Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

06 May 2011

Finally Aku Beli VCO!!!!!!!!!!!!!!1

Assalamualaikum ^___^,





Dari dulu kan aku sibuk tanya-tanya orang pasal VCO. At last, aku beli jugak hari ni. Aku beli dari www.ardinihumaira.com .




Sebelum ni banyak jugak aku survey-survey blogshop-blogshop yang jaul VCO CATALYTS ni. Ada yang bagi promosi beli 2 kota free postage. Ada yang jual VCO + Collagen Catalyst = RM 110 free postage. Dan finally aku jumpa di ardinihumaira.com. Kenapa aku pilih blogshop ini????




♥ Sebab aku baca dari blog Mrs. Mikko
♥ Sebab dia jual RM 37. Blogshop lain jual RM39.90 - Jimat RM 2.90
♥ Postage fee dia cuma RM 8 sedangkan blogshop lain RM 9. - Jimat RM 1
Dapat Free Gift




Wah!! Untung kan.




Sumpah. Cik Dni ni ndak ada bagi aku apa-apa  hadiah pun aku tolong promot blogshop dia ni. Tapi aku memang suka promot kalau benda-benda murah ni. Aku suka blogshop yang tidak mengambil keuntungan yang banyak ni.





So, kepada yang berminat boleh pergi ke blog Cik Dni.





p/s aku punya ahad ni dia pos... NDAK SABAR !!

02 May 2011

Sesi Promosi Barang : Libresse

Assalamualaikum semua. 2 hari tinggal blog disebabkan terlalu busy dengan aktiviti di hari cuti. Ndak sedar sudah masuk bulan Mei kan.


Hari ni aku mau promosi barang. Pergh! Rasa macam promoter di pasaraya pulak kan.Tapi serius aku cakap, kali ni aku rasa berbaloi baloi untuk dibeli oleh kaum perempuan di luar sana.




Barangnya adalah.....




Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa...




Libresse!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Dengan harga RM 8.90, eh chop! Aku ndak tau kenapa Survey Hypermakerket Tawau jual RM 8.90 sedangkan harga pada kota Libresse itu sendiri tercatat RM 9.90. Hurm.. lantak la kan janji serius murah sebab dalam kotak tu ada dua jenis pad iaitu:

♥ Maxi Non Wings[20's pads]  : RM 5.90
♥ Maxi Night Wings [12's pads] : RM 5.50
♥ Total = RM 11.40
♥ Jimat RM 2.50






Kenapa aku tertarik untuk beli pad ni adalah kerana pad itu di letakkan di dalam kotak yang sangat comel. Kotak tu siap boleh slide. Boleh la letak pad dalam tu. Refill.





So, kepada perempuan-perempuan di luar sana, dapatkan Libresse dengan segera. Murah wei!!











p/s rajin bebenar aku promot Libresse kan macam dapat royalti pulak!

































21 April 2011

Virgin Coconut Oil - Apa yang bestnya????

Dua tiga menjak ni, bila aku blogwalking jak, mesti aku terjumpa pasal Catalyst2u Virgin Coconut Oil.



Mula-mula tu, aku buat 'dunno' la kan. Alah, produk-produk macam ni, memang selalu orang iklan kan. Sama jugak macam product collagen yang aku pernah try dulu. At last, tiada effect jugak pun. Semuanya tipu. Macam semua pun hanya marketing strategy jak yang lebih.


Tapi, bila makin ramai, ramai dan ramai blogger-blogger cantik promosi kan benda alah tu, aku macam ada hati dan tergerak mau cuba jugak la. Tapi bila fikir-fikir balik, alahhhhhh... memang la. Diorang memag cantik. Kulit pun memang sudah cantik dari azali. Mustahil la sebab benda alah tu kan.


Then, aku buang niat lagi mau beli. Tapi dalam masa yang sama, still ada jugak niat dalam hati ni mau mencubanya. Cumanya, aku perlukan lagi sedikit masa dan sedikit kepercayaan. 

Oleh sebab itu, aku masih lagi mengexplore pasal VCO ni. Mengexplore sampai tergerak hati mau beli.

Tapi bila???


