Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

21 April 2011

Virgin Coconut Oil - Apa yang bestnya????

Dua tiga menjak ni, bila aku blogwalking jak, mesti aku terjumpa pasal Catalyst2u Virgin Coconut Oil.



Mula-mula tu, aku buat 'dunno' la kan. Alah, produk-produk macam ni, memang selalu orang iklan kan. Sama jugak macam product collagen yang aku pernah try dulu. At last, tiada effect jugak pun. Semuanya tipu. Macam semua pun hanya marketing strategy jak yang lebih.


Tapi, bila makin ramai, ramai dan ramai blogger-blogger cantik promosi kan benda alah tu, aku macam ada hati dan tergerak mau cuba jugak la. Tapi bila fikir-fikir balik, alahhhhhh... memang la. Diorang memag cantik. Kulit pun memang sudah cantik dari azali. Mustahil la sebab benda alah tu kan.


Then, aku buang niat lagi mau beli. Tapi dalam masa yang sama, still ada jugak niat dalam hati ni mau mencubanya. Cumanya, aku perlukan lagi sedikit masa dan sedikit kepercayaan. 

Oleh sebab itu, aku masih lagi mengexplore pasal VCO ni. Mengexplore sampai tergerak hati mau beli.

Tapi bila???


Entah. tunggu la. Aku sudah bosan la dengan produk-produk macam gini. Dulu beriya beli kopi collagen tu. Tapi tiada perubahan jugak pun. Diorang cakap minum sampai at least 3 bulan baru nampak effect dia. Tapi lepas 3 bulan, still the same jugak. I got nothing. Start dari situ aku malas la mau cuba produk-produk gini ni. 


Tapi itulah kan, cantik punya pasal,aku pun agak terpengaruh la jugak dengan produk VCO ni.


So, aku harapkan sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ini, boleh la cerita ke aku dengan lebih detail.



P/S tolong...tolong...tolong buat aku terpengaruh...PLEASE!

11 November 2010

...Tips bibir menawan...



Actually aku ada masalah bibir kering. So aku dengan rajinnya meminta bantuan En. Yahoo untuk mendapatkan tips-tips penjagaan bibir. Hasil daripada ehsan En. Yahoo, aku jumpa tips di bawah ni. So aku  share dengan kawan-kawan, manalah tau boleh dijadikan panduan.


1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalam ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, anda juga disarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain!




nota kaki tangan dan mulut: Sumber: gua.com.my



22 October 2010

...menggelikan tapi dialah ubat...


Sekarang ni bila masuk FB... konfom sana sini ada iklan orang jual detox foot patch. First time tengok, aku memang ndak percaya dan ndak yakin benda ni mampu membantu untuk menjaga kesihatan. Once aku try time bulan ramadhan dulu...for the first night pakai benda tu... keesokan harinya.. YES... aku setuju bahawa benda ini amat berguna. Selama aku adalah seorang yang 'BADAN BERANGIN'... maksudnya... aku pantang kalau tidur dalam bilik ber-aircond or bilik yang berkipas tahap maksimum - 5 la tu... maksimum 3 jak....cubalah bayangkan...betapa panasnya malamku....bukan apa...sebabnya badan aku  sensitif....komfom bangun pagi... erk...erk...erk...sendawa sebab badan masuk angin. Yang paling sengsara bila aku rasa bahu aku berat sebab full dengan angin (barangkali la).... Selepas pertama kali menggunakan foot patch ni aku dapat rasakan perbezaannya. Bangun pagi pun badan jadi ringan. Badan ndak rasa sakit². Angin di badan pun bekurangan. Yang Paling best.. aku sekarang boleh tidur dengan nikmatnya... kipas angin full 5 + satu kipas kecik...yippie... 

Selain aku, bapak ngan mamaku pun pakai. Bapak aku pun yakin dengan benda alah ni sebabnya selama ini penat dia berubat ngan doktor itu..doktor ini untuk mengubati sakit tumit dan lutut beliau. Semenjak pakai benda alah ni sakit kaki beliau memang hilang. Kalau dulu almost 3 bulan bapak aku ndak pegi main golf ang gymming gara² masalah lutut tu.sekarang ni aku tengok kalau bapak aku ada d Tawau mesti beli pegi gym dan main golf.. Beliau sendiri cakap dia yakin dengan benda ni.

