Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

13 January 2012

Cara Untuk Dapatkan Duit Hanya Dengan Online






Hah, tiba-tiba aku tergerak hati mau buat entri ni.Tapi aku rasa dulu aku pernah post pasal ni tapi biarlah. Suka aku lah mau share berapa banyak kali pun.


OK. Mari kita mula.

Aku rasa ndak ramai orang tau pasal ini. Mungkin ramai tapi lagi ramai yang ndak tau. Ada beberapa cara kita boleh lakukan untuk menambahkan pendapatan hanya dengan online. Woit.. tunggu dulu. Jangan fikir bukan-bukan. Aku bukan mau promot bisnes RM 20 hinggit tu. Ini aku cakap betul punya.Aku ada 2 benda yang aku selalu guna . Daripada aku online buta-buta, menghadap facebook, melayan twitter secara buta-buta tanpa ada keuntungan, bagus aku buat semua tu sambil tambah pendapat.



CARA 1

Blogging:


Kepada yang tidak tahu, dengan meletakkan iklan-iklan didalam blog anda, anda mampu mendapatkan pendapat tambahan. Untuk pengetahun kamu, ada antara blogger popular yang boleh mendapatkan pendapatan mencecah ribuan ringgit hanya dengan blogging. Sumpah aku ndak tipu kamu. Sebab ada yang siap post lagi gambar check dari Nuffnang. Aku pernah baca. Aku ??? Ya aku pernah dapat. Tapi tidak lah sampai riban. Aku bukan blogger popular macam diorang. Tapi at least aku pernah dapat. Berapa tu biarlah aku jak tau. Oklah daripada kamu yang online FB buta² tanpa dapat satu sen pun. Lagi-lagi yang pergi CC. membuang duit buta-buta jak kan.


Apa yang anda perlu lakukan adalah daftarkan blog anda di syarikat-syarikat pengiklanan seperti ADVERTLETS, NUFFNANG dan lain-lain lagi. Oh ya, Google Adsense pun boleh jugak. Lepas tu letakkan link iklan di dalam blog anda. 

Kepada yang rajin, pulangannya pasti berbaloi. TRUST ME.





CARA 2


Join Churpchurp:


Join Churpchurp ni paling la senang. Kita hanya perlu share jak iklan-iklan yang ditugaskankan kepada kita untuk share. Hanya dengan satu klik saja. Share jak. Semudah kacang. Sesiapa yang rajin promot, pandai promot, setiap iklan yang kita share, if ada orang klik, kita akan dapat beberapa sen(mengikut yang ditetapkan). Bayangkan sesiapa yang ada 5000++ friends di FB tu campur dengan Twitter lagi. Bayangkan kalau semua 5000 orang tu klik. FUH!! oklahkan berbaloi what. Bukan kena keluarkan apa keringat pun.

So, kepada yang baru mau join churpchurp boleh lah klik sini :




Lepas tu register la k.


Aku ndak mau tamak-tamak sendiri. Because sharing is caring, so aku share la. Aku ndak tipu ni wei. Ndak percaya tanya la blogger-blogger yang popular yang sudah pernah dapat ribu-ribu hanya dengan blogging dan join churp-churp. Eh chop, belum pernah lagi aku jumpa yang dapat riban-riban dari churpchurp tapi ratus-ratus pernah. Betul. Ndak percaya p kamu google.



Last sekali, sesiapa yang rajin tu datanglah blog aku selalu k. Kalau ada nampak iklan-iklan menarik tu, klik la kalau rajin. Tengok-tengok la apa produk yang diorang jual tu. Kadang-kadang best jugak tu.




p/s tunggu check nuffnang. LAMBAT!!!

