Showing posts with label i ♥ shawl. Show all posts
Showing posts with label i ♥ shawl. Show all posts

15 November 2011

Back to Basic : Percubaan Kali Kedua

Assalamualaikum dan selamat petang ^__^,

Di petang yang sangat membosankan ini, tiba-tiba aku dapat semangat mau update blog. Lama rasanya ndak update blog petang-petang macam ni. RINDU!

Hari ni mau share gambar percubaan kali kedua aku menggunakan tudung bawal dan inner lace. Kali ni warna biru. Hari tu ada warna coklat kan. [klik sini] . Kali ni guna warna biru pulak. Ada improvement la jugak.






Sekarang ni (tika dan detik aku menaip entri ini) aku tengah berehat dari memakai hijab yang berfesyen-fesyen. Sebab aku ni berfesyen ikut mood.  So hari ni simple. Ambil shawl chiffon and lilit macam biasa. Simple a.k.a PEMALAS!



p/s Berusaha merajinkan diri menhupdate blog... RINDU!

08 November 2011

Back to Basic!

Assalamualaikum...

Apa kabar semua? Lama rasanya tidak mengupdate blog ni. Mood menulis hilang. *as usual*. Entah mimpi apa hari ni TERrajin pulak membuka blog. Rindu jugak sebenanrya. Busy bertwitter sampai mood untuk update blog pu hilang. Semoga selepas ni mood akan sentiasa hadir. Insyallah.

Hurmm... kembali ke tajuk entri, apa yang back to basicnya??? Actually, mau bagitau ni, hari ni aku pakai tudung bawal. YES! no more shawls for today. Tiba² mood memakai bawal datang. Semua ni terinspirasi dari cerita PARA PENCARI TUHAN JILID 5. Selain dari jalan ceritanya yang best, aku selalu tengok fesyen² tudung di Indonesia tu. Sekali sekala mencuba best jugak. Bosan jugak dengan fesyen shawls ni.  Nasib baik belum sedekahkan lagi tudung² bawal yang selalu pakai masa zaman belajar dulu. Bolehlah dipakai balik.Ubah selera kata orang. Kalau dilihat sekali, ada jugak macam minah indon muka aku ni. Ha Ha Ha.


Salah seorang pelako Para Pencari Tuhan. Next time mau buat fesyen gini pulak. :D


Terinspirasi dari sini jugak



Hasilnya...........










Dalam cerita PPT tu, aku paling suka tengok fesyen si Zaskia Adya Mecca. Lawa² cara dia pakai. Maybe ngam dengan bentuk muka dia kali kan. Lagi-lagi, gadis Indon ni kulit diorang memang SUPERB. Aku try google gambar dia pakai bawak with lace inner tapi ndak jumpa. Tapi hasil dari google, aku jumpa beberapa pic dia. Memang lawa la. Sekali tengok muka dia ni macam BUNGA CITRA LESTARI SINCLAIR pun ada. Entah lah ada kaitan ka ndak. Tapi memang lawa la dia ni. Suka tengok.









Lawa kan dia ni. I likeeeeeeeeeeee...



p/s Besok try fesyen lain lagi. Minggu ni minggu mengenakan bawal. *kalau rajin*


Tata!

20 September 2011

Muka Mualaf Celah Mana??????

 ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!


Pagi tadi aku post gambar bawah ni. Bagi tengok kawan aku yang di senanjung tu aku pakai apa hari ni. 







Kawan aku reply ini






Ohoi!!! Aku confused. Muka macam ini pun ada orang cakap muka mualaf ka??? Lawak pulak aku rasa bila orang cakap muka macam mualaf. Celah mana yang mualafnya pun aku ndak tau.

Tapi, mungkin jugak la. Kan nenek aku Cina. Sumpah! Betul ndak tipu. Nenek aku dibesarkan oleh orang Melayu sebab orang cina dulu-dulu kan ndak suka anak perempuan so diaorang lebih rela buang anak perempuan. Tapi kalau sekarang buat macam tu, memang bodoh la orang tu.


Ini nenek aku...






Ini mak aku...





Hah! dari sini la kali keturunan 'mualaf' tu hadir. 



