Showing posts with label Kiki E-Shop. Show all posts
Showing posts with label Kiki E-Shop. Show all posts

20 April 2013

IKLAN KIKI e-SHOP TAWAU : Fishtail Lycra Peplum

Assalamualaikum. 



Ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Fishtail Lycra Peplum seperti dibawah ini atau seperti yang saya pakai warna pink itu?? Boleh dapatkannya dari KIKI eSHOP TAWAU







Material : Lycra 
Size : Free Size (fit from L to 2XL) 
Stretchable : Yes 
Thickness : Normal 
Price : RM 49

Measurement: 
Shoulder Width :37 - 46cm 
Armhole: 40cm 
Bust: 86 - 112cm 
Waist: 82 - 110cm 
Length :66 - 92cm






Ini contoh aku pakai time kawinan abang si nonong. Aku pakai skirt hijau sebab shawl aku hijau pink. Trep-trep colour blocking la. Tapi serius cakap aku rasa bergaya gila time pakai baju ni. Aku plan nanti mau tambah pearl di baju ni so raya boleh pakai lagi. (^___^)//





Love,
rinadorina bahar

17 April 2013

Printed Wide Shawl

Assalamualaikum. Hari ni mau cerita pasal printed wide shawl. Kain cotton yang sangat selesa dipakai dikala cuaca di Tawau sekarang ni sangat la panasnya. Bersaiz 180cm x 80cm. Kepada yang berminat boleh lawati FB page kami KIKI ESHOP TAWAU . Harga RM 20/pc sahaja. Beli 2 pcs keatas boleh beli dengan harga RM 18/helai. Sesiapa berminat boleh inbox fb page, sms atau whatsapp 0168453085 ya kawan-kawan.









Apa kelebihan shawl lebar dan panjang ini? Boleh digayakan seperti square scarf (bawal) ya kawan-kawan.
Tutorial dia macam RITA RUDAINI buat ni .




Hasil dia lebih kurang macam yang adik saya pakai ni la..





Bawah ni antara koleksi yang ada. Koleksi lain boleh klik SINI






Love ,
rinadorinabahar

12 April 2013

Hi Si Plus Size, Anda Juga Boleh Bergaya


Anda plus size? Ingin bergaya dengan PEPLUM tapi sukar untuk mendapatkan saiz yang sesuai?? Anda berhak untuk bergaya. Dapatkan koleksi PEPLUM PLUS SIZE dari KIKI e-SHOP TAWAU.


23 September 2012

"LIKE" My Style Contest

INI ADALAH ENTRI MELEKAT.SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU.




APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN:

EMAILAKAN GAMBAR ANDA DENGAN GAYA BERFESYEN ANDA YANG TERSENDIRI KEPADA poker.face2010@live.com .(SUBJECT: LIKE MY STYLE CONTEST). TIDAK KISAH LAH ANDA BERHIJAB ATAU TIDAK. YANG PENTING ANDA YAKIN ANDA MEMPUNYA STYLE TERSENDIRI.

SERTAKAN

NAMA:
ALAMAT:
NO TELEFON;
LINK AKAUN FB:


PEMENANG YANG MEMPUNYAI "LIKE" YANG BANYAK AKAN MEMENANGI:

PERTAMA;
LONG BUTTON CARDIGAN
WAKA BLOUSE
VOUCHER RM 30


KEDUA:
BAWAL ROSE 2 TONE
VOUCHER RM 20


KETIGA
BAWAL ROSE 2 TONES
VOUCHER RM 10


SEORANG PESERTA BERTUAH PILIHAN KAMI AKAN MEMENANGI HADIAH MISTERI DARIPADA KAMI. (TIDAK SEMESTINYA PESERTA YANG MEMPUNYAI VOTE YANG BANYAK)


CARA VOTE MUDAH SAHAJA:

1-LIKE PAGE KAMI

https://www.facebook.com/pages/Kiki-E-Shop-Tawau/214773881896295

2- LIKE GAMBAR PESERTA


TARIK TUTUP PENYERTAAN ADALAH 30 SEPTEMBER 2012


TARIKH TUTUP PERTANDINGAN ADALAH 7 OKTOBER 2012


TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG ADALAH 8 OKTOBER 2012


ANDA BOLEH MEMPROMOSI PENYERTAAN ANDA DI WALL ANDA SEBERAPA KERAP YANG MUNGKIN.

