Showing posts with label Ceritera Artis. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Artis. Show all posts

08 November 2011

Back to Basic!

Assalamualaikum...

Apa kabar semua? Lama rasanya tidak mengupdate blog ni. Mood menulis hilang. *as usual*. Entah mimpi apa hari ni TERrajin pulak membuka blog. Rindu jugak sebenanrya. Busy bertwitter sampai mood untuk update blog pu hilang. Semoga selepas ni mood akan sentiasa hadir. Insyallah.

Hurmm... kembali ke tajuk entri, apa yang back to basicnya??? Actually, mau bagitau ni, hari ni aku pakai tudung bawal. YES! no more shawls for today. Tiba² mood memakai bawal datang. Semua ni terinspirasi dari cerita PARA PENCARI TUHAN JILID 5. Selain dari jalan ceritanya yang best, aku selalu tengok fesyen² tudung di Indonesia tu. Sekali sekala mencuba best jugak. Bosan jugak dengan fesyen shawls ni.  Nasib baik belum sedekahkan lagi tudung² bawal yang selalu pakai masa zaman belajar dulu. Bolehlah dipakai balik.Ubah selera kata orang. Kalau dilihat sekali, ada jugak macam minah indon muka aku ni. Ha Ha Ha.


Salah seorang pelako Para Pencari Tuhan. Next time mau buat fesyen gini pulak. :D


Terinspirasi dari sini jugak



Hasilnya...........










Dalam cerita PPT tu, aku paling suka tengok fesyen si Zaskia Adya Mecca. Lawa² cara dia pakai. Maybe ngam dengan bentuk muka dia kali kan. Lagi-lagi, gadis Indon ni kulit diorang memang SUPERB. Aku try google gambar dia pakai bawak with lace inner tapi ndak jumpa. Tapi hasil dari google, aku jumpa beberapa pic dia. Memang lawa la. Sekali tengok muka dia ni macam BUNGA CITRA LESTARI SINCLAIR pun ada. Entah lah ada kaitan ka ndak. Tapi memang lawa la dia ni. Suka tengok.









Lawa kan dia ni. I likeeeeeeeeeeee...



p/s Besok try fesyen lain lagi. Minggu ni minggu mengenakan bawal. *kalau rajin*


Tata!

11 September 2011

Layan Evolusi KL Drift 2 di Petang Ahad | Aku Jatuh Cinta Dengan Joe



Petang-petang minggu ni aku layan Astro Channel 104. EVOLUSI KL DRIFT 2. Entah untuk kali yang keberapa. Tapi makin aku tengok cerita ni buat aku makin jatuh cinta dengan Joe aka AARON AZIZ.

Dulu aku pernah buat entri pasal AA ni. Lelaki ni memang bikin hati aku cairrrrrr!!! Serius wei. Apa pasal la dia sudah kahwin??? Adoi! Memang hensem lah bah dia ni. Tinggi! Hensem! Stylo! Badan Tough! (Eh gitu bah kan eja tough! ) Tapi aku suka bila dia jadi samseng. Bila dia jadi orang baik macam dalam cerita NORA ELENA tu, kurang sikit la minat aku.

Kadang-kadang aku terfikir, memang taste aku samseng ka??? Oh tidak!! Tapi bila difikir-fikir balik, betul jugak. Memang aku suka tengok orang yang ala-ala samseng ni. Entah kenapa aku kurang berminat dengan lelaki skema ni. Kurang nafsu la katakan. Aku suka lelaki yang stylo jugak. Pokoknya minat la aku rambut pacak-pacak ni.

Gambar bawah ni gambar AA yang aku curik dari En. Google. Hansome kannnnn?????


P/s buta hati si Rina ni!!!!



23 June 2011

Ini lah akibatnya bila lama tidak blogging!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum ^__^,






Betul cakap Umie Aida, MALAS ADALAH SATU PENYAKIT YANG TIADA UBATNYA. Dan disebabkan penyakit malas jugak la aku lama tinggalkan blog ni. Dulu rajin bebenar la kan. Paling kurang pun satu entri per day. Kalau begini gayanya susahlah dapat BE. Takut Nuffnang mau bagi. Janji tinggal janji jak la kan. Janji mau update even satu entr. Tapi HAMPEH!!



