Showing posts with label zambrina. Show all posts
Showing posts with label zambrina. Show all posts

19 July 2013

Salam 10 Ramadhan

Assalam.

*membersih habuk-habuk yang terdapat di dalam blog*

Fuh!! Lama jugak ndak update blog. Berhabuk!!!


Entah lah mimpi apa buka blog hari ni. Rindu kali. Oh ya.. SALAM RAMADHAN semua. Amacam puasa ok? Harap ok lah. Yang KO boleh blahhh!


Tahun ni first Ramadhan as a wife. Entah rasa tidak ada beza maybe sebab aku tinggal dengan parents kali kan so ndak rasa berbeza. Berbeza sikit saja. Part sedia makan husband. Kalau dulu kalau ke bazar fikir tekak sendiri tapi sekarang jam 2-3 petang mesti call husband tanya hari ni mau berbuka apa. Kadang-kadang busy mencarikan kehendak tekaknya sampai aku lupa untuk beli makanan untuk tekak sendiri. Bukan kadang-kadang. Almost everyday since 1st Ramadhan. Tapi biarlah. Aku memang bukan spesis memilih Aku makan apa ada. More to kuih muih. Lebih selesa makan yang ringan-ringan Cepat cernah dan tidak membebankan ketika terawih.


Owh sebut pasal terawih, tahun ni best jugak. Pergi terawih dengan Husband walaupun kadang-kadang bukan jalan sama-sama pun. Sudahnya Masjid depan rumah. So kekadang aku pergi awal. Lelaki biasalah. Time azan baru gerak. Itu husband aku lah. Aku mesti awal sikit. Dalam 7.20 sudah gerak. Kena pilih tempat strategik Paling penting bawah kipas dan dekat pintu keluar. Al-maklum. 8 rakaat team!.


Saya Sayang Kamu Suami!




Hari ni 19hb kan . Genap 2 tahun 6 bulan kami kapel. (eh!) dan 1 bulan 2 minggu 5 hari kami sah. Semoga, banyak lagi Ramadhan yang bakal kami tempuhi bersama kelak. In Sha Allah bersama orang baru. Aminn!

13 June 2013

Man of Steel : Dating with ex-BF


Bila aku sebut dating dengan ex-bf, mesti ada yang cakap aku perasan boyfriend aku si SUPERMAN ni. Woit woit, maksud aku ex-bf tu ialah #enciksuami aku lah. Ndakda masa mau dating dengan SUPERMAN ni. 


First time tengok wayang dengan #enciksuami since sudah jadi kekasih halal ni. So aku super excited sikit. Malam or besok aku updated pasal movie ni k.







Bye





Love,
rinadorinabahar

Air Tangan Isteri

Assalamualaikum \\(^___^)//


Pergh.. tajuk, serupa sudah berpuluh tahun jadi isteri orang. Padahalnya baru 13 hari. Masih dalam proses belajar lagi. Sejak jadi bini orang ni, terpakasa lawan sifat malas yang rajin diamalkan ketika hidup bujang-bujang dulu.


Sebelum kahwin seminggu sekali baru basuh baju. Al-maklum hidup sendiri. Sekarang kalau berani buat macam tu buat lah. Maunya kena bebel #enciksuami. So sejak kahwin ni basuh baju kadang-kadang hari-hari, kadang-kadang dua hari sekali. Tengok kelapanganlah. 


Sebelum kahwin lepas angkat kain dijemuran, esok lusa baru lipat.Sejak kahwin ni lepas angkat terus lipat masuk dalam almari. Kalau tidak maunya tidur beralaskan kain-kain yang belum berlipat sama macam zaman bujang-bujang dulu. 


Sebelum kahwin, balik kerja lepak-lepak sambil menghadap handphone. Sejak kahwin ni terus masuk dapur sedia dinner untuk #enciksuami. 


Sebelum kahwin kepala releks jak. Sejak kahwin ni, sampai opis pagi-pagi sudah fikir apa mau masak untuk dinner #enciksuami. 


Pokoknya, sejak kahwin ni memang harus dan perlu berubah lah. Ndakkan mau jadi sama macam zaman bujang-bujang. Mustahillah. Kena belajar masak. Masak simple-simple pun jadilah asal terisi perut #enciksuami. Nanti lama-lama pandailah masak tu.


Ehem-ehem. Semalam masak NASI LALAP IKAN untuk #enciksuami. Ringkas dan mudah saja Tapi asalakan air tangan si isteri. Alhamdulillah #enciksuami suka sambal belacan yang aku buat. kembang sikit.







Resepi mudah saja.

♥ Ikan putih. Goreng macam biasa.Tidak perlu tepungkan. Takut muak.
♥ Terung goreng telur
♥ Tempe
♥ Tauhu
♥ kacang bendi (salah beli yang tua arghhh tensi)
♥ Sambal belacan



Mudah kan. Sesiapa mau try boleh try. Lagi sedap kalau ada kuah sup. Tapi terlupa buat semalam. Kesian #enciksuami berkuahkan kicap. Next time sayang try lagi buat yan suamiku. 






