SUKA INI ARTIKEL!!!!!!!!!!!!!!

KENAPA AKU MASIH SOLO (WWW.ILUVISLAM.COM)
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.


Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

FUH! Serius aku 100% agree dgn ini artikel....aku ndak tau kenapa aku suka...tapi aku memang suka.. sebabnya...aku bosan bila orang tanya bila mau kawin...bila mau kawin... kadang2 aku rasa dorang ni ndak percaya dengan takdir ALLAH... kan JODOH ITU RAHSIA ALLAH... kadang2 aku tension jugak tiap kali orang tanya....mau saja aku berteriak...... SIAPA NDAK MAU KAHWIN??? SIAPA??AKU MAU JUGAKKKKKK!!! TAPI KALAU SERU BELUM SAMPAI MAU BUAT MACAM MANA???? tapi aku hanya mampu berteriak dalam hati...belum sampai masa untuk aku suarakan pada dunia...  tu yang aku cakap diorang ni seperti ndak percaya takdir ALLAH..setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya... aku yakin itu...sebab aku YAKIN...ALLAH pasti tau yang terbaik buat hambaNya....




nota kaki tangan dan mulut: kalau aku ada hak untuk mengatur semuanya... sudah pasti lepas jak habis degree aku terus kahwin... lalalalala~ tapi aku belum gersang la sampai nda sabar mau kawin...lalalala~


08 October 2010

..perangai buruk saya...

  • panas baran
  • nda pandai sabar
  • kuat marah
  • kuat merapu
  • kuat mengarut
pokoknya semua perangai² buruk aku ni memang susah aku mau kawal...ianya semua bagaikan tidakan refleks... aku try jugak untuk control.kadang² berjaya..kadang² gagal... arghhhhhhhhhhh... kadang² aku tension jugak... tiap hari aku berdoa supaya aku di hindari dan dijauhkan dengan sifat²/perangai² buruk itu....semoga doaku termakbul satu hari kelak....*sigh*



05 October 2010

... 10 perkara terbaik dalam hidup pada 10.10.10...

Tengah memikirkan 10 perkara/benda terbaik or perkara² yang posotif yang aku ndak pernah buat sebelum ini yang mana aku akan lakukan pada 10.10.10...





01 October 2010

...otromen kepenatan?? biar betul??..

Kenapa pulak nda betul.. betul la.. bangun pagi² dengan semangat "DIET KERAS" yang membara...aku pergi tolong mamaku pegi buang sampah sana jalan besar... jam 5.45 am pegi buang sampah...aku rasa akulah manusia paling awal pegi buang sampah. Lepas tu.. balik rumah aku memulakan aktiviti dengan mengelilingi rumah sebanyak 10 pusingan;berjalan laju - ok lagi.. nda la penat mana pun... tapi penat jugak la... mau cakap rumah aku besar.. nda jugak la...tapi kalau buat 100 pusingan boleh la tahan... then lepas tu aku buat regangan ( ntah betul ka nda susunan aktiviti aku buat ni...)... pas tu aku bantai plak jogging 10 pusingan... aktiviti mengelilingi rumah itu - both - mengambil masa lebih kurang 29 minit.... oklah tu kan....aku baca dalam tenet tu dia ckp 4 kali seminggu selama 30 minit... alah..kurang 1 minit jak puun..adeiiii... aku rasa..kalau biasa buat aktiviti ni nda la kali penat betul..tapi memandangkan aku sudah lama meninggalkan aktiviti sihat ini...so badan aku shocked kali...nda pa.. nda pa..janji segala lemak² raya tu dapat di hapuskan... besok akan berusaha lagi...maybe 15 round...maybe 20 round... besok sabtu kan... lagi² besok SABAH public holiday.... yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~



nota kaki tangan dan mulut: SABAH Public Holiday sebab ganti 16 September 

p/s rindu plak aku mengelilingi Ka'bah... semoga ada rezeki untuk ke sana lagi...



30 September 2010

...diet keras kini bermula...

Time puasa berat badan agak susut sedikit - 
happy....
tapi...
time raya melantak macam nda ingat dunia;badan naik balik... malah naik tahap2 super duper gaban - tension...

En. Otomen sendiri sudah tegur... badan aku sudah makin berisi...
bukan dia saja...
malah mamaku pun cakap benda yang sama...
 the worst is...
aku pun sedar itu bila aku rasa pipi aku mengembang macam kena pam guna pam basikal... arghhh


hah! tgk tu... tu baru muka..belum lagi tengok badan...

adei...
tapi...

dont worry...

semua tu akan kembali pulih seperti sedia kala...

sebabnya...

aku telah memulakan "DIET KERAS"...

