Showing posts with label oh jodoh. Show all posts
Showing posts with label oh jodoh. Show all posts

21 April 2011

Aku Pun Mau Kad Kahwin Macam Zed Zaidi, Boleh????







Pictures credit to http://mstar.com.my


Kad kahwin atas ni adalah kad kahwin pelakon popular Zed Zaidi. Lawa kan!

Wah! Wah! Wah! Cinta Facebook! Sampaikan buat kad kahwin pun bercirikan FB. Hebatlah.Kenapa aku ndak terfikir macam ni ya?? Aku, kenapa aku?? Ya ya ya. Secara esklusifnya aku mengaku, aku kenal En. Boipren aku pun dari FB ni hah. Thank FB. ha ha ha *shy*.

Aku pun mau buat kad kahwin macam gini boleh ka???

Boleh lah...boleh lah.. Boleh la bahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

19 April 2011

Aku Kahwin Awal Ka Lambat Ka Kau Peduli Apa???



Hah! Ambek kau. Pagi-pagi buat entri yang tajuknya panjang bukan main. Aku sebenarnya bukan la sensitif sangat bab-bab kahwin ni. Semua tu kan di tangan ALLAH. Cuma bila ada lelaki bermulut longkang yang sibuk-sibuk mau kutuk-kutuk aku dan kawan-kawan aku bab kahwin mawin ni. Menyirap jugak la aku kan. 


Dipendekkan cerita, aku memang sudah lama menyampah dengan satu mamat ni a.k.a mangkuk hayun satu ni. Tiap kali komen status or post-post aku di FB tiada yang elok-elok. Maybe dia bergurau, tapi agak-agak la. Aku bukan suruh atau paksa dia pun komen post-post aku tu. Suka hati cakap aku mencapap. Kalau rasa post-post aku tu mencapap, DENGAN SEGALA HORMATNYA SILA DELETE AKU DARI FRIEND LIST KAU! 


Hari ni mamat a.k.a mangkuk hayun ni sibuk kutuk-kutuk orang belum kahwin la. Lambat kahwin la. What the fuck fish!!! Kau tu nampak macam alim. Beriman. Tapi rupanya bodoh jugak Lupa agaknya dia ni kan yang ALLAH sudah susun semua kejadiann seelok-eloknya. Mentang-mentang la kan dia sudah kahwin, so dia ingat dia hebat la. Hey You! Kau kahwin awal pun belum tentu bahagia. Belum tentu kekal. Aku bukan menyumpah kejatuhan rumahtangga orang lain, tapi just want him to know, yang ALLAH tu boleh buat apa saja. Dia boleh temukan jodoh seseorang itu secepat mungkin dan Dia jugak boleh putuskan hubungan seseorang itu bila-bila masa. Kita ndak tau apa akan jadi pada masa akan datang. Orang kahwin awal tidak semestinya bahagia dan sempurna. Orang kahwin lambat tu pun ndak semestinya ndak bahagia dan tidak sempurna.Jadi, kalau pun aku dan kawan aku tu mau kahwin awal ka kahwin lambat ka, KAU PEDULI APA! ADA KAMI MINTAK DUIT KAU UNTUK SUPPORT HIDUP KAMI?? ADA??? NDAK DA KAN. SO, KALAU NDAK DA, BIARKAN JAK LAH KAMI BEGINI!


Satu pesan aku, jaga bini kau tu baik-baik. Takut nanti, disebabkan mulut laki dia yang macam longkang, bini dia kena sekali.


Sekian terima kasih!





15 March 2011

Ya..adik aku sudah bertunang dan akan berkahwin...SO WHAT???

Ya..so what. ada aku kesah. Aku ndak kesah pun.sikitttttttttt pun tidak. Malahan aku happy sebab aku dapat cincin free, kau ada??? (WTH Rina).. just kidding. Ya aku happy. sikit pun aku tidak rasa bersalah dan kesah. Untuk apa rasa bersalah. Rasa bersalah sebab biarkan adik aku kahwin dulu dari aku. Fuck man! Manada.Satu benda yang aku selalu ingat dalam kepala otak aku  JODOH,PERTEMUAN,AJAL,MAUT dan REZEKI semua Allah yang tentukan. So bila adik aku bagitau dia mau kawin. Aku ok. Ndak da hal. Tapi yang ada hal sekarang ni ialah orang-orang disekeliling. Sibuk fikir pasal aku kenak langkah bendul. WTH. Macam aku cakap tadi, aku lagi suka aku dapat cincin free ok. ha ha ha. Cuma kepada orang-orang di luar sana yang sibuk tanya aku bila aku mau kahwin, kamu sabar-sabar jak ya. Sila simpan duit anda banyak-banyak. Prepare untuk belikan aku hadiah time aku kahwin nanti. OK!!!!