Love,
rinadorinabahar

10 June 2013

Alhamdulillah, Selesai Sudah

Alhamdulillah. Semua sudah selesai. 10 hari menjadi isteri orang. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada musibah yang berlaku di pagi hari persandingan kami. Syukurlah abah (abah encik suami) selamat. Pagi sebelum majlis bersanding tu, abah terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama Iman (anak buah encik suami). Pada hari persandingan tu,suasana agak suram. Encik suami terpaksa bersanding dalam keadaan mata bengkak. Ndak pasal-pasal bersanding pakai sunglass. Sedih jugak tengok Encik Suami. Tapi anggap saja apa yang berlaku semua dugaan Allah. Yang penting semua selamat. Atas mata abah ada beberapa belas jahitan. Dengar kata hari ni buka jahitan. Syukur.



Gambar bawah ni hasil dari sepupu sepapat aku dan juga sepupu sepapat encik suami. Terima kasih semua dan sorry curi gambar kalian. Gambar dari official Photographer belum dapat lagi. In Sha Allah nanti akan dikongsikan.



NIKAH : 31 MEI 2013




Detik terakhir sebelum dinikahkan



i'm touched!




Dengan Mas Kahwinnya RM100 ringgit tunai...






BFF yang sanggup datang dari KL,KK,LD dan Tanjung Batu Keramat


Family yang menjadi tulang belakang






 SANDING PAGI : 1 JUN 2013



Pelamin impian aku. Pelamin tanpa bunga-bunga yang bikin serabut kepala. Aku suka!!!! Thanks She Izy Bridal




BFF yang sentiasa support aku. Walaupun ndak terlayan tetamu-tetamu ini. Terima kasih kawan-kawan. Next Munirah dan Yuliana. ehem2...



Familia!



A big thanks to Eda & Mama kerana sudi hadir di Majlis aku. Maaf atas layanan yang tidak seberapa.




Bapak-bapak + hot cousin





SANDING MALAM : 1 JUN 2013  



Pelamin di malam hari




Sis-in law 




Sepupu si encik suami yang datang dari KL. Thanks (^___^)





Kamu jugak paling manang!!!





Keluarga arwah nenek. Biarpun arwah nenek sudah tiada, ikatan kekeluargaan itu tidak akan putus.




Bride's Family




Groom's Family




Jangan tanya mana gambar mak bapak aku. Mak bapak aku bukan jenis kaki bergambar. Time kawin-kawin anak-anak mak bapak aku sibuk layan tetamu. Tetamu lagi diutamakan dari segala-galanya. Walaupun sedikit sedih tiada bergambar bersama orang tua aku, tapi tidak mengapalah. Apa yang penting doa dan restu mereka.




p/s Nanti kita sambung sesi kedua apabila official photographer sudah bagi gambar k. 



Love,
rinadorina bahar




16 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Pre-Wedding Photoshoot

Ini kisah ahad lepas. Photoshoot pre-wedding sponsored by En. Jona Arrozal Sta Ana . Kawan si En.Tunang. Kami pergi satu kawasan lalang area Sin Onn saja. Di sana saja sudah cukup banyak peluh yang mengalir. Panassssssssss ok. Tapi kugagahi jugak demi mu En.Tunang. Berbulan jaga kulit. Berbulan putihkan kulit untuk majlis hujung bulan ni, dengan hanya beberapa jam saja, kulitku kembali HITAM. Salah aku jugak, apa pasal lupa pakai sunblock? Sendiri pelupa. Sendiri silap. Sendiri bodoh. Sekarang kena berusaha semula. oh tidak!





oit.. aku ndak kiss ok. boleh tengok tahap kepala yang sangat tegak. 




Feeling la konon!!





Lompat setinggi mampu. Tapi sorry. Kasut i longgar. So kalau lompat kasut terlempar sama. 





SAVE THE DATE
1st JUNE 2013


Saya dengan penuh rasa bersyukur menjemput rakan-rakan ke Majlis Perkahwinan saya bertempat di Tanjung Batu Tengah Tawau (belakang Masjid Aman) pada 1 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.


LOKASI:



Datang ya kawan-kawan...




Love,
rinadorina bahar

14 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Bakul Untuk 9 Dayang

Memiliki cousin yang super semangat bila ada majlis-majlis besar adalah super best! Thanks cousin sebab menyediakan 9 orang dayang lengkap dengan accessories. Aku percaya sama kau Norlizana. Memang ko la bah sepupuku paling best. "KAKAK SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN" yang super spoting dan super excited. Aku cuma mampu cakap terima kasih banyak2.


Bakul bawah ni adalah hasil kerajinan si cousin menghias. 9 biji akan dibuat untuk setiap dayang yang ada. What can i say... GOD JOB COUSIN!!!!!