04 January 2012

Ciri-ciri Blog Yang Aku Akan Kunjungi Berkali-kali

• Blog yang ringan|| blog yang ringan yang aku maksudkan adalah blog-blog yang tidak terlalu sarat dengan gadget yang tidak perlu seperti jam dan lain-lain yang boleh memberatkan sesebuah blog. Bagi aku semua benda tersebut hanya akan memberatkan blog tersebut untuk loading. Jujut aku cakap, kalau blog yang berat ni, biar best macam mana pun, aku akan jarang untuk kunjungi blog mereka. Bukan tidak mau masuk, tapi serius berat. Lambat gilak untuk loading membuatkan aku bosan untuk menunggu.


• Blog yang tiada lagu || aku spesis manusia yang suka blogwalking dengan membuka tab-tab yang banyak. Biasanya aku akan buka sampai 5 tabs. Cuba bayangkan kalau kelima-lima blog yang aku buka tu ada lagu. Memang gila lahh! Kena-kena lagi lagu yang heavy. Memang gila lah. Kadang-kadang aku terpaksa mutekan laptop gara-gara lagu2 yang bercampur baur itu. Bagi aku lagu-lagu tu ndak penting sebab hanya akan membuatkan orang untuk malas berkunjung ke blog kita.




Buat masa ni blog sebegitu la yang rajin aku kunjungi. Kalau sesebuah blog itu berat dan mempunyai lagu, kebiasaannya aku hanya kunjungi sekali sekala. Bagi aku, aku ingin baca info dan cerita kawan-kawan dengan mudah dan happy tapi gangguan-gangguan sebegitu menganggu mood aku. So, daripada aku hilang mood untuk blogwalking, bagus aku ambil langkah awal untuk tidak masuk ke blog-blog yang berat itu.



P/s lately aku memang rajin blogwalking.



24 November 2011

"WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 3"





Aku pun ndak tau la kenapa lately aku rajin pulak ikut contest or apa-apa aktiviti yang mengeratkan aku dengan bloggers lain. Yalah, aku ni walaupun sudah lama bergiat dengan dunia blogging ni, tapi kadang-kadang spesis pemalas untuk update blog. Ndak macam orang lain. Aku tengok diorang baru sebulan dua blogging, follower sudah riban-riban. Bestnya!! 

Macam mana aku boleh tergerak hati mau join aktiviti ni sebab tadi cik Maera ni komen di blog aku. SO aku buka balik la blog dia. jumpa pulak benda ni. Alang-alang tengah syok layan blog aku join la. Oh ya Cik Maera, jawapan kepada komen kamu tadi, saya pakai kamera hp. Sama macam kamu jugak, saya pun malas mengusung DSLR. ^___^

Ok. Kepada sesiapa yang berminat klik banner atas tu. Direct ke blog Cik Maera ni. Ramai wooo followers dia. Ada 4k++.

18 November 2011

Percubaan Pertama Membuat Header Blog

Ini header lama. Simple.



Ini pulak header baru.




Percubaan pertama membuah header yang dalam kategori bergambar. Biasanya aku buat header pakai tulisan or gambar muka sendiri. Sangat buta tentang seni. Untuk first timer macam aku, aku memang berpuas hati dengan header aku ni. Akan datang akan improve lagi. Tapi, DOODLE tu, sumpah bukan aku yang buat. Belum pakar lagi bab-bab doodle tu. Doodle tu aku AMBIL DENGAN IZIN di Istana Cinta. Owner blog tu memang sedekahkan kepada manusia-manusia yang buta seni macam aku ni. Terima kasih tuan punya blog.

Next time aku mau buat flash header lagi. Akan berusaha mempelajarinya. Insyallah.



p/s semangat blogging tengok rupa baru blog sendiri. Nampak sangat aku gila twitter kan sebab tu burung twitter tu aku letak situ. 



16 November 2011

Tujuan Blogging

Sambil-sambil tengok sinetron Indon, tiba-tiba aku rasa mau blogging. Nasib baik boleh blogging dari hp. Laptop memang sudah lama ndak bawak balik rumah. Tinggal di ofis. Malas mau mengusung.