Aku dan Ninong

Aku dan si Eka 

Single but not available

Aku rasa aku lagi adik..yahoo!! awet muda bah!

Menantu dan mertua

Hantaran 17-15 OK!

Macam mau kahwin!

CINCIN FREE!





P/S Kepada yang sibuk-sibuk tanya aku bila mau kahwin....KAMU ADA DUIT EXTRA KA?? KALAU ADA BAGI LA...BESOK JUGAK AKU KAHWIN!

21 November 2010

...lagi-lagi orang kahwin part 2...

Hari ni ada orang kahwin lagi...LAGI?? ya..LAGI! Hari ni anak kawan mak aku pulak kahwin. Mak aku bawak pegi petang ni. Kenapa aku rasa macam tension ya! Orang lain yang kahwin aku pulak yang rasa tension..! Tapi kenapa aku perlu tension?? Jawapannya entah. Aku sepatutnya bergembira kerana makin ramai orang mendirikan majlis. Aku sepatutnya happy dan mendoakan mereka. YA! Aku akan mendoakan mereka. Semoga berbahagia selalu.

Bawah ni gambar kemarin. Nda banyak ambil gambar sebab yang kahwinnya jiran aku so nda berani pulak aku lebih sudu dari kuah. Nanti apa pulak famliy dia cakap kan. 


 Ninong 


Aku. Kenapakah aku merasakan make-up kemarin sepertinya makin menyepetkan lagi mata aku...arghhh...silap teknik!


Pengantin lelaki yang nda sabar mau nikah..


Tunggu giliran untuk bergambar dengan pengantin ...


Dapat jugak bergambar dengan pengantin





nota kaki tangan dan mulut: Gambar sangat tidak lawa hasi dari kamera pink sony saya yang hampir beratus kali jatuh!




12 November 2010

...Bila bercinta...


Orang cakap cinta itu indah. Betulkah indah??? Dari sudut mana kita menilai keindahan cinta ???. Tiap orang miliki pendapat masing-masing. Macam mana dia cuba menilai kecantikan/ketampanan seseorang, begitu juga dia menilai cinta. Tapi perlukah wajah yang cantik/tampan untuk mendapatkan cinta seseorang??Apa yang anda perlukan daripada seseorang untuk anda mencintainya??? Rupa?? Harta?? Kecantikan?? Kekayaan??? atau budi pekertinya???Tepuk dada tanya  selera. 

Tapi bukan itu yang menjadi persoalan disini. Kali ni aku mau kongsikan hasil daripada penjelajahan di alam maya (seperti biasa), beberapa perkara wajib kita lakukan bila bercinta agar hubungan itu berjalan dengan lancarnya tanpa ada pergaduhan atau mungkin mengurangkan pergaduhan atau mungkin dapat mengelakkan kesalahfahaman didalam perhubungan. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk aku dan kawan-kawan semua.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.


nota kaki tangan dan mulut: bagus untuk aku yang selalu gaduh..:D


09 October 2010

...kenapa aku masih solo...

First of all... aku cuma mau cakap...

AKU SUKA INI ARTIKEL!!!!!!!!!!!!!!

KENAPA AKU MASIH SOLO (WWW.ILUVISLAM.COM)
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.


Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

FUH! Serius aku 100% agree dgn ini artikel....aku ndak tau kenapa aku suka...tapi aku memang suka.. sebabnya...aku bosan bila orang tanya bila mau kawin...bila mau kawin... kadang2 aku rasa dorang ni ndak percaya dengan takdir ALLAH... kan JODOH ITU RAHSIA ALLAH... kadang2 aku tension jugak tiap kali orang tanya....mau saja aku berteriak...... SIAPA NDAK MAU KAHWIN??? SIAPA??AKU MAU JUGAKKKKKK!!! TAPI KALAU SERU BELUM SAMPAI MAU BUAT MACAM MANA???? tapi aku hanya mampu berteriak dalam hati...belum sampai masa untuk aku suarakan pada dunia...  tu yang aku cakap diorang ni seperti ndak percaya takdir ALLAH..setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya... aku yakin itu...sebab aku YAKIN...ALLAH pasti tau yang terbaik buat hambaNya....




nota kaki tangan dan mulut: kalau aku ada hak untuk mengatur semuanya... sudah pasti lepas jak habis degree aku terus kahwin... lalalalala~ tapi aku belum gersang la sampai nda sabar mau kawin...lalalala~


01 May 2009

...pasanganku...

tadi aku bosan..so aku pun p la surf tenet...
then.. aku jumpa ini...


