Showing posts with label MZMZ. Show all posts
Showing posts with label MZMZ. Show all posts

21 March 2012

Takut Kehilanganmu



kekasih dengarkanku
saat ku bisikkan kata rindu
di dalam hatiku, di dalam mimpiku
hanya untukmu
kekasih dekap aku
coba kau rasakan ku cintamu
di setiap nafasku, di detak jantungku
hanya untukmu
hanyalah dirimu di dalam hatiku
wajarlah bila ku takut kehilangan dirimu
kekasih dengarkanku
saat ku bisikkan kata rindu
di dalam hatiku, di dalam mimpiku
hanya untukmu
hanyalah dirimu di dalam hatiku
wajarlah bila ku takut kehilangan dirimu
hanyalah dirimu di setiap mimpiku
wajarlah bila ku takut kehilangan cintamu
di setiap nafasku, di detak jantungku
hanya untukmu
(hanyalah dirimu di dalam hatiku
wajarlah bila ku takut kehilangan dirimu)
hanyalah dirimu di dalam hatiku
wajarlah bila ku takut kehilangan dirimu
hanyalah dirimu di setiap mimpiku
wajarlah bila ku takut kehilangan cintamu
di dalam hatiku, dalam mimpiku
hanya dirimu




This song is dedicated to you MY MZMZ.


Note: mode jiwang activated (^____^) ♥♥♥


17 September 2011

Naik space gun untuk kali yang kedua || Memang Asyikkkkkkkkkk!!!


ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!


Hari tu beriya update entri sehari sampai 5 entri. Lepas tu aku buntu. Tiada idea. Demmm la kan macam tu.

Hari khamis lepas, disebabkan jumaat cuti, aku ajak MZMZ pergi funfair untuk habiskan token yang ndak habis pakai time pergi funfair dengan cousin aku time raya hari tu.

Aku memang plan mau bawak MZMZ naik space gun kebetulan time pergi dengan cousin aku last time MZMZ sakit so ndak mungkin la aku ajak dia main space gun. Itu sama jugak menyuruh dia muntah di atas udara tu.

Video bawah ni aku ambil tengah tinggu turn mau naik space gun tu. Perghh!!! Ni kali kedua aku naik, ada sedikit keberanian la berbanding yang dulu. Lagi menyeronokkan dan membuatkan aku excited, kali ni ada MZMZ disebelah aku.







Frankly speak, ndak semua orang berani naik space gun ni sebab diorang takut. Tapi bagi aku yang sudah naik dua kali, aku rasa ndakda la seram pun. Paling best time benda tu stop di atas. Badan terbalik kebawah. Tengok bawah memang menyeramkan tapi best! Sumpah best.

So kepada yang takut mau naik tu, try dulu. Lepas ni sure kamu ketagih.


P/s rindu pulak pergi Genting Highland

12 September 2011

Sakit Tapi Sedap

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!

Semalam, selepas lama berehat, aku dengan bangganya turun ke gym. Fuhh!!! Memang lega gila bila dapat keluarkan peluh ni. Terasa segar. Ringan rasa tubuh badan. Memang best la. Tidur pun tiada gangguan. Nyenyak gila akibat kepenatan yang melampau. Letak jak kepala di bantal, terus ZZZZZZZZZ. Kesian MZMZ, mesej dia ndak berbalas. (tapi biar ndak pergi gym pun aku selalu ketiduran Lol)

Bila penat yang sampai tahap kritikal ni, satu masalahnya ialah malas bangun tidur. Rasa liat jak. Rasa macam mau tidur sampai malam. Tapi aku gagahi jugak bangun. Kalau dilayan, ndak pergi kerja kita dibuatnya.

Turun jak dari katil, ℘ℰȓȓȓցჩჩჩჩჩ!!!! Sakit gila seluruh badan. Inilah akibatnya bila sudah lama tidak ke gym. Sengal sana sini. Peha sakit kesan dari cycling yang hanya 20 minit tu. Sumpah aku ndak tahan. Stamina betul-betul down. 20 minit aku sudah ndak larat sedangkan sebelum ni aku boleh buat 60 minit. Ndak boleh jadi ni, kena tingkatkan stamina balik ni.