Kembali ke tajuk entri, kadang-kadang aku terfikir, apa tujuan orang blogging? Bagi aku tiap individu ada tujuan blogging tersendiri. Ada yang blogging untuk suka-suka, ada yang untuk cari pendapatan sampingan samada melalui nuffnang ataupun bisnes online, ada yang blogging sambil menyediakan service design templete blog, design header etc dan ada juga yang blogging untuk tambah kenalan.


Bagi aku sendiri, kawan-kawan boleh baca dari isi-isi entri aku. Aku blogging sekadar untuk suka-suka jak. Mengisi masa lapang. Selain tu, blog jugak boleh dijadikan sebagai diari kehidupan aku. Kadang-kadang best jugak kalau baca balik entri-entri yang lama. Tahun lepas punya entri. Kadang-kadang aku sendiri lupa bila masa aku buar entri tu. Bila post pasal kehidupan kita, bila baca balik, kadang-kadang kita sendiri lupa yang kejadian tu pernah berlaku dalam hidup kita kan. Itulah benda terbaik blogging ni. Itu yang aku suka blogging ni sebenarnya.


Apapun tujuan kita blogging, yang penting kita happy. Ada orang baca, syukur. Kalau tiada, kita ndak rugi apa pun kan.




P/s mood blogging semenjak dua menjak ni membuak-buak. Thank God!

P/s/s gambar adalah dibawah sebab blogging guna phone dan gambar adalah hasil google.




14 May 2011

Akhirnya Blogger.com Kembali Beroperasi

Assalamualaikum ^___^,




Akhirnya dapat jugak blogging!!! Happy Bangettttttttttt!!! Pening woo almost 2 hari ndak dapat blogging. Macam ada yang kurang. Time idea datang mencurah-curah, time tu la blogger.com bermasalah. Tension!!!! Sama tension dengan aku yang kadang-kadang ndak faham dengan manusia-manusia di muka bumi ini terutamanya dengan makhluk Allah yang bernama lelaki.




Dunia-dunia. Sukar untuk difahami. Sama sukarnya untuk memenuhi kehendak semua orang. Buatlah sebaik mana pun tetap tidak dapat puaskan hati semua orang. Harus kita ingat, NOBODY IS PERFECT IN THIS WORLD. Tapi bila kita berjaya menerima ketidaksempurnaan itu, kita berjaya menyempurnakan sesuatu yang kurang. Itu yang aku pegang selama ini. Bagi aku, bila ada beberapa benda yang aku tidak puas hati dengan seseorang , aku akan cuba menerima ianya sebagai satu kelebihan, dan akhirnya aku berjaya membuatkan dirinya sempurna di mata aku. Ya dimata aku. Mata orang lain??? Apa aku kesah. Kan tidak mudah untuk puaskan semua orang. As long as kita sendiri puas, persetankan saja orang lain. Kalau mau diikutkan kehendak semua orang, kita yang merana. Buat apa yang kita rasa terbaik pernah kita buat, tapi kalau masih tidak dihargai, anggap saja semua itu sebagai salah satu cabaran dalam hidup. Apapun berlaku, hidup perlu diteruskan.













p/s kalau ada manusia perfect di dunia ni, tidak akan ada manusia yang sanggup berhabis wang dan masa untuk menjadi perfect!!



p/s/s ada banyak idea tertangguh untuk dicontengkan ke dalam blog..

04 May 2011

Program Suara Tawau untuk 1Malaysia




Assalamualaikum semua ^___^,


Hari ni mau share gambar-gambar yang aku sempat tangkap menggunakan handphone buruk aku semasa program Suara Tawau utnuk 1Malaysia. Sumapah!! aku masa pergi program tu aku sebenarnya ndak tau pun untuk apa program tu diadakan. Aku pergi pun sebab En. Boipren yang ajak pergi. So aku pergi la. Aku tau nama program ni dari Lisa Ali. Kalau tidak, aku memang ndak tau.


