Showing posts with label VCO-Virgin Coconut Oil. Show all posts
Showing posts with label VCO-Virgin Coconut Oil. Show all posts

23 May 2012

VCO Catalyst | Minyak Kelapa Dara Catalyst : Tips Pengambilan VCO












TIPS PENGAMBILAN ATAU MAKAN SUPPLEMENT DENGAN BETUL
Atau dalam hal ini cara makan dan waktu pengambilan VCO .

Tips ini diberikan dan dijelaskan dari :
PUAN VIVI NORYATI ( Saintis Perubatan daripada Universiti Malaya)


1. MAKAN / AMBIL supplement (VCO) selepas breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam(sebelum tidur) pada jam 10 malam

2. KERANA ?? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan supplement (VCO) bertindak dan bekerja dalam badan kita.

3. ELAKKAN pengambilan supplement (VCO) pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

4. ELAKKAN juga pengambilan supplement (VCO) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

5. KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan VCOakan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat.  Jika anda rasa selepas pengambilan VCO anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.

6. PALING PENTING SEKALI . Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.



All info credit to Syuhada CATALYST!








17 May 2012

VCO Catalyst | Minyak Kelapa Dara Catalyst : Sesuai Untuk Ibu Mengandung, Ibu dalam pantang dan Ibu Menyusukan



Persoalan : Bolehkan ibu mengandung, ibu menyusukan baby atau sedang berpantang boleh makan VCO ? 



Jawapannya :  

BOLEH .Tiada masalah. Tiada side effect untuk kandungan, kesihatan dan juga bayi. Sebabnya VCO Catalyst adalah 100 % dari minyak kelapa dara Gred A dan  VCO merupakan MILK BOOSTER kepada ibu-ibu yang menyusukan anak.




Sewaktu mengandung :-

VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan insyaAllah memudahkan bersalin. Pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan pada kawasan-kawasan yang ada strechmark tu.

Sewaktu menyusukan (BF) :-

Makan VCO seperti biasa  jak ya. Baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. Anda jugak boleh sapukan VCO untuk rambut baby supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak. 

Semasa Dalam Pantang :-

Juga amalkan VCO seperti biasa, Tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil  dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering.Anda juga boleh ambil collagen sewaktu menyusukan dan dalam tempoh berpantang. Tiada masalah punya.



Kepada yang berminat dengan produk VCO Catalyst boleh inbox saya di KIKI e-SHOP <----- klik sini

02 May 2012

Nasi Kuning Restoran Senario, Hill Top Tawau



Semalam cirit birit. Entah lah sebab apa. Sebab terlebih makan sambal Kedai Kopi Yum-Yum atau gara-gara lada padi yang aku campur di magi semalam.


Ahhh! Pokoknya, bangun pagi-pagi memang lapar gila lah bah gara-gara cirit yang melampau.


Disebabkan lapar yang melampau, aku menapau nasi kuning di Senario. Paling dekat dan sekali jalan ke opis. Tapi agak menghampakan tekakku. Tidak sesedap yang aku inginkan. Atau tekak yang agak cerewet? Tapi selesai aku kerjakan. Makan dalam keterpaksaan. Makan jak lah daripada lapar.


Ahhh! Time-time macam ni teringatlah nasi kuning yang nenek buat. Sedap bah! Walaupun pakai ikan basung jak tapi memang sedap!









IKLAN:




Kepada yang berminat dengan produk Catalyst boleh dapatkan di KIKI e-SHOP TAWAU

27 April 2012

VCO : Sapu dimuka

Aku merupakan pengguna Catalyst Premium Collagen selama 10 hari dan Catalyst Virgin Coconut Oil selama hampir setengah bulan. Menelan semula VCO setelah hampir 8 bulan meninggalkannya.



Mula terdetik semula untuk menelan VCO setelah melihat semula gambar tahun lalu dimana kulit muka aku time tu agak bersih dari bulan lalu sebelum telan semula VCO tu. Sebab malas mau tunggu lama kalau order via pos, aku ambil keputusan mau beli dari stockis di Tawau sahaja. Tapi harga dia jual memang cekik darah. Dasar mau cepat kaya. Standard price untuk jual di SABAH/SARAWAK adalah RM 43.90 and dia jual RM46.90. Damn u! 



