Showing posts with label Orang kahwin. Show all posts
Showing posts with label Orang kahwin. Show all posts

05 January 2012

Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik

Phewww!! Actually ini aktiviti terakhir aku di tahun 2011 iaitu pergi ke PULAU SEBATIK untuk pertama kalinya. For those yang tidak tahu Pulau Sebatik tu dimana, sila rujuk map dibawah ini.







Aku pergi ke Pulau Sebatik atas tujuan menghadiri perkahwinan kawan adik ipar aku dan setelah bepuluh tahun hidup di bumia TAWAU ni, ini lah kali pertama aku pergi ke Pulau tersebut. First timer tu. So sedikit excited lah.













Ini gambar jeti di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik.



Sebenarnya, aku ada tiada ambil pun gambar pengantin sebab aku malu mau keluarkan kamera aku yang ndak berapa canggih berbanding photographer yang ada di sana. So, aku simpan jak kameraku dalam beg. Lagipun keadaan cuaca yang amat panas membuatkan aku malas mau ambil gambar. So, biarkan saja.



Lepas salam pengantin, kami pun pergi berjalan-jalan di Pulau itu dengan menaiki abang OJEK. Ha ha ha. Actually, naik motor kawan adik ipar aku. Macam naik ojek pulak aku rasa. Dengan MZMZ pun aku ndak pernah naik motor. Hehehe. Tapi time tu aku beserah jak lah. Sambil pegang beg kamera, pegang handle belakang motor lagi. Punya kontrol aku duduk gara-gara nda mau bersentuhan sama abang ojek tu. Ha ha ha. Abang ojek ya. Kalau tu budak tau aku panggil dia abang ojek sure dia marah.


Sempatlah jugak aku ambil gambar-gambar dorang si Ninong ngan Lason. Gambar aku memang tiada sebab aku lebih suka ambil gambar dari bergambar.

































Gambar bawah ni pemandangan jeti ketika mau balik. Sebenarnya ndak sempat pun mau explore seluruh pulau ni sebab bot yang kami naiki tu adalah bot sewa khas oleh pengantin so kena cepat kerana ramai orang yang akan ikut untuk pulang ke Tawau semula. Terlepas bot yang ini, besok lah kau balik jawabnya.

















Sebenarnya ada perkara lucu yang berlaku semasa kami balik dari pulau tu. Memandangkan keadaan air laut yang tidak mengizinkan untuk turun di tempat sepatutnya (di BATU), bot yang kami naiki berhenti di jeti pasar ikan dan kami terpaksa turun di pasar ikan. Nasib baik lah pakai kasut flat. Aku kesian ada satu budak ni, dia pakai wedges bapak tinggi gila, mau 5 inci kali. Penuh bergaya dengan baju kurung cotton. Aku rasa time tu mesti dia rasa dia trendy gila. Tapi terpaksa lalu di pasar ikan. Tekedek-kedek jugak aku tengok dia. Malu kali.



Moral of the story, kalau mau pergi orang kawin di pulau-pulau janganlah pakai heels/wedges yang tinggi gedabak tu. Menyusahkan jak.

21 November 2011

Weddings on November || Part 1

Assalamualaikum dan selamat berhari Isnin. 

Sabtu dan ahad lepas, aku merajinkan diri untuk pergi ke majlis-majlis kahwin orang. Asyik pergi majlis kahwin orang. Sendiri punya entah lah bila. 3 Majlis dalam masa dua hari. 


Sabtu :


Balik kerja dalam jam 11.30 selepas mintak izin dari bos. Masa aku balik tu, adik dan kawan aku sudah siap dengan pakaian diorang. Disebabkan aku jenis manusia yang tidak suka biarkan orang tunggu aku, aku just capai baju dan terus iron.  Hasilnya, aku pakai baju raya aku yang 4 tahun sudah. Dipadankan dengan satin shawl dan inner neck hitam. Fesyen tudung?? Entah. Asal selesa. Sejak dua menjak ni, hobi aku, adik aku dan kawan aku (nama dia NINONG) adalah mengumpul flat shoes. No more high heels. Kemana saja memang pakai flat shoes. Selesa dan senang bergerak. Kasut coklat ni aku suka sebab dia ala-ala lace gitu. hehehe. Cute. My sis bought it for me in KK. Jenama?? Unbranded. 