Bawah ni ada beberapa gambar yang aku tangkap menggunakan handphone. Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar yang aku tangkap tapi menggunakan kamera En. Boipren dan kamera itu sekarang ada pada dia so ndak dapat share. May be dalam entri Program Suara Tawau untuk 1Malaysia (Insyallah kalau rajin).




Kategori Basikal:













Kategori Motorsikal:
































Kategori Kereta:

















Aku pun kurang pasti apa kategori-kategori yang dipertandingkan. Mungkin juga yang tercantik. Yang terlawa. Sebabnya, belum pun habis program tu aku dengan En. Boipren sudah melarikan diri dari program. Panas gilak ok!! Sudahlah panas, aku lupa pulak la kan bawak payung. Bukan lupa, tapi konon-konon aku adalah wanita yang tahan panas.Dalam erti kata lain BAJET JANTAN!! TREP JANTAN!!! Sudahnya, rasain lo. Bermandikan peluh!!!!




Apapun, aku bangga sebab menjadi salah satu supporters aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Tawau ni. Biar panas, janji enjoy!




Untuk berita lebih lanjut maybe boleh pergi ke Tawau Bloggers.






p/s panas yang melampau menyebabkan kulit menjadi hitam... Oh!Memang Gila!!!!

03 May 2011

Mrs. Mikko : Blog Kamu ada Malware!!!

^___^

Dari hari tu kan aku sibuk mau beli VCO tu. Cumanya lately aku busy. Malas mau mencari stokis yang menjulanya. 

Entah kenapa hari ni aku sibuk la kan pergi cari orang yang jual VCO.Tiba-tiba aku teringat aku ada terbaca entri si Mrs. Mikko pasal dia beli VCO tu. So aku pun dengan penuh rasa semangat berkobar-kobar ingin menyiasat di manakah Mrs. Mikko membeli VCO itu. 

lepas tekan blog Mrs. Mikko - http://mikkofallenangel.blogspot.com yang keluar adalah:







OH TIDAK!!!!!!!!!!!!!!






Mrs. Mikko............... Blog kamu ada malware!!









p/s adui... ni aku ndak suka ni....macam mana mau masuk blog kamu kalau ada malware..bahaya!

15 April 2011

Blogger Lama

Aku masih ingat.,Dulu aku bodoh bab-bab blogging ni...(macam sekarang kau hebat...blog macam cabuk jak pun).Yang aku tau, baca blog orang. Time tu blog aku memang haprak ndak da apa-apa.Kerja aku hari-hari bongkar blog orang. Sampaikan ada beberapa blog yang aku selongkar dari first entri dia sampailah entri yang latest dia. Hah! Bunyi macam fanatik sama orang tu kan. Tapi hakikatnya TIDAK! Sampaikan aku rasa aku sudah kenal dengan orang tu lama gilak.Ini la kelebihan blog sebenarnya.

Tapi semenjak kejadian gatal tangan aku yang teramat sangat sampaikan aku terbuang dan terdelete dan ter... banyak macam ter lagi la, aku ter lost contact dengan blog-blog itu.Dan secara automatik jugak aku terlupa dengan blog-blog itu. SUMPAH aku ndak sengaja.

Tapi (berapa banyak tapi daaaa), entah syaitan apa yang merasuk minda dan kepala otak aku hari ni, tiba-tiba aku teringat dan terfikir untuk cari balik blog-blog yang aku ingat.Aku guna khidmat En. Google. Thanks Ya. I LOP U. Antaranya si Cik Vidadarisakura. Wah, nampaknya dia masi aktif lagi blogging even rasanya almost setahun aku ndak jenguk-jenguk blog dia ni. Aku suka baca entri-entri dia ni. Ringkas tapi kadang-kadang lawak.  Kedua En. Oyett ni. Tapi nampaknya dia sudah tidak aktif berblogging. Or maybe bercuti. Last entri dia adalah 22 March 2011. Maybe dia sudah kahwin sebab tu busy. Aku pun ndak tau dia tau ka ndak aku ni pembaca setia blog dia. Tapi sah-sah dia ndak kenal aku. Aku ni kan pembaca senyap. 

