Showing posts with label rinaNzam wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label rinaNzam wedding preparation. Show all posts

19 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation: Part - Kuih Lagi

Dua kuih lagi yang wedding crew yang superb dapat siapkan. Syabas!!



rinaNzam Wedding Preparation : Part - Kuih Pertama Untuk Hari Ini

Ini adalah hasil pertama untuk hari ini. Kuih Tart Nenas. Penat jugak walaupun on off on off menolong diorang buat. Apapun thanks semua!

Apa Seronoknya Memiliki Keluarga Yang Super Sporting dan Super Excited

Seronoknya memiliki keluarga yang super sporting dan super excited untuk majlis perkahwinan aku adalah, disaat-saat terakhir ini, bagus-bagus tiada kerja, diorang cari kerja buat (ala-ala Mr.Cheng). Plan utaman untuk makanan ringan atas meja tetamu adalah snack-snack ringan seperti kuih baulu (beli), kuih sepit(beli) dan kekacang (buat sendiri). Itu plan pertama. Tiba-tiba makcik dai buat kuih snow (kuih raya tu),hantar satu balang plastik ke rumah. Katanya untuk dimakan-makan time majlis. Disebabkan sepupu dan keluarga aku memang sangat rajin, so mereka decide untuk buat kuih makmur dan kuih tart nenas lagi hari ini.


So, sekarang ni aku tengah tunggu mereka-mereka yang beriya mau buat datang ke rumah sambil mem-blend kacang.bye. Nanti sambung lagi.



Love,
rinadorinabahar





P/s siapa mau rasa suasana raya sebelum masanya, sila datang time kahwin aku. YOU ARE INVITED!

16 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Pre-Wedding Photoshoot

Ini kisah ahad lepas. Photoshoot pre-wedding sponsored by En. Jona Arrozal Sta Ana . Kawan si En.Tunang. Kami pergi satu kawasan lalang area Sin Onn saja. Di sana saja sudah cukup banyak peluh yang mengalir. Panassssssssss ok. Tapi kugagahi jugak demi mu En.Tunang. Berbulan jaga kulit. Berbulan putihkan kulit untuk majlis hujung bulan ni, dengan hanya beberapa jam saja, kulitku kembali HITAM. Salah aku jugak, apa pasal lupa pakai sunblock? Sendiri pelupa. Sendiri silap. Sendiri bodoh. Sekarang kena berusaha semula. oh tidak!





oit.. aku ndak kiss ok. boleh tengok tahap kepala yang sangat tegak. 




Feeling la konon!!





Lompat setinggi mampu. Tapi sorry. Kasut i longgar. So kalau lompat kasut terlempar sama. 





SAVE THE DATE
1st JUNE 2013


Saya dengan penuh rasa bersyukur menjemput rakan-rakan ke Majlis Perkahwinan saya bertempat di Tanjung Batu Tengah Tawau (belakang Masjid Aman) pada 1 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.


LOKASI:



Datang ya kawan-kawan...




Love,
rinadorina bahar

14 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Bakul Untuk 9 Dayang

Memiliki cousin yang super semangat bila ada majlis-majlis besar adalah super best! Thanks cousin sebab menyediakan 9 orang dayang lengkap dengan accessories. Aku percaya sama kau Norlizana. Memang ko la bah sepupuku paling best. "KAKAK SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN" yang super spoting dan super excited. Aku cuma mampu cakap terima kasih banyak2.


Bakul bawah ni adalah hasil kerajinan si cousin menghias. 9 biji akan dibuat untuk setiap dayang yang ada. What can i say... GOD JOB COUSIN!!!!!





rinaNzam Wedding Preparation: Part - veil nikah

Jam 12.14 am dan aku masi stay up. Kesan neskepe yang diminum ketika mebuat doorgift bersama wedding crew yang super rajin.


Petang tadi berkesempatan untuk ambil sisa kain dari aunty tailor baju nikah.So sekarang sudah dapat sisa kain dan boleh buat veil. Malam ini mari bergadang memerah tenaga untuk membuat veil!



Chayokkkk rina!!!!