Entah. tunggu la. Aku sudah bosan la dengan produk-produk macam gini. Dulu beriya beli kopi collagen tu. Tapi tiada perubahan jugak pun. Diorang cakap minum sampai at least 3 bulan baru nampak effect dia. Tapi lepas 3 bulan, still the same jugak. I got nothing. Start dari situ aku malas la mau cuba produk-produk gini ni. 


Tapi itulah kan, cantik punya pasal,aku pun agak terpengaruh la jugak dengan produk VCO ni.


So, aku harapkan sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ini, boleh la cerita ke aku dengan lebih detail.



P/S tolong...tolong...tolong buat aku terpengaruh...PLEASE!

21 November 2010

...blog orang:#2: darkbatman.com...


Tetiba rasa mau review blog orang. Fuh. Rasanya ini blog kedua aku review. Yang pertama hari tu blogshop kak nani yang jual shawl agak murah.Entah kenapa tiba-tiba ada perasaan ingin kongsikan blog ini bersama rakan-rakan. Tidak ada niat lain. Tidak ada niat untuk mintak sedikit habuan atau penghargaan pun dari tuan blog. FOC kata orang putih. Aku sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan. Kenapa aku suka blog ini??? Satu-satunya sebab ialah dalamnya ada banyak info untuk kuruskan badan. Sesuai dengan aku yang konon-kononnya dalam misi menguruskan badan yang sudah bertahun-tahun menjalankan misi tapi jarang sekali berjaya. Bukan tidak berjaya langsung tapi kejayaannya hanya sedikit dan tidak boleh dibanggakan. Sebabnya??? Salah aku. Tidak berdisiplin seperti 10 tahun lalu. Argh...semoga banyak lagi info yang aku akan dapat dari blog bro ini. AMIN!



nota kaki tangan dan mulut: semoga dapat membantu misi diet 10 hari aku.



19 November 2010

...baju jimat kos...


Baju yang boleh digunakan dalam pelbagai fesyen dan cara. FUH! Jimat kos...


09 November 2010

...aku sayang Olay dan Nuffnang...

Dari semalam aku perasan iklan di atas ni asyikkkkkkk la keluar di blog aku. Hairan jugak kenapa iklan lain nda pandai kelaur. Check di Nuff bukan BE aku pun.So abaikan saja. Jangan perasan Rina. BE Hitz.FM pun belum pernah keluar ada hati mau BE lain. Pagi tadi seperti biasa buka blog mesti buka Nuff kan. Mau tengok analisis dan mau tengok BE Hitz.FM tu meningkat ka nda. Lepas klik earning tu aku senyum sendiri. Patutlah iklan tu malar kelaur dan terpacak di blog aku. Rupanya BE baru aku. Terima kasih Nuffnang dan Olay.
Aku memang pengguna setia Olay. Tapi Olay Total Effects. Aku mula pakai produk ni since 2003.Masa tu aku tahun satu di UMP.Masa tu jugak umur aku baru 19 tahun. Orang cakap produk ni untuk 25 tahun keatas. Tapi aku peduli apa. Aku rasa produk ni paling sesuai dengan aku. Aku pernah beberapa kali tukar ke produk lain seperti Shahirah dan produk yang aku beli di butik kecantikan. Tapi tetap tidak sesuai. Sebab tu sampai umur 26 tahun ni aku pakai Olay Total Effects. 7 tahun beb!Kulit muka aku nda la terlalu cantik dan gebu tapi still boleh dibanggakan sebab aku nda pernah mengalami masalah kulit muka yang teruk. Kalau setakat jerawat-jerawat cinta tu biasalah.Terutamanya sebelum "period". Nama pun perempuan dan aku tetap akan guna Olay Total Effects sampai bila-bila.



nota kaki tangan dan mulut:Nuffnang..next time bagi BE lagi k..muaxxx!

06 November 2010

...Indo Cafe...

 Kemarin cuti Deepavali kan. So bila cuti mesti ada acara lepak² bersama rakan². Lokasi lepak ialah Indo Cafe. Terletak di kawasan Fajar. Berdepan dengan Insomnia.
 Fave: Mango Sago
Harga: RM 2.50 (kecil)
RM 4.00 (besar)
 L-R: Nadz , Ninong
 Bech Latif yang seperti budak tingkatan 5

 abaikan pipi yang tembam itu..