Pinggang pun sakit jugak kesan dari workout yang kunun-kunun untuk membentuk pinggang tu. Disebabkan kurang cycling semalam, aku pun dengan gagah mebggunakan dumble yang agak berat. Hah hambek ko lengan pun sakit.

Tapi sakit-sakit pun tapi sedap.Maksud aku sedap tu bukan apa, rasa lega dan ringan tu yang buat ianya jadi sedap. Serius ringan gila badan sebab sudah keluarkan peluh. The best part bila kita senaman or gymming ni ialah bila peluh dan baju basah disebabkan peluh. Memang best gila bila nampak peluh keluar mencurah2 ni. Terpancar kepuasan sebab time tubla lemak sedang di bakar. Ahhh!! Pokoknya i like!!!!!

Malam ni aku ndak dapat join MZMZ memandangkan aku sekarang dalam usaha mengurangkan aktiviti luar. MZMZ pergi gym hari-hari sebab dia join gym tu untuk sebulan sedangkan aku bayar daily. So sayanglah bayar sebulam tapi ndak pergi kan. Lagipun MZMZ sedang usaha bentuk badan dia balik disebabkan ramai kawan-kawan dia cakap badan dia sudah agak turun disebabkan puasa. Suka kau la MZMZ jangan sampai sakit sudah!


P/s besok baru pergi lagi mau cycling sejam

05 September 2011

Kesabaran Yang Terbatas

Assalamualaikum kawan-kawan ^___^,

How's Raya?? Semua ok jugak ka??? My raya?? macam biasa. Seperti tahun² sudah. Cumanya maybe tahun ni meriah sikit sebab ada si MZMZ. 

Apa mau mengarut ni ya. Seems like cuaca pun ok hari ni. Mendung² kuku. erkk.. ada ka gitu??? LOL. Tetiba rajin aku mo mengupdate blog yang semakin lama semakin terlupakan ni.

Oh ya. Berbalik kepada tajuk entri.Ya ya ya, sebulan aku bersabar. Akhirnya hari ni, lebih tepat pagi tadi, tiba-tiba datang sewel ku. Aku chat with  someone yang selama ni aku rasa agak kurang ajar la kan. Sudah ko tau orang tu sudah berpunya, ko gatal-gatal pegi mesej² apa kes. Nasib baik aku ni spesis masih tau hormat orang lain. Ndak da guna mau pergi serang-serang kau. Aku baru hint-hint kau sikit pagi tadi, kau sudah terasa kan??  Belum lagi aku mengamuk sakan. Terbatas lagi kesabaranku wahai cewek. Tapi satu la aku cakap, kalau kau berani-berani lagi buat, aku tau la mau buat apa. 

Aku ni bukan spesis orang yang suka gaduh gara-gara lelaki ni. aish... geli la.Sebab tu aku sound kau direct. Kau fikir la sendiri. Tapi kalau mau declare perang, ok aku on. Memandangkan mood-mood otromen sudah kemabali. Kalau kau rasa-rasa mau jadi raksasanya, SILAKAN!!!!

Aku tambah bengkek ngan kau sebab ko berani mengadu-mengadu. FCUK la aku rasa kan. Kalau kau rasa ndak puas hati, sound direct ke aku. Aku paling ndak suka orang kuat mengadu-mengadu ni. LOSER kau tau!!! 

Nah!! First time aku mengamuk di blog. Tapi aku peduli apa. Bukan orang lain punya blog. Aku yang bayar domain blog ni, so suka aku la mo mencarut atau mengarut apa pun!!!!!!!!!!!



Mode: puas!!!

24 May 2011

Emosi Aku Terganggu!!!


Assalamualakum semua ^____^,


Lama ndak post entri kan. Sebenarnya lately ni Aku agak busy dengan persiapan kahwin adik aku SABTU ni. Sebab tu lah blog buruk ni terbiar.


