Showing posts with label Aku dan Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Fesyen. Show all posts

05 September 2011

Percubaan Memakai Tudung Ala-ala Hana Tajima Tapi GAGAL: Part 2

Dulu-dulu ada buat entri pasal percubaan memakai tudung ala-ala HANA TAJIMA, tapi gagal!

Gagal sebab time tu aku pakai shawl chiffon.

Hari ini ada percubaan kali kedua. Entah masuk dalam kategori LULUS ka GAGAL.





Aku rasa macam 50% lulus 50% gagal bah.!!

19 May 2011

Aladdin Pants & Harem Pants

Assalamualaikum ^___^,





Tadi, ada akak tag aku di FB. Dia promot Aladdin Pants yang dia jual. Serius, sumpah aku cakap, aku memang dari dulu teringin memakai seluar-seluar yang ala-ala kewanitaan macam gini. Tapi, yang menjadi persoalan aku sekarang, boleh kah perempuan chubby a.k.a gemuk macam aku ni pakai seluar macam tu?? Konpius jugak aku. Yalah, silap-silap haribulan ada jugak macam nagka dibalut .



Cuba tengok minah bawah ni, molek jak dia pakai Aladdin pants tu kan. Sudah terang-terang dia tu slim for sure la bah cantik kan.








Suka bebenar aku menengoknya. Lawa-lawa pulak tu.















Gambar bawah ni pulak, si blogger terkenal Maria pakai Herem Pants tu. Lawa jak kan. Yalah, dia lawa, kurus, tinggi.For sure la lawa bila dia pakai.





Sumber : http://www.eightdesignsboutique.com




Cuba bayangkan kalau perempuan gemuk bawah ni yang pakai Alladin Pants macam tu... OH! TIDAK!! Ndak sanggup aku mau bayangkan!!!










Silap-silap hari bulan ada jugak jadi macam gambar bawah ni. 












So, bagi mengelak dari segala pra-sangkan dan mengelakkan dari mulut-mulut manusia-manusia di luar sana berkata yang bukan-bukan tentang aku, bagi mengelakkan daripada aku digelar PEROSAK FESYEN, biarlah aku dengan dunia jeans aku. Aku lagi selesa dan tiada siapa mau berkata apa.


Tapi...


Kamu tunggu sampai aku berjaya menguruskan badan aku sedikittttttttttttt saja lagi. Kalau sudah kurus, jangankan Alladin Pants silap-silap bikini pun aku berani pakai... ha ha ha!!!!




Ya! Ya! Ya! Dikesempatan ini, aku ingin memberikan ucapan terima kasih yang tidak tehingga kepada En. Boipren aku yang sentiasa support aku untuk kuruskan badan. I Love You Encik Boipren!!!





p/s dalam almari aku cuma ada seluar jeans dan seluar sports saja.termasuk seluar dalam!!!

18 May 2011

Shawl RM 5

Assalamualaikum ^__^,



Kelmarin kan cuti sempena Hari Wesak, so aku , Mamaku, Makcik Dai dan Ninong meneruskan aktiviti menghantar kad jemputan kahwin adik aku selepas menronda-ronda satu Tawau pada ahad yang lepas. Aktiviti menghantar kad jemputan kali ini di teruskan ke kawasan area Muhibbah dan Taman Semarak. Selepas itu kami meneruskan proses mengedarkan kad jemputan ke kawasan bandar pulak. 



Sambil-sambil menhangtar kad jemputan, sempat lagi kami singgah di kedai-kedai yang jual shawls sebab mamaku mau cari selendang untuk dipakai semasa majlis kahwin itu nanti.



Masalahnya sekarang, orang lain yang mau cari shawl orang lain yang beli. Sudahnya, aku pulak yang beli shawls. Bukan 1 tapi 2. Satu untuk pakai masa kahwin adik aku.Satu lagi shawl yang bawah ini.









