Showing posts with label blog orang. Show all posts
Showing posts with label blog orang. Show all posts

24 November 2011

"WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 3"





Aku pun ndak tau la kenapa lately aku rajin pulak ikut contest or apa-apa aktiviti yang mengeratkan aku dengan bloggers lain. Yalah, aku ni walaupun sudah lama bergiat dengan dunia blogging ni, tapi kadang-kadang spesis pemalas untuk update blog. Ndak macam orang lain. Aku tengok diorang baru sebulan dua blogging, follower sudah riban-riban. Bestnya!! 

Macam mana aku boleh tergerak hati mau join aktiviti ni sebab tadi cik Maera ni komen di blog aku. SO aku buka balik la blog dia. jumpa pulak benda ni. Alang-alang tengah syok layan blog aku join la. Oh ya Cik Maera, jawapan kepada komen kamu tadi, saya pakai kamera hp. Sama macam kamu jugak, saya pun malas mengusung DSLR. ^___^

Ok. Kepada sesiapa yang berminat klik banner atas tu. Direct ke blog Cik Maera ni. Ramai wooo followers dia. Ada 4k++.

18 November 2011

Percubaan Pertama Membuat Header Blog

Ini header lama. Simple.



Ini pulak header baru.




Percubaan pertama membuah header yang dalam kategori bergambar. Biasanya aku buat header pakai tulisan or gambar muka sendiri. Sangat buta tentang seni. Untuk first timer macam aku, aku memang berpuas hati dengan header aku ni. Akan datang akan improve lagi. Tapi, DOODLE tu, sumpah bukan aku yang buat. Belum pakar lagi bab-bab doodle tu. Doodle tu aku AMBIL DENGAN IZIN di Istana Cinta. Owner blog tu memang sedekahkan kepada manusia-manusia yang buta seni macam aku ni. Terima kasih tuan punya blog.

Next time aku mau buat flash header lagi. Akan berusaha mempelajarinya. Insyallah.



p/s semangat blogging tengok rupa baru blog sendiri. Nampak sangat aku gila twitter kan sebab tu burung twitter tu aku letak situ. 



06 May 2011

Finally Aku Beli VCO!!!!!!!!!!!!!!1

Assalamualaikum ^___^,





Dari dulu kan aku sibuk tanya-tanya orang pasal VCO. At last, aku beli jugak hari ni. Aku beli dari www.ardinihumaira.com .




Sebelum ni banyak jugak aku survey-survey blogshop-blogshop yang jaul VCO CATALYTS ni. Ada yang bagi promosi beli 2 kota free postage. Ada yang jual VCO + Collagen Catalyst = RM 110 free postage. Dan finally aku jumpa di ardinihumaira.com. Kenapa aku pilih blogshop ini????




♥ Sebab aku baca dari blog Mrs. Mikko
♥ Sebab dia jual RM 37. Blogshop lain jual RM39.90 - Jimat RM 2.90
♥ Postage fee dia cuma RM 8 sedangkan blogshop lain RM 9. - Jimat RM 1
Dapat Free Gift




Wah!! Untung kan.




Sumpah. Cik Dni ni ndak ada bagi aku apa-apa  hadiah pun aku tolong promot blogshop dia ni. Tapi aku memang suka promot kalau benda-benda murah ni. Aku suka blogshop yang tidak mengambil keuntungan yang banyak ni.





So, kepada yang berminat boleh pergi ke blog Cik Dni.





p/s aku punya ahad ni dia pos... NDAK SABAR !!

03 May 2011

Mrs. Mikko : Blog Kamu ada Malware!!!

^___^

Dari hari tu kan aku sibuk mau beli VCO tu. Cumanya lately aku busy. Malas mau mencari stokis yang menjulanya. 