Tapi yang sebenarnya, aku pakai inner macam tu hari ni sebab aku terpandang gambar aku yang bawah ni. Kalau ndak silap ini gambar 2 tahun lepas. So, konon-konon aku rindu la pakai inner macam ni.




Pokoknya, aku rindu la mau pelbagaikan fesyen bershawl aku. Rindu banget.



p/s besok try feysen lain pulak.

09 September 2011

Di Hari Kelmarin


ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!

Salam Jumaat peeps. Apa kabar?? Baik ka?? Ndak sedar woo, macam baru kemarin aku start kerja after 1 week holiday kan. Jumaat sudah rupanya. Cepatnya masa berlalu. 

Hari ni, mau cerita pasal hari kelmarin. Hari kelmarin yang sangat-sangat membosankan.

♥ 2 kali ke airport. Pagi menghantar Cik Cousin dan malam mengambil Encik Bapak. Penat dan   membosakan sungguh perjalanan ke airport itu. 

♥ kelmarin jugak merupakan hari yang membosankan bila si MZMZ sibuk seharian. Sudahnya, aku  kebosananan. Layan #tweettweet dan layan FB. 

♥ Dan hasil dari kebosanan kelmarin, aku menjumpai hasil yang mungkin mengelikan tekak kalian. Ya!!  sesi mengambil gambar muka sendiri. Penuh photo album hp aku kerjakan. Semua pun pose-pose mintak puji trep cantik. Dan bawah ni hasil dari pose mintak puji yang aku dapat.


  Chop-chop, sebelum tu sila jangan muntah...

  
Tadaaaaaaaaaaaaa!!






Inilah akibatnya bila kebosanan melanda, tapi tidak ada idea mau update blog. Post gambar muka sendiri!!!

Gambar memakai shawl ala-ala HANA TAJIMA versi entah jadi ka tidak. Macam ndak pernah lulus bah aku pakai tudung macam dia. Apa tidaknya, muka aku bulat. Muka dia bujur. Confirm gagal terus!!!


p/s suka aku la..blog aku.. bukan ko yang bayar domain pun!!

05 September 2011

Percubaan Memakai Tudung Ala-ala Hana Tajima Tapi GAGAL: Part 2

Dulu-dulu ada buat entri pasal percubaan memakai tudung ala-ala HANA TAJIMA, tapi gagal!

Gagal sebab time tu aku pakai shawl chiffon.

Hari ini ada percubaan kali kedua. Entah masuk dalam kategori LULUS ka GAGAL.





Aku rasa macam 50% lulus 50% gagal bah.!!

18 May 2011

Shawl RM 5

Assalamualaikum ^__^,



Kelmarin kan cuti sempena Hari Wesak, so aku , Mamaku, Makcik Dai dan Ninong meneruskan aktiviti menghantar kad jemputan kahwin adik aku selepas menronda-ronda satu Tawau pada ahad yang lepas. Aktiviti menghantar kad jemputan kali ini di teruskan ke kawasan area Muhibbah dan Taman Semarak. Selepas itu kami meneruskan proses mengedarkan kad jemputan ke kawasan bandar pulak. 



Sambil-sambil menhangtar kad jemputan, sempat lagi kami singgah di kedai-kedai yang jual shawls sebab mamaku mau cari selendang untuk dipakai semasa majlis kahwin itu nanti.



Masalahnya sekarang, orang lain yang mau cari shawl orang lain yang beli. Sudahnya, aku pulak yang beli shawls. Bukan 1 tapi 2. Satu untuk pakai masa kahwin adik aku.Satu lagi shawl yang bawah ini.









Harga shawl ni RM 5 sahaja. Jenis kain??? Entah. Tapi macam crumple dan begetah sedikit. Antara sebab aku beli adalah MURAH dan WARNA yang COLOURFUL! Terus terang aku cakap, aku ndak malu mau mengaku aku pakai shawl harga RM 5 sebab, aku peduli apa, memang harga dia RM5. kan kan kan. Apa yang penting, aku happy dan selesa memakainya. 





p/s shawls RM 5 selesa aku sangat selesa OK!!




02 December 2010

...Inilah kejadiannya bila perempuan yang berumur 26 tahun berperangai budak umur 16 tahun...