TIDAK DIBENARKAN UNTUK METAG GAMBAR PESERTA DARI ALBUM KAMI UNTUK TUJUAN PROMOSI.

SILA JEMPUT SAUDARA MARA, KAUM KERABAT, KAWAN-KAWAN, TEMAN-TEMAN ANDA UNTUK MEMVOTE GAMBAR ANDA.


PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN VOTE YANG PALING BANYAK. SO TERPULANG KEPADA ANDA BAGAIMANA CARA ANDA MEMPROMOSI GAMBAR ANDA.



SEKIAN DAN SELAMA MENCUBA!



NOTES: sekiranya penyertaan kurang dari 10 orang, secara automatik pertandingan ini dibatalkan dan setiap peserta akan mendapat saguhati iaitu VOUCHER RM10.


06 September 2012

Aladdin Pants + Waka Dress

Assalamualaikum ♥


Dulu, aku pernah buat entri pasal ALLADIN PANTS <--- klik sini untuk ke entri lama. Time tu aku memang tiada keyakinan untuk memakai segala jenis pants selain JEANS. Tapi, semenjak menjadi peniaga kecil-kecilan ni, aku semakin berani mau pakai pelbagai jenis seluar walaupun kadang-kadang aku rasa macam ndak sesuai jak dengan aku. Sebelum ni aku takut orang berkata pasal aku, tapi sekarang aku ndak peduli. Biarlah apa orang mau cakap. Apa yang penting aku selesa.


Dan hari ni, aku memberanikan diri untuk pakai Aladdin Pants. Hadiah from someone yang yakin aku boleh pakai that pants dan hasilnya.. tadaaaaaaaaaa:





Extra wide crumple shawl - Kiki e-Shop
Waka Dress - Kiki e-Shop
Aladdin Pants - hadiah dari someone
Heels -unbranded





p/s kepada yang beminat dengan waka dress macam aku pakai tu boleh sms 0168453085. COD area Tawau (bandar sahaja)



04 September 2012

I am 3 Months Old Today

Assalamualaikum ♥....








Hari ini 4 Ogos 2012, genap 3 bulan usia anak buah kesayangan aku ni. Wahh! Besar sudah oooo saya punya Aysh. Semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik-baik ya Aysh. Jangan selalu nangis bah. ehh.. Cengeng ehhh!! Apapun,  We Love You. So muchhhhhhhhhhhh!!







notes: Kepada yang berminat dengan Pallazo Pattern macam aku ni boleh SMS 0168453085 . COD for Tawau area. Untuk pattern lain boleh check di FB KIKI e-SHOP <---- klik sini.










03 September 2012

Karenah Pelanggan

Sebelum apa-apa, mari like page KIKI e-SHOP yang akan rebranding menjadi KIKI Collection SOON!


Aku mula start bisnes online ni, since tahun lepas. Itu pun secara kecil-kecilan dan mati-matian serta senyap-senyapan. Kira macam aku baru mau bertapak lah. Belum berani lagi time tu. Tapi selepas setahun, dan kini aku ada kedai kecil sendiri, aku sudah mula berani untuk terus maju. Mempelbagaikan pilihan pelanggan adalah keutamaan aku. Sebab tu almost tiap minggu aku akan berusaha cari stock baru. Ahh, nampak penat, tapi best. Selain boleh jual barang, sekaligus aku boleh tambah koleksi baju aku. Kalau dulu, memang susah lah mau shopping baju online ni. Tapi sekarang semakin rancak. aku suka!!!