Apapun, aku happy dapat jumpa balik blog-blog diorang ni.


P/S Misi untuk mencari rakan blogger lama akan diteruskan!

07 April 2011

idea

Aku hairan. Lately aku punya idea dan semangat untuk blogging seakan hilang. Entah mana perginya. 

Orang cakap mau cari idea dan semangat blogging tu senang, kita kena rajin melawat blog kawan-kawan. Tapi bila sudah melawat blog kawan-kawan memang la dapat idea dan semangat. Tapi aku jenis ndak suka re-post apa orang lain buat. Kecuali something yang aku rasa betul-betul untuk dikongsikan. Dulu-dulu aku rajin la kongsi itu ini di blog aku. Tapi sekarang aku rasa aku mau blogging ikut suka hati aku. Tapi sometime aku ketandusan idea. Bukan langsung tiada cumanya kadang-kadang aku rasa benda tu ndak masuk akal untuk di post. Aishhhhhhhh.. tapi namanya pun blog aku kan. Suka hati aku la mau post apa pun.kan kan kan...


Kawan-kawan ada ka petua yang boleh aku gunakan untuk naikkan semangat aku untuk berblogging???Boleh kongsi???




p/s rasa-rasa mau buang blog ni pun ada..(kadang-kadang)

29 November 2010

...Bahaya bila putus tunang...

Selama ni, aku bukan kenal pun si Cikgu Shida ni. Bila orang sibuk post di FB pasal video miming dia ni, aku buat dunno jak. Sebabnya, bagi aku dia ni salah satu orang-orang yang "tiada kerja cari kerja buat". Bukan dia sendiri yang buat video miming tu. Ramai gilak. So. aku buat dunno la. Sampailah last week kalau aku nda silap, aku terlihat satu video dia. Orang cakap paling latest.Dia miming lagu "Kalau Berpacaran". Kebetulan time tu aku memang asyik dengar lagu Ana Rafali di winamp aku. So, aku pun dengan tanpa rasa segan silu klik la "PLAY". Bila tengok aksi cikgu satu orang ni, terfikir jugak dalam kepala hotak aku ni, Cikgu ni memang mereng ni. Nda ada kerja la ni. Kan sekarang cuti sekolah. Ni la orang tiada kerja cari kerja buat.Tapi serius aku cakap, video dia tu macam berhantu tau. Bila tiap kali aku dengar lagu Kalau Berpacaran ni,nda kira la di mana jua, di opis, di rumah malahan dalam kereta, aku siap boleh terbayang-bayang reaksi dia dalam video tu. Serius Berhantu wei. Entahlah, cikgu ni ada bagi aku minyak senyonyong kali kan. ISH!

Pagi tadi, time blogwalking, aku jumpa dalam blog Cikgu Dahlia" Kenapa Cikgu Shida ni jadi macam tu". Aku malas mau ulas panjang lebar, just klik blog Cikgu Dahlia, dalam tu kamu akan jumpa jawapannya.
Blog Cikgu Dahlia.Sambil-sambil tu enjoykan diri anda dengan video cikgu satu orang ni.



Hah! Amacam. Sudah dapat info. Bahaya jugak kan panahan putus tunang ni. Aku rasa dia tu memang sayang gilak dengan ex-tunang dia tu. Itu yang jadi macam tu tu. Dia ni pun satu la, muka bukan nda lawa pun. Lawa la jugak. Kalau tunang ko tu sudah nda mau, ko cari lain la. Sure ramai orang mau. Lagi-lagi zaman sekarang ni, mak bapak cari menantu yang kerja gomen macam ko tu. Yang ko pegi merosakkan nama ko, merengkan kepala ko macam orang nda betul tu kenapa. Adui.Aku cuma mampu doakan kau kembali pulih. Tapi best jugak video-video yang kau buat tu. Aku siap boleh terbayang-bayang lagi wooo...Next time kalau kau mau buat video lawak tu boleh, tapi janganlah yang terlalu mereng. Kasihan aku tengok Ok. Apapun, selamat bercuti .




nota kaki tangan dan mulut: kalau sudah kahwin pastu cerai, apa lah agaknya jadi dengan cikgu ni?? simpang Malaikat 44...


