Showing posts with label Kikieshoptawau. Show all posts
Showing posts with label Kikieshoptawau. Show all posts

25 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation: Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita Sudah Siap YEAHH!!!

Assalamualaikum

Semalam selesai kerja-kerja untuk menyiapkan balang plastik jenama FAREEDA NYATA JELITA hasil bantuan sepupu-sepapat. Terima kasih ya wahai sepupu sepapatku. Malam ni kita rehat. Minggu depan akan ku kerah lagi tenaga kamu.





36 days untill we tie the knot. Rasa macam banyak benda belum setel, tapi bila berada dirumah rasa macam semua sudah selesai. Macam mana tu? 


Aku plan untuk berehat dari cari stock untuk KIKI e-SHOP start Mei nanti memandangkan banyak stock aku ambil bulan ini. Lagipun takut ndak terlayan kalau handle kerja kahwin dan urusan bisnes sekali gus. Nanti pas kahwin baru fikir pasal kedai. Tapi sepanjang bulan tu, kedai masih buka seperti biasa untuk jual baju-baju yang ready in stock tu. 




Love,
rinadorina bahar




p/s mood menaip aku hilang sebab si tiar ni malar becakap. Baru laju betul dia becakap. Kadang-kadang aku ndak faham dan menjadikan aku balik-balik cakap... apa?? aaa?? apa?? rasa macam aku ni pekak!

20 April 2013

IKLAN KIKI e-SHOP TAWAU : Fishtail Lycra Peplum

Assalamualaikum. 



Ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Fishtail Lycra Peplum seperti dibawah ini atau seperti yang saya pakai warna pink itu?? Boleh dapatkannya dari KIKI eSHOP TAWAU







Material : Lycra 
Size : Free Size (fit from L to 2XL) 
Stretchable : Yes 
Thickness : Normal 
Price : RM 49

Measurement: 
Shoulder Width :37 - 46cm 
Armhole: 40cm 
Bust: 86 - 112cm 
Waist: 82 - 110cm 
Length :66 - 92cm






Ini contoh aku pakai time kawinan abang si nonong. Aku pakai skirt hijau sebab shawl aku hijau pink. Trep-trep colour blocking la. Tapi serius cakap aku rasa bergaya gila time pakai baju ni. Aku plan nanti mau tambah pearl di baju ni so raya boleh pakai lagi. (^___^)//





Love,
rinadorina bahar

17 April 2013

Printed Wide Shawl

Assalamualaikum. Hari ni mau cerita pasal printed wide shawl. Kain cotton yang sangat selesa dipakai dikala cuaca di Tawau sekarang ni sangat la panasnya. Bersaiz 180cm x 80cm. Kepada yang berminat boleh lawati FB page kami KIKI ESHOP TAWAU . Harga RM 20/pc sahaja. Beli 2 pcs keatas boleh beli dengan harga RM 18/helai. Sesiapa berminat boleh inbox fb page, sms atau whatsapp 0168453085 ya kawan-kawan.









Apa kelebihan shawl lebar dan panjang ini? Boleh digayakan seperti square scarf (bawal) ya kawan-kawan.
Tutorial dia macam RITA RUDAINI buat ni .




Hasil dia lebih kurang macam yang adik saya pakai ni la..





Bawah ni antara koleksi yang ada. Koleksi lain boleh klik SINI






Love ,
rinadorinabahar