Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

03 April 2011

Penghujung Cintaku

Aku ka yang ketinggalan?? Baru tau kewujudan lagu ni...ahhh...persetan.






Apa yang aku tau, aku jatuh cinta dengan lagu ni.






First time aku dengar lagu ni time aku di Jakarta hari tu. Pasha Ungu nyanyi time dia kahwin (aku kecewa dia kahwin..oh tidak!).Best tau lagu ni. Best bagi orang yang baru dilamun cinta atau tengah bercinta. Pada yang sudah diambang keretakakan nanti aku cari lagu lain untuk kamurang ok.






Layan dulu...BEST OK..








09 January 2011

...FACEBOOK WILL END ON MARCH...

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.



FUH! Lepas ni mesti semua orang akan sunyi...dan yang pasti Friendster dan Myspace akan kembali aktif. Hurrm...ada kesan ka dengan aku?? To be frank...for sure ada kesan..mungkin tidak banyak,tapi serba sedikit akan menggangu sistem kehidupan aku yang banyak menghabiskan masa berfacebooking berbanding lepak2 di luar. Lepas ni terpaksa la main game yang ada di HP sahaja. No more games on FB. 

Tapi, dalam banyak² ayat si Zukerberg ni, aku rasa mau ketawa guling² bila terbaca “I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”... Ayat "I JUST WANT MY OLD LIFE BACK " tu mengingatkan aku pada seorang kawan yang berkepala memang agak gila a.k.a sewel. Aku pernah cerita² dan konon² meluahkan perasaan sedihku padanya. Ya, dia memang seorang pendengar yang baik dan seorang yang mampu menghilangkan stress dan kesedihan aku. Aku pernah cakap dengan dia sebijik yang si Zuckerberg tu cakap, dan dia menjawab " NAH...KENAPA KAU NDAK MINTAK DENGAN SANTA CLAUS HARI TU TIME KRISMAS"..  aku yang konon² sedih time tu terus ndak terkata apa, langsung aku ketawa terbahak-bahak. Bangang punya kawan. Aku punyalah serius meluahkan kesedihan kepadanya dia boleh jawab macam tu. Serius lepas tu, tension dan kesedihan aku LESAP. Terima kasih kawan..kerana ko sentiasa buat aku Happy. Aku sayang kau..:D

Apapun, mari kita sama-sama tunggu dan lihat, apa akan jadi pada kehidupan manusia² zaman sekarang ini yang terlalu addict dengan Facebook selepas ketiadaan Facebook bermula March nanti.



nota kaki tangan dan mulut: yang pasti...Blog aku akan tetap beroperasi..




02 December 2010

...saya berisi bukan sebab saya hamil...

 Biarpun sudah selamat mendirikan rumahtangga pada 12 November 2010 yang lalu, namun masih ada lagi pihak yang tidak habis-habis memperkatakan tentang gosip dia hamil sebelum menikah. Lebih-lebih lagi, kini susuk tubuhnya kelihatan nampak lebih agak berisi berbanding sebelumnya.

Sungguhpun begitu, hal itu sekali lagi telah dinafikan oleh , Raja Farah Raja Aziz, 22.

"Saya akui memang berat badan saya semakin naik tambah-tambah selepas kahwin ini. Namun, bukan sebab ianya berisi kerana saya sedang berbadan dua seperti yang orang cakap tetapi mungkin sebab saya sedang mengambil kursus untuk mendapatkan lesen menyelam skuba di beberapa pulau seperi Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

"Gara-gara kursus itu berat badan saya telah naik mendadak kerana sentiasa lapar dan makan dengan kuantiti yang berlebihan selepas bermain dengan air. Saya sedang cuba nak turunkan berat badan tetapi memang agak sukar kerana saya tidak gemar bersukan," kata Farah yang ditemani suaminya sewaktu menghadiri tayangan preview filem Aku Masih Dara di Cattahy Cineplex e@curve tengah hari semalam.

Menurut Farah lagi kehidupannya kini semakin berubah serta lebih teratur selepas menjadi isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25. Dalam pada itu dia juga mengakui belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini.

"Alhamdulilah kehidupan saya makin indah selepas berumah tangga. Lebih-lebih lagi apabila selalu ditemani suami ke mana sahaja. Saya kini rasa lebih dilindungi dan bahagia.