Lama nda lepak tepi pantai ni. Kalau En BF tau sure di bebel lagi.


Nota kaki tangan dan mulut: Mango Sagooooo... I ♥ U


05 November 2010

...Iphone free...

OMG! Nuffnang macam tau² jak kan apa yang aku mau. Baru jak semalam buat entri pasal Iphone. Tadi buka Nuffnang aku jumpa ni:

Nuffnangers! Are you ready for a pimped up music experience with DiGi? If you love bopping to all the latest tunes and can’t live without your music collection on the go, this will brighten your day for sure.
DiGi is launching the DiGiMusic app for the iPhone 4 and iPhone 3GS! It’s Malaysia’s first unlimited music download application, giving DiGi iPhone users a whole new music experience. It doesn’t matter if you’re into rock music and idolise Led Zeppelin, rap along to the hip hop beats of Eminem, adore sultry R&B crooners like Alicia Keys or (god forbid) emulate pop star Justin Bieber, there’s something for everyone. There’s no artiste or music genre you can’t find in DiGiMusic. The best thing is, you can get it all at the unbelievably low rate of just RM 5 a month!
All things new and fabulous from DiGi are always launched with a bang, and this is no exception. Nuffnangers, the Yellow Man wants you at the Pimp My Music party to celebrate the launch! Details of the party are as below:
Date: 11 November 2010 (Thursday)
Time: 7 pm
Venue: Velvet, Zouk
We know everybody loves dressing up for a party, so we’re giving you the chance to go all out for this one. We can’t have the hits without the superstars, so come dressed as your favourite celebrity from a music genre – you might be handsomely rewarded for it ;) Michael Jackson, 50 Cent, Lady Gaga, the possibilities are endless. Check out the prizes you stand to win:

Best dressed blogger: iPhone 3GS
Best post-event blog post: iPhone 3GS


more info

Masalahnya sekarang, aku berada di Tawau dan mustahil hanya kerana Iphone aku sanggup terbang ke KL dan YANG PALING MUSTAHIL...MUSTAHIL AKU MASUK ZOUK! So nampaknya angan² untuk mendapatkan Iphone free adalah 300% Mustahil!Untuk Best Post-event blog post... hurmmm....tengah difikir²kan...ada idea join..kalau nda ada...gigit jari lagi...ngehhh!Sekurang²nya aku masih ada harapan dan tidak menemui jalan mati (apa kena mengena???entah!)


nota kaki tangan dan mulut: Allah suruh aku usaha sendiri...



03 November 2010

http://www.rinadorinabahar.com

Happy tidak terkata. selepas berfikir 2-3 kali...malahan bukan 2-3..aku rasa macam berrrrriiiiiibbbbuuuu kali, akhirnya dengan rajinnya dan diluar jangkaan akal fikiran  telah membeli domain sendiri. Oleh itu secara rasminya http://rinadorina2009.blogspot.com kini bertukar ke http://www.rinadorinabahar.com. Terima kasih kepada PENMERAHPENBIRU kerana berjaya menghasut aku.


nota kaki tangan dan mulut: nanti aku share macam mana mau dptkan domain sendiri kepada kawan² yang berminat.


...Blog orang : #1 : De;naniez...



 Reasons: 
1. Harga agak berpatutan.Ini blogshop termurah yang aku jumpa yang jual gipsy shawl. Average harga blogshop lain RM 20- RM 30. Malahan ada yang jual RM 35.

2. Aku suka blogshop yang menyediakan kos penghantaran yang menggunakan POS EKSPRESS. Sebabnya perkhidmatan ni agak murah. RM 5 untuk sampai ke Sabah. Tapi maksimum untuk 2 helai shawl gypsy dan 4 helai untuk shawl biasa. Ada blogshop lain yang tidak menyediakan perkhidmatan Pos Ekspress. HAH! ambek ko..postage RM 9 untuk shawl yang harganya RM 17. alalala...tidak berbaloi lain la kalau postage untuk



29 October 2010

...Watsons oh Watsons..