"Customers always right" rules yang patut setiap peniaga patuhi. Tapi kadang-kadang sebagai manusia biasa, aku ndak lari dari merasa muak dengan sikap pelanggan ni. Kadang-kadang tu ada yang ndak masuk akal. Aku pun buyer jugak, tapi aku rasa perangai aku tidaklah seteruk mereka. Mungkin betul kata si Ona (pemilik blog In My Red Ribbon Shoes), sepatutnya kita sebagai buyer yang takut akan datang tu penjual ndak mau jual barang sudah sama kita if perangai kita macam gitu. So as a buyer and seller, aku dapat rasa perasaan sebagai pembeli dan penjual tu. Entah lah. Aku malas mau aibkan sesiapa di sini. Cuma sekadar meluah rasa. Tapi sebagai penjual terpaksalah telan saja perangai pelanggan yang semacam itu. Diharapkan dengan kesabaran aku ni, bisnes aku semakin berkembang lagi.


AMIN!!




notes: geli gelaman dengan orang yang trep-trep manja. Yakss!





26 May 2012

Now Available at KIKI e-SHOP

Vintage Flower Jubah Dress now available at KIKI e-sHOP. Limited!

Sangat Limited ya kawan-kawan. Satu warna ada satu piece saja. PINK (tidak termasuk yang aku punya), MERAH dan HIJAU.

Kalau berminat boleh inbox aku di KIKI e-SHOP <--- klik sini

Akan Update Pukul 10 nanti


Vintage Flower Jubah Dress
Material : Cotton. Cool Material.

Sejuk bila dipakai. Nampak bergaya. 

Ada 3 warna. Limited 1 helai 1 warna.

Tunggu jam 10 k!!




Jangan Lupa Klik bawah ni.. TQ 

25 May 2012

Koleksi Terbaru Maxi Dress













Oh ya... Long Cardigan pun ada. Tp tinggal dua warna. Yang lain sudah habis dirembat sebelum diupload.






Jika berminat boleh inbox aku di KIKI e-SHOP <-----klik sini

22 May 2012

BLUE | BLACK : Maxi Dress + Kemeja

Bila kemeja dan Sleeveless Maxi Dress bergabung.. 




Inilah hasilnya...


Sleeveless Maxi Dress : Kiki E-SHop
Shirt : Seed
Flat Shoes : Vincci
Belt : FOS
Shawl : Black shawl beli di Madinah


p/s Sleeveless Plain Maxi dress will be available at KIKI e-SHOP (<---- Click here) by Friday! Check it out girls!

21 May 2012

Clearance Stock!! Tudung Bawal Printed RM 12/pc Beli 3 percuma 1!

Aku mau kasi clear semua stock tudung bawal sebab mau ambil design baru pulak. So kepada yang beminat boleh pergi sini -----> KIKI e-SHOP

07 May 2012

Are you ready for EURO 2012???? YES I AM!!!!




Ndak sabar mau begadang! Harap-harap team pilihan aku menang. Macam biasa. Dulu kini selamanya. SPAIN & ENGLAND!!!












Wei... wei.. aku memang dari dulu sokong Spain dengan England ya walaupun orang selalu kutuk-kutuk team aku. Aku tetap dengan team aku. Ndak percaya baca sini.




Apapun, bulan 6 ,merupakan bulan begadang sampai SUBUH!!




IKLAN:


Dapatkan Koleksi Terbaru TUDUNG BAWAL PRINTED hanya di KIKI e-SHOP TAWAU




02 May 2012

Nasi Kuning Restoran Senario, Hill Top Tawau



Semalam cirit birit. Entah lah sebab apa. Sebab terlebih makan sambal Kedai Kopi Yum-Yum atau gara-gara lada padi yang aku campur di magi semalam.


Ahhh! Pokoknya, bangun pagi-pagi memang lapar gila lah bah gara-gara cirit yang melampau.


Disebabkan lapar yang melampau, aku menapau nasi kuning di Senario. Paling dekat dan sekali jalan ke opis. Tapi agak menghampakan tekakku. Tidak sesedap yang aku inginkan. Atau tekak yang agak cerewet? Tapi selesai aku kerjakan. Makan dalam keterpaksaan. Makan jak lah daripada lapar.