"Manakala mengenai cahaya mata pula saya tidak merancang, tetapi kalau boleh biarlah rezeki itu datang selepas majlis resepsi saya pada februari tahun hadapan. Kalau boleh saya tak mahu jadi bunting pelamin," jelas Farah kepada murai.com.my.

Masih lagi menjalani pengambaran untuk drama bersiri muzikal Kau Dan Aku bagi musim kedua sehingga 31 Disember ini, Farah bagaimanapun memberitahu, dia bakal memperlahankan aktiviti seninya selepas ini bagi menumpukan kepada bidang perniagaan.

"Setelah menerima pandangan dan nasihat daripada keluarga serta suami, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memperlahankan aktiviti dalam bidang lakonan ini.

"Lagipun suami sudah merancangkan sebuah perniagaan untuk saya. Sebanarnya dah lama, saya idamkan satu perniagaan perkhidmatan spa dan kini suami bakal merealisasikannya," katanya yang akan membuka perniagaan spanya di negeri kelahiran suaminya di Kelantan.

Bukan rimas mahupun serik tetapi Farah berpendapat, sedikit sebanyak tindakannya untuk memperlahankan aktiviti seni itu adalah kerana dia sudah lelah dengan tohmahan yang diterimanya selama ini.

"Sebenarnya agak berat untuk saya meninggalkannya bidang ini. Saya juga sayang dengan dunia lakonan. Tetapi mungkin kini saya dah mula rasa bosan apabila sudah menceburi bidang yang sama sejak saya berusia 15 tahun lagi.

"Tambahan pula, saya kini sudah makin penat dan tertekan dengan gosip yang tidak berasas yang dilemparkan kepada saya selama ini. Sehingga menyebabkan penyakit migraine saya menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini," tambahnya apabila tuduhan yang mengatakan dirinya mengadung anak luar nikah itu telah memberi kesan yang begitu mendalam terhadap diri dan keluarganya.- Murai

Kesian Raja Farah.Nda habis-habis kena fitnah.Aku pun gemuk jugak, nda kan aku pun orang cakap hamil...gila ka apa?? dasar manusia tidak pernah senang tengok orang lain senang.Ada jak yang cemburu. Ada jak yang iri hati. Ish..ish...

01 December 2010

...Barcelona belasah Real Madrid, Manchester dibelasah 0-4 oleh West Ham......

Aku tau cerita pasal Barcelona belasah Real Madrid ni cerita dua hari lepas. Tapi aku saja ingin simpannya didalam blog buat kenangan di masa depan.

Barcelona  5-0 Real Madrid 



MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol.


Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17.
Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.

Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.

Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.

Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah. - Bharian


West Ham 4-0 Manchester United


West Ham dumped holders Manchester United out of the Carling Cup with a stunning victory inspired by Jonathan Spector's first goals in English football.Spector had never scored during his six seasons in the Premier League but tonight the USA defender struck twice to begin a rout that sent Hammers fans delirious.
Further damage was done by Carlton Cole after the interval with the England marksman pouncing twice to bring feeble United crashing back down to earth after their 7-1 drubbing of Blackburn.
Spector and Cole were brilliantly supported by Victor Obinna with the Nigerian forward, on loan from Inter Milan, having a hand in each goal.
Sir Alex Ferguson made 10 changes to the side that hammered Blackburn last weekend with only Anderson remaining, but the manner of this defeat will still prove difficult to stomach.
Experience was supplied by the likes of Ryan Giggs, Darren Fletcher and John O'Shea but they also wilted in the face of West Ham's onslaught.
Those who had braved the arctic conditions at a near-sold out Upton Park enjoyed a night of high drama, the benefit of which could be felt in the Hammers' Premier League survival bid.
Manager Avram Grant has proved something of a cup specialist but while he will be delighted to see his side through to the semi-finals, he will be just as pleased at having strung together successive victories that could inspire a climb up the table
Wigan were dispatched 3-1 last weekend but Grant made six changes with captain Scott Parker on the bench despite suffering from a chest infection.
There was little sign of the carnage to come early on when the holders were denied the lead by the woodwork with Robert Green showing lightning reflexes to push Gabriel Obertan's shot on to the post.
Anderson expertly picked out Giggs but the Welsh winger's delivery into the box was poor and the ball looped away harmlessly.
Controversy reigned in the 16th minute when West Ham scored through Obinna - only to have the goal ruled out for offside.
Obinna's shot deflected off Spector and the linesman had made the correct decision, but the Hammers were incensed.
Players queued up to demonstrate with referee Mark Clattenburg, who then warned Grant after the Israeli hurled the ball away in disgust after it had gone out of bounds.
Any sense of injustice was soon remedied, however, when Spector nodded West Ham ahead.
Obinna supplied an exquisite chip that Spector, having crept inside Fletcher, headed into the net.
Emboldened by their goal, West Ham attacked with greater conviction but were almost caught by a United counter that ended with a tame header from Obertan.
Cole almost got the better of Fabio before James Tomkins angled a corner wide and in the 37th minute the home side's ascendancy was rewarded once more.
The hapless Fabio was involved as his attempted block of Obinna's shot instead fell into the path of Spector who blasted home from close range.
A header from Bebe was easily saved by Green but most of the action continued to take place at the other end.
A dreadful blunder from Green, who until now had looked rock-solid, almost let United in with his clearance hitting the back of Federico Macheda.
The ball deflected into the path of Javier Hernandez but reinforcements arrived for the Hammers to clear the danger in the nick of time.
United were pouring forward as the expected fightback began in earnest, only to be halted in their tracks in the 55th minute when they were caught on the break.
The superb Obinna was the supplier with his inch-perfect cross met by Cole, who headed the ball home.
There was still more to come from West Ham, however, as little over 10 minutes later Cole slammed home his second after being set up by Obinna.
Zavon Hines had a strong penalty shout rejected by Clattenburg after being shoved in the back by O'Shea, but West Ham had the result wrapped up long ago.
  • Grant: Rout no surprise
    Avram Grant insists West Ham's commanding Carling Cup win over Manchester United did not take him by surprise.
    "I'm not surprised because I've been with the players a long time and in some games here, the second half against Newcastle and the whole game against Liverpool, we've played well,'' he told Sky Sports 1.
    "Today we played fantastic and also scored and we kept a clean sheet. So I'm very happy. I thought we could win, but not by that score. It's very special. To perform like this against the best team today in the country and score four goals, what more can I ask?"
    Grant hailed the efforts of double goalscorer and former Manchester United man Spector, who was handed a chance by the manager after enduring limited playing time at Upton Park up until now.
    "I think he's a professional guy," added Grant. "He's always trying hard, even when he didn't play. Today he got the chance and like every professional player you need to speak only on the pitch - and he spoke very well today."
    He added: "It's a new team with many new players and each game we are better. I'm very pleased by this and I hope we continue winning. If we continue to perform, continue to focus and continue as individuals and as a team then we can do it."
    United boss Sir Alex Ferguson hopes his youngsters will learn their lesson. When asked whether the defeat would make them stronger, the manager told Sky Sports News: "We've always done well at that. Young players have come through these periods. A few years ago we lost to Coventry and they learnt a lesson that day."
    Ferguson admits the Hammers took a better approach to the clash, and feels they benefited from the home support.
    He said: "West Ham approached it more of a cup tie and they got stuck in with well-weighed challenges and things like that. They got the crowd up for them."
    "(There were) too many younger players making errors and giving away goals," he added. "They can't give away goals like that, even though they're young."- Soccernet.com


  • Aku suka kedua-dua berita gumbira ini. Aku suka Barcelona sebab dalam tu ramai pemain Spain. Aku suka MU kalah sebab aku memang anti-MU....opsss...sorry MU Fans.Sabar la ya. Malu eh kalah . Baru jak menang besar kan...apa boleh buat.... MU Fans... ingatlah ya..BOLA ITU BULAT...JANGAN SELALU TAKBUR!


    23 November 2010

    ...kahwin demi wang...

    Pekerja seks berkahwin lelaki tempatan untuk kesenangan


    DANOK, THAILAND: Segelintir lelaki Malaysia yang kemaruk beristeri lebih, dikesan menjadikan pekerja seks dan tukang urut Thailand sebagai sasaran untuk dijadikan isteri mereka sejak dua tahun lalu.


    Difahamkan, kebanyakan lelaki terbabit berkunjung ke sini untuk berfoya-foya di pusat hiburan yang banyak di sini dan berlagak sebagai orang kaya sebelum mengajak pekerja tempat berkenaan berkahwin.