HAHA! Kembali menjadi kanak-kanak. YEAH! I LIKEEEEEEEEEEEEEEEE that big ribbon headband so much!


01 December 2010

...hari ini tiada lagi aksi kanak-kanak...

Hari ini pergi kerja muka skema gila. Perasaan untuk menjadi kanak-kanak hari ini mati. Tiada mood untuk berhias. Tanpa eyeliner, tanpa sebarang lipstick, mukaku nampak pucat.Ahh..biarkan...tunggu sampai mood itu kembali, aku akan menjadi kanak-kanak riang semula.




30 November 2010

...berkali-kali menjadi kanak-kanak...

Makin hari makin menjadi-jadi aku ni kan. Hari tu brooch-brooch comel menjadi mangsa kegilaanku menjadi kanak-kanak. Hari ni bunga-bunga cinta pulaknya. FUH! Nasib baik menjadi. Kalau salah pasang, silap² nampak macam orang terencat akal pulak nanti kan. 


Aku sendiri nda tau kenapa dua tiga menjak ni aku makin suka kepada benda-benda comel dan cute. Sampaikan siap pakai segala benda-benda yang mengarut tu atas kepala. Aish.. mampus la. Macam biasa aku cakap la kan, persetankan apa orang mau cakap yang penting aku selesa dan happy. 



nota kaki tangan dan mulut: sabar menanti kedatangan brooch2 comel dan hairclip yang comel dari Ispehia..






27 November 2010

...sekali-sekala menjadi kanak-kanak...

Salam all. Di hari sabtu yang indah dan permai ini, ketika orang masih lagi bersenang-senang diatas katil, aku pulak pergi kerja. Beginilah nasib orang yang kerja ngan company swasta. Bukan macam orang gomen, sabtu boleh bersenang-lenang bersama keluarga. Enjoy sana-sini. Hah minggu ni lagi la meriah shopping-shopping complex tu. Baru gaji kan. Habis lah.. Jangan sampai runtuh shopping complex tu ya. Aku ingat lagi time kerja di WCT dua tahun lalu. Kalau dalam sebulan ada 50 hari, tanggal 50 la jugak kami gaji. Nasib baik sebulan average ada 30 hari jak, so memang gaji the last day every month. Sabar jak la ya. Time orang gomen sibuk shopping-shopping kami hanya mampu melihat.Tapi awas, lepas orang gomen sudah kehabisan malahan ada yang sudah duduk dirumah kerana sudah habis berbelanja kami pulak sibuk memenuhkan shopping complex(entah lah..penuh ka nda.bukan ramai pun staff WCT KKIA. kuikuikui). Dan paling best bila tengah bulan, orang lain sibuk ikat perut, kami happy sebab time ni la dapa OT, dapat meal allowance.Pergh...paling gembira kerani-kerani yang OT habis-habisan. Masyuuukkkkkkkkkkkkkkkk betul dorang. Aku? harap meal allowance jak la. Manada OT. Kalau ada OT, lama sudah aku kaya..kuikuikui. Tapi company sekarang best jugak, gaji ikut gomen you..yeahhhhhhhhhh!

Ok. Berbalik pada tajuk. Sila jangan meluat atau pun muntah tengok gambar dibawah ini. Sila abaikan wajah orang perasan muda dan trep a.k.a bajet budak-budak itu. Nda sedar diri tahun depan sudah masuk 27 tahun...opssssss...terbocor pulak rahsia...ngeh... Sila lihat brooch comel dan cute itu. Lawakan. Brooch comel yang boleh dijadikan accessories untuk shawl.Lagi-lagi digayakan bersama shawls smarties tu.Sekali sekala menjadi kanak-kanak rasanya nda pa bah kan. Lagipun tiba-tiba perasaan ingin berjiwa muda itu timbul sempena hari sabtu. Biasalah kan, nama pun sabtu, sure la pakaian tidak seformal hari-hari biasa. So kepada penggila shawl, bolehlah mencubanya jugak. Rasakan "KEMUDAAN' yang aku rasakan. syiokkkkk ehhh!




nota kaki tangan dan mulut: rasa muda 10 tahun..yeah!


