Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

13 June 2013

Air Tangan Isteri

Assalamualaikum \\(^___^)//


Pergh.. tajuk, serupa sudah berpuluh tahun jadi isteri orang. Padahalnya baru 13 hari. Masih dalam proses belajar lagi. Sejak jadi bini orang ni, terpakasa lawan sifat malas yang rajin diamalkan ketika hidup bujang-bujang dulu.


Sebelum kahwin seminggu sekali baru basuh baju. Al-maklum hidup sendiri. Sekarang kalau berani buat macam tu buat lah. Maunya kena bebel #enciksuami. So sejak kahwin ni basuh baju kadang-kadang hari-hari, kadang-kadang dua hari sekali. Tengok kelapanganlah. 


Sebelum kahwin lepas angkat kain dijemuran, esok lusa baru lipat.Sejak kahwin ni lepas angkat terus lipat masuk dalam almari. Kalau tidak maunya tidur beralaskan kain-kain yang belum berlipat sama macam zaman bujang-bujang dulu. 


Sebelum kahwin, balik kerja lepak-lepak sambil menghadap handphone. Sejak kahwin ni terus masuk dapur sedia dinner untuk #enciksuami. 


Sebelum kahwin kepala releks jak. Sejak kahwin ni, sampai opis pagi-pagi sudah fikir apa mau masak untuk dinner #enciksuami. 


Pokoknya, sejak kahwin ni memang harus dan perlu berubah lah. Ndakkan mau jadi sama macam zaman bujang-bujang. Mustahillah. Kena belajar masak. Masak simple-simple pun jadilah asal terisi perut #enciksuami. Nanti lama-lama pandailah masak tu.


Ehem-ehem. Semalam masak NASI LALAP IKAN untuk #enciksuami. Ringkas dan mudah saja Tapi asalakan air tangan si isteri. Alhamdulillah #enciksuami suka sambal belacan yang aku buat. kembang sikit.







Resepi mudah saja.

♥ Ikan putih. Goreng macam biasa.Tidak perlu tepungkan. Takut muak.
♥ Terung goreng telur
♥ Tempe
♥ Tauhu
♥ kacang bendi (salah beli yang tua arghhh tensi)
♥ Sambal belacan



Mudah kan. Sesiapa mau try boleh try. Lagi sedap kalau ada kuah sup. Tapi terlupa buat semalam. Kesian #enciksuami berkuahkan kicap. Next time sayang try lagi buat yan suamiku. 






Love,
rinadorinabahar

14 May 2013

Sup Jagung + Seafood Frozen Food ala Masterchef Rina Yang Sedikit Masin Kata Mereka

Fuh! Title. Sebenarnya ini adalah sup yang dimasak ketika acara makan-makan bulanan keluarga sesi bulan lepas. Lama sudah gambar-gambar ni jadi draft. Malas aku mengupdate memandangkan busy mengupdate wedding preparation. 



Oh ya. Kata mereka yang makan. sedikit masin masakan aku hari tu. Al-maklum, bakal pengantin. Memang selalu gitu. Entah betul entah tidak. Alasan aku time tu cuma satu. GARAM MAMA' yang salah. Mamak pakai garam laut merah. So letak sikit tiada rasa. So aku bantai letak letak dan letak dan akhirnya agak masin. Tapi time aku rasa-rasa tu , aku rasa ok jak pun. Entahlah lidah mereka kali.





Bahan utama : Bawang dan halia. Aku suka blend dua bahan ni supaya lebih halus supnya nanti.











Bahan kedua penting adalah isi fillet isi ketam dan pelbagai jenis frozen food seafood yang boleh didapati dimana-mana cawangan GIANT. Main timbang. So boleh mix mana yang suka.












Satu lagi bahan penting adalah jagung tin. Pastikan yang cream style baru rasa lemak sikit sup nanti. The best  adalah DEL MONTE. Aku sudah round Servay , sudah round Giant tapi ndak jumpa Del Monte, Akhirnya terpaksa beli Ayam Brand. Agak berketul dan kurang krim. Yang 3 Del Monte itu adalah koleksi si mamak yang aku curik. 



