Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

10 June 2013

Alhamdulillah, Selesai Sudah

Alhamdulillah. Semua sudah selesai. 10 hari menjadi isteri orang. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada musibah yang berlaku di pagi hari persandingan kami. Syukurlah abah (abah encik suami) selamat. Pagi sebelum majlis bersanding tu, abah terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama Iman (anak buah encik suami). Pada hari persandingan tu,suasana agak suram. Encik suami terpaksa bersanding dalam keadaan mata bengkak. Ndak pasal-pasal bersanding pakai sunglass. Sedih jugak tengok Encik Suami. Tapi anggap saja apa yang berlaku semua dugaan Allah. Yang penting semua selamat. Atas mata abah ada beberapa belas jahitan. Dengar kata hari ni buka jahitan. Syukur.



Gambar bawah ni hasil dari sepupu sepapat aku dan juga sepupu sepapat encik suami. Terima kasih semua dan sorry curi gambar kalian. Gambar dari official Photographer belum dapat lagi. In Sha Allah nanti akan dikongsikan.



NIKAH : 31 MEI 2013




Detik terakhir sebelum dinikahkan



i'm touched!




Dengan Mas Kahwinnya RM100 ringgit tunai...






BFF yang sanggup datang dari KL,KK,LD dan Tanjung Batu Keramat


Family yang menjadi tulang belakang






 SANDING PAGI : 1 JUN 2013



Pelamin impian aku. Pelamin tanpa bunga-bunga yang bikin serabut kepala. Aku suka!!!! Thanks She Izy Bridal




BFF yang sentiasa support aku. Walaupun ndak terlayan tetamu-tetamu ini. Terima kasih kawan-kawan. Next Munirah dan Yuliana. ehem2...



Familia!



A big thanks to Eda & Mama kerana sudi hadir di Majlis aku. Maaf atas layanan yang tidak seberapa.




Bapak-bapak + hot cousin





SANDING MALAM : 1 JUN 2013  



Pelamin di malam hari




Sis-in law 




Sepupu si encik suami yang datang dari KL. Thanks (^___^)





Kamu jugak paling manang!!!





Keluarga arwah nenek. Biarpun arwah nenek sudah tiada, ikatan kekeluargaan itu tidak akan putus.




Bride's Family




Groom's Family




Jangan tanya mana gambar mak bapak aku. Mak bapak aku bukan jenis kaki bergambar. Time kawin-kawin anak-anak mak bapak aku sibuk layan tetamu. Tetamu lagi diutamakan dari segala-galanya. Walaupun sedikit sedih tiada bergambar bersama orang tua aku, tapi tidak mengapalah. Apa yang penting doa dan restu mereka.




p/s Nanti kita sambung sesi kedua apabila official photographer sudah bagi gambar k. 



Love,
rinadorina bahar




23 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita

Assalamualaikum...

38 days until we tie the knot....


Semalam, bermulalah misi pengerahan tenaga sepupu sepapat. Misi kami dimulakan dengan balang plastik jenama Fareeda Nyata Jelita. Ha ha ha. Nama tu paling grand walaupun hanya dibuat dari balang plastik biasa yang berharga RM1.20 sebiji.Itu pun beli di Survay Hupermarket kalau beli di gudang di Kampung Titingan, silap-silap boleh dapat RM1 sebiji.


Pada mulanya, aku berniat untuk buat yang simple-simple saja, asal dapat cover penutup dia yang merah menyala tu dengan kain satin dan ribbon mengikut warna tudung paddle pop jenama Fareeda yang hot itu. So aku hanya beli ribbon, span, kain dan satin saja. Oh lupa termasuk bunga ribbon untuk perhiasan. Tapi al-maklumlah, keluarga aku ni kadang-kadang super creative jugak, diorang suruh aku beli renda-renda lagi. Ok fine. Saya ikut sahaja kehendak kalian. Asal kalian happy (^___^)//. So hari ini misi aku untuk cari renda dan malam nanti misi kerahan tenaga akan disambung semula. Kerja-kerja semalam stop setakat balut penutup dengan kain satin sahaja. Tergendala akibat belum ada renda. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah. Sekian.











P/s brooch ndak cukup. Hari ni mau memborong lagi.

22 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Brooch Bouquet

Assalamualaikum...


39 days untill we tie the knot...