 Fuh!! Sangat busy hari ini.Pagi² buta sudah kena pergi ke airport untuk ambil someone. Lepas dari airport pulak kena pegi sana..pegi sini. Tapi yang paling best dalam busy ke sana ke mari tu aku sempat singgah Watsons. Tujuan aku untuk cari syampu jak pun sebab yang lain sudah beli dan TERIMA KASIH cashier Watson sebab berjaya mempengaruhi aku untuk join membership Watsons. 

Antara kelebihannya:
  • Yuran keahlian RM 12 seumur hidup. Tiada tarikh luput. Tidak perlu perbaharui. SEUMUR HIDUP!
  • Dapat voucher diskaun pelbagai produk bernilai RM 200. (ala..bukan semua produk aku suka pun)
  • Selepas dapat kad ada 3 cara untuk aktifkan member card:
    • www.watsons.com.my : percuma 200 points
    • 1-300-800-847 : tiada percuma points
    • Borang permohonan : ambil masa 14 hari bekerja untuk dapatkan maklum balas (punya lama)
  • RM 1 di kira 1 point 
  • Point x 2 bila membeli produk Watsons
  • Bonus Harijadi : point x5 untuk belian pertama di bulan kelahiran
  • Tiap bulan ada members day
  • Jemputan Eksklusif sekiranya ada sales.
  • Point yang terkumpul boleh reedem barang.
Panjang lebar budak cashier tu explain ke aku dan akhirnya aku terpengaruh jugak dan on the spot aku guna discount vousher tu untuk beli syampu.

Terus terang aku cakap aku bukan la penggila barang² di Watson tu. Aku saja² jak join member tu.  Dulu aku memang suka join membership ni.Aku suka kumpul kad. Tapi itu dulu time kerja di KK. Sekarang semua member kad tu tersimpan rapi dalam purse yang aku nda pakai. Cerita pasal barangan di Watson ni, macam aku cakap tadi aku bukan pencinta sejati Watsons ni sebabnya aku selalu compare barang di Watsons dan Guardian. Di Tawau ni Watson dan Guardian ni macam berlawan antara satu sama lain. Kedai pun sebelah menyebelah. So senang la aku compare harga. First pergi either Watsons or Guardian... depends la..tapi biasanya aku pergi Guardian dulu. Then lepad tu baru pergi Watson. Kalau harga Guardian lebih murah aku perge ke Guardian then beli la barang² tu.Jimat apa macam tu. Buat apa membazir kalau kita boleh dapatkan produk yang sama dengan harga yang berlainan. FUH! Even beza seringgit pun aku memang berkira. Rasa sayang mau membazir. Bukan kedekut ok..tapi ini namanya berjimat-cermat.

So kepada yang suka beli barang di Watsons tu boleh la jadi member..tapi kalau nda mau boleh pinjam kad aku.Tapi point aku punya...Deal???  hihihihi...



nota kaki tangan dan mulut: syampu di Giant nda sales pun memang murah...hampeh~


07 February 2009

~~P.A.R.K.S.O.N.M.E.M.B.E.R.S.D.A.Y. &. S.A.T.U.M.A.L.A.M.Y.A.N.G.B.O.S.A.N~~







YAHOOO!!! Parkson Members Day Sale datang lagi....aku hepi kalau ada member's day ni... Aku dapat tau ni pun dari Anne yang slalu baca paper...aku ni jarang baca paper sebab malas... heheh...planning mau pegi tengahari ngn Anne... tapi... jam 10.24 am kemarin (6/2/09) tetiba aku dapat satu mesej yang betul2 menghilangkan mood aku hari itu.... Sorry Anne..aku xda niat mau cancel "soping" kita....tapi...aku betul2 rasa down kemarin..... Dan selepas aku masuk surau jam 12 kemarin...and minum Neslo kao...baru aku tenang ckit.... dan..seperti biasa... bila tensen... aku akan p soping... aku tau habit ni boleh buat aku bankrup... tapi apa boleh buat...itu la cara aku.... so.. memandangkan kemarin ada Sale.. aku plan pegi Parkson... cam biasa... aku memang akan p soping sendirian.... so..lepas jak kerja kemarin... aku terus mengerakkan diri ke bandaraya KK...memandangkan aku ada janji dinner dgn bapak aku yang KK kul 6...so aku p bjln2 dulu sendirian.... So di bawah adalah antara barang2 yang sempat aku beli kali ini.....


