Showing posts with label oh wanita. Show all posts
Showing posts with label oh wanita. Show all posts

25 April 2011

Thanks Mak Qaiser a.k.a Karipap Sayur!!


Minggu lepas, aku sibuk mengexplore pasal VCO tu kan. Siap aku buat entri lagi pasal VCO ni. So, tetiba pagi tadi aku tengah asyik baca #tweettweet kawan-kawan, aku terbaca #tweettweet si Karipap Sayur (#tweettweet benda lain la) dan tiba-tiba aku teringat aku ada terbaca entri dia pasal VCO ni means dia ni user la kan. So, aku tanya la dia pasal VCO ni. Dia reply aku dengan sepantas kilat. Thanks Mak Qaiser.







So, selepas membaca penjelasan Mak Qaiser ni, tiba-tiba aku rasa mau beli pulak la kan. Yalahkan, selama ni aku explore-explore, aku bukan kenal pun user tu. Ni kali, aku yakin la.Sebab aku tau Mak Qaiser ni memang "hantu" kalau benda-benda kecantikan ni. Semua benda pun dia cuba.


Antara sebab kenapa aku terpengaruh adalah :


♥  Setengah bulan makan 2 biji boleh nampak muka JERNIH SIKIT. Muka nampak sihat dan PUTIH KUNING. Perghhh..memang ini yang aku mau!



Tapi aku ndak boleh terima ayat Mak Qaiser :

♥ Tapi muka ko bukan jenis jerawat.


Sumpah Qast! tu hah bukti muka aku sekarang ni selalu keluar jerawat. Especially area bawah dagu. Every month macam tu. Naik bosan jugak aku dibuatnya. Memang area tu susah hilang. Rasa mau potong dagu ni pun ada jugak ni. Entah apa sebab dia. Awal bulan hari tu macam sudah hilang, then sehari dua ni keluar balik. Tu yang aku rasa mau cuba VCO tu. Harap-harap dapat kembalikan kulit aku ke keadaan normal. Berharap sangat!








So, aku nekad, aku akan cari benda VCO tu. Berhasil atau tidak, kita tunggu dan lihat.





p/s cantik punya pasal!!!!!!perempuan..perempuan...

21 April 2011

Virgin Coconut Oil - Apa yang bestnya????

Dua tiga menjak ni, bila aku blogwalking jak, mesti aku terjumpa pasal Catalyst2u Virgin Coconut Oil.



Mula-mula tu, aku buat 'dunno' la kan. Alah, produk-produk macam ni, memang selalu orang iklan kan. Sama jugak macam product collagen yang aku pernah try dulu. At last, tiada effect jugak pun. Semuanya tipu. Macam semua pun hanya marketing strategy jak yang lebih.


Tapi, bila makin ramai, ramai dan ramai blogger-blogger cantik promosi kan benda alah tu, aku macam ada hati dan tergerak mau cuba jugak la. Tapi bila fikir-fikir balik, alahhhhhh... memang la. Diorang memag cantik. Kulit pun memang sudah cantik dari azali. Mustahil la sebab benda alah tu kan.


Then, aku buang niat lagi mau beli. Tapi dalam masa yang sama, still ada jugak niat dalam hati ni mau mencubanya. Cumanya, aku perlukan lagi sedikit masa dan sedikit kepercayaan. 

Oleh sebab itu, aku masih lagi mengexplore pasal VCO ni. Mengexplore sampai tergerak hati mau beli.

Tapi bila???


Entah. tunggu la. Aku sudah bosan la dengan produk-produk macam gini. Dulu beriya beli kopi collagen tu. Tapi tiada perubahan jugak pun. Diorang cakap minum sampai at least 3 bulan baru nampak effect dia. Tapi lepas 3 bulan, still the same jugak. I got nothing. Start dari situ aku malas la mau cuba produk-produk gini ni. 


Tapi itulah kan, cantik punya pasal,aku pun agak terpengaruh la jugak dengan produk VCO ni.


So, aku harapkan sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ini, boleh la cerita ke aku dengan lebih detail.



P/S tolong...tolong...tolong buat aku terpengaruh...PLEASE!

