Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

29 April 2011

10 Tips Untuk Tingkatkan Metabolisma Badan



Orang cakap, kalau metabolisma badan kita rendah, berusaha macam mana sekali pun, tetap susah untuk kurus (lagi² yang gemuk macam aku ni la).


Macam aku ni lagi la, jenis yang macam yoyo. Kejap naik, kejap turun. Naiknya kadang² berlipat kali ganda. Turunnya, susah mau mampus.


Kadang² aku cemburu jugak dengan orang yang kurus yang kuat makan.Serius cemburu tahap bapak dewa.  Dia bedal apa saja dia mau. Badan maintain jak. ERGHHHHHHHH!! Tension pun ada jugak. Kawan aku cakap itu semua sebab orang kurus ni metabolisma badan diorang tinggi. 


oii!! jadi aku ni macam mana?? Orang cakap orang gemuk ni metabolisma badan rendah. Macam mana mau tingkatkan metabolisma badan wei?? Kena panjat pokok kelapa yang tinggi ka baru dapat tingkat kan?? **ok, bulls*hit**


Apa guna ada En. Google kan kalau kita tidak gunakan. Atas bantuan En. Google aku jumpa 10 tips untuk tingkatkan metabolisma badan. Harap-harap bila metabolisma badan tinggi, senanglah budak baju pink bawah ni kurus.



Budak baju pink ini ingin kurus!!!!!!


  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. 

  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.



Aku harap-harap lepas ni aku rajin la untuk amalkan tips-tips ini. Sebabnya aku memang tengah bersemangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan (macam dari dulu nda pandai kurus-kurus jugak pun).


No 2,3,4 dan 6 tu memang amalan aku seharian la. Tapi entah kenapa still susah untuk tingkatkan metabolisma badan Kalau ikutkan aku ni memang hantu kopi. Bab minum air mineral jangan cerita la. Aku minum air almost 4L sehari Kalau pergi gym lain cerita lagi. BUT STILL jugak susah mau turunkan berat badan.


Alangkah indahnya kalau dapat sponsor macam Cik Epal tu.Ada orang mau sponsor produk kuruskan badan. OH!MEMANG GILA! la kan kalau ada yang sponsor aku. Aku sumpah akan usaha untuk kurus biar apa pun terjadi.


Mau beli sendiri produk-produk untuk kurus tu, rasanya aku ndak mampu kali. Selain ndak mampu aku ndak berani mau cuba sebarang produk yang aku ndak yakin. Kalau free macam Cik Epal tu, mau jugak aku try. At least kalau tiada kesan pun, ndak rugi apa-apa.


Apapun, orang cakap biarlah kurus tu sihat. Apa guna kurus kalau berpenyakitan. Aku rela gemuk yang penting sihat daripada kurus tapi sakit. Lagi mintak simpang kalau jadi macam bawah ni. Macam tengkorak hidup aku nengoknya.









P/S moto hidup, biar gemuk janji sihat.Tapi aku gemuk ka?? aku comel la... ha ha ha



17 March 2011

YESSSSSS.it works!

 pic credit to http://kacangberangan.blogspot.com



First of all, aku mau ucap THANK YOU SO MUCH EN. BOIPREN. Thanks sebab menjadi pendorong aku selama ni.Thanks sebab paksa-paksa aku buat semua tu. Apa yang pasti. IT WORKS. Apa yang worksnya...  he he he. Aku berjaya mengempeskan perut sedikit demi sedikit dalam masa seminggu ini. Sebabnya tiap kali bangun pagi or ada masa kelapangan aku akan buat sit up.. berapa kali?? Aku sendiri ndak tau berapa kali. Buat sampai penat. Semuanya atas dorongan someone yang betul-betul mau tengok aku kurus..Bosan kali dia tengok aku gemuk. Bayangkan aku dipaksa sit up dengan garangnya. Seperti kapten mengarahkan orang bawahannya. FUH! First2 bengang jugak aku. Ni anak ndak tau ka aku penat. Tapi, aku tau dia buat tu sebab dia sayang aku. So, aku dengan nekad berusaha untuk itu. Bayangkan tiap pagi bangun aku buat sit up. Bila timbul perasaan malas, aku akan bayangkan dia ada depan mata aku dengan muka garang mengalahkan muka si KAMAWAS dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa.Sudahlah tu,tiap hari tanya aku " PAGI TADI ADA BUAT SIT UP KA???"... Mau menipu takut kenak sambar petir.Tapi selepas seminggu aku sendiri nampak hasilnya.Apa yang aku mampu cakap, TERIMA KASIH ATAS DORONGAN ANDA... IANYA BERHASIL....AKU AKAN BERUSAHA LAGI GIGIH.