Sempena kerajinan aku mempost something hari ni, aku mau post something yang sudah lama aku ndak post. Post luahan hati dan perasaan. Semoga aku jumpa ketenangan selepas ini.


Kenapa ya??? Kenapa aku susah betul untuk temui kegembiraan yang hakiki. Ka memang semua orang pun macam aku jugak???? Tapi kenapa aku nampak ada orang yang 24/7 happy. 24/7 bahagia. Bukan aku mau ckp aku ndak gembira. Bukan aku mau cakap aku ndak happy. Aku happy. Tapi ndak hakiki.


Aku sebenarnya inginkan sebuah kehidupan yang sentiasa happy. Aku sanggup berkorban apa saja asalkan aku happy. Aku paling pantang kegembiraan aku diganggu-gugat. Bisa melenting aku dibuatnya.


Tapi, macam mustahil pulak kan. Bukan kehidupan namanya kalau tiada sedih, luka, perih dan perit . Tapi kalau aku sanggup korbankan apa saja demi orang yang aku sayang kenapa tiada orang memperlakukan sedemikian padaku??? Apa salah aku?? Teruk sangat ka aku ni sampai ndak layak untuk gembira macam orang lain???? Hina sangatka aku???






Oh My!!! Sedih pulak la kan. Haipppp!! Dont be sad Rina. Hidup mesti ceria baru boleh happy-happy kan.


Satu pintaku, semoga aku terus kuat dan tabah menempuhi kehidupan ini bersama orang-orang yang aku sayang. AMIN!!!!




P/s kalaulah ada pill yang boleh buat orang happy.. Alangkah baiknya...




04 May 2011

Program Suara Tawau untuk 1Malaysia




Assalamualaikum semua ^___^,


Hari ni mau share gambar-gambar yang aku sempat tangkap menggunakan handphone buruk aku semasa program Suara Tawau utnuk 1Malaysia. Sumapah!! aku masa pergi program tu aku sebenarnya ndak tau pun untuk apa program tu diadakan. Aku pergi pun sebab En. Boipren yang ajak pergi. So aku pergi la. Aku tau nama program ni dari Lisa Ali. Kalau tidak, aku memang ndak tau.


Bawah ni ada beberapa gambar yang aku tangkap menggunakan handphone. Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar yang aku tangkap tapi menggunakan kamera En. Boipren dan kamera itu sekarang ada pada dia so ndak dapat share. May be dalam entri Program Suara Tawau untuk 1Malaysia (Insyallah kalau rajin).




Kategori Basikal:













Kategori Motorsikal:
































Kategori Kereta:

















Aku pun kurang pasti apa kategori-kategori yang dipertandingkan. Mungkin juga yang tercantik. Yang terlawa. Sebabnya, belum pun habis program tu aku dengan En. Boipren sudah melarikan diri dari program. Panas gilak ok!! Sudahlah panas, aku lupa pulak la kan bawak payung. Bukan lupa, tapi konon-konon aku adalah wanita yang tahan panas.Dalam erti kata lain BAJET JANTAN!! TREP JANTAN!!! Sudahnya, rasain lo. Bermandikan peluh!!!!




Apapun, aku bangga sebab menjadi salah satu supporters aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Tawau ni. Biar panas, janji enjoy!




Untuk berita lebih lanjut maybe boleh pergi ke Tawau Bloggers.






p/s panas yang melampau menyebabkan kulit menjadi hitam... Oh!Memang Gila!!!!

25 April 2011

2 Hari- 2 Kemalangan


Sebenarnya, kemalangan ni berlaku minggu lalu.Satu pada 18 April dan satu lagi 19 April. Cumanya baru hari ni aku rajin post benda yang hampir seminggu dalam draft aku (gambar-gambarnya).


Kemalangan 1:

Aku sebagai salah satu mangsa. Boleh cakap mangsa ka?? Almost la. Syukur aku sempat brake! Kalau tidak sah-sah aku pun menjadi mangsa.


Bawah ni ada hasil kebosanan aku sebentar tadi. Cer tengok dulu. Faham ka??