17 April 2011

Cute Kan!

 Malam ni tiba-tiba ada mood untuk show off pulak kan HA! HA! HA!

Cute kan sandal aku ni???

SAY YA! YA! YA!

Ah... ko ndak mau cakap ya pun aku akan tetap cakap YA! CUTE!

Aku beli sandal ni time pergi Jakarta hari tu. Harga dia 180 ribu rupiah atau RM 62.80. Erkkk... Berbaloi la kan. Cewek yang jual tu cakap sandal ni handmade. Buat dari kulit. Kulit apa ?? Aku lupa tanya. Opsss!. Made in Bali.Yang paling mahal lukisan tu di lukis handmade. Bukan computer print. Banyak lagi design lain tapi aku pilih yang ini. Rasa macam cute-cute jak kan. Antara sebab aku beli sandal ni adalah atas hasutan mak aku  "Beli la. Bukan ada di Malaysia macam ni". Erkk... betul ka ndak da?? ndak da kali kan. Apapun, yang pasti sandal ini sangat selesa. Serius. Sumpah. Best! Satu lagi sebab ialah aku rasa macam cute-cute la kan ada bunga pink sebijik atas tu.  




Tapi kenapa bila berada di kaki aku rasa macam ndak cute pun! APA KES????







P/S aku suka sandal aku!

22 March 2011

Tattoo

"Amacam tattoo baru aku????ok ka?? lawa kan?? bangga woooo ada tattoo macam ni.. pencinta otromen la katakan.."



Ayat-ayat diatas hanya mampu aku perkatakan atau suarakan hanya dalam hati or paling berani pun dalam mimpi. Jangankan buat tattoo, pegi kedai buat tattoo pun aku ndak pernah terfikir. Cumanya, aku kan konon-konon fanatik otromen, so aku g la search-search gambar otromen dari En.Google, sekali aku terjumpa ni tattoo. Pergh..lawa tu memang lawa. Tapi cuba kamu tengok tu merah-merah disekeliling tattoo tu. Aku dapat bayangkan betapa sakitnya bila kena tattoo ni. Dan aku betul-betul tidak dapat bayangkan macam mana tu orang-orang putih buat tattoo seluruh badan. 
























Aku rasa diorang ni sudah hilang deria sakit rasanya. Gila babeng la kan p cucuk-cucuk seluruh badan. Adoi.. sedangkan tercucuk jarum pun aku sudah rasa sakitnya macam mau pitam ni lagi seluruh badan.

Teringat aku ngan seorang kawan time kerja di WCT dulu,Martha nama dia. dia ni orang Iban Sarawak, awek cun gila. Dia pegi buat tattoo di kaki dia , atas tumit. Lawa memang lawa. lagi-lagi dia ni jenis perempuan suka pakai kasut gladiator shoe. Sah-sah la lawa kan.Kaki lagi panjang meruncing (ngam ka tu ayat). Tapi bukan itu yang aku mau cerita. Yang aku mau cerita ialah, aku yang rasa sakit tengok kaki dia bengkak-bengkak time datang opis. Damn man! sakit tau.Bengkak lagi tu. Entah berapa lama baru back to normal.1-2 weeks kalau aku ndak silap. Pergh..sanggup dia ooo... Tapi bila sudah pulih bengkaknya, memang lawa la tattoo tu di kaki dia. Lagi-lagi bila dia pakai skirt pendek. Cun wooo! (i miss you babe)


Apapun, biar lawa macam mana sekali pun, secebis zarah pun aku ndak pernah terifikir untuk buat tattoo. So ditegaskan disini, tattoo otromen itu bukan aku punya. (entah sapa yang bodoh ingat itu aku punya ntah)



p/s kalau betul aku buat tattoo gitu, jangankan mamaku..silap-silap en. boipren yang pancung aku dulu.

- gambar-gambar adalah ehsan en. google

19 November 2010

...baju jimat kos...


Baju yang boleh digunakan dalam pelbagai fesyen dan cara. FUH! Jimat kos...


12 November 2010

...Bila bercinta...