Atas sebab itu jugak aku berniat mau jadi agent CATALYST dan sekarang aku merupakan agent sah CATALYST. Sejak jadi agen ni aku start makan Catalyst Premium Collagen. Aku bukan spesis yang mempunyai masalah teruk dengan kulit wajah. Aku cuma seseorang yang inginkan kulit yang glowing ala-ala artis korea tu. Sebab tu lah aku rajin sapu VCO dimuka lately.








Sebelum ni aku guna softgel tu. Aku cucuk pastu sapu dimuka. Tapi, start minggu depan for sure ndak payah sudah sebab aku sudah order VCO yang liquid. So mungkin lebih jimat. Ndak sabar bah mau dapatkan kulit yang ala-ala korean girl *PERASAN*



Kepada yang berminat dengan produk Catalyst, boleh cari aku ya. Boleh jenguk e-shop aku jugak. Ada jual tudung, dress dan kain pasang jugak.






17 January 2012

Aku Rasa Aku Mau Try Campurkan VCO Dengan Foundation lah...

Ambek kau. Panjangnya tajuk. ^___*







Actually aku jumpa pic atas ni dari FB. FB milik YAYA CATALYST tu lah. Dia cakap make up akan lebih lawa kalau titiskan sedikit VCO dalam foundation. 

Agak-agak betul ka ya???


Balik ni mau try la. Manatau bagus kan. 







Nota kaki: Sila lawat onlineshop aku ya kawan-kawan. Boleh tengok-tengok mana yang berkenan ^___* http://kikishop11.blogspot.com/

18 May 2011

VCO : Aku mula nampak hasilnya

Assalamualaikum ^___^,



Lama bebenar aku simpan title entri kali ni dalam draft. Takut lupa. Akhirnya ada juga masa aku untuk cerita pasal kesan dan hasil VCO yang aku makan since 11 May yang lepas. Termasuk hari ini, sudah masuk 8 hari aku makan VCO.




Sebelum tu, mari kita layan lagu Zizan feat Dina ni. Aku taip entri ni sambil dengar lagu ni.










Lepas layan lagu Zizan, mari kita sambung cerita pasal keberkesanan VCO. Bawah ni adalah dua gambar sebelum dan selepas 4 hari aku menggunakan/menelan VCO ni. Dua gambar di tempat yang sama,keadaan cuaca yang sama, gunakan HP yang sama dan dua-dua unedited picture.





Sebelum : 10/5/2011




Selepas :  14/5/2011




Semenjak menelan VCO ni, antara perubahan yang aku dapat rasa dan lihat:


♥ Kulit muka makin nampak bermaya. Ndak la nampak macam kusam jak.

♥ Biarpun aku ndak breakfast pagi-pagi, aku boleh tahan dan tidak pula kena gastrik.

♥Whitehead/blackhead di area hidung pun semakin berkurangan.

♥ Bekas-bekas jerawat semakin menghilang

♥ Jerawat yang baru timbul cepat jak hilang.

♥ Pori-pori semakin mengecil

♥ Kulit muka pun rasa macam lembut jak.

♥ tapi bab-bab pencernaan aku kurang pasti sebab aku memang jenis manusia yang mesti akan membuang bila bangun pagi. So aku ndak berapa pasti kesannya. Tapi aku dapat rasakan pencernaan aku semakin berjalan dengan lancarnya.

♥ Bab mudah tidur jangan cerita. Letak jak kepala di bantal confirm lena. Sampaikan mesej-mesej en.boipren pun aku ndak reply sebab tertidur.

♥ Dalam blog Cik Dni , dia ada cerita pasal period pain. Aku ndak sure la sebab aku makan VCO ni selepas aku period hari tu. So kita tunggu bulan depan pulak la.




Apa-apapun, aku akan teruskan menelan VCO ni sampai aku dapat hasilnya. Aku mau kulit yang macam pelakon Korea or pelakon-pelakon Indon tu boleh?????