Ndak tahan tengok posing aku dalam ni. Entah mana belajar aku pun ndak tau. 



Adik aku dan Ninong. 


Fakta tentang pengantin dan majlisnya:

♥ Pengantin merupakan anak saudara kepada kerani di opis aku. 
♥ Warna Tema : Biru Ungu. Lawa.
♥ Lokasi : Taman Semarak




♥ Doorgift : Sebiji Epal Hijau




♥ Pengantin memakai pakaian trandisi kaum Jawa kalau ndak silap aku lah.
♥ Makanan: Biasa-biasa aja



Ahad :



Seharian aku berada dirumah disebabkan oleh cermin kereta yang sangat bangang kerana rosak pada malam sabtu. [klik sini] . So, seharian jugak lah aku memikir baju apa aku mau pakai malam ni. Al-maklum, aku bukan spesis manusia yang punya banyak baju-baju lawa. Tengok saja pagi sabtu tu, baju raya 4 tahun lepas pun aku masih simpan. he he he. Penat berfikir seharian. Sempat jugak cuba beberapa baju. Terfikir jugak mau pakai hoodie dress aku warna hijau yang belum pernah pakai tu. Tapi malas la pulak. Majlis yang aku mau pergi tu pun, actually aku ndak kenal pun siapa. Just untuk temankan my mom jak. Aku punya pening fikir mau pakai apa sampai tahap aku tweet. Ada kawan pun sama pening macam aku. Dia cakap maybe dia pakai jubah. Actually aku pun ada terfikir mau pakai jubah arab hitam aku. Tapi aku pernah pakai macam tu masa  kakak kawan aku kawin Julai lepas. So at last aku decided untuk pakai jubah yang satu lagi.



Jubah yang kiri ni aku pernah pakai masa Julai lepas.





Aku pakai jubah bersama belt hitam dan Pashmina merah (Julai yang lepas)




Ini adalah pakaian aku semalam. Muka serius aku sendiri ketawa. Serius gilak ehh!! Jubah hitam dari arab. Belt. Inner ninja. Shawl RM 15. Aku saja pakai belt tu sebab jubah tu agak besar. Biasalah kan jubah dari arab. 




Lama ndak conteng muka. Nasib masih pandai. Menjadi jugak la, tapi aku memang spesis manusia yang susah untuk pakai lipstick sudahnya nampak pucat la muka. :D





Sebenarnya High heels dalam gambar diatas tu cuma untuk tujuan mengambil gambar. Aku hanya pakai flat shoes hitam masa ke majlis kahwin tu.  ehe..





Sempat lagi aku posing ngan si Ninong sementara tunggu mamaku bersiap. Ninong pun pakai baju raya tahun lepas. ehe. Recycle!!



Fakta tentang pengantin dan majlisnya:


Pengantin Pertama


♥ Pengantin tidak dikenali kerana aku hanya temankan mamaku dan makcikku. 
♥ Tidak sempat mengambil sebarang gambar pun sebabnya, kami sampai terus makan. Lepas makan terus chow sebab ada satu majlis lagi untuk dihadiri.
♥ Warna tema : All white
♥ Lokasi : Dewan Masyaraka Tawau
♥ Doorgift pengantin pertama memang lawa tapi aku lupa untuk ambil gambar. 
♥ Makanan : SEDAP!!!


Pengantin Kedua
Sama seperti diatas, pengantin tidak dikenali.
♥ Warna tema : Merah Hitam



♥ Lokasi : Dewan SRJK (C) Yuk Chin
♥ Doorgift : sebiji doorgift masa adik aku kawin. Sure dia menyesal beli online sama macam adik aku. Doorgift yang menghampakan.
♥ Makanan : Kurang!!



Minggu depan, ada dua majlis lagi yang aku kena hadiri. Satu kakak kawan adik aku. Yang kedua kawan adik aku.Malar pergi majlis kahwin orang. hurmmmmmmmmmmmm!!