ITEM 1:


Beg F.Timber.. Beg document yang aku beli untuk aku letak aku punya document2 untuk p kerja.... Harga before sale RM 135 tp lepas 50% sale tinggal RM 64... heheh... ntah apa2 la aku ni...tetiba membeli beg untuk letak barang2 aku... actually itu aku mau guna nanti untuk di Tawau.. hahaha...


ITEM 2:


WEEKENDERS ( aku pun xtau jenama apa.. yang aku tau...aku suka sebab lawa...)... boleh ka aku panggil jaket... mana2 la ya...suka aku la kan... heheh... Harga asal RM 99...lepas 50% discount jadi RM 49.50...tapi memandangkan aku ada Bonuslink... tambah lagi 30% discount.. menjadikan RM 39.60.... hehehehe.... SUKA..SUKA...


ITEM 3:

Kemeja Applemints... kaler hijau... saja beli hijau sebab aku xda kemeja hijau kale ini lagi... aku ndak sure berapa harga asal.. tapi lepas sale 50% + 40% Bonuslink member... harga dia tingaal RM 22.17...


ITEM 4:


Applemints Ladies Khaki Pants.... rasanya mcm lama sudah aku x beli seluar kerja baru.. so..memandagkan semalam sale.. aku pun beli... dan cam biasa... harga sebenar aku x sure sbb harga lepas sale (potongan sama mcm kemeja tu) ialah RM 32.97 ...


ITEM 5 :



Santa Barbara sandal... hehe...saja cari sandal yang rendah dan selesa dipakai... untuk p bejalan2... penat la kalau mau bejalan2 pakai high heels.. so cari yang rendah... Harga dia lepas sale RM 49.90 jak...







Lepas soping.... aku ada janji makan ngn bapak aku... dan macam biasalah... makan di mana lagi.. Tam Nak Thai Restaurant... kami makan berempat.... Bapak aku, Bro Jason ( anak angkat bapak aku haha...), aku ngan Adik Aku......makanan kami macam biasa... Kerabu Mangga Ikan Kerapu, Chicken Green Curry, Khailan Ikan masin & Daging Goreng.. disebabkan makanan yang lmbt smpi mbuatkan aku tlupa mau ambil gmbr... next time la ya...





Dalam pukul 9.40 pm aku balik rumah dan aku sampai rumah dalam jam 10 lebih... Memandangkan masa tidur aku sudah terlebih...so aku ndak boleh tidur... so aku pun layan boring pegi ambil gambar alat2 make up aku yang x seberapa tu... hehehe... mari aku share apa barang2 yang aku ada... xla branded pun...biasa2 jak.. xmampu la pakai yang mahal2...





Ini kotak Eye-Shadow aku .. aku beli di Elianto...

Setakat ini ini sajalah collection Eye-Shadow aku..baru ada 9...satu masih kosong...dalam proses penambahan color.... Yang atas tu other collection yg aku ada... ada Elianto...Silkygirl... In2It... aku memang suka kumpul Eye-Shadow... dan fave aku adalah Hitam....

Yang ini..koleksi Mascara yang aku ada.... tapi dalam banyak2 tu..aku paling suka yang paling kiri tu... aku beli di Kedai Jepun di 1B... best pakai...n tahan...


Ini koleksi Eye-liner aku... Banyak kan.. Fave aku yang no 4 dari kiri... dia jenis macam marker pen... aku beli d Sera.. best..n senang mau pakai.... lagi2 untuk org yg baru mau belajar pakai eye-liner cam aku...(tp skrg aku sudah teror la...)...hehehe


Yang ini... koleksi Lipstick & Lipgloss yang aku ada... aku kalau bab bibir ni aku kurang sikit... aku lebih utamakan mata... Mak aku selalu bising... dia asyik suruh aku pakai lipstick... dia kata muka pucat kalau x pakai lipstick...dia cakap lipstick lagi penting dari eyeliner... hahaha... tapi aku balas...mata lagi penting...sbb dari mata jatuh ke hati...hahahaha

Ini pulak koleksi Blusher aku..x banyak...ada 3 kaler jak... itu pun aku jarang pakai....hehehe....