    Imam Masjid Fathuislami yang juga Jurunikah Bertauliah selatan Thailand, di sini, Sufian Ismail, berkata kebanyakan wanita terbabit berkahwin semata-mata kerana mahukan kemewahan dan tidak pernah memeluk Islam sepenuh hati.
    Bagaimanapun, katanya, apabila menyedari suami mereka itu bukanlah orang kaya dan tidak mampu menampung kos sara hidup mereka, ramai dikalangan wanita terbabit kembali kepada pekerjaan dan agama asal selepas bercerai.


    Apabila bercerai, wanita itu kembali kepada agama asal mereka atau murtad serta bekerja semula sebagai pekerja seks. Bekas suami itu juga hanya membiarkan bekas isteri mereka itu murtad, katanya ketika ditemui, di sini.


    Beliau berkata, sepanjang dua tahun lalu 10 wanita Thailand bercerai dan kembali agama asal mereka selepas kecewa dengan perkahwinan mereka membabitkan lelaki Malaysia.


    Sufian berkata, lebih menyedihkan apabila hasil daripada perkahwinan jangka pendek itu ada yang mempunyai anak dan anak itu juga mengikut agama ibu mereka.
    Mereka mengumpan dengan kemewahan yang ditunjukkan dan ia berjaya memikat wanita berkenaan. Selepas perkenalan singkat mereka berkahwin dan wanita itu memeluk Islam, katanya.


    Beliau berkata, pasangan itu akan menyewa rumah di sini dan si suami hanya akan datang menemui isterinya pada hujung minggu atau masa tertentu.


    Tidak lama selepas itu wanita berkenaan menyedari suaminya bukanlah orang kaya seperti yang disangkakan, malah tidak dapat menampung kos sara hidupnya yang sebelum itu mewah, menyebabkan mereka sering bergaduh dan berakhir dengan perceraian, katanya.


    Sufian berkata, dia berasa amat sedih kerana dalam keadaan ini agama Islam dipermainkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.


    Kita juga bimbang kerana anak yang dilahirkan oleh pasangan itu mengikut agama ibunya, sedangkan bapanya Islam, katanya.


    Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Mohd Suhaimi Salleh, ketika dihubungi, berkata beliau kesal kerana ada pihak yang mensia-siakan saudara baru menyebabkannya kembali ke agama asal.


    Perbuatan menceraikan isteri saudara baru menjejaskan imej Islam dan ini jelas menunjukkan mereka berkahwin untuk suka-suka saja, katanya.


    sumber : berita harian


    Kerana wang...manusia ROSAK!


    21 November 2010

    ...bernikah pada usia 16 tahun...

    TEHRAN: Akbar Iran melaporkan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menggesa gadis negara itu bernikah pada usia 16 tahun.


    Presiden itu juga mengkritik umur purata pernikahan di antara 24 dan 26 tahun sekarang.


    Akhbar Jam-e Jam memetik Ahmadinejad sebagai berkata: “Kita patut menjadikan umur pernikahan untuk lelaki kepada 20 dan gadis kepada 16 atau 17 tahun."
    Akhbar lain pula melaporkan beliau sebagai berkata umur paling sesuai untuk pernikahan bagi gadis ialah 17 atau 18 tahun.


    Ahmadinejad selama ini mahukan peningkatan bilangan penduduk dan menolak perancangan keluarga sebagai budaya import Barat.


    Pengkritik berkata dasar itu hanya akan meningkatkan kadar pengganguran kepada 9 peratus.- berita harian



    nota kaki tangan dan mulut: aku umur 26 tahun pun belum mau kawin..:P



    18 November 2010

    ...Korban sempena Raya Korban??..

    Dua maut, 3 parah dalam nahas berasingan

    KOTA KINABALU: Seorang kelindan lori minyak kelapa sawit maut, manakala pemandunya parah selepas kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar pokok di selekoh Kilometer 65, Jalan Ranau-Telupid, berhampiran Kampung Mirulu dekat Ranau, pagi semalam.


    Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Sopian Cinongka, 40, maut akibat parah di kepala dan badan, manakala pemandu lori yang identitinya belum dikenal pasti parah di kepala dan kaki.

    Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan membawa minyak kelapa sawit dari pekan Telupid ke Ranau.
    “Ketika melalui selekoh tajam itu, pemandu lori dipercayai gagal mengawal kenderaannya, lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar beberapa pokok.