Harga shawl ni RM 5 sahaja. Jenis kain??? Entah. Tapi macam crumple dan begetah sedikit. Antara sebab aku beli adalah MURAH dan WARNA yang COLOURFUL! Terus terang aku cakap, aku ndak malu mau mengaku aku pakai shawl harga RM 5 sebab, aku peduli apa, memang harga dia RM5. kan kan kan. Apa yang penting, aku happy dan selesa memakainya. 





p/s shawls RM 5 selesa aku sangat selesa OK!!




17 April 2011

Cute Kan!

 Malam ni tiba-tiba ada mood untuk show off pulak kan HA! HA! HA!

Cute kan sandal aku ni???

SAY YA! YA! YA!

Ah... ko ndak mau cakap ya pun aku akan tetap cakap YA! CUTE!

Aku beli sandal ni time pergi Jakarta hari tu. Harga dia 180 ribu rupiah atau RM 62.80. Erkkk... Berbaloi la kan. Cewek yang jual tu cakap sandal ni handmade. Buat dari kulit. Kulit apa ?? Aku lupa tanya. Opsss!. Made in Bali.Yang paling mahal lukisan tu di lukis handmade. Bukan computer print. Banyak lagi design lain tapi aku pilih yang ini. Rasa macam cute-cute jak kan. Antara sebab aku beli sandal ni adalah atas hasutan mak aku  "Beli la. Bukan ada di Malaysia macam ni". Erkk... betul ka ndak da?? ndak da kali kan. Apapun, yang pasti sandal ini sangat selesa. Serius. Sumpah. Best! Satu lagi sebab ialah aku rasa macam cute-cute la kan ada bunga pink sebijik atas tu.  




Tapi kenapa bila berada di kaki aku rasa macam ndak cute pun! APA KES????







P/S aku suka sandal aku!

22 March 2011

Tattoo

"Amacam tattoo baru aku????ok ka?? lawa kan?? bangga woooo ada tattoo macam ni.. pencinta otromen la katakan.."



Ayat-ayat diatas hanya mampu aku perkatakan atau suarakan hanya dalam hati or paling berani pun dalam mimpi. Jangankan buat tattoo, pegi kedai buat tattoo pun aku ndak pernah terfikir. Cumanya, aku kan konon-konon fanatik otromen, so aku g la search-search gambar otromen dari En.Google, sekali aku terjumpa ni tattoo. Pergh..lawa tu memang lawa. Tapi cuba kamu tengok tu merah-merah disekeliling tattoo tu. Aku dapat bayangkan betapa sakitnya bila kena tattoo ni. Dan aku betul-betul tidak dapat bayangkan macam mana tu orang-orang putih buat tattoo seluruh badan. 
























Aku rasa diorang ni sudah hilang deria sakit rasanya. Gila babeng la kan p cucuk-cucuk seluruh badan. Adoi.. sedangkan tercucuk jarum pun aku sudah rasa sakitnya macam mau pitam ni lagi seluruh badan.

Teringat aku ngan seorang kawan time kerja di WCT dulu,Martha nama dia. dia ni orang Iban Sarawak, awek cun gila. Dia pegi buat tattoo di kaki dia , atas tumit. Lawa memang lawa. lagi-lagi dia ni jenis perempuan suka pakai kasut gladiator shoe. Sah-sah la lawa kan.Kaki lagi panjang meruncing (ngam ka tu ayat). Tapi bukan itu yang aku mau cerita. Yang aku mau cerita ialah, aku yang rasa sakit tengok kaki dia bengkak-bengkak time datang opis. Damn man! sakit tau.Bengkak lagi tu. Entah berapa lama baru back to normal.1-2 weeks kalau aku ndak silap. Pergh..sanggup dia ooo... Tapi bila sudah pulih bengkaknya, memang lawa la tattoo tu di kaki dia. Lagi-lagi bila dia pakai skirt pendek. Cun wooo! (i miss you babe)


Apapun, biar lawa macam mana sekali pun, secebis zarah pun aku ndak pernah terifikir untuk buat tattoo. So ditegaskan disini, tattoo otromen itu bukan aku punya. (entah sapa yang bodoh ingat itu aku punya ntah)



p/s kalau betul aku buat tattoo gitu, jangankan mamaku..silap-silap en. boipren yang pancung aku dulu.