Ini pandangan keseluruhan dari tepi. Vigo itu berada di atas bukit yang tingginya tidaklah seberapa.  Tapi yang buat aku PANAS, Vigo itu parking tanpa ada pemandu dalam keadaan parking di kawasan berbukit. Bodoh betul lah kan siapa yang parking ni. Mesti dia ingat brake Vigo ni hebat gila sampai dia betul-betul yakin untuk tinggalkan Vigo itu dalam keadaan macam gitu.





Pada mulanya, aku menyangkakan yang Vigo itu mau undur, beriya la aku dan lori putih tu tekan hon. Yalah kan, sah-sah la kan jalan tu jalan lurus so sah-sah la turn aku ngan lori putih tu. Vigo tu kalau pun mau keluar, kenalah tunggu nda ada kereta baru keluar. Hon punya hon punya hon. Tapi Vigo tu still begerak.

Ahhh..!!! Sudah!

Pekak agaknya orang ni!

Tiba -tiba :








Nasib baik aku sempat brake wei!!! Sudahnya, aku pun ikut takut! Malaun punya Vigo. Mau jugak aku maki driver vigo ni. Mentang-mentang pakai kereta kerajaan, ko ingat kereta kerajaan jak ka yang bayar cukai jalan. Sekali tengok, ndak da driver la pulak.



So, kesimpulannya, orang yang tinggal vigo ni memang bodoh la kan. Boleh-boleh pulak tinggal kereta dalam keadaan tanpa pemandu di kawasan seperti ini:







Moral of the story , even kau pakai kereta kerajaan, please la jangan parking sesuka hati dan please dont be so selfish sebab yang kesiannya lori putih tu sebab aku nampak dia ada bawak sayur di bucket lori tu. Kan sudah menganggu orang tu untuk mencari rezeki!



Kemalangan 2:

Kemalangan kali kedua ini tidak melibatkan aku. Tapi melibatkan proses perjalanan aku ke tempat kerja. Tengah syok driving mau balik ke ofis selepas makan tengahari di rumah, tiba-tiba jammed.


Apa kejadah jammed area sini ni. Oh! Memang Gila la kan kalau ada road block! Sah-sah aku ndak pakai tali pinggang keselamatan time tu.


Ceh!! Ingatkan road block. Rupanya ada lori petronas termasuk dalam parit!






Hah! Tengok tu!


Kurang jelas???


Mari kita zoom






Hah! Jelas kan. Entah macam mana entah diorang tarik keluar. Ndak da masa aku mau turun tengok dan tunggu. Gambar pun blur-blur sebab time ambil tu sambil driving dan sambil tengok kiri kanan takut ada orang tengok aku ambil gambar. Ndak pasal-pasal kantoi kan. 


Moral of the story, kemalangan itu tidak berbau. Boleh berlaku di mana saja ndak kira masa . So, berhati-hatilah di jalan raya.



P/S padahalnya aku selalu kena marah en. boipren sebab memandu macam hantu!

17 April 2011

Air Kelapa Boleh Buat Orang Pitam kah?????


Assalamualaikum semua.Cewah.Suci murni aku di pagi ahad ni kan. Biasanya main bedal jak aku punya intro. Tapi ndak salah jugak kan. Aku Islam pulak, so ndak salah kan bagi salam.


Sebenarnya aku ni tengah tunggu mak kesayangan aku bersiap. So sementara menunggu ni menyempat lagi aku menhapdet blog ni hah. Biasalah, hari ahad kan hari untuk menemani dan menjadi driver mak aku. Sudahnya isnin sampai sabtu asyik keluar ngan En. Boipren so pandai-pandai la bahagikan masa. Anak mithali la katakan.


