Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

14 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation: Part - veil nikah

Jam 12.14 am dan aku masi stay up. Kesan neskepe yang diminum ketika mebuat doorgift bersama wedding crew yang super rajin.


Petang tadi berkesempatan untuk ambil sisa kain dari aunty tailor baju nikah.So sekarang sudah dapat sisa kain dan boleh buat veil. Malam ini mari bergadang memerah tenaga untuk membuat veil!



Chayokkkk rina!!!!




09 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Guestbook oh Guestbook


Aku kalau bab-bab buat benda-benda yang DIY memang banyak idea. Hari ini muncul di kepala otak aku lagi untuk buat GUESTBOOK DIY dan In Sha Allah akan aku laksanakan hasrat untuk memiliki guestbook itu. AKAN!


Tapi sebagai seorang yang bernafsu bersar dalam bidang DIY ni, aku akan siapkan satu persatu. Al-maklum, banyak benda aku mau buat. Satu persatu akan aku jalankan. 


Semalam sudah sesi final design pelamin. Oh ya, pelamin aku adalah dari SHE'IZY BRIDAL. Bff adik aku. Orangnya muda lagi, so idea memang fresh. Macam aku cakap sebelum ni, aku ndak suka bunga-bunga ros besar gedabak tu. SOOOOOOOOOOOOOO not my taste. So semalam sudah discuss. Yang simple tapi menarik. Thanks Nong!


Malam ni mau sambung part ribbon sebab semalam aku cuti. Fuh! Ndak sabar mau siapkan almost 1000k doorgift. Harap-harap siap cepat so boleh handle benda lain.




Love,
rinadorina bahar


p/s kakak kasut cakap besok pos kasut nikah. Kakak badge cakap sudah pos badge. TQ semua!

08 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - DIY Doorgift ( Ribbons )

Semalam, sesi menampal sticker selesai hasil daripada bantuan cousins,niece dan kawan yang superb.  Kalau harap aku, sehari baru dapat dalam 500 doily paper. Selepas siap sesi menampal, wedding crews yang superb meneruskan upacara menggunting dan mengikat reben. 1000 pcs blue-yellow-pink ribbons harus disiapkan. Ya. Bersyukur kerana memiliki wedding crews yang sangat rajin. 




Sebenarnya aku pun ndak tahu dan tidak pasti berapakan percentage persiapan aku tika ini. Apa yang ada aku buat dulu. Mana yang rajin aku go on sendiri. So bila diorang free baru panggil diorang. So far, veil belum start tapi bahan-bahan sudah beli. Shawl, aku plan mau pakai white plain shawl. Tapi kena bincang dengan mak andam dulu. Malam ni baru mau pergi jumpa dia. 


Oh ya, button badge sudah siap. Kakak tu akan pos hari ni katanya. Kelmarin ndak sempat pos.I am so happy. Sekarang ni tengah tunggu custome made kasut nikah. Kakak tu cakap due siap dalam 2 hb May. Tapi sekarang sudah 7hb. Harap-harap dia ndak lupa kasut aku tu.



Love, 
rinadorina bahar



p/s mood menjahit sila muncul!!

07 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Shawl dan Tudung Kahwin

Asyik sibuk urus diy doorgift, diy bouquet, diy veil dan diy diy yang lainnya, aku lupa satu benda. TUDUNG KAHWIN!Sekarang tengah pening memikirkan mana yang sesuai untuk mukaku yang seba bulat ini. Jujur aku lebih prefer SHAWL berbanding tudung masuk a.k.a tudung ekspress. Ada terfikir mau pakai bawal putih. Tengoklah macam mana. 


Sebab kenapa aku tolak tudung ekspress ketika nikah?? Selain daripada muka aku yang tidak sesuai memakai tudung ekspress, satu sebab lagi adalah ketika proses membatalkan air sembahyang.Bagi aku adalah amat susah dan menyusahkan bagi si pengantin lelaki untuk mencium dahi pengantin perempuan jika anda memakai tudung ekspress.Aku memang tolak tepi tudung ekspress ni. So sekarang pilihan adalah SHAWL.


