Showing posts with label kad kahwin janza. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin janza. Show all posts

08 May 2013

rinaNzam wedding Preparation : Part - Posto-posto


Ada orang cakap dengan aku, kenapa pos kad sampai ke KL, bukan diorang datang jugak tu. Ya memang, aku tidak pernah paksa kawan-kawan yang aku poskan kad supaya mereka datang.Tapi bagi aku, aku kirim kad sebagai tanda aku ingat mereka. Kalau tidak dapat hadir pun, cukuplah sekadar aku beritahu mereka. at least bila aku post gambar pregnant ka, gambar anak ka, gambar peluk-peluk laki aku ka ndak la orang ingat aku mengandung anak luar nikah. Kan parah! 



Minggu ini, minggu kedua bulan MAY, so bermula minggu depan akan bermulalah episod penyebaran kad ke seluruh pelusuk dunia. Kepada kawan-kawan, aku mau mintak tolong, boleh bagi aku alamat or nama penuh so aku boleh tulis kad. Bukan aku lupa kadang-kadang aku ndak tau nama penuh. Macam lain macam jak kalau aku letak nama FB kan. Ya ya ya... tolong!







Love,
rinadorinabahar



29 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Kad Kahwin

Sebenarnya kad-kad ni sampai jumaat lepas. Al-maklum, 2 3 hari ni mood malas menjelma. Hujung "bulan" katakan. Macam aku pernah beritahu, aku order kad kahwin ni dari KAD KAHWIN JANZA (boleh google ya kalau mau link fb, al-maklum aku blogging guna hp, susah mau bagi link) , package yang sangat buat aku puas hati. Paling aku suka customize envelope dia. Buat kad-kad aku nampak mewah walaupun sekeping cuma. Tapi wa cakap lu, seSIMPLE-SIMPLE kad aku, ada kad yang mak aku dapat lagi simple. OMG , sangat mustahillah aku buat kad sesimple itu, pakai cover folio. Oh tidak! Walaupun orang cakap, kad kahwin tidak perlu mewah, sebab, lepas baca undangan orang akan campak masuk tong sampah jugak, tapi kad kahwin merupakan salah satu element penting dalam sesebuah perkahwinan. So wajib sediakan yang simple tp menarik.


Aku planning untuk edar kad 2 minggu sebelum tarikh kahwin, so untuk 2 minggu pertama dibulan Mei ini adalah misi untuk memerah otak mengingat nama-bama yang perlu dijemput. Kena ingat secara detail. Al-maklum, takut terlupa. Nanti lupa, ada yang merajuklah, marahlah. So memang kena prepare awal-awal list. (^___^)



Love,
rinadorina bahar


P/s oh souviner....

11 April 2013

51 Hari Menuju Hari Kemuncak

It's 51 days until my big day. Segala persiapan berjalan seperti biasa. Banyak benda belum setel pun. Baju nikah masih dengan tailor. Paling sadis veil nikah belum ada dan aku masih bisa releks. Ya releks. Releks konon sebab aku jenis manusia yang suka buat kerja last minute. Baru rasa mencabar. I was planning untuk buat veil nikah sendiri. Aku ni ndak kreatif tapi suka mencuba. First aku plak mau upah orang buat, tapi memandangkan baju belum siap jadi aku ndak berani mau suruh orang buat sebab nanti ndak sama dengan baju. Lain plak. So, dengan semangat waja, aku plan mau buat sendiri. Apa result dia kita nantikan saja. 


Oh ya cerita pasal persiapan kawin, ada beberapa lagi yang belum siap. Bawah ni checklist untuk aku kaji-kaji supaya last minute aku ndak membawa padah.


- Kad kahwin : tengah print. masih dengan orang yang buat kad sebab sekarang tengah print banner, penunjuk arah dan sampul. Aku order dari Semenanjung. Bapak jauh kan. Bukan apa, package dia bagi memang berbaloi. Full package la. 1000 pcs kad, sampul bercetak, banner, penunjuk arah dan ada pocket kalendar. Harga pun berbaloi. So sesiapa yang berminat untuk dapatkan package yang macam aku beli boleh dapatkan dari KAD KAHWIN JANZA .Seminggu sebelum tarikh sanding baru edar kad. 

Souvenir :   Selamat usung dari Bandung last month. Yang simple saja memandangkan aku beli banyak. 800 pcs usung dari Kota Bandung dan harap2 cukup . Berniat untuk cari lagi 200 pcs. Tapi macam tambirang pulak kan kalau jemputan ndak sampai 1000 yang hadir. Tapi ndakpa. Persediaan. Biar murah asal semua dapat. I still remember, bukan mengaibkan tapi untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri. Majlis persandingan seorang kawan. Serius majlis dia 'macam' hebat. Ada photobooth, pelamin gempak. Mau jugak RM 5K pelamin dia tu. Semua gempak la. Kira macam 'A PERFECT WEDDING' lah for her. But malangnya, tidak perfect bg aku bila tetamu yang datang tidak dilayan. Souvenir pun aku ndak dapat. Bukan jugak mengharap, tapi itu paling aku utamakan. Biar murah asal ada ole2 untuk tetamu. Oh ya. Sticker untuk souvenir baru sampai kemarin. Nanti mau mengusung sepupu sepapat untuk tampal. 

- Barang Hantaran :  Almost done. Tinggal beberapa lagi barang untuk En. Tunang. Barang aku setel. Al-Maklum 7 berbalas 9. So barang En. Tunang ni yang banyak. Lagi satu, susah sikit. Kalau mau beli kena tanya dia dulu. Takut ndak suka. Dia ni kadang, ndak suka membazir, bila aku suka, dia ndak suka. Dia cakap mahal. Sudahnya aku ndak jadi beli. Aku bukan apa, aku takut nanti orang cakap aku kedekut. Ha ha ha. Oh ya. No gadget untuk barang hantaran. So nootttttttt me. 

- Bilik : Almost done jugak. Katil beli baru. King size. hah ambek ko puas hati aku! Almari untuk bakal orang baru pun sudah beli. 4 pintu. Puas hati jugak. Tinggal langsir.Langsir nanti beli yang ready made senang. Cadar sudah beli time di Bandung. Mengusung lagi. Serius sana murah. Standard Akemi malah rasanya lagi better dari AKEMI, harga sana baru Rp. 450K. kalau sini mau kau sampai riban-riban. 

- Bab imam, wali, kadi dan sebagainya sudah setel.

- Bab mak andam, sudah assign. Tapi sekarang mak andam busy urus majlis abang dia. So start minggu depan baru follow up dengan dia.

- Bab persiapan hidangan, start minggu ni baru tolong mamak shopping. Kami ndak ambil catering. Mamak ndak suka. Takut ndak cukup dan satu lagi mahal. Bagus masak sendiri. paling afdal bilang Uztaz (time kursus kahwin), hidangan masa majlis dimasak sendiri oleh mak pengantin perempuan. Tapi kali usia menghalang mamakku. Tapi ndak apa, asal makanan cukup untuk tetamu.

Setakat ni itu saja checklist. Kalau ada kurang nanti di update lagi. Petang ni mau singgah tempat tailor tanya apa cerita sudah baju nikahku. 


Bye. 

Assalam.



*** mood blogging tiba2 melabung tinggi