Tumiskan bahan-bahan yang sudah di blend tadi dengan sedikit minyak. Sediri la agak-agak macam mana banyak minyak yang diperlukan. Bergantung kepada jumlah sup yang anda ingin masak dan jumlah bawang dan halia yang anda gunakan.


Bahan-bahan bawah ni, potonglah sesedap rasa. Mau besar boleh, mau kecil boleh. Dari tekat anda lah yang mana suka.











Satu lagi bahan penting adalah telur. Makin banyak telur, makin sedap sup. Tapi pastikan telurnya hancur dan tidak berketul. Maksud aku, kena rajin gaul so masaknya cantik. Kalau aku, aku akan pecahkan telur dalam amngkuk dulu baru masukkan dalam sup. Oh ya, lupa, Jangan lupa tepung jagung sebagai agen pengental.Kalau kurang tepung jagung , maka cairla sup anda.





Inilah hasilnya. Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja!!!










Love,
rinadorinabahar






p/s kalau masak sendiri, makan sampai muntah pun boleh. Isi plak banyak dari sup. FUHHH!!!

25 May 2011

Pertama Kali Aku Masak Spaghetti

Assalamualaikum ^___^,



Hari ini buat pertama kalinya aku buat Spaghetti. ha ha ha! Rasa lawak jugak. Tidak ada niat mau ambil gambar pun. Malu. Aku bukan teror sangat bab masak-masak ni. Ni pun saja-saja masak. Bahan-bahan sudah berminggu aku beli. Cumanya mood mau masak tu yang susah datang. Tapi pagi tadi, selepas jemur baju, tiba-tiba aku macam terkena kejutan letrik, pergi ke peti ais, keluarkan apa yang patut.





Dan hasilnya adalah...












Aku rasa buat first timer macam aku, not bad la jugak rasa dia. Cuma, aku rasa, kalau aku goreng meat ball tu lagi sedap kali. Yang ni aku rebus untuk tujuan keselamatan.Yalah, pepagi buta makan makanan bergoreng. Bahaya woooo!!! 





Tapi rupanya, makanan berlemak jugak yang sedap kan. Bila aku rebus meat ball ni, bau daging tu terserlah. So membuatkan orang yang makan cepat muak. Termasuk aku. So, untuk next project, aku mau cuba guna mince beef ramli pulak. Atau paling tidak pun aku mau goreng meat ball tu tapi entah bila baru aku datang rajin macam hari ni. Kita tunggu dan lihat jak la nanti ya.





p/s mimpi hantu semalam...tu yang tiba-tiba rajin memasak hari ni. Kalah orang putih weiii aku breakfast spaghetti.

20 March 2011

Mee Kicap


Dalam bahasa Melayu a.k.a bahasa baku a.k.a bahasa orang yang ndak tau bahasa cina, aku panggil mee ni mee kicap. Sangat sedap dan menepati selera aku. Walaupun aku rasa makanan ini mampu mengemukkan aku, aku tidak pernah pedulikan semua itu. At least once a week aku mesti makan mee kicap ni(ok..minggu ni dua kali). Lokasi, sudah pastu Kedai Kopi Yuan Yuan, Batu 3.  Kombinasi terbaik untuk makan mee kicap ini adalah bersama sup soto.Isi..sudah pasti SUP CAMPUR. Perghhh... MANTAP!!! Minuman terbaik untuk dihidangkan bersama kombinasi mee kicap ini adalah Teh C Special kerana sambal a.k.a ladanya yang sangat HOTTTTTTTT!! mampu membakar lidah sangat sesuai bila dikenakan bersama minuman manis seperti itu. 



p/s Antara makanan kegemaran encik boipren jugak selepas aku perkenalkan padanya... :D
    Eda Suhaili, nanti ko datang aku bawak ko p makan k..

16 November 2010

...kacang goreng berempah part 2...