Sejak aku jarang blogging ni, banyak benda aku tertinggal. Salah satunya WORDLESS tu. Ntah binatang apa la. Mau join buat macam blogger-blogger lain, takut salah pulak. Jadinya terpaksa buat dunno la. 


Satu lagi pasal blog kena hack . Hah ni lagi satu yang aku ketinggalan. Aku dapat tau pun lepas baca blog Cik Azura kita. Tajuknya Ada Blog Kena Hack? Lihat Senarai Blog Ini. Anda Mungkin Mangsa Seterusnya!  Hairan jugak aku. Boleh-bolehnya aku ndak tau. Argh!! Agak mengejutkan. Tapi maybe betul cakap Cik Azura, maybe itu senarai yang pernah mendaftar dengan GENG BLOGGER. Dulu aku pernah daftar jugak atas URL http:// www.rinadorina2009.blogspot.com. Memang ada pun dalam list url tu. Tapi yang baru ni tiada pulak. Hurrm apapun kena berhati-hati jugak sedangkan web kerajaan boleh kena hack ni kan pulak blog buruk aku ni. Tapi kalau pun ada orang mau hack, apalah yang dia dapat. Bukan ada apa-apa pun. Nuffnang pun ndak berani mau bagi BE ni lagi orang mau hacked. USELESS ok. Lupakan la hackers oi!




Hari ini aku mau janji lagi aku akan rajin update blog after this. JANJI lagi. Tapi sure aku ndak tepati. arghh!!



Tapi biar lah bah. Persetankan saja. Suka aku la blog aku kan. Aku blogging pun suka-suka.



Oklah. Cukup untuk hari ini.


bye semua!

04 May 2011

Cantiknya Marshanda Betudung!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ^___^, 


Kali ni aku mau share gambar-gambar Marshanda bertudung. Kenal ka siapa Marshanda ni???? Alahhhh!! Yang tengah popular sekarang tu. Alahhh pelakon SEJUTA CINTA MARSHANDA tu. Sekarang kan tengah popular di TV3. 


Dulu dia ni memang seksi gila. Tapi entahlah, since dia kahwin tu dia memang sudah bertudung.Ingatkan di dalam sinetron SCM tu jak dia bertudung, tapi rupanya di luar pun dia bertudung jugak. 





Seksi !!




Seksa!!!




Aku memang follow twitter si Marshanda ni. So dia selalu post-post gambar dia. So sweet la kan aku tengok dia ni bertudung. Lagi-lagi lepas kahwin. Kalau ndak silap aku dia nikah 2 April hari tu. Aku tau pun time aku baca di koran-koran time di Jakarta hari tu. Ruginya aku balik dari Bandung hari tu 30 Mac. Kalau tidak sah-sah dapat tengok dia kahwin (macam aku di jemput...so perasan me).





Gambar Kahwin Marshanda.



Lawa kan Marshanda time dia kahwin. Sooooooooooo cute!!!Suka tengok tundung macam tu. Hari tu pergi Jakarta/Bandung ada jugak aku cari, tapi tiada pulak jual spesis macam tu. Maybe custome made kan.



Gambar-gambar bawah ni aku ambil dari yang si Marshanda post-post di Twitter dia.






























Haiyak!!!!!!!! Macam mana mau pakai tudung macam dia pakai tu ya????? Ndak sempat aku menuntut ilmu time pergi Jakarta hari tu. Serius lawa kan. Berlapis-lapis gitu. arghhhhhhhhhh!! Jeles!!


Tapi aku rasa sah-sah muka bulat macam aku ndak sesuai mau pakai tudung spesis macam tu kan. Mesti bertambahlah kebulatan pada wajahku ini. So Rina, lupakan niat anda.







p/s Mesti laki dia si Ben Kasyafani tu yang memberi dorongan macam ni kan... Syukur!!!!!!!!!




21 April 2011

Aku Pun Mau Kad Kahwin Macam Zed Zaidi, Boleh????