Ada kawan aku satu orang ni... dia cakap dia geli tgk hasil daripada pembuangan toksin tu. hah.. memanglah menggelikan..tapi dia la ubat.. so jangan ragu² untuk cuba. aku rekomen ni barang.. dijamin memuaskan.



nota kaki tangan dan mulut: cara aku promot macam aku tukang jual detox patch...


21 October 2010

...petua...

Lately, aku tetiba busy jaga kesihatan dah kecantikan (cewah..mcm bagus)... so sekarang ni sibuk la mencari dan mengamalkan petua² untuk kesihatan dan kecantikan....

  1. Sekarang aku sibuk mengamalkan makan oat....first² makan dulu aku makan pagi dan malam... lama² mcm muak pulak..hahaha..so aku makan sehari sekali...either pagi atau malam. WAJIB!
  2. Bangun pagi aku mesti minum air masak. aku ndak sure sejak bila aku amalkan.tapi cara ni aku sudah lama praktik.aku pernah terbaca pasal ni tapi ndak ingat di mana dan yang pasti bila minum air yang banyak pagi²... selang setengah jam kompom masuk tandas membuang. Dikatakan bahawa air liur selepas kita bangun tidur berkhasiat untuk awet muda. Bagi yang beragama Islam lebih afdal kalau berselawat 3x dulu ok.

Dibawah ni plak senarai petua yang aku jumpa. TY MR. YAHOO SEARCH.So Insyallah aku akan cuba amalkan..kalau rajin..

  1. Petua Awet Muda 
    • segerakan makan malam
    • segerakan makan siang
    • menipiskan selimut
    • kurangkan hubungan suami isteri
  2. Petua melicinkan kulit
    • Putih telur + madu ( kulit normal), Putih telur + limau ( bagi kulit berminyak)
    • lepastu masukkan tisu
    • jadikan tisu sebagai masker..
    • biarkan 10-15 minit.
    • untuk kesan memuaskan amalkan 2 kali seminggu
  3.  Menaikkan seri muak
    • Basuhkan muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketika kemudian selepas sepuluh minit bilas dengan air bersih.  
  4. Hilangkan lebam bawah mata
    • sapukan bawah mata yang lebam dengan menggunakan air limau nipis. amalkan.

Cukup la dulu 4. Aku bukan apa...nanti banyak² pun nanti ndak diamalkan pun sama jugak.

Berdoalah supaya kau rajin wahai RINA.




nota kaki tangan dan mulut: beriya mau cantik...



    06 October 2010

    ...Tips memakai Maskara...

    Aku akui..aku mempunyai bulu mata yang agak hodoh buruk...hahah..sebab bulu mata aku sangatlah pendek dan tidak lebat...terus terang aku rasa malas mau pakai maskara...aku lebih prefer pakai eye shadow ngan eye liner jak... tapi...sebenarnya maskara merupakan salah satu benda penting untuk mencantikkan make-up untuk mata... so...aku dengan semangat yang berkobar² men-surf  tips² untuk memakai maskara...dan aku jumpa di bawah ini...so sepertia biasa....aku kongsikan buat tatapan yang lain....

    8 CARA MUDAH...
    1.Selepas mengadun debu pembayang mata, layangkan mascara di atas bulu mata yang bersih. Lapisan maskara akan berketul jika masih ada sisa maskara lama.
    2.Gunakan alat pelentik bulu mata jika anda memiliki bulu mata pendek. Elak dari mengepit bulu mata terlalu kuat, selama lebih kurang 30 saat.
    3.Sapukan maskara asas atau berfiber untuk memanjangkan bulu mata anda. Ia berwarna putih dan perlu disapu dari arah pangkal bulu mata hingga ke hujung.
    4.Mula mengacu berus dari arah sebelah dalam mata (hidung) menuju ke luar, satu-persatu dengan gerakan zig-zag.
    5.Kenakan juga pada bulu mata bawah untuk mencipta kesan mata yang besar. Jangan sapukan ke seluruh barisan tetapi hanya di bahagian luar mata sahaja.
    6.Sapukan lapisan maskara baru di atas dan bawah bulu mata SEBELUM lapisan pertama kering. Jika tidak, ia akan gugur dan masuk ke dalam mata.
    7.Apabila maskara kering, nyahkan ketulan yang tinggal dengan sikat bulu mata. Ini juga membuatkan bulu mata anda lebih semulajadi.