Orang cakap cinta itu indah. Betulkah indah??? Dari sudut mana kita menilai keindahan cinta ???. Tiap orang miliki pendapat masing-masing. Macam mana dia cuba menilai kecantikan/ketampanan seseorang, begitu juga dia menilai cinta. Tapi perlukah wajah yang cantik/tampan untuk mendapatkan cinta seseorang??Apa yang anda perlukan daripada seseorang untuk anda mencintainya??? Rupa?? Harta?? Kecantikan?? Kekayaan??? atau budi pekertinya???Tepuk dada tanya  selera. 

Tapi bukan itu yang menjadi persoalan disini. Kali ni aku mau kongsikan hasil daripada penjelajahan di alam maya (seperti biasa), beberapa perkara wajib kita lakukan bila bercinta agar hubungan itu berjalan dengan lancarnya tanpa ada pergaduhan atau mungkin mengurangkan pergaduhan atau mungkin dapat mengelakkan kesalahfahaman didalam perhubungan. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk aku dan kawan-kawan semua.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.


nota kaki tangan dan mulut: bagus untuk aku yang selalu gaduh..:D


16 October 2010

...8 situasi buat wanita terangsang...

Aku ndak tau sejauh mana kebenarannya...aku saja mau kongsi apa yang aku baca...once again dari Mingguan Wanita...




1 . SELEPAS BERTENGKAR
Betegang leher dengan pasangan membuatkan darah naik dan degup jantung makin pantas.Tapi selepas konflik terungkap dan masalah diselesaikan tiada yang lebih baik selain meredajan amarah dengan merangkul pasangan dan menciumnya penuh ghairah.ia memberikan satu kegilaan buat isteri selain merasakan satu ketenangan.

2. SUASANA BAHAGIA
Seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan atau kegembiraan yang berlebihan juga menghadirkan mood seks bagi isteri. contohnya sewaktu suami mendapatkan pekerjaan baru, kenaikan pangkat atau mendapat hadiah yang diinginkan daripada suami maka isteri punya semangat positif yang berlebihan. Jadi kenapa tidak cuba menggunakan ghairah tersebut untuk bercinta.


3.STRESS
Memang stress dianggap meningkatkan tekanan emosi sampai ke tahap ekstrem tapi pada sudut lain pada wanita, ia mampu meningkatkan tahap libido mereka. Oleh itu saat melihat isteri sedang stress tiada salahnya anda cuba memberikan kehangatan untuk meredakan ketegangan yang dialaminya dan memanafaatkan tahap nafsunya yang sedang tinggi. Selain itu seks jugak boleh meredakan sakit kepala akibat strees yang dialaminya.


4.CEMBURU
Sama seperti stress, cemburu turut mempunyai kesan pada sudut yang berbeza.Sebagai contoh melihat suami sedang berbicara mesra dengan wanita lain , isteri mungkin cemburu. Difikirannya, suami anda adalah miliknya sepenuhnya, bukan milik wanita lain.Melihat perkara ini jugak akan menghadirkan rasa persaingan yang perlu menunjukkan kelebihannya termasuklah dalam soal seks. Oleh itu, jika terasa hubungan seks makin hambar, maka jia berani berikan sedikit cabaran pada isteri kemudian memanafaatkan momen cemburu ini dengan mengajaknya ke ranjang. Tapi awas, jangan praktiskan jika anda punya isteri yang cukup emosi dan punyai tahap cemburu melampau, bimbang nanti ada akan menerima hukuman sebaliknya.



5.WAKTU SUBUR
Wanita sangat mudah terangsang pada hari² suburnya yakni kira² dua minggu selepas hari haid terakhirnya. Inilah masa paling tepat untuk suami mengajak isteri untuk melakukan skes. Akan tetapi keadaan inin agak sukar dibaca jika isteri anda termasuk dalam golongan haid tidak teratur.


 
 6.SUASANA ROMANTIS
Makan malam berdua, menonton wayang tengah malam bersama, mengelus rambut saat sedang berehat sudah dianggap suasana romantis bagi si isteri.Tentunya tidak sukar unutk melakukan perkara ini bukan! Jadi apa lagipraktikkan terus dan birkan dia cair dalam pelukan anda.