- gambar-gambar adalah ehsan en. google

19 November 2010

...aku suka COTTON...

Hari ni hari COTTON sedunia. FUH! Sangat selesa. Aku nda tipu. Walaupun orang cakap kain cotton yang aku pakai tu macam kain langsir, aku tidak peduli. Apa yang penting aku selesa pakai baju kurung kain cotton bersama shawl cotton. Pakai baju kurung cotton rasa macam pakai baju sekolah pun ada.Tapi aku tetap nda peduli apa orang mau cakap. Apa yang penting aku selesa. Kalau pakai baju kurung cotton ni, satu hari suntuk pakai pun nda apa.SELESA. So, kepada yang rasa kain cotton itu tidak lawa dan seperti memakai kain langsir, sila cuba dulu baru anda tahu keselesaannya.



nota kaki tangan dan mulut: lagi selesa bila kakak tukang jahit tu jahit BESAR. terima kasih kak. Lepas ni aku nda akan jahit tempat kau lagi. Sudahlah mahal jahitan pun nda lawa. DAMN!



12 November 2010

...Shawl Accessories..

Fuh..sangat busy hari ni. Dari pagi sampai ke petang. Busy mengalahkan PM plak rasanya. Sampai nda sempat untuk blogwalking. Nda sempat cari idea buat entri. Actually gambar-gambar di bawah ni pun upload pagi tadi.Tapi nda sempat mau teruskan sebab tersangat busy. Ni baru ada kesempatan bukan lappy dan meneruskan penjelajahan.

Pagi tadi aku dapat SMS dari kawan aku si Puan Sam. Besok malam dia ada dinner so dia minta pandangan dan cadangan di mana dia boleh dapatkan shawl yang cantik sebab dia sudah nda ada masa untuk survey sendiri. So aku propose la kedai-kedai yang aku pernah terrrrrrrpandang/terrrrrtengok memandangkan aku jarang beli shawl di Tawau ni. Mostly aku beli shawl online. Lepas tu aku plak dengan baik hati ingin kongsi accessories yang boleh dia gayakan bersama shawl untuk majlis makan malam itu.. Koleksi aku nda banyak tapi boleh la sekadar memberi dia idea. Who knows dia boleh dapat idea lain kan. SO,SAM HERE WE GO...

1. Inner . Sama ada 1 tone, 2 tones atau pun bertones-tones. Inner penting.Sebab trend sekarang orang pakai shawl bersama inner supaya nampak lebih kemas dan bergaya.

2. Head band. Ini sebagai accessories tambahan. Actually ini di gunakan untuk rambut tapi apa salahnya kita pakai sebagai accessories shawls. Siapa kata orang bertudung tidak boleh bergaya.

3. Pin tudung. 

4. Hair clip.

5. Another type of hair clip. Digunakan untuk klip shawl. Alternatif lain selain brooch or pin tudung.

6. Ini plak headband colour.Aku rasa kau pun pernah tengok benda ni kan. Aku guna ni untuk tambah dan mencantikkan inner. Hari tu aku pernah ajar cara pakai inner silang kan. Tapi itu cuma 2 colour. Kalau kau berani dan sanggup pakai sampai 4, silakan. Tapi kalau kau takut panas or untuk pakai dalam jangkamasa panjang kau boleh guna headnband colour ni sebagai pengganti inner. Pakai inner silang 2 colour lepas tu tambahkan headband ni sebagai lapisan yang ketiga,keempat atau mungkin yang kelima(jika mahu).Contoh cara pakai aku nda sempat ambil gambar. Next time aku buat tutorial ok.


Ok..dibawah ni ada contoh aku pakai headband + hair clip. So kau boleh cari idea lain dari gambar aku tu. Sorry la..macam biasa, aku kan model nda bertauliah.So, sila abaikan pipi yang tembam dan posing yang tidak menarik itu.



nota kaki tangan dan mulut: semoga dapat membantu Puan Sam.


03 November 2010

...Hari ni hari Rabu, 3 Nov 2010..RINA!...