Sekarang, yang memeningkan aku adalah jenis shawl macam mana yang aku mau DIYkan lagi ni. Since baju aku sudah banyak blink-blink,so aku prefer untuk shawl dan veil biarlah yang simple so ndak lah aku jadi macam pokok yang penuh daun yang sedang bergerak. Tooooooooooo crowded. NO NO NO! TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!






Terima kasih EN. GOOGLE atas gambar-gambar dia atas. Aku suka dua gambar ni. Simple saja. Tidak terlalu crowded. Akan diusahakan yang mana mampu aku buat.DIY lagi mencabar dan lagi bermakna dan dihargai. 





Love,
rinadorinabahar

rinaNzam wedding preparation : Part - DIY Doorgift (doily paper +sticker)

Assalamualaikum...


Counting the days.... 24 days to go!


Agak lama tidak mengisi blog ini. Mungkin sebab demam pilihanraya yang lepas. Tahniah BN. Pada Datuk Hamisa, sila jalankan tanggungjawab dan janji-janji ada sebelum menang hari tu. Oh ya, satu lagi tolong luluskan permohonan warga Kampung Tanjung Batu Tengah kawasan Masjid Aman untuk mentar jalan masuk kampung. Permohonan bertahun dulu yang tidak pernah ditunaikan. Tapi yang pelik, jalan masuk ke rumah JKKK kampung sampai depan pintu bertar pulak. Apa kes??


Ah lupakan politik. Memandangkan tinggal 25 hari lagi (kelmarin), so aku sudah mula start buat perhiasan untuk doorgift aku. Lagipun doily paper baru sampai dan baru dapat. Sebenarnya, plan pertama aku untuk doofgift ni , aku plan just bagi souviner yang aku beli time di Bandung dulu sahaja. Tapi memandangkan aku ni kadang-kadang seorang yang perasan rajin dan perasan kreatif dan perasan up to date, so aku design untuk buat DIY diorgift. Tapi jangan risau, souviner tu still dibagi jugak. So semalam bermulalah edisi menampal sticker di doily paper. 1000pcs. Mampus mak menampak sendiri. Kelmarin baru dapat dalam 300++. Al-maklum, sempat lagi keluar makan dengan En.Tunang. Jam 12 semalam aku betul-betul surrender. So stop seketika. Plan mau bawak ke opis. Tengoklah kalau sempat, sebab lately, di opis kerja aku menulis kad sebab kekadang time di opis lah nama-nama yang aku ndak pernah ingat jadi teringat, so boleh terus tulis. Takut terlupa.


Ndak sedar masa berlalu. Tinggal beberapa minggu lagi. Oh ya, kelmarin sudah hantar veil untuk potong dan jahit tepi. Thanks Makcik Kadariah. I love it. Insyallah kalau datang mood rajin, bermulalah sesi menghias veil. DIY LAGI!







Love,
rinadorina bahar

02 May 2013

May!! Dup Dap Dup Dap!!!

Assalamualaikum. May sudah menjelma. Hari ni 2 MAY, bermakna lagi lagi 29 hari untuk tarikh itu tiba. Mau cakap nebes, ndak jugak, ndak nebes, ndak jugak. Sendiri tidak tahu perasaan sendiri. Apa yang pasti, masa ini, tenaga mesti cukup. Veil belum ready. Mampu. Hand bouquet belum setel. Souvenir tengah tunggu dolly paper. Oh My English!. banyaknyaaaaaaaaaaaaaa!! FUH! FUH! FUH!


Sekarang ni aku sedikit pening. Pening memikirkan senarai jemputan yang mau diundang. Takut ada yang terlepas pandang nama. Nanti lepas kahwin marah plak kawan-kawan yang terlepas jemput tu.So, harap ndakda yang telepas la. In Sha Allah.