Pictures credit to http://mstar.com.my


Kad kahwin atas ni adalah kad kahwin pelakon popular Zed Zaidi. Lawa kan!

Wah! Wah! Wah! Cinta Facebook! Sampaikan buat kad kahwin pun bercirikan FB. Hebatlah.Kenapa aku ndak terfikir macam ni ya?? Aku, kenapa aku?? Ya ya ya. Secara esklusifnya aku mengaku, aku kenal En. Boipren aku pun dari FB ni hah. Thank FB. ha ha ha *shy*.

Aku pun mau buat kad kahwin macam gini boleh ka???

Boleh lah...boleh lah.. Boleh la bahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

20 April 2011

I hate Fynn Jamal



Siapa Fynn Jamal??

Dulu aku pun ndak kenal siapa dia ni. Hurmmm, maybe sampai sekarang pun belum kenal betul siapa dia ni. Yang pasti, aku tau kewujudan manusia bernama FYNN JAMAL ni sebab lagu dia  150 Juta tu best. Aku suka. 






Tapi, sebenarnya aku tau kewujudan si Fynn Jamal dan lagu 150 Juta ni pun dari Najwa Latif. Aku dulu rajin bebanar mensearch lagu-lagu yang Najwa cover di Youtube. Sampaikan aku terjumapa la lagu 150 Juta ni yang aku rasa kena. Aku kan garang (orang cakap).







Dan bermula dari detik itu, aku pun sibuk la kan cari penyanyi asal lagu ni, sampaikan aku jumpa la lagu yang atas tu. Ada la jugak video yang Fynn Jamal nyanyi, tapi nyanyi Live so ndak clear kan. Aku suka dengar lagu tu jak.


Sebenarnya , lama sudah aku jumpa lagu-lagu ni. Dan entah kenapa dua tiga hari ni aku rasa mau dengar lagi lagu tu. So, aku search la di Youtube. Tiba-tiba aku jumpa video di bawah ni.






Haiyo! Ada jugak manusia begini kan. Sanggup buat video. Aku ndak tau la kenapa dia benci si Fynn Jamal tu. Aku mengaku aku bukan kenal Fynn Jamal ni pun. Cuma, bila aku jumpa video ni, aku rasa mau ketawa pun ada. Lucu wei. Best pulak kan bila ada orang yang benci kita buat video macam tu untuk kita. Rasa popular la pulak. Macam rasa orang caring la pulak sama kita kan. Kalau aku jadi Fynn Jamal mesti aku rasa bangga kan. Ada orang berusah payah buat video untuk dia. 


Apapun motif orang yang buat video ni, aku ndak kesah la. Mungkin dia lebih kenal Fynn Jamal dari aku kali kan. Siapapun Fynn Jamal, aku tetap suka lagu dia 150 JUTA. TETAP!




p/s ndak da masa aku mau buat video untuk orang lain ya!


16 April 2011

Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil

Terkejut tahap bapak beruk aku baca artikel dari blog Abang Budiey ni. Oleh kerana terlampau busy kemarin, aku ndak banyak main twitter. Ni pun aku baru buka-buka blog Abang Budiey ni dan baru tahu yang Zizan kemalangan kemarin. Patutlah dalam twitter Zizan ada ucap syukur. Apapun, semoga Zizan sihat-sihat hendakNya.

Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil



PETALING JAYA: Pelakon komedi dan pengacara Zizan (Raja Lawak) terlibat dengan kemalangan kira-kira pada pukul 3 petang Jumaat. Dia bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan muncul pada pertandingan Maharaja Lawak malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Marina Juki.


Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak



Kata Marina, insiden yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur itu hanya melibatkan kemalangan kecil dan tidak mencederakan pelawak itu.

“Tiada apa yang serius. Hanya kemalangan kecil dan kami tidak apa-apa. Cuma cermin kereta Zizan saja yang pecah. Bagaimanapun, dia akan tetap meneruskan saingan dalam Maharaja Lawak malam ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pertandingan yang melibatkan barisan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima itu, Zizan bergandingan dengan Johan dengan menggunakan nama Jozan.