Short term memory loss aku datang balik. Mati² aku ingat hari ni adalah hari KHAMIS. Ok RINA..taulah Jumaat adalah cuti Deepavali tapi jgan over excited ok. Diingatkan sekali lagi wahai Rina.. Hari ini hari RABU...ingat tu..set dalam otak tu...

Sempena hari Rabu(padahal sebelum sampai opis mati² aku ingat hari Khamis)... aku dengan rajinnya mencuba satu fesyen baru. Baru?? Nda baru kali...aku yang baru mencuba. Penat pakai silang². So hari ni tukar selera....

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA....





Nota kaki tangan dan mulut: 3-4 hari nda ada minum kopi pun...penyakit pelupa datang jugak..baik minum kopi...


28 October 2010

...Tutorial 1 : Inner silang + accessories...

PERHATIAN!!!!!!!

Sebelum meneruskan tutorial ini dan sebelum anda scroll kebawah dan kebawah lagi... aku mau mintak maaf sebab:
  • Gambar tidak cantik sebab aku pakai kamera di laptop
  • Model dia pun tidak cantik... so tengok inner sahaja..sila abaikan modelnya... ngehhhh!!
Ok... Mari mulakan...

Chop..chop.. ada lagi info yang aku mau bagi tau sebelum mulakan...
  • Di pasaran terdapat banyak jenis inner a.k.a anak tudung.

ada yang 1 warna

ada yang 2 warna

dan ada yang khas untuk silang-silang.
(gambar ambil dari Koleksi Saiff Dzulfiqar tempat aku selalu beli inner)

Aku ada jugak beli yang inner yang khas untuk silang² tu.. tapi jenis yang macam ni kan limited warna dia... ada tiga warna jak. So kalau kita pakai baju warna lain confirm nda masuk. So aku lebih prefer yang dua warna sebab kita boleh pakai kedua-dua warna. 

Contohnya di bawah ni.. kalau mau pakai coklat...pakai la yang warna coklat..kalau mau pakai kuning jak pakai la yang kuning. senang kan. banyak pilihan. Tapi ada satu cara supaya anak tudung tu tidak melekap dekat dahi lagi² kalau spesis kepala besar macam aku ni. Inner yang jual di pasaran tu mostly kecil dan untuk mereka² yang berkepala kecil sahaja... so sebagai solusinya aku selalu potong sedikit jahitan inner tu. Macam gambar di bawah ni. So ianya akan lebih besar dan mudah untuk silangkan. Selain tu kalau kita potong sikit ianya tidak menyakitkan telinga kita.Tapi kalau yang berkepala kecik tu nda payah la potong takut longgar pulak...okay.


Ok mari mulakan... (aish..malu la pulak aku)

Hari ni aku pakai 2 warna sahaja. Pink dan brown. Sebabnya hari ni aku pakai tudung syria warna purple. Baju aku ada purple, pink dan brown.so sesuai la kan. Ikutkan hati mau pakai 3 lapis tapi macam malas pulak..


Ok.. First pakai macam seperti gambar di atas. Pilihan warna bergantung kepada kreativiti anda. Make sure inner pertama tu disengetkan


Lepas tu ambil satu lagi inner dan pakai seperti yang di atas tapi di bahagian yang bertentangan. Tapi pastikan telinga anda tidak ditindihkan dengan 2 inner supaya anda selesa pakai seberapa lama pun. Caranya, inner yang pertama tu selitkan di bawah telinga.

Ok..Lepas jadi macam gambar di atas tu...kita teruskan dengan accessories pulak.



Hari ni aku pilih headband ala² rambut betocang gitu.

Pakai headband seperti biasa.Ala..macam pakai di rambut tu..

dan hari ni aku pakai accessories baru. For the first time aku pakai macam ni... sebab..aku baru beli hair clip ni..lalalala....

Hah..tadaaaaaaaaaaaa....
gambar atas ni lepas pakai tudung syria dan segala accessories yang ada...