Ok. Lupakan bab anak-anak mithali ni. Berbalik kepada tajuk kita pada pagi ini (OMG! sounds like aku ni penceramah bebas tidak berbayar pulak), semalam aku pitam time tengah syok kena buli oleh En. Boipren di gym. Punya la dia mau jadi coach sampai beriya paksa aku. Aku ni memanglah jenis suka kena paksa, tapi semalam aku ndak tau kenapa aku rasa aku almost flat. Aku bagitau en. Boipren aku ndakda tenaga sudah ni (padahalnya, aku exercise benda yang sama yang selalu aku buat juga). Tapi dia paksa aku jugak. Beriya suruh aku guna kekuatan mental. Mental la sangat. Yang aku ni pun konon jenis dengar cakap. Lagipun aku memang konon-konon tengah berdiet keras. Termasuk semalam,sudah 4 hari aku ndak sentuh nasi. Konon la kan ndak mau makan nasi, tapi bak kata kumpulan Sepah, "Gajah tu bertahun-tahun ndak makan nasi, ndak kurus pun" tiongggg!!!. 


Dipendekkan cerita, selepas membuat aktiviti yang dipaksa oleh en. boipren, masuk set yang ketiga, tiba-tiba aku rasa kepala berpinar.!@#$%^&*()_)(*&^$... Uiks.. kenapa tiba-tiba aku rasa macam bukan berada di dunia nyata ni. PERGHH!! Pitam??? wah wah wah... si Otromen pitam. Seumur hidup aku, ini maybe kali yang ke 3 aku pitam.Trep-trep aku ni hebat la kan ndak pernah pitam. Aku ingat lagi time sekolah rendah dulu, suka sangat ikut perbarisan. Tapi aku bangga, ndak pernah pitam time perbarisan sukan sekolah tu. Ni baru suruh senaman lebih sikit tiba-tiba rasa mau pitam. Aku sure, mesti en.boipren ingat aku saja mau lari dan mau escape. Sumpah en. boipren, saya betul-betul rasa mau pitam. Sudahnya, aku keluar dari gym tu. Konon-konon mau ambil angin luar, berharap dapat kembali ke normal. Tangan, kaki kepala suma rasa ringan dan lemah. Aku duduk. En. boipren marah. Katanya nanti bontot tambah besar. OMG! Dia suruh aku bediri. Wei! ada jugak aku tejepuk jatuh ni. At last aku serius ndak tahan, aku baring jak atas lantai di luar gym tu. Mampus la. Aku ndak peduli sudah. Kotor pun kotor la. Janji aku ndak pengsan. Lepas baring tu, lepas beberapa minit, baru aku rasa lega.Yang paling best, tetiba la kan perut aku meragam. Kentut baik punya. Angin keluar sabung-menyabung macam kilat. Lepas kentut, serius, SUMPAH! LEGA WEI!.


Hiasan semata-mata


Tahu pucat muka en. boipren tengok aku pitam. HAH! Paksa lagi. Paksa lagi. Tang-tang tu en. boipren ajak balik. Masuk dalam kereta, penat aku berfikir. Kenapa boleh tiba-tiba rasa mau pitam. Biasanya ok jak pun. Bukan baru first time aku main gym ni. Fikir punya fikir punya fikir,ya ampun tengahari dan petang td aku minum air kelapa. Aku ndak tau betul ka ndak, tapi mak aku cakap, air kelapa memang bagus untuk cuci sistem pencernaan tapi ianya jugak boleh melemahkan badan. Ok, melemahkan. Setakat melemahkan tiada masalah.Ndakkan la sampai boleh buat pitam kan.Aku sambung berfikir lagi kenapa aku betul-betul teruk hari ini. Fikir punya fikir punya fikir,tiba-tiba aku terfikir, sebelum minum air kelapa tu aku minum kopi pearl kacip fatimah.Fungsi??/ Untuk kelihatan gagah malam ni. Jeles wei ngan Eda. Dia main gym 2 jam setengah. AKu paling lama mampu pun 1 jam. Itu pun banyak rehat. So hantam kacip fatimah la. Adakah mungkin KACIP FATIMAH + AIR KELAPA boleh melemahkan sistem badan aku.Atau pun sebab aku campur dua minuman ni. OH! TIDAK! Tapi yang pasti dan tidak syak lagi, dua benda tu yang buat aku memalukan diri di gym. Nasib baik malam minggu.Ndak ramai orang kalau tidak malu jugak aku kan. 