Love,
rinadorina bahar




29 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Kad Kahwin

Sebenarnya kad-kad ni sampai jumaat lepas. Al-maklum, 2 3 hari ni mood malas menjelma. Hujung "bulan" katakan. Macam aku pernah beritahu, aku order kad kahwin ni dari KAD KAHWIN JANZA (boleh google ya kalau mau link fb, al-maklum aku blogging guna hp, susah mau bagi link) , package yang sangat buat aku puas hati. Paling aku suka customize envelope dia. Buat kad-kad aku nampak mewah walaupun sekeping cuma. Tapi wa cakap lu, seSIMPLE-SIMPLE kad aku, ada kad yang mak aku dapat lagi simple. OMG , sangat mustahillah aku buat kad sesimple itu, pakai cover folio. Oh tidak! Walaupun orang cakap, kad kahwin tidak perlu mewah, sebab, lepas baca undangan orang akan campak masuk tong sampah jugak, tapi kad kahwin merupakan salah satu element penting dalam sesebuah perkahwinan. So wajib sediakan yang simple tp menarik.


Aku planning untuk edar kad 2 minggu sebelum tarikh kahwin, so untuk 2 minggu pertama dibulan Mei ini adalah misi untuk memerah otak mengingat nama-bama yang perlu dijemput. Kena ingat secara detail. Al-maklum, takut terlupa. Nanti lupa, ada yang merajuklah, marahlah. So memang kena prepare awal-awal list. (^___^)



Love,
rinadorina bahar


P/s oh souviner....

25 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation: Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita Sudah Siap YEAHH!!!

Assalamualaikum

Semalam selesai kerja-kerja untuk menyiapkan balang plastik jenama FAREEDA NYATA JELITA hasil bantuan sepupu-sepapat. Terima kasih ya wahai sepupu sepapatku. Malam ni kita rehat. Minggu depan akan ku kerah lagi tenaga kamu.





36 days untill we tie the knot. Rasa macam banyak benda belum setel, tapi bila berada dirumah rasa macam semua sudah selesai. Macam mana tu? 


Aku plan untuk berehat dari cari stock untuk KIKI e-SHOP start Mei nanti memandangkan banyak stock aku ambil bulan ini. Lagipun takut ndak terlayan kalau handle kerja kahwin dan urusan bisnes sekali gus. Nanti pas kahwin baru fikir pasal kedai. Tapi sepanjang bulan tu, kedai masih buka seperti biasa untuk jual baju-baju yang ready in stock tu. 




Love,
rinadorina bahar




p/s mood menaip aku hilang sebab si tiar ni malar becakap. Baru laju betul dia becakap. Kadang-kadang aku ndak faham dan menjadikan aku balik-balik cakap... apa?? aaa?? apa?? rasa macam aku ni pekak!

23 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita

Assalamualaikum...

38 days until we tie the knot....


Semalam, bermulalah misi pengerahan tenaga sepupu sepapat. Misi kami dimulakan dengan balang plastik jenama Fareeda Nyata Jelita. Ha ha ha. Nama tu paling grand walaupun hanya dibuat dari balang plastik biasa yang berharga RM1.20 sebiji.Itu pun beli di Survay Hupermarket kalau beli di gudang di Kampung Titingan, silap-silap boleh dapat RM1 sebiji.


Pada mulanya, aku berniat untuk buat yang simple-simple saja, asal dapat cover penutup dia yang merah menyala tu dengan kain satin dan ribbon mengikut warna tudung paddle pop jenama Fareeda yang hot itu. So aku hanya beli ribbon, span, kain dan satin saja. Oh lupa termasuk bunga ribbon untuk perhiasan. Tapi al-maklumlah, keluarga aku ni kadang-kadang super creative jugak, diorang suruh aku beli renda-renda lagi. Ok fine. Saya ikut sahaja kehendak kalian. Asal kalian happy (^___^)//. So hari ini misi aku untuk cari renda dan malam nanti misi kerahan tenaga akan disambung semula. Kerja-kerja semalam stop setakat balut penutup dengan kain satin sahaja. Tergendala akibat belum ada renda. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah. Sekian.











P/s brooch ndak cukup. Hari ni mau memborong lagi.

11 April 2013

51 Hari Menuju Hari Kemuncak

It's 51 days until my big day. Segala persiapan berjalan seperti biasa. Banyak benda belum setel pun. Baju nikah masih dengan tailor. Paling sadis veil nikah belum ada dan aku masih bisa releks. Ya releks. Releks konon sebab aku jenis manusia yang suka buat kerja last minute. Baru rasa mencabar. I was planning untuk buat veil nikah sendiri. Aku ni ndak kreatif tapi suka mencuba. First aku plak mau upah orang buat, tapi memandangkan baju belum siap jadi aku ndak berani mau suruh orang buat sebab nanti ndak sama dengan baju. Lain plak. So, dengan semangat waja, aku plan mau buat sendiri. Apa result dia kita nantikan saja. 


