Showing posts with label balang plastik Fareeda Nyata Jelita. Show all posts
Showing posts with label balang plastik Fareeda Nyata Jelita. Show all posts

25 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation: Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita Sudah Siap YEAHH!!!

Assalamualaikum

Semalam selesai kerja-kerja untuk menyiapkan balang plastik jenama FAREEDA NYATA JELITA hasil bantuan sepupu-sepapat. Terima kasih ya wahai sepupu sepapatku. Malam ni kita rehat. Minggu depan akan ku kerah lagi tenaga kamu.





36 days untill we tie the knot. Rasa macam banyak benda belum setel, tapi bila berada dirumah rasa macam semua sudah selesai. Macam mana tu? 


Aku plan untuk berehat dari cari stock untuk KIKI e-SHOP start Mei nanti memandangkan banyak stock aku ambil bulan ini. Lagipun takut ndak terlayan kalau handle kerja kahwin dan urusan bisnes sekali gus. Nanti pas kahwin baru fikir pasal kedai. Tapi sepanjang bulan tu, kedai masih buka seperti biasa untuk jual baju-baju yang ready in stock tu. 




Love,
rinadorina bahar




p/s mood menaip aku hilang sebab si tiar ni malar becakap. Baru laju betul dia becakap. Kadang-kadang aku ndak faham dan menjadikan aku balik-balik cakap... apa?? aaa?? apa?? rasa macam aku ni pekak!

23 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita

Assalamualaikum...

38 days until we tie the knot....


Semalam, bermulalah misi pengerahan tenaga sepupu sepapat. Misi kami dimulakan dengan balang plastik jenama Fareeda Nyata Jelita. Ha ha ha. Nama tu paling grand walaupun hanya dibuat dari balang plastik biasa yang berharga RM1.20 sebiji.Itu pun beli di Survay Hupermarket kalau beli di gudang di Kampung Titingan, silap-silap boleh dapat RM1 sebiji.


Pada mulanya, aku berniat untuk buat yang simple-simple saja, asal dapat cover penutup dia yang merah menyala tu dengan kain satin dan ribbon mengikut warna tudung paddle pop jenama Fareeda yang hot itu. So aku hanya beli ribbon, span, kain dan satin saja. Oh lupa termasuk bunga ribbon untuk perhiasan. Tapi al-maklumlah, keluarga aku ni kadang-kadang super creative jugak, diorang suruh aku beli renda-renda lagi. Ok fine. Saya ikut sahaja kehendak kalian. Asal kalian happy (^___^)//. So hari ini misi aku untuk cari renda dan malam nanti misi kerahan tenaga akan disambung semula. Kerja-kerja semalam stop setakat balut penutup dengan kain satin sahaja. Tergendala akibat belum ada renda. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah. Sekian.











P/s brooch ndak cukup. Hari ni mau memborong lagi.