Persaingan Maharaja Lawak untuk minggu ketiga yang berlangsung malam ini akan menyaksikan penyingkiran tiga peserta.

Dua peserta dengan undian terendah daripada minggu lepas akan disingkirkan sebelum pertandingan manakala peserta yang mendapat undian terendah malam ini akan disingkirkan di akhir rancangan.
Bermula minggu ini, Maharaja Lawak akan bersiaran di Astro Warna (saluran 132). via Mstar Online.


Sumber : Budiey.com



Jozan,Nabil dan Sepah - Pilihan Aku : TERBAIKKKKKK!!!

Semalam kan Maharaja Lawak minggu ke 3.Orang lain sibuk ulas pasal Maharaja Lawak ni. So aku pun ndak ketinggalan la. Bukan mau ikut-ikut orang, tapi sebagai kenang-kenagan di masa depan. Tema minggu ke-3 ialah muzikal komedi. Dalam banyak-banyak tema aku memang paling suka muzikal komedi. Aku memang tunggu tema muzikal komedi ni. Dari rajak lawak 2,3,4 dan 5. Cewah, nampak sangat  aku ni memang peminat setia Raja Lawak kan. Ya ya ya, Raja Lawak 1 aku ndak da tengok pun. Aku ndak perasan kenapa, tapi kalau ndak silap time tu aku kerja di KK. Menyewa sendiri. Tiada ASTRO. So ndak dapat tengok la. Aku start minat si Zizan dan si Johan ni pun sebab diorang dua kan pengacara Raja Lawak 2 sampai ke 5 tu. Sebab tu jadi minat diorang tu.


Bawah ni ada 4 video yang aku rasa terbaik dan memang aku nantikan keempat-empat mereka ini tiap minggu. Best atau tidak persembahan mereka pada pendapat juri, aku tidak pernah peduli. Yang pasti mereka mampu buat aku ketawa sampai hantuk-hantuk muka ke sofa sekali lagi semalam.



Pada pendapat aku, persembahan JOZAN semalam bukan yang terbaik. Tapi aku yakin diorang mampu buat lebih baik. Sebab diorang dua ni memang hantu menyanyi dan menari. Tapi kelainan yang diorang persembahkan semalam menjadikan mereka antara yang terbaik (memang tiap minggu pun terbaik bagi aku). Diorang menyanyikan lirik asal lagu tanpa mengubahnya. Itu yang membuatkan JOZAN lain dari yang lain.




Nabil, memang dari Raja Lawak lagi aku memang minat lawak-lawak dia. Lawak-lawak dia ni memang jenis bersusun dan teratur. Aku suka. Memang dari dulu aku suka lawak-lawak abang bil ni. Seperti 2 minggu sudah, nabil tidak pernah menghampakan. Dia pasti tampil dengan lawak yang berilmu. Bukan lawak bodoh seperti yang lain. Ok to be frank, dan maaf kepada peminat-peminat Amir. Bagi aku Nabil 1000 langkah lagi pandai dari si Amir ni. Jauh sangat bezanya. Nampak sangat perbezaan LAWAK BERILMU dengan LAWAK BODOH .Nabil tidak pernah tampil dengan lawak bodoh yang akan memalukan dirinya sendiri (seperti si Amir tu) Shame on him!. Nabil memang pelawak berilmu. Bagi aku Nabil adalah yang terbaik semalam. 




Pada pendapat aku, muzikal komedi jugak merupakan "makanan" kumpulan Sepah. Aku ingat lagi time final Raja Lawak 3, memang best gila persembahan kumpulan Sepah ni. Persembahan Sepah semalam pun memang best. The best among the best kata orang putih. Yang pasti chemistry mereka bertiga masih mantap seperti dulu lagi. Cumanya, jika dibandingkan dengan yang diorang buat time Final Raja Lawak 3 dulu, aku rasa persembahan yang final tu lagi terbaik. Apapun Sepan tetap menjadi antara pilihan aku.