Oh ya cerita pasal persiapan kawin, ada beberapa lagi yang belum siap. Bawah ni checklist untuk aku kaji-kaji supaya last minute aku ndak membawa padah.


- Kad kahwin : tengah print. masih dengan orang yang buat kad sebab sekarang tengah print banner, penunjuk arah dan sampul. Aku order dari Semenanjung. Bapak jauh kan. Bukan apa, package dia bagi memang berbaloi. Full package la. 1000 pcs kad, sampul bercetak, banner, penunjuk arah dan ada pocket kalendar. Harga pun berbaloi. So sesiapa yang berminat untuk dapatkan package yang macam aku beli boleh dapatkan dari KAD KAHWIN JANZA .Seminggu sebelum tarikh sanding baru edar kad. 

Souvenir :   Selamat usung dari Bandung last month. Yang simple saja memandangkan aku beli banyak. 800 pcs usung dari Kota Bandung dan harap2 cukup . Berniat untuk cari lagi 200 pcs. Tapi macam tambirang pulak kan kalau jemputan ndak sampai 1000 yang hadir. Tapi ndakpa. Persediaan. Biar murah asal semua dapat. I still remember, bukan mengaibkan tapi untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri. Majlis persandingan seorang kawan. Serius majlis dia 'macam' hebat. Ada photobooth, pelamin gempak. Mau jugak RM 5K pelamin dia tu. Semua gempak la. Kira macam 'A PERFECT WEDDING' lah for her. But malangnya, tidak perfect bg aku bila tetamu yang datang tidak dilayan. Souvenir pun aku ndak dapat. Bukan jugak mengharap, tapi itu paling aku utamakan. Biar murah asal ada ole2 untuk tetamu. Oh ya. Sticker untuk souvenir baru sampai kemarin. Nanti mau mengusung sepupu sepapat untuk tampal. 

- Barang Hantaran :  Almost done. Tinggal beberapa lagi barang untuk En. Tunang. Barang aku setel. Al-Maklum 7 berbalas 9. So barang En. Tunang ni yang banyak. Lagi satu, susah sikit. Kalau mau beli kena tanya dia dulu. Takut ndak suka. Dia ni kadang, ndak suka membazir, bila aku suka, dia ndak suka. Dia cakap mahal. Sudahnya aku ndak jadi beli. Aku bukan apa, aku takut nanti orang cakap aku kedekut. Ha ha ha. Oh ya. No gadget untuk barang hantaran. So nootttttttt me. 

- Bilik : Almost done jugak. Katil beli baru. King size. hah ambek ko puas hati aku! Almari untuk bakal orang baru pun sudah beli. 4 pintu. Puas hati jugak. Tinggal langsir.Langsir nanti beli yang ready made senang. Cadar sudah beli time di Bandung. Mengusung lagi. Serius sana murah. Standard Akemi malah rasanya lagi better dari AKEMI, harga sana baru Rp. 450K. kalau sini mau kau sampai riban-riban. 

- Bab imam, wali, kadi dan sebagainya sudah setel.

- Bab mak andam, sudah assign. Tapi sekarang mak andam busy urus majlis abang dia. So start minggu depan baru follow up dengan dia.

- Bab persiapan hidangan, start minggu ni baru tolong mamak shopping. Kami ndak ambil catering. Mamak ndak suka. Takut ndak cukup dan satu lagi mahal. Bagus masak sendiri. paling afdal bilang Uztaz (time kursus kahwin), hidangan masa majlis dimasak sendiri oleh mak pengantin perempuan. Tapi kali usia menghalang mamakku. Tapi ndak apa, asal makanan cukup untuk tetamu.

Setakat ni itu saja checklist. Kalau ada kurang nanti di update lagi. Petang ni mau singgah tempat tailor tanya apa cerita sudah baju nikahku. 


Bye. 

Assalam.



*** mood blogging tiba2 melabung tinggi