Ahhh! Time-time macam ni teringatlah nasi kuning yang nenek buat. Sedap bah! Walaupun pakai ikan basung jak tapi memang sedap!









IKLAN:




Kepada yang berminat dengan produk Catalyst boleh dapatkan di KIKI e-SHOP TAWAU

01 May 2012

Nasi Lemak Roundabout Giant Tawau




Selamat Bercuti wahai pekerja-pekerja semua.

Pagi-pagi aku ajak si yuli p membeli nasi lemak. Ada kawan bagitau sedap. Jadi aku excited lah mau mencuba. Semangatan lah kunun sebab bilang si Pian jam 8 habis sudah. Jam 7 aku suruh si yuli ambil. Takut habis.


Aku tapau 6 bungkus untuk orang-orang di rumah.Siap mix lauk lagi. Sebab nampak macam sedap.


Tapi jujur aku cakap, tidak sesedap yang aku imagine. Aku membayangkan nasi lemak itu seperti nasi lemak yang jual di gerai tepi jalan dekat pondok polis di Jalan Masjid India tu, yang depan Palace Hotel tu. Punya mabeles tu nasi lemak dia. Paling mantap!


Tapi ndak apa lah. Kalau ndak cuba mana kita tau rasanya kan. Dengan mencuba baru kita dapat rasa setiap makanan di muka bumi ni. Tapi jangan pulak kamu gatal-gatal mau merasa daging babi ya. Itu gila sudah tu.


Apapun, nasi lemak tu sudah selesai masuk dalam perut. Silap-silap bakal keluar menjadi sisa buangan sejekap lagi.




P/S SELAMAT DATANG MEI!!!!


IKLAN:



Berminat dengan Maxi Dress Macam ni???
Dapatkannya di:


27 April 2012

VCO : Sapu dimuka

Aku merupakan pengguna Catalyst Premium Collagen selama 10 hari dan Catalyst Virgin Coconut Oil selama hampir setengah bulan. Menelan semula VCO setelah hampir 8 bulan meninggalkannya.



Mula terdetik semula untuk menelan VCO setelah melihat semula gambar tahun lalu dimana kulit muka aku time tu agak bersih dari bulan lalu sebelum telan semula VCO tu. Sebab malas mau tunggu lama kalau order via pos, aku ambil keputusan mau beli dari stockis di Tawau sahaja. Tapi harga dia jual memang cekik darah. Dasar mau cepat kaya. Standard price untuk jual di SABAH/SARAWAK adalah RM 43.90 and dia jual RM46.90. Damn u! 



Atas sebab itu jugak aku berniat mau jadi agent CATALYST dan sekarang aku merupakan agent sah CATALYST. Sejak jadi agen ni aku start makan Catalyst Premium Collagen. Aku bukan spesis yang mempunyai masalah teruk dengan kulit wajah. Aku cuma seseorang yang inginkan kulit yang glowing ala-ala artis korea tu. Sebab tu lah aku rajin sapu VCO dimuka lately.








Sebelum ni aku guna softgel tu. Aku cucuk pastu sapu dimuka. Tapi, start minggu depan for sure ndak payah sudah sebab aku sudah order VCO yang liquid. So mungkin lebih jimat. Ndak sabar bah mau dapatkan kulit yang ala-ala korean girl *PERASAN*



Kepada yang berminat dengan produk Catalyst, boleh cari aku ya. Boleh jenguk e-shop aku jugak. Ada jual tudung, dress dan kain pasang jugak.






26 April 2012

Today is pay day!!!

Mata sebenarnya sudah mengantuk. Kepala pun berdenyut-denyut. Rasanya kesan dari minum neskepe si ninong buat petang tadi.


Kepala sakit dicampur dengan kepenatan menghadap laptop. Mengedit video setelah bekurun aku tinggalkan dunia movie maker ni. Helping someone special. So, apapun terjadi, aku akan usaha buat. Just hope they like it.