12 November 2010

...Shawl Accessories..

Fuh..sangat busy hari ni. Dari pagi sampai ke petang. Busy mengalahkan PM plak rasanya. Sampai nda sempat untuk blogwalking. Nda sempat cari idea buat entri. Actually gambar-gambar di bawah ni pun upload pagi tadi.Tapi nda sempat mau teruskan sebab tersangat busy. Ni baru ada kesempatan bukan lappy dan meneruskan penjelajahan.

Pagi tadi aku dapat SMS dari kawan aku si Puan Sam. Besok malam dia ada dinner so dia minta pandangan dan cadangan di mana dia boleh dapatkan shawl yang cantik sebab dia sudah nda ada masa untuk survey sendiri. So aku propose la kedai-kedai yang aku pernah terrrrrrrpandang/terrrrrtengok memandangkan aku jarang beli shawl di Tawau ni. Mostly aku beli shawl online. Lepas tu aku plak dengan baik hati ingin kongsi accessories yang boleh dia gayakan bersama shawl untuk majlis makan malam itu.. Koleksi aku nda banyak tapi boleh la sekadar memberi dia idea. Who knows dia boleh dapat idea lain kan. SO,SAM HERE WE GO...

1. Inner . Sama ada 1 tone, 2 tones atau pun bertones-tones. Inner penting.Sebab trend sekarang orang pakai shawl bersama inner supaya nampak lebih kemas dan bergaya.

2. Head band. Ini sebagai accessories tambahan. Actually ini di gunakan untuk rambut tapi apa salahnya kita pakai sebagai accessories shawls. Siapa kata orang bertudung tidak boleh bergaya.

3. Pin tudung. 

4. Hair clip.

5. Another type of hair clip. Digunakan untuk klip shawl. Alternatif lain selain brooch or pin tudung.

6. Ini plak headband colour.Aku rasa kau pun pernah tengok benda ni kan. Aku guna ni untuk tambah dan mencantikkan inner. Hari tu aku pernah ajar cara pakai inner silang kan. Tapi itu cuma 2 colour. Kalau kau berani dan sanggup pakai sampai 4, silakan. Tapi kalau kau takut panas or untuk pakai dalam jangkamasa panjang kau boleh guna headnband colour ni sebagai pengganti inner. Pakai inner silang 2 colour lepas tu tambahkan headband ni sebagai lapisan yang ketiga,keempat atau mungkin yang kelima(jika mahu).Contoh cara pakai aku nda sempat ambil gambar. Next time aku buat tutorial ok.


Ok..dibawah ni ada contoh aku pakai headband + hair clip. So kau boleh cari idea lain dari gambar aku tu. Sorry la..macam biasa, aku kan model nda bertauliah.So, sila abaikan pipi yang tembam dan posing yang tidak menarik itu.



nota kaki tangan dan mulut: semoga dapat membantu Puan Sam.


03 November 2010

...Blog orang : #1 : De;naniez...



 Reasons: 
1. Harga agak berpatutan.Ini blogshop termurah yang aku jumpa yang jual gipsy shawl. Average harga blogshop lain RM 20- RM 30. Malahan ada yang jual RM 35.

2. Aku suka blogshop yang menyediakan kos penghantaran yang menggunakan POS EKSPRESS. Sebabnya perkhidmatan ni agak murah. RM 5 untuk sampai ke Sabah. Tapi maksimum untuk 2 helai shawl gypsy dan 4 helai untuk shawl biasa. Ada blogshop lain yang tidak menyediakan perkhidmatan Pos Ekspress. HAH! ambek ko..postage RM 9 untuk shawl yang harganya RM 17. alalala...tidak berbaloi lain la kalau postage untuk



...Hari ni hari Rabu, 3 Nov 2010..RINA!...

Short term memory loss aku datang balik. Mati² aku ingat hari ni adalah hari KHAMIS. Ok RINA..taulah Jumaat adalah cuti Deepavali tapi jgan over excited ok. Diingatkan sekali lagi wahai Rina.. Hari ini hari RABU...ingat tu..set dalam otak tu...