Sudah 2 malam berdinnerkan neskepe dan biskut...
di bantu dengan mengamalkan 1000 langkah sehari...

ya... nampak ada perubahan...
pipi semakin kurang mengembang...
badan pun agak kurang mengembang...

Semoga aku berjaya....
akan terus berusaha dan terus berusaha...

CHAYOKKKKK CIK OTROMEN!!!



nota kaki tangan dan mulut: brekpes pun biskut...ayaiiii~~

26 September 2010

..entah kali yang keberapa..

aku post entri pasal bosan..
tahun lalu ada jugak...
beberapa bulan lepas pun ada jugak..
paling latest rabu lepas...
serius wei...
bosan....
lagi² time tengah bosan ni...
internet plak macam sial  taik²....
mau keluar ke bandar - malas sebab cuaca panas...
tengok TV - nda da yang menarik ; lagi membosankan
 baca blog kawan2 - almost semua aku sudah baca..
arghhhhhhhhhhhhhhhhh...

pokoknya....



http://www.emocutez.com
AKU BOSANNNNNNNNNNNNN



nota kaki tangan dan mulut : yakin lepan ni akan ada lagi entri BOSAN~

25 September 2010

...rezeki...owhhh rezeki...


Aku balik kerja dalam keadaan sangat malas2 kerana keadaan selepas hujan sangatlah menggoda mata untuk tidur.. tiba2 mata aku jadi segar bugar tatkala terlihat RM 50. REZEKI~~~ ingatkan cuma RM 50 ... sekali pungut... ada 3 keping daaaa... hahaha.. aku sudah target itu mesti duit bapak aku or sis aku... tp aku saja kasi kena dorang dulu... simpan dulu. tanya adik aku... dia cakap bukan dia...SAH...bapak aku... tapi beliau sendiri ndak sedar or ndak perasan. so.. tiada sebab aku untuk bagi beliau...ha ha ha ha (ketawa setan).. tapi aku bukanlah ketandusan duit pun biarpun tatkala ini cek gaji belum clear malah belum kenak sign pun... so... dont worry bapak...aku akan pulangkan... tapi aku tax rm 50 ya buat dinner malam ini... miakakaakka~~



nota kaki tangan dan mulut : asika aku ambil jak duit tu...bukan ada pemilik sah pun...??

24 September 2010

...kaki karaoke...


aku bukan kaki karaoke...
tapi sekali sekala pigi karaoke...
aku layan...
layan gila2 punya layan...
lagu yang aku layan pun lagu yang ndak pernah2 kawan2 aku terfikir mau layan...
lepas layan nyanyi lagu sedih...
aku tidur di sofa..
orang lain sambung nyanyi...
aku bgn cun2 time orang mau balik...
tahniah rina~





nota kaki tangan dan mulut: fuh...sudah lama ndak masuk karaoke...sepertinya aku sudah bersara....



22 September 2010

...bosan...

to: M.Y.D.E.A.R

dearku... oleh kerana dirimu terlalu busy dengan duniamu sendiri.. izinkan aku mencari skandal lain...


SENT!!!

Ya...aku tengah bosan tahap cipan sampaikan aku msg someone dengan msg begini...
lihatla dunia...betapa bosannya aku...



04 September 2010

..siapa suruh diorang round2 town ndak bawak aku...


so aku melaram la di rumah....
yang jadi mangsa...
mamaku...
jadi tukang snap gambar...

FUHH~~ penat posing2...
sambung blogging...


lalalalalala~~



03 September 2010

...teman tidur baru...


2-3 minggu lately... aku telah menjadikan lidah buaya a.k.a aloe vera teman tidur baru aku. Tiap kali sebelum tidur... aku sapukan gel dari daun lidah buaya itu keseluruh muka menjadikan ia seperti masker muka. sangat best dan sangat sejuk. Aku pun ndak sure kenapa dan bagaimana aku boleh tergerak hati mau berteman or pakai aloe vera ni sebagai teman tidur... yang pasti... aku happy melihat hasilnya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit fakta tentang lidah buaya a.k.a aloe vera :

"Dari segi kecantikan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat dan masalah kerengsaan kulit. Aloe Vera juga mampu menghaluskan kulit muka jika digunakan secara berterusan dan mengelakan daripada sinaran UV Yang boleh mengelapkan kulit wajah. Orang Eropah dan Amerika sering menggunakan Aloe Vera apabila berjemur ditepi pantai semasa musim panas bagi mengelakkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari..."
(for more info...go to this blog)




nota kaki tangan dan mulut: ada seminggu lagi untuk mendapatkan kulit muka yang cantik di hari raya... yippeiiii~~