    TIP JURUSOLEK PROFESIONAL
    ● Semasa menyapu lapisan awal maskara, tumpukan pada bahagian akar/pangkal bulu mata untuk menebalkannya.
    ● Lapik bawah bulu mata dengan tisu atau span untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot.
    ● Elakkan dari mengepam berus maskara keluar-masuk tiub, sebaliknya hanya masukkan dan pusing beberapa kali.
    ● Bagi mengelakkan maskara bergumpal, lapkan hujung berus dengan tisu dan sapu dengan cermat. Penyikat bulu mata juga boleh membantu.
    ● Sekiranya anda memakai kanta lekap, gunakan maskara kalis air dan selamat untuk pengguna kanta lekap.


    So lepas ni aku akan try la tips² yang diberikan...


    nota kaki tangan dan mulut: lepas ni mau cari petua lebatkan bulu mata plak..tapi yg tradisional la..xmau la main tanam²..berdosa...

    21 July 2009

    ... kembang semangkuk ...

    ini adala resepi AIR BUANG PANAS yang aku belajar dari kak madzlinah, Sr. QA/QC Engineer masa aku kerja dengan WCT.Kak Madz sempat ajar sebelum dia resign dan ikut suami diapergi nehara padang pasir.pada waktu tu cuaca di KK memang sangat membunuh. One day, aku terlihat dia memabawa susatu dalam botol air dia.aku ingatkan rumpai laut rupanya minuman ini, :::AIR KEMBANG SEMANGKUK::: sangat senang untuk membuat minuman ini. tidak memerlukan kos dan tenaga yang banyak.apa yang diperlukan adalah:



    bahan pertama adalah buah kembang semangkuk.harga nda mahal.boleh dapatkan dengan harga RM 1 bagi kuantiti yang sedikit. boleh didapati di kedai2 runcit.

    bahan kedua yang diperlukan ada gula batu. gula batu juga tidak mahal dan boleh didapati dengan harga yang murah di mana2 kedai runcit berhampiran.

    dan bahan yang ketiga adalah, air panas. ini lagila percuma.



    Cara untuk menyediakan air buang panas ini amatla mudah. semudah anda meminumnya.



    1. Masukkan biji kembang semangkung ke dalam mug/cawan/gelas/teko/baldi(sangat rakus anda ini).kuantiti bergantung kepada besar mug anda.

    2. kemudian masukkan gula batu.kuantiti jugak bergantung kepada size mug anda.

    3.kemudian masukkan air panas.dan biarkan menjadi seperti...

    ***



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***


    ini... dan..



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***



    ***











    ***


    TADAAAA!!!!!


    dan kemudian bolehlah di minum. sebenarnya banyak lagi benda lain yang boleh ditambahkan kedalam air buang panas ini. tapi bagi aku ini yang paling simple dan save bajet.

    ini pulak gambar buah kembang semamngkuk tadi. menakjubkan kan.dari sebiji buah yang kecik boleh jadi begini. benda ni sebenarnya boleh di makan.bentuk fizikalnya seperti jelly2.tiada rasa. tapi bagi seorang yang penggeli,mebe dia geli untuk melihat dan menyentuhnya.tapi best oooo...wa cakap lu..kalau masuk dalam tekak...geli2 gitu.



    Sekarang ni musim panas yang teramat di bumi Tawau(tapi sebenarnya cuaca ndak menentu...). so kepada yang ingin menyejukkan badan yang panas,tanpa perlu mebunag duit yang banyak untuk membeli Wong Lo Kat dalam tin (mahal sial...RM2.50 setin), bolehla mencuba yang ini. aku pun buat minuman ni dan bawak ke opis.


    renung2kan...selamat mencuba....

    nota kaki tangan dan mulut: sesungguhnya sakit dan sembuh itu berada di tangan ALLAH SWT. kita hanya berusaha...