                                      7. BERJAUHAN DENGAN ISTERI                                   
Tinggal berjauhan dengan suami mampu menyebabkan isteri berasa teruja untuk bersama suaminya, sama juga dengan lelaki. Perpisahan dengan pasangan walau sekadar beberapa hari akan membuatkan pasangan saling merindu. Ketikan bertemu luapan cinta dan ghairah cinta yang dipendam akan meledak. Tidak mustahil suami akan merasai hubungan seks yang luar biasa selepas beberapa lama berpisah dengan isteri.

 
                                                       8.KREATIF                                                 
 Seorang isteri tidak akan mampu menolak ajakan seks jika suami seorang yang kreatif malah acara ini akan cukup ditunggu-tunggu kerana mahu melihat apa pula aksi terbaru yang hendak dipamirkan. Maka belajarlah tentang teknik² seks yang berbeza untuk menyenangkan isteri selain menghindari siteri dari merasa bosan dengan seks.



nota kaki tangan dan mulut : bila orang belum kahwin buat entri macam gini....nampak gersang mo kawin ka??? ndak la bah kan...ilmu tu untuk siapa sahaja kan....untuk kegunaan aku jugak suatu masa nanti...

...kerana payudara suami cerai isteri...


Sebelum start membebel di blog ni...aku mau tanya...

Perlukan seorang wanita itu memiliki payudara yang cantik untuk mendapatkan cinta sang suami??
Berdosa kah si isteri sekiranya dia dilahirkan dengan payudara yang kecik???
Berdosakah si isteri bila usia semakin meningkat payudaranya sudah tidak secantik zaman perawannya??

Hanya para suami yang bisa menjawabnya...

Aku terbaca sebuah keluhan seorang isteri yang berusia awal 50-an didalam sebuah majalah wanita...(cewah..rajinnya lah aku membaca majalah yang berunsur kewanitaan ni...kes boring punya pasal...habis rembat majalah mamaku)...Si isteri seorang setiausaha di sebuah jabatan. Hanya ingin dikenali sebagai Puan S. Si Puan S ni mengadu pada seorang doktor " Payudara saya dah mengecut dan perkara ini amat merunsingkan saya" Selepas membuat pemeriksaan si Doktor juga terkejut bila mana melihat payudara si Puan S. Dia terpaksa memaki coli a.k.a bra yang tebal dan memasukkan seketul kapas tebal kedalam colinya , jika tidak dadaya rata sahaja (oh GOD....perlukah buat mcm ni..????).Puan S memberitahu si Doktor semua ini berlaku selepas dia melahirkan anak kelima 10 tahun lalu.Pada mulanya dia tidak kisah pun dengan semua ini sehinggalah suaminya tidak menyenangi itu semua.Pelbagai penghinaan dilemparkan oleh bekas suaminya terhadapnya dan akhirnya suaminya menceraikannya dan mendapatkan pengganti yang dapat membahagiaakan suamianya. (OH MAN...WTF GILAK la...!). Itu cerita 10 tahun lalu dan kini dia sudah menjumpai pengganti suaminya tetapi still trauma dengan masalah payudaranya dan meminta doktor itu membesarkan payudaranya...

Ya ampun...lucu ada..kesian pun ada aku baca artikel tu.... aku ndak tau la sejauh mana saiz payudara tu penting untuk golongan yang sudah berkawin sebabnya aku sendiri belum kawin(pengakuan ikhlas) .....

tapi...


 Perlukah menjadi seperti mereka diatas ini untuk mendapatkan cinta sang suami????

 

 atau mungkin yang ini???
(Nauzubillah...simpang malaikat 44)


atau perlukan melakukan pembedahan untuk meletakkan ini ke dalam payudara???

perlukah seseorang isteri itu menggunakan ini untuk membesarkan payudaranya????

OH SUAMI! hanya kamu yang bisa menjawab semuanya...



nota kaki tangan dan mulut: cinta suami diukur dengan saiz payudara si isteri ka?????
credit to Mingguan Wanita Bil 1404 15-21 oktober 2011