Ahhh!! Biar la ko cakap ndak boleh, aku tetap akan usaha jugak. Apapun terjadi!!!!



p/s mulut tempayan mana lah yang bawak cerita tu..mau jugak aku sebat dia ni tau!!!

10 May 2011

Virgin Coconut Oil (VCO) Aku Sudah Sampai!!!

Assalamualaikum ^___^,



Hari tu happy bebenar aku kan. Konon-konon sudah beli VCO. Orang lain sudah berbulan makan VCO. Aku yang baru mau cuba happy bukan main lagi. Siap promot blogshop tempat aku beli tu lagi dalam entri ni.



Tadi, tepat jam 14.27 a.k.a 2.27PM, aku mendapat panggilan dari +6089772414. Ingatkan peminat mana lah yang call kan, rupa-rupanya dari Pos Laju Tawau bagi tau barang aku sudah sampai. Aku kan pakai alamat P.O.Box so aku kena la ambil barang tu di Pejabat Pos. 



Aku apa lagi, tanpa membuang masa, terus pergi la kan. Memang aku tunggu-tunggu barang ni sampai so buat apa buang masa. MISI VCO harus dimulakan AS SOON AS POSSBILE. Kalau boleh pada 28hb ni aku mau tengok hasilnya. Kenapa 28hb??? Sebab 28hb ni adik aku kahwin so mesti la aku mau nampak cantik. Especially mau buang segala jerawat-jerawat yang ada ni. Insyallah.





Inilah parcel yang aku tunggu-tunggu tu:








Aku tertunggu-tunggu parcel ni sebab dalam dia ada ini:









Tapi dalam entri yang lepas aku cakap ada free gift kan dan free gift dia adalah ini:









So, thanks to Cik Dni sebab bagi aku special price untuk both items ni:











So, bermula esok, 11/05/11, MISI VCO akan bermula. Kita tengok samada berhasil atau pun tidak.





Sekian. Full Stop!








p/s Happy jugak sebab bilik baru sudah sedia untuk dihuni!

06 May 2011

Finally Aku Beli VCO!!!!!!!!!!!!!!1

Assalamualaikum ^___^,





Dari dulu kan aku sibuk tanya-tanya orang pasal VCO. At last, aku beli jugak hari ni. Aku beli dari www.ardinihumaira.com .




Sebelum ni banyak jugak aku survey-survey blogshop-blogshop yang jaul VCO CATALYTS ni. Ada yang bagi promosi beli 2 kota free postage. Ada yang jual VCO + Collagen Catalyst = RM 110 free postage. Dan finally aku jumpa di ardinihumaira.com. Kenapa aku pilih blogshop ini????




♥ Sebab aku baca dari blog Mrs. Mikko
♥ Sebab dia jual RM 37. Blogshop lain jual RM39.90 - Jimat RM 2.90
♥ Postage fee dia cuma RM 8 sedangkan blogshop lain RM 9. - Jimat RM 1
Dapat Free Gift




Wah!! Untung kan.




Sumpah. Cik Dni ni ndak ada bagi aku apa-apa  hadiah pun aku tolong promot blogshop dia ni. Tapi aku memang suka promot kalau benda-benda murah ni. Aku suka blogshop yang tidak mengambil keuntungan yang banyak ni.





So, kepada yang berminat boleh pergi ke blog Cik Dni.





p/s aku punya ahad ni dia pos... NDAK SABAR !!

03 May 2011

Mrs. Mikko : Blog Kamu ada Malware!!!

^___^

Dari hari tu kan aku sibuk mau beli VCO tu. Cumanya lately aku busy. Malas mau mencari stokis yang menjulanya. 

Entah kenapa hari ni aku sibuk la kan pergi cari orang yang jual VCO.Tiba-tiba aku teringat aku ada terbaca entri si Mrs. Mikko pasal dia beli VCO tu. So aku pun dengan penuh rasa semangat berkobar-kobar ingin menyiasat di manakah Mrs. Mikko membeli VCO itu. 

lepas tekan blog Mrs. Mikko - http://mikkofallenangel.blogspot.com yang keluar adalah:







OH TIDAK!!!!!!!!!!!!!!