Ini..compact Powder dan yang Elianto tu.. aku pun xtau mau ckp apa..sbb dia bukan compact.. dia jenis serbuk... aku pakai yang tu time p function jak sbb dia bekilat.... dan cam biasa...yang satu tu...Silkygirl la...aku ngn ngn bedak ni...aku pernah try tuka Za... tp x sesuai... kulit aku jadi beminyak... so aku setia pakai Silkygirl smpi sekarang...


Ini adalah satu2nya Foundation Cream yang aku ada...aku jarang pakai..malas... time2 tertentu jak... hehehe....Ini pun mak aku paksa beli hari tu...


Yang ini Koleksi Perfume...adalah sikit2... semua pun mau habis sudah... aku baru plan mau cari perfume lain...mau ubah selera pulak...Davidoff sdh try... Guess pun sudah.. Escada pun sudah...Paris Hilton pun sudah... Victoria Secret pun sudah.... (tp sbnrnya paris,davidoff yg biru and yg Secret tu adik aku punya... yang mana kami share2 pakai...heheheh....).. aku mau try Mont Blanc plak...tetiba aku rindu bau Mont Blanc for Men tu... huaaaaa.... miss that smell so muchhhhh....



Ini koleksi Lotion yang aku ada... tp jarang pakai... selalu lupa...hehehe....



Ini krim lain2 yang aku ada...semua aku jarang2 pakai... selalu lupa... dan tidak lupa pencuci contact lens aku...lens yang jarang sudah aku pakai skrg sbb malas mau jaga...





Hahaha... itula kerja aku time aku bosan...lain kes lagi hobi aku yang satu lagi... aku suka try2 baju.... x kisah la baju baru ka lama... aku suka mix & match baju... mak aku kata...perangai aku yang satu ni sama cam dia.. sbb dia pun kalau boring pegi try baju2 dia... hahahah... lawak2... nnt la aku bagi tgk koleksi baju2 aku yang x seberapa tu plak key.. next time...

Kesimpulan hari ini....

AKU MEMANG SUKA SHOPPING TIME AKU TENSION DAN SEDIH... SEBAB SHOPPING ADALAH UBAT TERBAIK UNTUK HILANGKAN KESEDIHAN DAN KETENSIONAN AKU....

05 February 2009

~~F.O.O.D & B.E.V.E.R.A.G.E -- P.R.O.M.O.T.I.O.N~~ Part 1

Hehe..aku saja jak ni mau menghilangkan boring....fikir2 apa mau isi di blog aku ni...aku terfikir mau buat Food Promotion pulak...hehe....
~~CJ's BISTRO & BaRSu~~

YUMMY!!!!! itu ayat yang sesuai....serius sedap...apa lagi time aku makan ni aku betul2 lapar dan belum makan...hehehe... Udang Gala..(is this the way to spell Gala...???)...Actually...udang yang aku makan lagi besar dari ini...sebab udang ni...gmbr yg c Shan send before aku balik Tawau... so..before aku balik CNY last month...aku sudah order ngn dia 1 day before... heheh...kira special order la ni... thanks to the CJ's Chef ya...sungguh sedap the udang gala... walaupun tanpa Chivas...sbb menurut c budak Shan...resepi sebenar udang gala ni..campur Chivas... what the hell la... buat apa la mau campur benda ala tu...tanpanya pun udang tu memang sedap...YUMMMYYYYYY!!!

Location : CJ's Bistro, Tawau Price : RM 45



Actually...aku pun x pernah makan makan ni..tapi menurut c Shan.. ini Salmon...hari tu balik Tawau ndak sempat makan..... lagipun...actually aku muak makan Salmon ni...ada kisah sebenarnya...last Ramadhan...aku ngn bapak aku ngn adik aku p buka puasa d Fish & Co.. so..konon2 aku teringin makan Salmon..so order la Salmon...kamu pun tau kan nafsu orang puasa macam mana...sekali...punya muak tu salmon...sampai sekarang aku Fobia Salmon...

Location : CJ's Bistro, Tawau Price: xtau sebab x pernah makan..