p/s aku tidak perlukan someone untuk dijadikan idola. Yang menjadi pembakar aku sekarang adalah 3 helai seluar jeans aku yang aku jumpa pagi tadi time mengemas. Dulu serius itu seluar langsung ndak boleh muat sudah wooo..sebab tu hanya disimpan dipenjuru-penjuru almari...tapi tadi pagi aku try sudah boleh muat cuma memerlukan sedikit lagi kekurusanku. CHAYOKKKK RINAAAAAAAAAAA!!


11 November 2010

...Hey You!Si Kurus...

Manusia, memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Yang gemuk mau kurus dan yang kurus pulak berusaha mau gemuk.Tapi kebiasaannya, terutamanya perempuan lebih menitik beratkan cara-cara untuk menguruskan badan (macam aku yang tembam ini).Tapi seringkali dilupakan ada juga manusia di luar sana yang memiliki badan yang terlalu kurus. TERLALU KURUS sangat hodoh OK!(mak aku cakap). Gemuk susah, kurus pun susah. Ni ada beberapa tips untuk sesiapa yang ingin gemuk. Sudah pasti bukan untuk aku. Aku sekadar untuk berkongsi apa yang aku peroleh hasil daripada pembacaan dan penjelajahan di alam maya.




1. Elak makan makanan ringan
Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya ia hanya akan menambah lemak tidak sihat di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius, akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan ringan yang tidak menyihatkan.

2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman
Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.

3. Makan makanan sebenar
Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar. Seeloknya anda makan selepas satu jam setelah senaman. Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah penat melakukan senaman. Senaman penting bukan sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam, tidak benar sama sekali.

4. Minum multivitamin
Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B, membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan. Sia-sia jika anda makan banyak makanan tetapi tubuh anda tidak dapat mencernanya dengan baik.

5. Senaman berat tidak melebihi satu jam
Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam. Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori anda. Anda tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot anda. Apa yang penting, anda lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan anda.

6. Makan lebih dua kali sehari
Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah badan terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera makan. Macam mana nak tambah berat badan jika makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan yang tetap? Untuk menambahkan berat badan, anda perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yang penting menu yang menjadi pilihan haruslah sihat dan berkhasiat.




nota kaki tangan dan mulut: kalau aku yg cuba tips di atas..silap² aku akan membesar bagai juara la nampaknya..



...Hantar blog anda ke enjin carian...

Hari tu aku ada buat entri pasal kenapa aku tidak mahu buat entri pasal tutorial yang ada kaitan dengan blogging.Aku lebih suka untuk bagi link ke blog orang lain sebab aku pun blogger yang masih mentah dan masih belajar dari blogger-blogger otai yang ada di luar sana. 

So, hari ini aku mau share satu blog yang bagi tips pasal SEO (Search Engine Optimization). Bagaimana dan di mana anda boleh menghantar blog anda ke enjin carian yang mana  ini adalah salah satu cara meningkatkan trafik blog anda. Credit untuk Fizwan Official Page.link


nota kaki tangan dan mulut: fuhh...sudah submit.Harap-harap trafik up lepas ni..ngehhh!



...Tips bibir menawan...



Actually aku ada masalah bibir kering. So aku dengan rajinnya meminta bantuan En. Yahoo untuk mendapatkan tips-tips penjagaan bibir. Hasil daripada ehsan En. Yahoo, aku jumpa tips di bawah ni. So aku  share dengan kawan-kawan, manalah tau boleh dijadikan panduan.


1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalam ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, anda juga disarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain!




nota kaki tangan dan mulut: Sumber: gua.com.my



05 November 2010

...Chatbox untuk yang kena banned oleh Shoutbox...


TADAAAAAAAAAAAA!! 
Aku terpaksa buat account chatbox sebab ada kawan yang nda dapat tinggalkan mesej di shoutbox sebab ip dia kena banned. Aku pun nda tau kenapa dan bagaimana dia kena banned. Aku pernah terbaca entri seorang kawan sebab² dia buat 2 chatbox. Mulanya dulu aku hairan jugak kenapa orang sediakan sampai dua...bagi aku itu akan memberatkan blog sahaja. Tapi sekarang aku tau kenapa..