Sempena hari Rabu(padahal sebelum sampai opis mati² aku ingat hari Khamis)... aku dengan rajinnya mencuba satu fesyen baru. Baru?? Nda baru kali...aku yang baru mencuba. Penat pakai silang². So hari ni tukar selera....

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA....





Nota kaki tangan dan mulut: 3-4 hari nda ada minum kopi pun...penyakit pelupa datang jugak..baik minum kopi...


28 October 2010

...Tutorial 1 : Inner silang + accessories...

PERHATIAN!!!!!!!

Sebelum meneruskan tutorial ini dan sebelum anda scroll kebawah dan kebawah lagi... aku mau mintak maaf sebab:
  • Gambar tidak cantik sebab aku pakai kamera di laptop
  • Model dia pun tidak cantik... so tengok inner sahaja..sila abaikan modelnya... ngehhhh!!
Ok... Mari mulakan...

Chop..chop.. ada lagi info yang aku mau bagi tau sebelum mulakan...
  • Di pasaran terdapat banyak jenis inner a.k.a anak tudung.

ada yang 1 warna

ada yang 2 warna

dan ada yang khas untuk silang-silang.
(gambar ambil dari Koleksi Saiff Dzulfiqar tempat aku selalu beli inner)

Aku ada jugak beli yang inner yang khas untuk silang² tu.. tapi jenis yang macam ni kan limited warna dia... ada tiga warna jak. So kalau kita pakai baju warna lain confirm nda masuk. So aku lebih prefer yang dua warna sebab kita boleh pakai kedua-dua warna. 

Contohnya di bawah ni.. kalau mau pakai coklat...pakai la yang warna coklat..kalau mau pakai kuning jak pakai la yang kuning. senang kan. banyak pilihan. Tapi ada satu cara supaya anak tudung tu tidak melekap dekat dahi lagi² kalau spesis kepala besar macam aku ni. Inner yang jual di pasaran tu mostly kecil dan untuk mereka² yang berkepala kecil sahaja... so sebagai solusinya aku selalu potong sedikit jahitan inner tu. Macam gambar di bawah ni. So ianya akan lebih besar dan mudah untuk silangkan. Selain tu kalau kita potong sikit ianya tidak menyakitkan telinga kita.Tapi kalau yang berkepala kecik tu nda payah la potong takut longgar pulak...okay.


Ok mari mulakan... (aish..malu la pulak aku)

Hari ni aku pakai 2 warna sahaja. Pink dan brown. Sebabnya hari ni aku pakai tudung syria warna purple. Baju aku ada purple, pink dan brown.so sesuai la kan. Ikutkan hati mau pakai 3 lapis tapi macam malas pulak..


Ok.. First pakai macam seperti gambar di atas. Pilihan warna bergantung kepada kreativiti anda. Make sure inner pertama tu disengetkan


Lepas tu ambil satu lagi inner dan pakai seperti yang di atas tapi di bahagian yang bertentangan. Tapi pastikan telinga anda tidak ditindihkan dengan 2 inner supaya anda selesa pakai seberapa lama pun. Caranya, inner yang pertama tu selitkan di bawah telinga.

Ok..Lepas jadi macam gambar di atas tu...kita teruskan dengan accessories pulak.



Hari ni aku pilih headband ala² rambut betocang gitu.

Pakai headband seperti biasa.Ala..macam pakai di rambut tu..

dan hari ni aku pakai accessories baru. For the first time aku pakai macam ni... sebab..aku baru beli hair clip ni..lalalala....

Hah..tadaaaaaaaaaaaa....
gambar atas ni lepas pakai tudung syria dan segala accessories yang ada...

Hah..senang kan... bukan susah pun. Apa yang penting...kerjasama...hihik.. yang penting... kita kreatif... dan satu lagi persetankan pedulikan apa orang mau cakap... pakai jak apa kita rasa mau pakai dan puas hati..

Ok..sekian untuk kali ini.
Lain kali aku ajar lagi cara lain k.Tapi ini cara aku la.Kalau mau yang lagi kreatif search jak d Youtube. Banyak tu video² cara² pakai shawl la..Inner la.. ok...



nota kaki tangan dan mulut: tidak salah berkongsi ilmu...:D
p/s abaikan pipi aku yang chubby itu...lalalalala...