Yang ini Pizza...opss...pizza apa ya...kena double check ngn CJ's... Yang aku tau...Pizza ini aku x berapa minat....tidak menyelerakan..(sorry bro...)..ada telur sebijik dia atas dia....time ni aku bantai jak sebab free..hehehe....tapi oklah... tapi kalau aku d bagi pilihan...aku lagi prefer CJ's Special Pizza...
Location : CJ's Bistro, Tawau Prize: RM 28 (kalau x silap sebab yang ini besar punya..)

Yang ini KeuTiau Goreng....bukan aku punya...Shan yang makan...tp macam sedap kan...xpernah makan ini d CJ's sebab kalau setakat kuetiau...kedai mamak pun ada :P

Location : CJ's Bistro, Tawau Price: Xtau


Ini...Moisture Cake... memang sedap...tapi..memandangkan ini adalah desert...so aku mmg kenyang gila time makan ni..so x habis makan... sorry bro...

Location : BaRSu,KK Price: Xtau...sebab tiap kali makan mesti free...


Yang ini Lamb Chop...ini adalah lamb Chop terbanyak aku pernah makan....sedap..tapi memandangkan terlampau banyak...aku jadi muak..haha..selain Lamb Chop...Spanich pun ada, Fries & some salad... cukup lengkap.... pinggan dia..bapak besar...

Location: BaRSu, KK Price: xtau jugak sebab aku kena belanja


~~SECRET RECIPE~~

Watermelon Ice Blanded

Price: RM 8 (tekaan semata2)

Fruits apa ntah...

Price: Sama cam atas kali...


Spaghetti Meat Ball

Price: RM 15 kalau x silap

Prawn Mee Curry

Harga : RM 18 ( tekaan semata-mata)



Hi-Fibre Cheese Cake

Price: RM 8.50




~~CAKE~~


My 24th Birthday Cake dari Kelzed... dia beli d Hyatt Hotel...Kek Kelapa...nice....

Price: alamak..kena tanya Kel..dia yang beli..




Ini pun aku punya 24th Birtday Cake...ini plak dari Ku Azril..Southern bakery silap...
Price: ini pun kena tanya c Ku..


Ini pulak Kelzed's 25th Birthday Cake by Strawberry Cake, Damai. Kek sini semua sedap...YUMMY!!

Price: Rm 30 kalau x silap yang 1/2 kg




Yang ini...Ku Azril's 27th Birthday Cake by Strawberry Cake.
Price : sama can Kel punya




Hehehe...ini Kek special dari Abang2 Senior yang baru naik pangkat bulan lepas.... Abang Ku(Sr. Site Enginner), Abang Harry(Sr. M&E Engineer), Abang Jude(Sr. Site Engineer) & AbangRaja(Sr. Electrical Engineer)...Kek ni sedap...by Multibaka Bakery...cream kuning tu rasa mangga...

Price: kena tanya abang2 Senior...



~~MISCELLANEOUES~~

Yang ini aku Ramadhan Special by RCS( Refflesia Chicken Hut) ada ayam pandan dan kari ayam...tp actually fave food aku kalau d RCH ni ialah Kon Lo Mee & Rojak...

Price : RM 9.99 sbb set ngn air sekali..

Yang ini...hehehe...Sayap Ayam Madu Tanjung Aru. boleh tahan..tapi tidak sesedap Sayap Madu Tawau...

Price: RM 1.50 seketul




Yang ini Ikan Pari Bakar..Tg Aru jugak..

Price: mahal kali...sbb kira kg...


Yang ini...Soto Ayam D'Warung...hehe..sedap....tapi xlawan Soto Tawau...
Price: RM 3.50



Yang ini...heheh...Buffet KK Box...
Price: RM 38 per person + Karaoke
Cukup setakat ini untuk Part 1...bila aku ada masa lagi dan ada menu baru..aku buat promotion lagi...sekarang aku kena buat kerja lagi walaupun aku sudah mau berhenti...tapi gaji aku bulan ni masih di bayar...so aku kena siapkan kerja aku jugak...
p/s Apa2 pertanyaan pasal makanan2 diatas..boleh la diajukan kepasa aku... aku sedia menjawab...