Jambu ni memang tiada dalam pilihan aku. Kecuali Final Maharaja Lawak nanti ada 4 group atau peserta yang akan membuat persembahan. Tapi yang pasti, Jambu jugak merupakan antara kumpulan yang aku nanti-nantikan persembahannya. Bukan apa, aku tau kepala si Tokei tu pun kepala langsiur.Gila mau mampus. Pesembahan mereka semalam sepertia jugak minggu-minggu yang sudah. Tidak pernah mengecewakan.Paling aku suka adalah trademark diorang " MUKA LAGEND TAPI HATI CUTE". 3 minggu berturut-turut mengenakan pakaian berwarna pink sudah cukup menunjukkan Jambu memang lawak. Harap-harap diorang akan pakai baju pink sampai minggu terakhir sebelum mereka tersingkir or maybe sampai ke Final. Aku memang suka lelaki pakai warna pink ni. Cute-cute jak aku rasa. Bukan apa, bukan semua lelaki berani pakai baju pink ni. So, for those yang berani pakai bermakna mereka LELAKI BERANI biarpun nampak macam jambu dan cute-cute jak. 


Secara keseluruhannya, pada pendapat aku, Maharaja Lawak minggu ke 3 hanya best pada hujung-hujungnya saja bila iaitu ketika Nabil, Sepah, Jambu dan Jozan membuat persembahan. Yang lainnya, sorry to say.. AKU KURANG MINAT! Kalau mereka terkeluar pun, i dont care at all!



P/S Pilihan final aku : JOZAN, NABIL & SEPAH. Kalau ada 4  aku tambah JAMBU!

15 April 2011

J-O-Z-A-N I HEART BOTH OF U!

First,aku mau wish HAPPY BIRTHDAY to ZIZAN! Entah si Zizan ni baca ka tidak blog aku. Mampus la. Suka aku la mau wish pun. Janji aku puas hati.






Second, aku mau wish GOOD LUCK for tonight to JOZAN. Harap-harap malam ni diorang dapat buat aku ketawa sampai hantuk-hantuk muka ke sofa lagi. Sofa jak la yang aku mampu.Proses hantuk muka ke dinding simen aku belum berani. Belum kawin ok!








Bawah ni saja mau buat kenang-kenangan. Maunya aku malas search-search lagi dalam Youtube tu kan.











03 April 2011

Penghujung Cintaku

Aku ka yang ketinggalan?? Baru tau kewujudan lagu ni...ahhh...persetan.






Apa yang aku tau, aku jatuh cinta dengan lagu ni.






First time aku dengar lagu ni time aku di Jakarta hari tu. Pasha Ungu nyanyi time dia kahwin (aku kecewa dia kahwin..oh tidak!).Best tau lagu ni. Best bagi orang yang baru dilamun cinta atau tengah bercinta. Pada yang sudah diambang keretakakan nanti aku cari lagu lain untuk kamurang ok.






Layan dulu...BEST OK..








23 March 2011

Aku Jatuh Cinta Dengan Najwa Latif

Bunyi macam lesbian kan..kan..kan.. ha ha ha. Aku jatuh cinta dengan suara NAJWA LATIF. Entah. Aku rasa aku lagi minat dia dari Yuna. First time aku dengar suara dia ni time kawan aku post video dia di FB. Since dari hari tu aku subscribe Youtube dia. Then aku tambah jatuh cinta minat dia bila dengar lagu bawah ni. BEST! BEST! BEST! tapi ni baru teaser.. Ndak sabar mo dengar yang FULL!







P/S Ndak sabar tunggu dia join AJL!

09 January 2011

...Ramalan awal AJL 25 ...




Hanyut – Faizal Tahir 
 Audi Mok / Faizal Tahir

Selamat Malam – Faizal Tahir 
 Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat – Stacy 
 Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim


Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir 
Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

Ku Ada Kamu – Adira 
Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim


Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali 
 Ana Raffali / Ana Raffali

Mencari Konklusi – Hujan 
 Noh Hujan / Noh Hujan

Noktah Cinta – Hafiz 
Ajai / Shah Qalam

Drama King – Meet Uncle Hussain & Black 
 Taja / Tun Teja

Cinta Sempurna – Yuna
 Yuna / Yuna

Pelita – A.P.I 
 Loque / Loque

Berlari – Tomok 
 Audi Mok / Shazee Ishak Tomok

Sofea Jane – Black 
Sham Kamikaze & Iswandy / Farril

Extravaganza – Bunkface 
Sam Bunkface / Bunkface




Senarai diatas adalah senarai penuh Finalis AJL 25 malam ini. Dan dibawah ini pula ramalam aku untuk AJL kali ini.