Dibawah ini adalah hasil daripada memborong brooch di Fanika pagi tadi. Hasil bantuan my future MIL. First, time aku datang, dia tanya aku mau buat apa dengan brooch banyak-banyak. At last bila aku bagi tunjuk contoh, eh... dia lagi tolong pilihkan. He he he. Masa beli tadi, aku rasa macam banyak so aku stop, Bila sudah buka plastik, hasilnya adalah sedikit. Menurut tutorial yang aku tengok tu , dia perlukan at least 40-50 biji brooch. Tapi aku cuma memilik 30++ brooch besar dan yang kecil ada lebih kurang 20++. Aku rasa ndak cukup dan petang ni aku mau memborong lagi. 








Sebenarnya, idea ni datang dari cousin aku, dia yang suruh aku buat bouquet pakai brooch. Tapi sebenarnya dua tahun lepas, BFF aku sudah pernah buat. Tapi mungkin kali ni aku mau buat besar sikit dari si dD. FMIL aku cakap, kasi kembang. Oh yeah. Aku ni macam biasalah, semangat jak berkobar-kobar, entah jadi entah tidak. Apa-apa pun nanti kita share hasilnya. Hasilnya nanti share lepas kahwin la baru surprise. 







Kain untuk buat viel pun sudah beli. Sekali beli dengan kain satin untuk toples kacang. Hasilnya nanti aku kongsi ya. Yang pasti semua kongsi selepas kahwin baru surprise. Sekarang ni aku just mau buat checklist mana yang belum mana yang sudah. Harap-harap semua berjalan lancar.





P/S malam ni bermulalah sudah masa untuk MENGERAH TENAGA SEPUPU SEPAPAT!!!




Love, 
rinadorina bahar

18 April 2013

Yang Ringkas Itu Menarik

Assalamualaikum...


44 hari lagi. Oh my... Cepatnya masa berlalu. Aku menghitung hari dari 100++ sampai sekarang sudah 2 bulan berlalu. Lagi 44 hari dan aku rasa aku sudah patut start gear 1. Benda-benda kecil patut disediakan.


Benda first yang aku boleh start buat adalah bekas untuk makanan ringan. Ala yang orang selalu letak atas meja makan tetamu tu macam kacang-kacang tu. aku dan mak plan mau hiaskan bekas plastik tu dengan hiasan sederhana. Warna wajib 3 lah kan ikut warna tema. Malam ini atau hijung minggu ni akan aku kerah tenangan sepupu sepapat, si ninong dan jugak anak-anak buah ku. SEDIA KAMU ARR! Hari ni aku pergi cari kain satin dan riben. Malam ni aku usaha buat seberapa yang mampu. Al-maklum, ada 45++ bekas yang mau dihias. Apa guna ada sepupu sepapat kalau 45-45 tu aku yang kasi siap. Ehewww! He he he...


Oh ya berbalik kepada tajuk asal (uisehhh) , apa yang aku mau cakap sebenarnya pasal pelamin. Apa yang mampu aku cakap pasal pelamin si nonong aka bakal mak andam aku, I LOVE YOUR JOB. Ya bukan pelaminan aku. Pelamin aku belum lagi. Tapi hasil kerja si nonong ni memang aku suka. Biarpun orang cakap pelaminnya simple or ada yang cakap macam hiasan rumah, tapi itulah pelamin zaman sekarang. Bagi aku lah. Aku ndak tau lah pulak bagi manusia-manusia yang beranggapan sebuah pelamin itu perlu ada berjuta bunga. Perlu ada berjuta tiang-tiang. Ah aku tidak suka itu. Aku perlukan pelamin yang ringkas tapi sedap mata orang memandangnya dan thanks Nonong sebab kau manusia yang kreatif. Mungkin itu bezanya pemikiran orang tua dan muda. He he he... Maaf kalau ada yang terasa. Apapun jangan risau nonong, akan aku bantu semampu mungkin untuk bagi kau prop-prop yang aku hanya cuma mampu beli tapi tidak berapa kreatif untuk menghias. *smile* .



Kepada yang minat dengan hasil kerja si nonong boleh cari dia di FB she_izyan. Tapi sorry 30/5/13 dan 1/6/13 dia aku punya!



nota kaki tangan dan mulut:Kad belum sampai.badge sudah tempah. Sticker sudah sampai. Kasut kawin 2/5/13 dijangka siap. Baju kahwin belum jumpa si aunty. Veil lagi hampes belum ada dalam kepala otak. Oh tidak!!!!



Love,
rinadorina bahar







ps/ gambar curi dari FB Nonong. :D

03 September 2012

Advanced Birthday + Selamat Jalan





Ini cerita 24/8/2012 yang lepas. Berikutan daripada idea bernas si Nadzirah Bahar dan Fifi Afiqah, satu majlis advanced birthday dan selamat jalan telah diadakan di rumah nenek. Actually, cerita bermula bila tiba-tiba si NB dan FA rasa mau beli kek. Tapi rasa ndak best bila beli kek bodoh-bodoh tanpa ada majlis. Mereka mencadangkan agar Birthday Mikhail Zahin Mukri (30/8) dan Nur Nabilla Thihani (29/8) dijalankan secara advance dan memandangkan majoriti dari kaum kerabat yang balik beraya akan pulang ke tempat masing-masing pada 25/8/2012 tu.