SULONG DENGAN SULONG
Pasangan ni dikatakan "keras" - boleh jadi tak sehaluan. Ada harapan bertekak hari-hari. Kalau sekarang masih bercinta, perlu perkasakan jiwa sebab nak bawa hubungan ke matlamat perkahwinan bukan senang. Sabar banyak-banyak. Bertolak ansur banyak-banyak sebab dua-dua memang nampak tegas dalam segala hal..

SULONG DENGAN TENGAH
Sulong selalunya bersikap memerintah, si tengah akan berubah sikap jadi penurut untuk mengelak sebarang ketegangan. Kadang-kadang si tengah akan menganggap sulong terlalu menakutkan sebab dia selalu menggertak. Bagusnya, setiap anak tengah serasi untuk siapa je. Anak tengah kalau dipasangkan dengan anak sulong, selalunya anak tengah makan hati sikit, sebab dia terpaksa rela mengabaikan kemahuan dan impiannya demi pasangan. Tapi, mereka ni sebenarnya serasi sebab kalau anak tengah bole bersikap macam anak bongsu, itulah idealnya.

SULONG DENGAN BONGSU
Inilah kombinasi paling serasi. Dengan sikap dominannya tu, sisulong mudah meminpin rumah tangga sebab si bongsu lebih menurut. Tak gitu? Si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementera si bongsu dapat seimbangkan sikap seriuos si sulongdengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk-duduk berkhayal memandang masa depan.

TENGAH DENGAN TENGAH
Pasangan ini sangat serasi, dalam istilah lain saling melengkapi. Tapi sikap suka berahsia anak tengah kadang-kadang jadi sebab yang seriuos dalam soal komunikasi.Biasanya apa pun masalah mudah dan cepat selesai sebab masing-masing menjunjung tinggi perdamaian dan cukup mudah berkompromi.

TENGAH DENGANG BONGSU
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulong. Kalau anak tengah menunjukkan ciri sejati, dia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku terutama apabila anak tengah tu perempuan.

BONGSU DENGAN BONGSU
Dua-dua manja. Selalunya susah sikit untuk bergerak senada dan seirama. Berhati-hatilah! Walaupun selalunya menyenangkan tapi kadang-kadang jangan terlalu lihat pada kenyataan hierarki dalam keluarga sebab kalau dua-dua begitu memang susah sikit nak kawal keadaan.



nota kaki tangan dan mulut:jodoh pertemuan di tangan tuhan...siapa pun pasangan kita... itu kuasa ALLAH...

07 February 2009

~J.O.D.O.H~

Lain macam jak kan title dia...hahaha... JODOH...tetiba aku terfikir pasal topic ni.. yalah.. semalam sementara tunggu bapak aku smpi restoran semalam... sempat aku kol Saba.. tetiba ntah kenapa soal jodoh menjadi topik hangat kami... tetiba keluar semua nama2 kwn2 yang sudah kawin...dan yang akan kawin... hahah...dan bila smpi bab kami...kami sendiri xtau...bila turn kami..sebab...jodoh pertemuan di tangan Allah.. DIA yang tentukan... cepat atau lambat... semua kuasaNYA... Dan tadi time aku tgh buka2 Virtualfriend.net yang sudah agak lama aku x buka... tetiba terbaca satu artikel...so aku mau share la ngn kawan... Khas buat SABARIAH & EDA SUHAILI... ini untuk korg jugak..dan untuk semua kawan2 aku yang belum kawen... Releks... biar lambat.. asal kita dapat yang sesuai...ok...

Benarkah jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya. Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak perlu gundah jika belum bertemu jodoh kerana sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecemerlangan. Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba. Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga mengganggu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik. Bagi wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh mahupun ajal. Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi. Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar. Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh. Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti. Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga? Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan: - Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian. Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. - Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? - Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. - Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. - Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya. - Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Kepada diri sendiri... Aku percaya dengan Kuasa ALLAH... Cepat atau Lambat... DIA tau mana yang terbaik untuk aku... so..sekarang ni...

AKU MAU ENJOY DULU!!!!!!!!!!!!!!!!