23 November 2010

...entri lucah untuk tarik perhatian pembaca...

Aku hairan, kenapa ada segelintir blogger yang sanggup letak tajuk lucah-lucah ataupun buat entri lucah-lucah ni. Adakah tujuannya untuk menarik ramai pembaca supaya trafik meningkat???Beginikah caranya untuk mendapatkan trafik yang tinggi??? Sanggup buat entri lucah semata-mata untuk dapatkan trafik??? WHAT THE FISH??? 

...HA!HA!HA!..

Aku aktif balik FB even nda sampai 24jam pun. Reason??? kelmarin time deactivatekan account FB aku lupa yang FB salah satu medium untuk UPkan traffic blog aku. So, aku decide untuk aktifkan balik FB tapi aku sudah ubah setting FB aku. Tiada siapa boleh komen. kuikuikui. So, FB tu hanya sebagai medium untuk menaikkan lagi trafik blog aku bukan untuk kegunaan aku. TADAAAA!




19 November 2010

...tunggu dan lihat...

Berapa lama aku mampu untuk pakai template yang ini. Silap-silap haribulan 2-3 hari lagi mesti aku gatal tangan ubah itu ini.Tapi kalau boleh biarlah begini. Lebih sedap mata memandang. Tidak terlalu padat dengan widget-widget yang boleh membuatkan sesak mata memandang. Back to basic kata orang. Simple tapi sedap mata memandang. Sedap ka?? ntah. at this moment aku rasa oklah ni. tapi tengok la kalau datang bosan aku, aku pasti akan berubah lagi wajah blog ni. Bukan aku nda suka yang sebelum ni, tapi 4 column yang ada membuatkan aku rasa blog aku macam sarat dengan benda-benda yang aku sendiri malas mau tengok.Kali ni ambil dua colum (back to normal and basic).Semoga iyanya kekal.



nota kaki tangan dan mulut: tadi sudah cuba template yang free tapi rasa macam semak dan serabut.


...masih mencari...

Aku sebenarnya masih mencari-cari template untuk blog aku yang aku rasa sesuai atau yang lebih sedap mataku memandang.Masih mencari template yang aku rasa aku nda akan ubah sampai bila-bila. Mau buat coding sendiri jangan harap. Aku buta coding ok. Sesiapa yang tahu dimana boleh aku download template yang comel-comel, cantik dan yang paling penting PERCUMA silalah kongsikan. Sekian.



nota kaki tangan dan mulut: cemburu tengok blog kawan-kawan yang comel-comel itu...


18 November 2010

...pentingkah blogwalking???

Jawapannya adalah YA! Sebab aku perhatikan 2-3 hari kebelakangan ni aku sangat busy dan tidak ada masa untuk blogwalking malahan tidak ada masa untuk update blog. Aku sendiri nda tau apa yang aku sibukkan tapi itulah kenyataannya. Trafik jatuh mendadak. hikhikhik. Bilalah agaknya mood untuk blogwalking dan mood untuk update blog akan kembali??????

Sekian untuk masa ini kerana azan Maghrib sedang bekumandang.


10 November 2010

...Kepada semua taiko-taiko dunia blogging...

HELP ME!. Aku sudah cuba hampir 5 kali buat tutorial "read more" tapi masih gagal. Sila beri tunjuk ajar...pleaseeeeeeeeeeee!!


nota kaki tangan dan mulut: Saya budak baru belajar...



08 November 2010

...betapa indahnya dunia blogging...