Time Hari Raya Aidilfitri hari tu aku ada buat Kacang Goreng Berempah . Aku ingatkan nda jadi. First timer la katakan. Tapi rupanya berhasil jugak. Habis jugak dikerjakan oleh sepupu-sepupu. Sempena Hari Raya Aidiladha ni ni aku buat lagi. Sepupu-sepupu nda da yang balik so terpaksa lah aku yang makan sampai habis.Hari tu buat satu kilo tapi kali ni 1.5kg. Tapi kali ini aku ubah sikit resepi makcik aku tu. Kali ni aku campur ikan bilis goreng. Ingatkan nda menjadi. Tapi hasilnya boleh dibanggakan. hukhuk..siapa lagi mau puji kalau bukan diri sendiri kan. 

 Kacang berempah tanpa ikan bilis.

Aku pilih ikan bilis jenis kecil-kecil macam ni sebab lebih sedap rasanya.
Ikan bilis digoreng bersama rempah dan tepung. Sama seperti kacang.Digoreng berasingan kerana kalau goreng sekali bersama kacang takut nanti ikan bilis hangus. Sebab kacangkan masak lambat berbanding ikan bilis.
ish...dasar kamera hp. gambar serius nda lawa biarpun sudah zoom..hikhik..
Inilah hasilnya. Kepada yang ingin merasa sila beraya ke rumah aku besok k. banyak wooo aku buat.. (trep a.k.a bajet sedap)



Nota kaki tangan dan mulut: mau cari resepi lain pulak...hurmmmm

04 September 2010

...kacang goreng berempah...

Memandangkan hari ini hari sabtu..so aku kerja sesuka hati aku balik jam 10 pagi.. dan memandangkan aku tidak puasa hari ini (sudah masuk hari ke-4)... aku plan mau buat kacang berempah resepi makcikku... first trial aku.. selama ni tau makan jak... memandangkan makcik aku ndak balik beraya tahun ni... dan aku plak tiba2 kepingin makan... so aku mintak la resepi dari makcik aku... makcik aku post di FB ok... :D

So di bawah ni bahan2 dan instruction dari makcik aku... sorry la kalau ada yang ndak paham... sebab bahasa makcik aku ni bahasa orang labuan...:D :


1 kilo kacang tanah.
4 biji putih telur (guna telur yang baru jgn telor yg udah disimpan lama)
2 atau 3 buku bawang putih.
1 1/4 Cawan Gula
3/4 Cawan Rempah Kari
1 suduh besar Garam
Lada Putih
Tepung
Minyak makan untuk mengoreng

Optional: Daun Sup dihiris halus2

Caranya:

Tumbuk bawang putih ngan lesung batu hingga halus (jgn guna blender). Pukul putih telur ngan gula, garam sehingga gula pasir tu tidak kelihatan lagi. Kemudian taruhkan rempah kari, lada putih dan daun sup.
Gaulkan kacang tanah ngan bahan2 tadi biarkan dlm 15 minit.

Bahagikan kepada 4 bahagian.

Panaskan minyak dan sementara menunggu minyak tu panas. ambil satu bahagian taburkan tepung sehingga tempat bekas tu tidak ada yang melekat lagi dan terus masukan ke dlm minyak dan goreng hingga masak, pastikan jua api jangan terlulu kuat ya. Diperingkat pertama tu bolilah kuat lepas tu kurangkan.
( Rina, pada peringkat permulaan mengoreng, memang kacang dlm kuali atu berketul2 besar tetapi 5 atau 7 minit macam atu bolehlah di cerai2 dengan sudip.

Yang selebihnya tadi buatlah seperti itu mau goreng baru bubuhkan tepung (klo dibubuh awal2 nnti endak bisai digoreng karang).

Satu lagi pesanan, gula, garam & rempah, lebih pun endak kisah, kamu kena rasa jua bancuhan atu sebelum dimasukan kacangnya atu ya.

Klo kuang jelas, time buat nanti call aja cik mun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil kerja aku pagi tadi:






Nampak tidak menarik... tapi rasanya sedap ok.....






nota kaki tangan dan mulut: oklah untuk cubaan kali pertama....

** sakit sudah mulut malar mengunyah kacang...