Moral of the story, jangan campur-campur minuman anda. Jika tidak ianya mampu membuat anda pitam dan mungkin jugak keracunan. eh... keracunan???? boleh ka??? Entah...




p/s tapi sebelum pegi gym tu aku telan sepirulina, minyak ikan dan prime rose. hah! apa cerita????




p/s/s baru post benda alah ni. Draft dari pagi tadi... tionggg!!!





16 April 2011

Suka Sangat Main Cium-cium Bontot kan...HAH! AMBEK KAU!

Tajuk macam lucah kan. Hak! Hak! Hak!

 Jangan salah faham.

Sebenarnya aku mau cerita satu kisah dimana aku yang suka rapatkan depan kereta aku dengan bontot kereta bapak aku. Suka main-main. Konon-konon teror bawak kereta. So parking rapat-rapat. Rapat punya rapat punya rapat. HAH! AMBEK KAU! berbunyi alarm Vigo tu aku kerjakan.


Blurr..sebab time ambil gambar aku ketawa terbahak-bahak tengok kereta kemek!




Hasil daripada terkena bucu yang muncung itu...




Hasilnya, kereta aku kemek.Lepas terlanggar tu aku bukannya takut or gabra or nangis. Aku ketawa terbahak-bahak sebab aku ndak sangka, selama ni kalau pun tercium bontot kereta bapak aku, tidak la seteruk ini. Tapi kali ni aku gagal. Aku call Encik Boipren bagitau dia aku tercium bontot kereta bapak aku,  Encik Boipren bukannya simpati ke aku.Dia siap boleh cakap "rasa la. Ndak pandai cium mau mencium kan..." Lepas tu siap send sms "hahahahahahahahah". Tiba-tiba aku rasa geram plak. Bukannya simpati ke aku. Boleh plak ketawakan aku. Rasa mau ketuk pun ada jugak. hehehe!


Sebenarnya aku ingin mengelak tiang di sebelah kiri kereta tu sampai aku ndak perasan aku sudah makin kedepan dan finally terlanggar kerata bapak aku. Adoi! Serius aku cakap, aku langgar secara perlahan dan hasilnya Vigo tiada apa-apa effect pun dan Waja pulak KEMEK. Moral of the story: lu fikir la sendiri!



p/s haiyo...baru mau buktikan perempuan tidak la seteruk mana pun bawak kereta...tapi.....


03 April 2011

Gagal

Berapa kali aku gagal. Sian En. Boipren. Aku slalu gagal jadi gf yang baik. Haiyo... Sampai bila baru mau lulus ni.

Tapi apa ciri-ciri seorang gf yang lulus??????? Entah.. Aku sudah usaha. Tapi masih gagal.

Bagi aku, aku gagal bila:

• aku selalu ndak dengar apa En. Boipren cakap dan slalu ikut kata hati sendiri.

• bila terlampau ikut kata hati sampai aku lupa minta pendapat orang lain dan finally apa yang aku buat untuk dia useless. Useless bukan sebab dia tapi sebab aku sendiri.


POKOKNYA...


Aku masih gagal untuk jadi gf yang perfect dan dalam erti kata lain, Aku belum layak kahwin..

Erkkkkkk?????




P/s lulus jadi gf baru boleh kahwin...
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

23 March 2011

Aku Jatuh Cinta Dengan Najwa Latif

Bunyi macam lesbian kan..kan..kan.. ha ha ha. Aku jatuh cinta dengan suara NAJWA LATIF. Entah. Aku rasa aku lagi minat dia dari Yuna. First time aku dengar suara dia ni time kawan aku post video dia di FB. Since dari hari tu aku subscribe Youtube dia. Then aku tambah jatuh cinta minat dia bila dengar lagu bawah ni. BEST! BEST! BEST! tapi ni baru teaser.. Ndak sabar mo dengar yang FULL!







P/S Ndak sabar tunggu dia join AJL!