Vokal Terbaik : Faizal Tahir
Persembahan Terbaik : Faizal Tahir
3 Lagu Terbaik : 
- Hanyut by Faizal Tahir
- Kebahagiaan dalam Perpisahan - Shahir
- Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

ANUGERAH JUARA LAGU: HANYUT BY FAIZAL TAHIR.


Samada ramalan aku kena atau tidak...jangan lupa malam ni...

HIDUP FT!



24 December 2010

...OMG! I'm in Love..


with this guy!!!!!!!!!!!!!!!



nota kaki tangan dan mulut: lamanya nda update blog!


02 December 2010

...lisa oh lisa part 3...

Lisa sangat cute di Pesta EH...I LIKEEEEEEEEEEEEEE!




...saya berisi bukan sebab saya hamil...

 Biarpun sudah selamat mendirikan rumahtangga pada 12 November 2010 yang lalu, namun masih ada lagi pihak yang tidak habis-habis memperkatakan tentang gosip dia hamil sebelum menikah. Lebih-lebih lagi, kini susuk tubuhnya kelihatan nampak lebih agak berisi berbanding sebelumnya.

Sungguhpun begitu, hal itu sekali lagi telah dinafikan oleh , Raja Farah Raja Aziz, 22.

"Saya akui memang berat badan saya semakin naik tambah-tambah selepas kahwin ini. Namun, bukan sebab ianya berisi kerana saya sedang berbadan dua seperti yang orang cakap tetapi mungkin sebab saya sedang mengambil kursus untuk mendapatkan lesen menyelam skuba di beberapa pulau seperi Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

"Gara-gara kursus itu berat badan saya telah naik mendadak kerana sentiasa lapar dan makan dengan kuantiti yang berlebihan selepas bermain dengan air. Saya sedang cuba nak turunkan berat badan tetapi memang agak sukar kerana saya tidak gemar bersukan," kata Farah yang ditemani suaminya sewaktu menghadiri tayangan preview filem Aku Masih Dara di Cattahy Cineplex e@curve tengah hari semalam.

Menurut Farah lagi kehidupannya kini semakin berubah serta lebih teratur selepas menjadi isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25. Dalam pada itu dia juga mengakui belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini.

"Alhamdulilah kehidupan saya makin indah selepas berumah tangga. Lebih-lebih lagi apabila selalu ditemani suami ke mana sahaja. Saya kini rasa lebih dilindungi dan bahagia.

"Manakala mengenai cahaya mata pula saya tidak merancang, tetapi kalau boleh biarlah rezeki itu datang selepas majlis resepsi saya pada februari tahun hadapan. Kalau boleh saya tak mahu jadi bunting pelamin," jelas Farah kepada murai.com.my.

Masih lagi menjalani pengambaran untuk drama bersiri muzikal Kau Dan Aku bagi musim kedua sehingga 31 Disember ini, Farah bagaimanapun memberitahu, dia bakal memperlahankan aktiviti seninya selepas ini bagi menumpukan kepada bidang perniagaan.

"Setelah menerima pandangan dan nasihat daripada keluarga serta suami, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memperlahankan aktiviti dalam bidang lakonan ini.

"Lagipun suami sudah merancangkan sebuah perniagaan untuk saya. Sebanarnya dah lama, saya idamkan satu perniagaan perkhidmatan spa dan kini suami bakal merealisasikannya," katanya yang akan membuka perniagaan spanya di negeri kelahiran suaminya di Kelantan.

Bukan rimas mahupun serik tetapi Farah berpendapat, sedikit sebanyak tindakannya untuk memperlahankan aktiviti seni itu adalah kerana dia sudah lelah dengan tohmahan yang diterimanya selama ini.