Entah kenapa hari ni aku sibuk la kan pergi cari orang yang jual VCO.Tiba-tiba aku teringat aku ada terbaca entri si Mrs. Mikko pasal dia beli VCO tu. So aku pun dengan penuh rasa semangat berkobar-kobar ingin menyiasat di manakah Mrs. Mikko membeli VCO itu. 

lepas tekan blog Mrs. Mikko - http://mikkofallenangel.blogspot.com yang keluar adalah:







OH TIDAK!!!!!!!!!!!!!!






Mrs. Mikko............... Blog kamu ada malware!!









p/s adui... ni aku ndak suka ni....macam mana mau masuk blog kamu kalau ada malware..bahaya!

18 March 2011

sudah aku agak

Sumber : FB Hot FM
Sudah aku agak si Cikgu Shida ni bakal-bakal popular.Silap-silap boleh jadi artis. Tahun lepas AJL 9 milik Yuna. AJL 10 pulak milik Ana Rafali. Then mungkin kah tahun depan AJL 11 milik Cikgu Shida. Who knows kan. Ya lah kan sekarang ni artis-artis Youtube semakin popular. Apapun syabas la Cikgu Shida. Bila sudah jadi artis ndak payah la buat video-video gila lagi. do the proper one k.



p/s still ndak boleh dengar lagu kalau berpacaran sebabnya akan terbayang-bayang muka cikgu shida. Damn!


------> video yang menghantui aku KLIK SINI!

30 November 2010

...macam mana mau dapat BE????...

Ada kawan blogger tanya aku macam mana mau dapatkan BE. Aku rasa aku bukan orang yang tepat untuk disoal dengan soalan sebegitu rupa sebabnya aku baru dapat 5 BE sedangkan ada taiko-taiko yang lebih arif dan sudah dapat puluhan BE.Kepada Encik Shahrul anda boleh terjah blog Cikgu Dahlia, Darkbatman atau pun Azreean Latip . Meraka antara oarang-orang yang berjaya membuat duit dengan Nuffnang. Dalam blog Cikgu Dahlia ada terangkan 4 jenis earning yang kita boleh perolehi dari Nuffnang. Sila rujuk. 



nota kaki tangan dan mulut: saya budak baru belajar...


21 November 2010

...blog orang:#2: darkbatman.com...


Tetiba rasa mau review blog orang. Fuh. Rasanya ini blog kedua aku review. Yang pertama hari tu blogshop kak nani yang jual shawl agak murah.Entah kenapa tiba-tiba ada perasaan ingin kongsikan blog ini bersama rakan-rakan. Tidak ada niat lain. Tidak ada niat untuk mintak sedikit habuan atau penghargaan pun dari tuan blog. FOC kata orang putih. Aku sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan. Kenapa aku suka blog ini??? Satu-satunya sebab ialah dalamnya ada banyak info untuk kuruskan badan. Sesuai dengan aku yang konon-kononnya dalam misi menguruskan badan yang sudah bertahun-tahun menjalankan misi tapi jarang sekali berjaya. Bukan tidak berjaya langsung tapi kejayaannya hanya sedikit dan tidak boleh dibanggakan. Sebabnya??? Salah aku. Tidak berdisiplin seperti 10 tahun lalu. Argh...semoga banyak lagi info yang aku akan dapat dari blog bro ini. AMIN!



nota kaki tangan dan mulut: semoga dapat membantu misi diet 10 hari aku.



03 November 2010

...Blog orang : #1 : De;naniez...



 Reasons: 
1. Harga agak berpatutan.Ini blogshop termurah yang aku jumpa yang jual gipsy shawl. Average harga blogshop lain RM 20- RM 30. Malahan ada yang jual RM 35.

2. Aku suka blogshop yang menyediakan kos penghantaran yang menggunakan POS EKSPRESS. Sebabnya perkhidmatan ni agak murah. RM 5 untuk sampai ke Sabah. Tapi maksimum untuk 2 helai shawl gypsy dan 4 helai untuk shawl biasa. Ada blogshop lain yang tidak menyediakan perkhidmatan Pos Ekspress. HAH! ambek ko..postage RM 9 untuk shawl yang harganya RM 17. alalala...tidak berbaloi lain la kalau postage untuk