12 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation: Part - doorgift

Hasil bantuan sepupu, anak buah dan jiran yang super rajin, hampir 400++ pcs doorgift sudah selesai masuk dalam kotak. Syukur! Another 600pcs to go. Memandangka gam habis so kerja kami berhenti awal malam ni. Bermakna esok aku kena beli gam so assistant-assistant aku boleh berkerja dengan lebih rajin. Apapun thanks semua! Walaupun doorgift kita tidak semewah mana, tp apa yang penting hasil tangan pengantin yang menunjukkan keikhlasan si pengantin memberi cenderahati untuk para tetamu yang datang. Itu lebih bermakna bagi aku.




LOVE,
rinadorina bahar




P/s badge sudah sampai. Kasut nikah sudah sampai di pejabat pos tapi belum ambil. Mode - lega walaupun baju nikah dan veil belum siap.

09 May 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Guestbook oh Guestbook


Aku kalau bab-bab buat benda-benda yang DIY memang banyak idea. Hari ini muncul di kepala otak aku lagi untuk buat GUESTBOOK DIY dan In Sha Allah akan aku laksanakan hasrat untuk memiliki guestbook itu. AKAN!


Tapi sebagai seorang yang bernafsu bersar dalam bidang DIY ni, aku akan siapkan satu persatu. Al-maklum, banyak benda aku mau buat. Satu persatu akan aku jalankan. 


Semalam sudah sesi final design pelamin. Oh ya, pelamin aku adalah dari SHE'IZY BRIDAL. Bff adik aku. Orangnya muda lagi, so idea memang fresh. Macam aku cakap sebelum ni, aku ndak suka bunga-bunga ros besar gedabak tu. SOOOOOOOOOOOOOO not my taste. So semalam sudah discuss. Yang simple tapi menarik. Thanks Nong!


Malam ni mau sambung part ribbon sebab semalam aku cuti. Fuh! Ndak sabar mau siapkan almost 1000k doorgift. Harap-harap siap cepat so boleh handle benda lain.




Love,
rinadorina bahar


p/s kakak kasut cakap besok pos kasut nikah. Kakak badge cakap sudah pos badge. TQ semua!

08 May 2013

rinaNzam wedding Preparation : Part - Posto-posto


Ada orang cakap dengan aku, kenapa pos kad sampai ke KL, bukan diorang datang jugak tu. Ya memang, aku tidak pernah paksa kawan-kawan yang aku poskan kad supaya mereka datang.Tapi bagi aku, aku kirim kad sebagai tanda aku ingat mereka. Kalau tidak dapat hadir pun, cukuplah sekadar aku beritahu mereka. at least bila aku post gambar pregnant ka, gambar anak ka, gambar peluk-peluk laki aku ka ndak la orang ingat aku mengandung anak luar nikah. Kan parah! 



Minggu ini, minggu kedua bulan MAY, so bermula minggu depan akan bermulalah episod penyebaran kad ke seluruh pelusuk dunia. Kepada kawan-kawan, aku mau mintak tolong, boleh bagi aku alamat or nama penuh so aku boleh tulis kad. Bukan aku lupa kadang-kadang aku ndak tau nama penuh. Macam lain macam jak kalau aku letak nama FB kan. Ya ya ya... tolong!







Love,
rinadorinabahar



rinaNzam Wedding Preparation : Part - DIY Doorgift ( Ribbons )

Semalam, sesi menampal sticker selesai hasil daripada bantuan cousins,niece dan kawan yang superb.  Kalau harap aku, sehari baru dapat dalam 500 doily paper. Selepas siap sesi menampal, wedding crews yang superb meneruskan upacara menggunting dan mengikat reben. 1000 pcs blue-yellow-pink ribbons harus disiapkan. Ya. Bersyukur kerana memiliki wedding crews yang sangat rajin. 




Sebenarnya aku pun ndak tahu dan tidak pasti berapakan percentage persiapan aku tika ini. Apa yang ada aku buat dulu. Mana yang rajin aku go on sendiri. So bila diorang free baru panggil diorang. So far, veil belum start tapi bahan-bahan sudah beli. Shawl, aku plan mau pakai white plain shawl. Tapi kena bincang dengan mak andam dulu. Malam ni baru mau pergi jumpa dia. 


Oh ya, button badge sudah siap. Kakak tu akan pos hari ni katanya. Kelmarin ndak sempat pos.I am so happy. Sekarang ni tengah tunggu custome made kasut nikah. Kakak tu cakap due siap dalam 2 hb May. Tapi sekarang sudah 7hb. Harap-harap dia ndak lupa kasut aku tu.



Love, 
rinadorina bahar



p/s mood menjahit sila muncul!!