Tajuk nda tahan kan. Macam aku dapat cek ribu² dari Nuffnang.Padahal sekali pun belum pernah cashoout cek Nuffnang. Bukannya nda mau.Masalahnya belum sampai seru.Cuma aku mau ceritakan ialah betapa indahnya dunia blogging berbanding bermain game di FB.Sebelum ni aku memang gila main game di FB tu. Walaupun pada hakikatnya aku kenal dunia blogging jauh lebih awal dari game²
di FB tu. Tapi lama kelamaan aku rasakan main game tu tiada faedah. Aku pernah tidak makan 3 hari 3 malam semata-mata leka bermain game di FB atau dengan lebih terperincinya Zynga Poker. Sanggup nda tidur,sanggup nda makan.24 jam menghadap laptop. Siap gaduh dengan En. BF gara-gara chip poker. Kalau kalah plak emo semacam. Apa yang aku perolehi??? Kepuasan. Memang menang main poker tu mendapat kepuasan. Malahan kepuasannya lebih indah daripada mendapat hadiah dari En.BF(gluppp). Tapi apa yang diperoleh dari kepuasan itu?? Kosong. Otak rasa kosong. Jiwa kadang² terganggu.Emosi jangan cerita.100% terganggu. Satu hari aku main poker dengan gila-gila babi punya main.Masa tu dalam masa sehari aku dapat kumpul sampai 30M(wah..alangkah indahnya kalau itu adalah RINGGIT MALAYSIA) dan lepastu nda sampai sehari zaman kejatuhan aku bermula. Bermula dari detik itulah keinginan aku untuk bermain poker merundum.Bila tiada chip poker mood untuk main poker pun hilang. So, bagi mengisi masa lapang aku berjinak-jinak kembali dengan dunia blogging. Makin hari aku makin rasa otak aku terisi berbanding bermain poker semata (itu sudah semestinya,RINA).Bermula dari 3 November lepas aku beli domain sendiri. Tujuan??? entah...untuk kepuasan diri sendiri. NUFFNANG??? Kalau ada rezeki, siapa yang berani menolak kan? Apa salahnya kita berblogging sambil cari rezeki. Sambil mengutip ilmu, kita dapat duit. Wahhhh!! betapa indahnya dunia blogging.Kesimpulannya, kepada kawan² aku yang baru mau berkecimpung dengan dunia blogging ini, sila..sila..aku mengalu-alukan.Anda akan mendapat habuannya satu masa kelak. Insyallah.

Hiasan semata-mata 



nota kaki tangan dan mulut: Bosan dengan FB.



...Tutorial untuk blog...

Ada seorang kawan mintak aku buat tutorial untuk buat blog,susun blog,pokoknya yang berkaitan dengan blog. AKU?? uiks..biar betul. Biarpun sudah ada domain sendiri aku pun seorang blogger yang masih merangkak.Masih banyak aku perlu belajar. Kalau setakat tips² biasa tu boleh la aku ajar. Itupun aku belajar dari blog² orang² yang sudah kira HEBAT! dalam dunia blogging ni. Sebab tu aku lebih senang untuk bagi dia link or tunjuk ajar melalui YM. Bukan apa, buat apa aku buat entri pasal tutorial untuk benda yang aku sendiri belajar dari blog orang.Baik aku bagi dia direct link untuk terus ke blog yang aku belajar tu. Untuk Puan Samsidar, segala pertanyaan anda akan saya jawab hanya melalui YM.OK..kalau ada mau tanya, tanya jak. Aku OK! Tapi kalau bab buat tutorial, hurmmm... susah sikit sebab aku pun budak baru belajar.

nota kaki tangan dan mulut: search jak di google.


07 November 2010

...Terima Kasih Admin WSB...

Terima Kasih atas nametag ini... aku suka..aku suka... dulu time first² WSB...jealous jugak tengok Wasaber lain yang sudah dapat...nda sangka akhirnya aku dapat jugak nametag itu....YAHOOOOOOOOOOOOO!!







nota kaki tangan dan mulut: ehem...cute!