So, mari kita layan gambar. Gambar pun aku curi dari FB anak buah. peace!

Ketawa bah budak yang tukang tulis wording tu time disuruh tulis ini..:D



Semua ndak kesabaran





Yang keliling tu yang excited




Memperkenalkan kepada readers sekalian... My one and only nephew Awangku Aysh Aryan




Anduk bah cumil bah si Ashraff





Si botak yang pintar berkata-kata. Umur baru 3 tahun, bercakap kalah-kalah orang tua ooo...




Pewaris-pewaris Allahyarham Hj. Salim b. Ismail




Next 16 September ada Family Gathering lagi. Ndak Sabar bah!!!





notes: bila mood rajin update blog, cerita bulan lepas pun update bah!

16 May 2012

Tidak Dilupakan juga, Selamat Hari IBU untuk Mamaku dan Adikku yang bakal jadi ibu

Selamat Hari Ibu!!


















p/s saya seorang yang adil. Belated pun belated la. Janji aku ada post entri. :D

20 September 2011

Muka Mualaf Celah Mana??????

 ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!


Pagi tadi aku post gambar bawah ni. Bagi tengok kawan aku yang di senanjung tu aku pakai apa hari ni. 







Kawan aku reply ini






Ohoi!!! Aku confused. Muka macam ini pun ada orang cakap muka mualaf ka??? Lawak pulak aku rasa bila orang cakap muka macam mualaf. Celah mana yang mualafnya pun aku ndak tau.

Tapi, mungkin jugak la. Kan nenek aku Cina. Sumpah! Betul ndak tipu. Nenek aku dibesarkan oleh orang Melayu sebab orang cina dulu-dulu kan ndak suka anak perempuan so diaorang lebih rela buang anak perempuan. Tapi kalau sekarang buat macam tu, memang bodoh la orang tu.


Ini nenek aku...






Ini mak aku...





Hah! dari sini la kali keturunan 'mualaf' tu hadir. 



Tapi yang sebenarnya, aku pakai inner macam tu hari ni sebab aku terpandang gambar aku yang bawah ni. Kalau ndak silap ini gambar 2 tahun lepas. So, konon-konon aku rindu la pakai inner macam ni.




Pokoknya, aku rindu la mau pelbagaikan fesyen bershawl aku. Rindu banget.



p/s besok try feysen lain pulak.

06 June 2011

Sana Sini Orang Kahwin : Perlukan Jahit Baju Baru Tiap Kali Hadiri Majlis Perkahwinan Orang????

Assalamualaikum semua ^___^,


Dua hari cuti, dua hari jugak blog aku ndak ter-update tau. Aduh!!! Sabtu ari pagi sampai petang melipat kain. Apa tidaknya, kain seminggu ndak basuh sebab sibuk urus majlis kahwin adik aku hari tu. Salah satu lagi faktor yang menyebabkan aku lipat baju dari pagi sampai petang adalah lipat satu baju, layan facebook 30 minit. Pastu sambung lagi satu baju, layan facebook lagi apa tidaknya sampai ke petang aku melipat.


Ahad pulak, aku menyibukkan diri ikut mamaku pergi rumah orang kahwin. Pagi ada dua jemputan dan malam ada satu. Ndak sempat pun ambil gambar pengantin. So yang aku sempat ambil gambar aku dengan Ninong jak la.









Ini gambar pagi. Aku pakai baju kurung pahang yang aku buat tahun lepas untuk majlis kahwin cousin aku yang di Labuan. Aku pakai balik sebijik yang aku pakai masa kahwin cousin aku tu cumanya aku tambah inner kuning tu untuk kelainan.








Atas ni adalah gambar masa cousin aku kahwin. Hah! kan sebijik. Aku pakai balik. Yang lainnya cuma time cousin aku kahwin bulan 12 tahun lepas badan aku memang agak naik macam dipam-pam walaupun sudah diet setengah mampus.





Sebelah malam, aku join mak aku lagi.Kali ni di Dewan Lau Gek Poh. Macam biasa aku pakai baju lama jugak. Baju ni aku sepatutnya pakai masa wedding cousin aku tahun 12 2009. Ha ha ha.







Ini gambar dua tahun lepas.Masa ni majlis kahwin cousin aku di Labuan. Tema kami Purple. So aku buat baju ni sempena cousin aku kahwin la. 