21 March 2011

Disaat aku

Disaat aku terima engkau dalam hidup aku...
Aku terima baiknya engkau...
Buruknya engkau..
Aku terima lebihnya engkau...
Kurangnya engkau...
Kerana aku tau...
Aku pun tidak sempurna...
Aku pun serba kekurangan...
Ku berharap kelebihanku dapat isikan kekuranganku...
Dan kekuranganku dapat terisikan dengan kelebihanmu...
Kerana aku cinta engkau..
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

20 March 2011

Mee Kicap


Dalam bahasa Melayu a.k.a bahasa baku a.k.a bahasa orang yang ndak tau bahasa cina, aku panggil mee ni mee kicap. Sangat sedap dan menepati selera aku. Walaupun aku rasa makanan ini mampu mengemukkan aku, aku tidak pernah pedulikan semua itu. At least once a week aku mesti makan mee kicap ni(ok..minggu ni dua kali). Lokasi, sudah pastu Kedai Kopi Yuan Yuan, Batu 3.  Kombinasi terbaik untuk makan mee kicap ini adalah bersama sup soto.Isi..sudah pasti SUP CAMPUR. Perghhh... MANTAP!!! Minuman terbaik untuk dihidangkan bersama kombinasi mee kicap ini adalah Teh C Special kerana sambal a.k.a ladanya yang sangat HOTTTTTTTT!! mampu membakar lidah sangat sesuai bila dikenakan bersama minuman manis seperti itu. 



p/s Antara makanan kegemaran encik boipren jugak selepas aku perkenalkan padanya... :D
    Eda Suhaili, nanti ko datang aku bawak ko p makan k..

19 March 2011

2 Months

gambar curik dari Mr.Google

Hari ni 19hb. Genap 2 bulan hubungan ini berlangsung. Wahhhhhhhhh!! Semoga ianya berkekalan selamanya. AMINNNNNNNNNNN!!!

17 March 2011

YESSSSSS.it works!

 pic credit to http://kacangberangan.blogspot.com



First of all, aku mau ucap THANK YOU SO MUCH EN. BOIPREN. Thanks sebab menjadi pendorong aku selama ni.Thanks sebab paksa-paksa aku buat semua tu. Apa yang pasti. IT WORKS. Apa yang worksnya...  he he he. Aku berjaya mengempeskan perut sedikit demi sedikit dalam masa seminggu ini. Sebabnya tiap kali bangun pagi or ada masa kelapangan aku akan buat sit up.. berapa kali?? Aku sendiri ndak tau berapa kali. Buat sampai penat. Semuanya atas dorongan someone yang betul-betul mau tengok aku kurus..Bosan kali dia tengok aku gemuk. Bayangkan aku dipaksa sit up dengan garangnya. Seperti kapten mengarahkan orang bawahannya. FUH! First2 bengang jugak aku. Ni anak ndak tau ka aku penat. Tapi, aku tau dia buat tu sebab dia sayang aku. So, aku dengan nekad berusaha untuk itu. Bayangkan tiap pagi bangun aku buat sit up. Bila timbul perasaan malas, aku akan bayangkan dia ada depan mata aku dengan muka garang mengalahkan muka si KAMAWAS dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa.Sudahlah tu,tiap hari tanya aku " PAGI TADI ADA BUAT SIT UP KA???"... Mau menipu takut kenak sambar petir.Tapi selepas seminggu aku sendiri nampak hasilnya.Apa yang aku mampu cakap, TERIMA KASIH ATAS DORONGAN ANDA... IANYA BERHASIL....AKU AKAN BERUSAHA LAGI GIGIH.




p/s aku tidak perlukan someone untuk dijadikan idola. Yang menjadi pembakar aku sekarang adalah 3 helai seluar jeans aku yang aku jumpa pagi tadi time mengemas. Dulu serius itu seluar langsung ndak boleh muat sudah wooo..sebab tu hanya disimpan dipenjuru-penjuru almari...tapi tadi pagi aku try sudah boleh muat cuma memerlukan sedikit lagi kekurusanku. CHAYOKKKK RINAAAAAAAAAAA!!