"Sebenarnya agak berat untuk saya meninggalkannya bidang ini. Saya juga sayang dengan dunia lakonan. Tetapi mungkin kini saya dah mula rasa bosan apabila sudah menceburi bidang yang sama sejak saya berusia 15 tahun lagi.

"Tambahan pula, saya kini sudah makin penat dan tertekan dengan gosip yang tidak berasas yang dilemparkan kepada saya selama ini. Sehingga menyebabkan penyakit migraine saya menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini," tambahnya apabila tuduhan yang mengatakan dirinya mengadung anak luar nikah itu telah memberi kesan yang begitu mendalam terhadap diri dan keluarganya.- Murai

Kesian Raja Farah.Nda habis-habis kena fitnah.Aku pun gemuk jugak, nda kan aku pun orang cakap hamil...gila ka apa?? dasar manusia tidak pernah senang tengok orang lain senang.Ada jak yang cemburu. Ada jak yang iri hati. Ish..ish...

26 November 2010

...Anang sudah temui pengganti Kris Dayanti...

Wah..wah..wah... Nampak gayanya Anang sudah mendapatkan pengganti Kris Dayanti. Kalau dulu Kris Dayanti selalu menjadi orang yang akan menyanyikan lagu-lagu Anang dan kadang kala mereka berduet, tapi selepas kes perceraian mereka, Anang sudah pun menjumpai orang yang mampu dan boleh diajak berduet iaitu Aurel. Siapa Aurel?? Aurel ialah puteri sulung Kris Dayanti hasil perkongsian hidupnya dengan Anang. Wah.. wah.. wah... Bijak jugak si Anang ni kan. Hurmm...lagu pun best (lagu-lagu Anang memang majoriti best2). Semoga Aurel ni akan sukses.Sesukses mamanya jugak. Tapi jangan ikut perangai mamanya sudahlah ya...kesian Anang.





nota kaki tangan dan mulut: Sure lepas ni anak dia akan jadi bintang Indonesia yang popular...

24 November 2010

...Rabecca oh Rabecca ...

Hari ni hari Rabecca Nur Islam sedunia ka??? Hari ni saja ada dua orang blogger cerita pasal KESEKSIAN si Rabecca ni. First aku baca entri Aref. Pastu, time blogwalking  aku jumpa pulak entri dari Cik Epal pasal si Rabecca ni. FUH!!GLAMOUR GILA dia hari ni kan.Aku pun nda tau la, kebetulan atau apa, tapi memang jadi isu la keseksian dia ni. Apapun, satu benda aku mau tanya....apa benda putih2 tu???



23 November 2010

Faizal Tahir vs Edry Abdul Halim...

Dibawah ni senarai lagu-lagu yang masuk Anugerah Juara Lagu 25( 2010):


Hanyut – Faizal Tahir 
 Audi Mok / Faizal Tahir

Selamat Malam – Faizal Tahir 
 Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat – Stacy 
 Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim


Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir 
Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

Ku Ada Kamu – Adira 
Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim


Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali 
 Ana Raffali / Ana Raffali

Mencari Konklusi – Hujan 
 Noh Hujan / Noh Hujan

Noktah Cinta – Hafiz 
Ajai / Shah Qalam

Drama King – Meet Uncle Hussain & Black 
 Taja / Tun Teja

Cinta Sempurna – Yuna
 Yuna / Yuna

Pelita – A.P.I 
 Loque / Loque

Berlari – Tomok 
 Audi Mok / Shazee Ishak Tomok

Sofea Jane – Black 
Sham Kamikaze & Iswandy / Farril

Extravaganza – Bunkface 
Sam Bunkface / Bunkface

NAH...macam biasa..FT masuk lagi. Kali ni 2 lagu. Tapi ada saingan baru tahun ni. Edry Kru. Ada 3 lagu ciptaan beliau masuk AJL tahun ni. Sesungguhnya aku tidak sabar menantikan siapakah antara mereka berdua yang bakal menjuarai JL. Atau mungkin orang lain??? Tunggu dan lihat la kan....

Pokoknya....
aku memang nda sabar tunggu AJL 25...


nota kaki tangan dan mulut: Hidup FT!