Dan dua gambar di atas ni adalah semalam, time aku hadiri majlis kahwin di dewan tu. Sama kan baju. Yang lainnya dua saja. Tudung dan badan aku masa cousin aku kahwin hari tu pun sama macam di pam-pam. Kembung semacam.





So, kesimpulan yang aku mau buat adalah, dulu aku gemuk sekrang kurus sikit.^___^. Eh. Bukan. Kesimpulannya, perlukah kita buat baju baru untuk majlis kahwin orang lain. Maksud aku, ada spesis manusia, tiap kali dia mau hadiri majlis kahwin sesiapan saja, even bukan family, ia akan buat baju baru. Hairan. Perluka??? Entah. Bagi aku ndak perlu. Kan baju kita boleh pakai beberapa kali. Aku ndak malu mengaku yang aku memang akan rotate baju. Biarlah baju berapa tahun dulu pun janji masih boleh pakai. Aku hanya akan buat baju bila yang kahwin itu adalah sepupu aku or keluarga terdekat aku sahaja. sebab ingin mengikut tema la kunun-kunun la. 








Yang atas ni aku buat baju baru sebab ikut tema kahwin adik aku. Pagi kuning dan malam biru(gambar bawah).







So,kesimpulan dari kesimpulannya, bagi aku, tidak perlulah mau jahit baju baru tiap kali mau hadiri majlis kahwin orang. Boleh pakai balik baju lama as long as kita pandai mengubah gaya dan penampilan. Tapi untuk keluarga terdekat atau sahabat terdekat kita itu tidak kisah. Itu pendapat aku. Pendapat orang lain aku ndak kisah. Maybe dorang kaya banyak duit. So bolehlah beli baju baru tiap kali ada jemputan kahwin. ^___^





p/s tengah fikir-fikir tema untuk majlis kahwin aku nanti warna apa??

02 June 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di ABC Cina "Kedai Kopi Wah Hing"

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^___^,


Aku ada seorang makcik (adik mak aku), dia tinggal di Labuan. Dia memang jarang balik Tawau. Tapi once dia balik, semua benda yang dia teringin makan dia akan makan di bumi Tawau ni. So, kebetulan hari tu dia ada pergi makan ABC kedai cina satu ni. Kedai ni memang sudah lama rasanya. Kalau ndak silap dari zaman aku belum lahir dan dari zaman diorang mamaku dan makcik-makcik aku muda-muda lagi.Dari zaman cina tu yang bejual sampaila sekarang ni anak-anak dia yang bejual. Lama jugak kan kedai ni. Tapi sudah upgrade la kedai dia. Tapi, macam makcik aku cakap, biar berapa lama pun, rasa ABC dia tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Haiyoooooooooo!! Boleh pulak makcik aku kenal rasa ABC tu dari dulu sampai sekarang kan.




Dipendekkan cerita, 31 May yang lepas, pergilah aku membawa makcik aku yang satu lagi ni makan selepas makcik aku yang di Labuan tu cerita yang dia pergi makan ABC. Adei..lawak la. Kami yang tinggal di bumi Tawau yang indah permai ni pun jarang sekali pergi makan ABC di sana. Diorang yang datang dari KK dan Labuan yang kepingin. Lucu plak aku rasa.






Nama kedai cina ni KEDAI KOPI WAH HING. Kedai ni popular dengan ABC dia. Semua jenis ABC ada. Paling mantap kalau makan ABC dengan roti bakar.




Ini ABC biasa. Bukan alang-alang kan. Makan guna piring tu. Bukannya mangkuk. Ni yang buat ABC ni nampak nostalgia sikit.






Ini aku punya. Aku makan ABC Jagung. Eh.. kalau sudah jagung sahaja, bukan ABC la namanya.




Ni adalah anggota yang pergi makan ABC.  Menaiki Waja buruk aku. Full wooo kereta aku. Kalau boleh bercakap, lama sudah bercakap kereta aku tu.





Aku si Mak Supir (driver la tu)






L-R : Uwak (Makcik aku paling Tua), Mak aku




Kazen aku bersama anak-anaknya






Makcik Mun, Makcik aku yang tinggal di Labuan tu.






Gambar tambahan:







Mikail yang baru lepas nangis sebab mau LOWIIIIII a.k.a LORI. Sebenarnya dia ternampak basikal di kedai  tempat kami parking kereta tu. Sibuk dia mau LOWI LOWI LOWI. Lucu jugak kan tapi cute pulak dia sebut LOWI tu.






p/s Time ni aku haus banget rasa macam mau sepiring lagi...ha ha ha