Sekian. Bye!!




Sebelum tu mari kita layan video MLM minggu ke 4. Lawa bah Harun Salim Bachik jadi Najwa Latif.


p/s 12.12.12 atau 20.12.2012????

16 June 2011

Selamat Pengantin Baru Awang,Sabariah dan Noraliana. Congrats!!!

Assalamualaikum semua ^___^,


Rasa-rasanya la kan, bulan Jun merupakan bulan malas sedunia.Entah lah kenapa aku malas mau update blog. Bukan tiada idea, cuma malas mau fikir. Macam manalah Nuffnang mau bagi BE banyak-banyak kalau gini kan. Entahlah. Maaf En. Nuffnang. Saya akan usaha untuk update blog hari-hari. Saya janji saya usaha. ^^. (mengarut)


Ok berbalik kepada tajuk.Aku just mau ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat aku yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Aku doakan semoga kalian semua berbahagia hingga ke anak cucu. 

AMIN!!!!






 AWANG & ISTERI





SABA & AZLAN





INA. Gambar laki dia ndak da. 





p/s Dapatkan contact lens yang cantik-cantik dan murah-murah di KIKI SHOP




06 June 2011

Sana Sini Orang Kahwin : Perlukan Jahit Baju Baru Tiap Kali Hadiri Majlis Perkahwinan Orang????

Assalamualaikum semua ^___^,


Dua hari cuti, dua hari jugak blog aku ndak ter-update tau. Aduh!!! Sabtu ari pagi sampai petang melipat kain. Apa tidaknya, kain seminggu ndak basuh sebab sibuk urus majlis kahwin adik aku hari tu. Salah satu lagi faktor yang menyebabkan aku lipat baju dari pagi sampai petang adalah lipat satu baju, layan facebook 30 minit. Pastu sambung lagi satu baju, layan facebook lagi apa tidaknya sampai ke petang aku melipat.


Ahad pulak, aku menyibukkan diri ikut mamaku pergi rumah orang kahwin. Pagi ada dua jemputan dan malam ada satu. Ndak sempat pun ambil gambar pengantin. So yang aku sempat ambil gambar aku dengan Ninong jak la.









Ini gambar pagi. Aku pakai baju kurung pahang yang aku buat tahun lepas untuk majlis kahwin cousin aku yang di Labuan. Aku pakai balik sebijik yang aku pakai masa kahwin cousin aku tu cumanya aku tambah inner kuning tu untuk kelainan.








Atas ni adalah gambar masa cousin aku kahwin. Hah! kan sebijik. Aku pakai balik. Yang lainnya cuma time cousin aku kahwin bulan 12 tahun lepas badan aku memang agak naik macam dipam-pam walaupun sudah diet setengah mampus.





Sebelah malam, aku join mak aku lagi.Kali ni di Dewan Lau Gek Poh. Macam biasa aku pakai baju lama jugak. Baju ni aku sepatutnya pakai masa wedding cousin aku tahun 12 2009. Ha ha ha.







Ini gambar dua tahun lepas.Masa ni majlis kahwin cousin aku di Labuan. Tema kami Purple. So aku buat baju ni sempena cousin aku kahwin la. 














Dan dua gambar di atas ni adalah semalam, time aku hadiri majlis kahwin di dewan tu. Sama kan baju. Yang lainnya dua saja. Tudung dan badan aku masa cousin aku kahwin hari tu pun sama macam di pam-pam. Kembung semacam.





So, kesimpulan yang aku mau buat adalah, dulu aku gemuk sekrang kurus sikit.^___^. Eh. Bukan. Kesimpulannya, perlukah kita buat baju baru untuk majlis kahwin orang lain. Maksud aku, ada spesis manusia, tiap kali dia mau hadiri majlis kahwin sesiapan saja, even bukan family, ia akan buat baju baru. Hairan. Perluka??? Entah. Bagi aku ndak perlu. Kan baju kita boleh pakai beberapa kali. Aku ndak malu mengaku yang aku memang akan rotate baju. Biarlah baju berapa tahun dulu pun janji masih boleh pakai. Aku hanya akan buat baju bila yang kahwin itu adalah sepupu aku or keluarga terdekat aku sahaja. sebab ingin mengikut tema la kunun-kunun la. 