It's 26th hah! Pay day!! Harap2 big boss sign check lah. So that aku boleh beli stock baru untuk barang jualanku. As usual.


Oh ya. For the first time today, aku pakai maxi dress + cardigan. Mimpi apa ntah. Sebenarnya aku sekarang bosan + malas mau berjeans sudah. Sebab tu buang tebiat pergi beli maxi dress banyak-banyak.


Remember hari tu aku ada buat entri pasal hadiah untuk diri sendiri?? Inilah dia. He he he. Happy lah. For the first time aku confident pakai skirt bejalan di tempat awam. Syabas Rina!!!



Masa untuk tidur. Denyutan kepala makin menjadi-jadi. Betul-betul perlukan rehat.



Good night my blog!!!


P/s this type of dress will be available at my e-shop soon!!!



23 April 2012

Aku dan Tudung Bawal


Sekarang ni fesyen bertudung segiempat a.k.a square hijabs ni kini kembali kan. Biasalah fesyen. Pusing-pusing, yang lama kembali jugak.

Aku ni bukanlah hantu fesyen (macam selalu aku cakap), tapi kadang-kadang, mau jugak aku mencuba kunun fesyen-fesyen terkini ni. 

Aku ingat lagi, masa zaman study-study, aku manalah kenal istilah 'selendang' a.k.a 'shawl' ni. Seingat aku, aku mula berjinak-jinak dengan shawl ni time kerja di WCT. Masa tu setengah matilah jugak mencari shawl.Habis aku round satu KK. Time tu yang ada pun agak mahal. Selendang chiffon yang sekarang harga dalam RM8-10 time tu di KK jual RM20. Ish. Ndak berbaloi la pulak kan. Aku pesan shawl yang banyak sama adik aku time adik aku pegi KL that time. Sekali borong 10 helai. Kesian bah dulu-dulu. Mana pandai aku shopping-shopping online ni. Nah sekarang, semuanya di hujung jari jak.

Balik pada cerita bawal ni, aku ingat lagi zaman study-study, tudung segiempat ni lah yang kami pakai. Kemana saja. Time kelas, time keluar. Paling wajib, setiap satu orang mesti ada tudung putih. TIme tu tudung bawal yang ada batu tu memang popular. Aku selalu beli dari kawan yang asal kelantan. Tiap kali dia balik cuti, aku mesti pesan tudung. Kira dia bisnes jugak lah. TIme tu aku ingat lagi, tudung bawal yang ada batu keliling tu hariga dia RM30-RM35. Time study, RM 35 tu agak mahal ya. Time dapat PTPTN baru beli tudung. Bukan macam budak sekarang, semua benda senang dapat.


Ini gambar masa zaman stud-study. Time ni Eda Suhaili gemuk lagi. Sekarang dia sudah slim woo.
Tudung hijau yang aku pakai tu, aku lupa aku beli mana. Tapi time tu kain tudung corak-corak gitu, kain licin. Susah gila mau bentuk. Kadang-kadang bikin muka tambah tembam. Sudahlah dulu aku tembam semacam. ish ish ish.





Sekarang ni, fesyen berSquare Hijabs ni kembali lagi, walaupun, ada orang yang dari dulu lebih selesa mengenakan square hijabs ni, tapi lately makin menjadi-jadi. Banyak fesyen yang dikeluarkan. Siap ada bunga ros lagi keliling tudung. Tapi harga bapak mahal. RM 35-50. Ish. Sekarang ni aku mana pakai tudung mahal-mahal. Kalau belas-belas tu aku mampu lah. \\(^___^)//


Sebagai tokey tudung, aku sudah pasti mempunyai koleksi tudung bawal/square hijabs yang tersendiri. Tiap kali datang design baru, sudah pasti aku rembat satu. Kira untuk promosi kepada orang luar lah. 






























Kepada yang berminat dengan tudung bawal printed ni, boleh lah jenguk-jenguk e-shop aku ya...