Mrs. Mikko............... Blog kamu ada malware!!









p/s adui... ni aku ndak suka ni....macam mana mau masuk blog kamu kalau ada malware..bahaya!

25 April 2011

Thanks Mak Qaiser a.k.a Karipap Sayur!!


Minggu lepas, aku sibuk mengexplore pasal VCO tu kan. Siap aku buat entri lagi pasal VCO ni. So, tetiba pagi tadi aku tengah asyik baca #tweettweet kawan-kawan, aku terbaca #tweettweet si Karipap Sayur (#tweettweet benda lain la) dan tiba-tiba aku teringat aku ada terbaca entri dia pasal VCO ni means dia ni user la kan. So, aku tanya la dia pasal VCO ni. Dia reply aku dengan sepantas kilat. Thanks Mak Qaiser.







So, selepas membaca penjelasan Mak Qaiser ni, tiba-tiba aku rasa mau beli pulak la kan. Yalahkan, selama ni aku explore-explore, aku bukan kenal pun user tu. Ni kali, aku yakin la.Sebab aku tau Mak Qaiser ni memang "hantu" kalau benda-benda kecantikan ni. Semua benda pun dia cuba.


Antara sebab kenapa aku terpengaruh adalah :


♥  Setengah bulan makan 2 biji boleh nampak muka JERNIH SIKIT. Muka nampak sihat dan PUTIH KUNING. Perghhh..memang ini yang aku mau!



Tapi aku ndak boleh terima ayat Mak Qaiser :

♥ Tapi muka ko bukan jenis jerawat.


Sumpah Qast! tu hah bukti muka aku sekarang ni selalu keluar jerawat. Especially area bawah dagu. Every month macam tu. Naik bosan jugak aku dibuatnya. Memang area tu susah hilang. Rasa mau potong dagu ni pun ada jugak ni. Entah apa sebab dia. Awal bulan hari tu macam sudah hilang, then sehari dua ni keluar balik. Tu yang aku rasa mau cuba VCO tu. Harap-harap dapat kembalikan kulit aku ke keadaan normal. Berharap sangat!








So, aku nekad, aku akan cari benda VCO tu. Berhasil atau tidak, kita tunggu dan lihat.





p/s cantik punya pasal!!!!!!perempuan..perempuan...

21 April 2011

Virgin Coconut Oil - Apa yang bestnya????

Dua tiga menjak ni, bila aku blogwalking jak, mesti aku terjumpa pasal Catalyst2u Virgin Coconut Oil.



Mula-mula tu, aku buat 'dunno' la kan. Alah, produk-produk macam ni, memang selalu orang iklan kan. Sama jugak macam product collagen yang aku pernah try dulu. At last, tiada effect jugak pun. Semuanya tipu. Macam semua pun hanya marketing strategy jak yang lebih.


Tapi, bila makin ramai, ramai dan ramai blogger-blogger cantik promosi kan benda alah tu, aku macam ada hati dan tergerak mau cuba jugak la. Tapi bila fikir-fikir balik, alahhhhhh... memang la. Diorang memag cantik. Kulit pun memang sudah cantik dari azali. Mustahil la sebab benda alah tu kan.


Then, aku buang niat lagi mau beli. Tapi dalam masa yang sama, still ada jugak niat dalam hati ni mau mencubanya. Cumanya, aku perlukan lagi sedikit masa dan sedikit kepercayaan. 

Oleh sebab itu, aku masih lagi mengexplore pasal VCO ni. Mengexplore sampai tergerak hati mau beli.

Tapi bila???


Entah. tunggu la. Aku sudah bosan la dengan produk-produk macam gini. Dulu beriya beli kopi collagen tu. Tapi tiada perubahan jugak pun. Diorang cakap minum sampai at least 3 bulan baru nampak effect dia. Tapi lepas 3 bulan, still the same jugak. I got nothing. Start dari situ aku malas la mau cuba produk-produk gini ni. 


Tapi itulah kan, cantik punya pasal,aku pun agak terpengaruh la jugak dengan produk VCO ni.


So, aku harapkan sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ini, boleh la cerita ke aku dengan lebih detail.



P/S tolong...tolong...tolong buat aku terpengaruh...PLEASE!