Yang atas ni aku buat baju baru sebab ikut tema kahwin adik aku. Pagi kuning dan malam biru(gambar bawah).







So,kesimpulan dari kesimpulannya, bagi aku, tidak perlulah mau jahit baju baru tiap kali mau hadiri majlis kahwin orang. Boleh pakai balik baju lama as long as kita pandai mengubah gaya dan penampilan. Tapi untuk keluarga terdekat atau sahabat terdekat kita itu tidak kisah. Itu pendapat aku. Pendapat orang lain aku ndak kisah. Maybe dorang kaya banyak duit. So bolehlah beli baju baru tiap kali ada jemputan kahwin. ^___^





p/s tengah fikir-fikir tema untuk majlis kahwin aku nanti warna apa??

15 March 2011

Ya..adik aku sudah bertunang dan akan berkahwin...SO WHAT???

Ya..so what. ada aku kesah. Aku ndak kesah pun.sikitttttttttt pun tidak. Malahan aku happy sebab aku dapat cincin free, kau ada??? (WTH Rina).. just kidding. Ya aku happy. sikit pun aku tidak rasa bersalah dan kesah. Untuk apa rasa bersalah. Rasa bersalah sebab biarkan adik aku kahwin dulu dari aku. Fuck man! Manada.Satu benda yang aku selalu ingat dalam kepala otak aku  JODOH,PERTEMUAN,AJAL,MAUT dan REZEKI semua Allah yang tentukan. So bila adik aku bagitau dia mau kawin. Aku ok. Ndak da hal. Tapi yang ada hal sekarang ni ialah orang-orang disekeliling. Sibuk fikir pasal aku kenak langkah bendul. WTH. Macam aku cakap tadi, aku lagi suka aku dapat cincin free ok. ha ha ha. Cuma kepada orang-orang di luar sana yang sibuk tanya aku bila aku mau kahwin, kamu sabar-sabar jak ya. Sila simpan duit anda banyak-banyak. Prepare untuk belikan aku hadiah time aku kahwin nanti. OK!!!!

Aku dan Ninong

Aku dan si Eka 

Single but not available

Aku rasa aku lagi adik..yahoo!! awet muda bah!

Menantu dan mertua

Hantaran 17-15 OK!

Macam mau kahwin!

CINCIN FREE!





P/S Kepada yang sibuk-sibuk tanya aku bila mau kahwin....KAMU ADA DUIT EXTRA KA?? KALAU ADA BAGI LA...BESOK JUGAK AKU KAHWIN!

21 November 2010

...lagi-lagi orang kahwin part 2...

Hari ni ada orang kahwin lagi...LAGI?? ya..LAGI! Hari ni anak kawan mak aku pulak kahwin. Mak aku bawak pegi petang ni. Kenapa aku rasa macam tension ya! Orang lain yang kahwin aku pulak yang rasa tension..! Tapi kenapa aku perlu tension?? Jawapannya entah. Aku sepatutnya bergembira kerana makin ramai orang mendirikan majlis. Aku sepatutnya happy dan mendoakan mereka. YA! Aku akan mendoakan mereka. Semoga berbahagia selalu.

Bawah ni gambar kemarin. Nda banyak ambil gambar sebab yang kahwinnya jiran aku so nda berani pulak aku lebih sudu dari kuah. Nanti apa pulak famliy dia cakap kan. 


 Ninong 


Aku. Kenapakah aku merasakan make-up kemarin sepertinya makin menyepetkan lagi mata aku...arghhh...silap teknik!


Pengantin lelaki yang nda sabar mau nikah..


Tunggu giliran untuk bergambar dengan pengantin ...


Dapat jugak bergambar dengan pengantin





nota kaki tangan dan mulut: Gambar sangat tidak lawa hasi dari kamera pink sony saya yang hampir beratus kali jatuh!