Hah..senang kan... bukan susah pun. Apa yang penting...kerjasama...hihik.. yang penting... kita kreatif... dan satu lagi persetankan pedulikan apa orang mau cakap... pakai jak apa kita rasa mau pakai dan puas hati..

Ok..sekian untuk kali ini.
Lain kali aku ajar lagi cara lain k.Tapi ini cara aku la.Kalau mau yang lagi kreatif search jak d Youtube. Banyak tu video² cara² pakai shawl la..Inner la.. ok...



nota kaki tangan dan mulut: tidak salah berkongsi ilmu...:D
p/s abaikan pipi aku yang chubby itu...lalalalala...



...Cara Pakai Shawl ...

Entri ini aku tujukan khas buat sahabatku SAMSIDAR ABDUL MANAP yang meng-sms aku minta ajar cara² pakai shawls. Maaf pok.. aku belum berani mau buat video sendiri. Aku pertontonkan kepada kau video si Julijan (www.on9hijab.blogspot.com) . Kau belajar dulu pakai shawl cara dia... sebab ini cara yang paling simple selain daripada kau selempang ke kiri dan kanan jak....nanti lama² kalau kau sudah pandai...aku yakin kau akan jadi lebih kreatif. Kalau mau minta ajar cara² pakai inner yang colourful macam aku pakai tu... nanti aku buat video untuk kau ok.. Selamat Mencuba...






nota kaki tangan dan mulut: belum yakin untuk buat video sendiri..ngehhhh!


27 October 2010

...craziest combination ever...


Lepas jak aku besiap... aku ketawa sendiri² keluar dari pintu bilik.mamaku pun hairan napa aku ketawa sendiri².. Lepas jak mamaku tengok aku terus dia cakap "aishhh...kenapa jugak kaler anak tudung mu begitu..oren la..kuning la..biru la... baru tu pakai tudung merah lagi tu... ndak masuk langsung..." ... aku cuma sambung ketawa. Aku pun rasa inilah kombinasi warna paling gilak aku pernah buat. ndak tau kenapa aku tiba² pilih kombinasi warna sebegini.Yang aku tau baju aku kan banyak kaler. So kombinasi warna yang aku pilih tu semua ada di baju aku. hahahahaha.... cumanya kurang coklat jak tu. Kalau ikut hati aku mau jugak tambah inner coklat...tapi rasa malas pulak.... tapi biarlah warnanya macam orang gila...tapi aku suka.. aku peduli apa orang mau cakap apa. Janji aku suka warna-warni. kalau orang mau mengutuk...kutuk la..aku peduli apa... Jeles ka?? kalau jeles buat la..itupun kalau berani la...lalalalalaa...~



nota kaki tangan dan mulut : belum lagi tambah accessories tu..lalalalaa~

21 October 2010

...revolusi - aku dan hijabs...

Dulu..
Tudung Bawal jadi pilihan.. lagi² time study di Kuantan. Selalu order tudung dengan kawan orang Kelantan.

Lepas tu try jugak tudung segiempat cotton. Sungguh selesa dan best..


Mula mengenali shawl.. start dari situ memang gila shawl. mostly beli online...



Lepas tu berjinak² dengan tudung syria. akan pakai tudung ini bila malas iron shawl.(ok...mengaku...aku pemalas)


Mula berjinak² dengan tudung cotton...sangat best pakai sebab serap peluh...


Lepas itu berjinak² dengan inner colour²




Seterusnya berjinak² dengan accessories...



dan paling latest...
aku 'gila' pakai shawls cotton gypsy...
yang ada perhiasan anting² atau ala² arabian gitu...

Kesimpulannya... aku memang suka mempelbagaikan the way aku pakai hijab... tapi... aku paling ndak suka pakai tudung ada awning or lebih dikenali sebagai tudung ekin... sebabnya...??? aku rasa muka macam besar and muka aku macam makcik² bila pakai tudung gini..serius bentuk muka aku ndak sesuai pakai tudung gitu...

bukti




nota kaki tangan dan mulut: entri ini hanya entri buang masa..di taip ketika diri betul² tengah bosan...sila jangan menyampah.