Showing posts with label Aladdin Pants. Show all posts
Showing posts with label Aladdin Pants. Show all posts

06 September 2012

Aladdin Pants + Waka Dress

Assalamualaikum ♥


Dulu, aku pernah buat entri pasal ALLADIN PANTS <--- klik sini untuk ke entri lama. Time tu aku memang tiada keyakinan untuk memakai segala jenis pants selain JEANS. Tapi, semenjak menjadi peniaga kecil-kecilan ni, aku semakin berani mau pakai pelbagai jenis seluar walaupun kadang-kadang aku rasa macam ndak sesuai jak dengan aku. Sebelum ni aku takut orang berkata pasal aku, tapi sekarang aku ndak peduli. Biarlah apa orang mau cakap. Apa yang penting aku selesa.


Dan hari ni, aku memberanikan diri untuk pakai Aladdin Pants. Hadiah from someone yang yakin aku boleh pakai that pants dan hasilnya.. tadaaaaaaaaaa:





Extra wide crumple shawl - Kiki e-Shop
Waka Dress - Kiki e-Shop
Aladdin Pants - hadiah dari someone
Heels -unbranded





p/s kepada yang beminat dengan waka dress macam aku pakai tu boleh sms 0168453085. COD area Tawau (bandar sahaja)



19 May 2011

Aladdin Pants & Harem Pants

Assalamualaikum ^___^,





Tadi, ada akak tag aku di FB. Dia promot Aladdin Pants yang dia jual. Serius, sumpah aku cakap, aku memang dari dulu teringin memakai seluar-seluar yang ala-ala kewanitaan macam gini. Tapi, yang menjadi persoalan aku sekarang, boleh kah perempuan chubby a.k.a gemuk macam aku ni pakai seluar macam tu?? Konpius jugak aku. Yalah, silap-silap haribulan ada jugak macam nagka dibalut .



Cuba tengok minah bawah ni, molek jak dia pakai Aladdin pants tu kan. Sudah terang-terang dia tu slim for sure la bah cantik kan.








Suka bebenar aku menengoknya. Lawa-lawa pulak tu.















Gambar bawah ni pulak, si blogger terkenal Maria pakai Herem Pants tu. Lawa jak kan. Yalah, dia lawa, kurus, tinggi.For sure la lawa bila dia pakai.





Sumber : http://www.eightdesignsboutique.com




Cuba bayangkan kalau perempuan gemuk bawah ni yang pakai Alladin Pants macam tu... OH! TIDAK!! Ndak sanggup aku mau bayangkan!!!










Silap-silap hari bulan ada jugak jadi macam gambar bawah ni. 












So, bagi mengelak dari segala pra-sangkan dan mengelakkan dari mulut-mulut manusia-manusia di luar sana berkata yang bukan-bukan tentang aku, bagi mengelakkan daripada aku digelar PEROSAK FESYEN, biarlah aku dengan dunia jeans aku. Aku lagi selesa dan tiada siapa mau berkata apa.


Tapi...


Kamu tunggu sampai aku berjaya menguruskan badan aku sedikittttttttttttt saja lagi. Kalau sudah kurus, jangankan Alladin Pants silap-silap bikini pun aku berani pakai... ha ha ha!!!!




Ya! Ya! Ya! Dikesempatan ini, aku ingin memberikan ucapan terima kasih yang tidak tehingga kepada En. Boipren aku yang sentiasa support aku untuk kuruskan badan. I Love You Encik Boipren!!!





p/s dalam almari aku cuma ada seluar jeans dan seluar sports saja.termasuk seluar dalam!!!

Popular Post