    "Mereka tersepit dalam kenderaan itu. Kelindan lori terbunuh di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di Ranau, semalam.


    Suhaimi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Ranau untuk dibedah siasat manakala pemandu itu dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.


    Di
    KINABATANGAN, seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Sandakan-Lahad Datu, semalam. Semua mangsa ialah
    pemandu ketiga-tiga kereta dan wanita yang maut dikenali sebagai Nursia Yusof, 24.

    Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Jaini Abdul Kadir, berkata Nursia, yang berasal dari Tawau, meninggal dunia di tempat kejadian.


    Beliau berkata, kemalangan jam 10.50 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Nursia dalam perjalanan dari Kinabatangan ke Sandakan, bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.


    Akibat pertembungan itu, kenderaan Nursia berpusing ke kiri jalan sebelum dirempuh sebuah kereta lain dari arah Kinabatangan, katanya.


    Jaini berkata, kedua-dua pemandu kereta yang cedera parah dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan dan berada dalam keadaan stabil.


    Sumber:Berita harian


    Setiap kali majlis perayaan, mesti ada kes kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa.Sedih + takut. Minta-minta dijauhkan dari semua itu. Nauzubillah.


    14 November 2010

    ...Saerah oh Saerah...

    Kenapa Siti Nurhaliza Tak Hadir Pernikahan Saerah?


    12 NOV 2010: Sungguhpun terkejut dengan berita adik penyanyi Dato' Siti Nurhaliza iaitu Saerah telah pun berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, namun Murai Batu tetap nak ucapkan tahniah kepada penyanyi ini kerana selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka bernama Saiful Anuar yang berasal dari Kuantan, Pahang.

    Dengarnya, hubungan Saerah dan suaminya itu telah pun mencecah 2 tahun yang mana sewaktu orang heboh dok kata Saerah sibuk bercinta dengan penyanyi dari Singapura iaitu Imran Ajmain, rupa-rupanya mereka dah lama berkenalan.

    Malah,Murai Batu dapat tahu, si kakak Saerah yang sorang lagi , Saida yang baru saja selesai dengan kes rumah tangga pun tidak dapat nak menghidu kisah percintaan Saerah. Biarlah rahsia, katanya...

    Difahamkan, sebelum berkahwin, Saerah ni memang banyak kawan lelaki sehingga keluarga pun tak dapat tahu yang mana satu yang betul-betul serius dengan Saerah sehinggalah dia ambil keputusan nak kahwin dengan Saiful Anuar.

    Apapun, Murai Batu diberitahu, sewaktu majlis nikah yang diadakan di kampung Siti Nurhaliza iaitu di Lipis, semua adik beradik Saerah sempat hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan tersebut.

    Pun begitu, Murai Batu dimaklumkan, kakaknya, Siti Nurhaliza seorang saja yang tidak hadir. Hai kenapa pulak? Bukan ke Siti sangat rapat dengan Saerah?

    Dengarnya, sewaktu majlis diadakan, Siti ada terlibat dengan satu majlis yang tidak dapat dielakkan. Yelah, dah nama pun penyanyi nombor satu negara. Sudah tentu jadual Siti telah pun ditetapkan dari awal.

    Yang penting, walau macam mana sekalipun, Murai Batu nak juga dengar dari pengakuan Saerah sendiri kenapa dia mahu merahsiakan perkahwinannya. Setidak-tidaknya, Saida dan pengurus Siti, Rozie yang juga kakak iparnya telah pun memberikan mengesahkan tentang berita pernikahannya itu. Bagaimana pual dengan tuan empunya diri?

    Nampaknya media kena tunggulah jawapan Saerah selepas dia balik dari berbulan madu di sebuah pusat percutian yang indah di Johor.

    MURAI BATU: Adakah Saerah bakal menimang cahaya mata dulu sebelum Siti?

      Sumber : Murai.com.my



    Alahai....apa lah dia ni..popular nda seberapa tapi selalu buat hal. Dulu bercinta dengan si itu la..dengan si ini la..at last kahwin senyap-senyap...apa kes??



    nota kaki tangan dan mulut: buat apa kahwin senyap²??? motif???


    11 November 2010

    ...Cikgu Oh Cikgu : Harapkan pagar,pagar makan padi...

    Bekas guru dipenjara 18 tahun kerana perkosa murid


    KOTA KINABALU: Seorang bekas guru sekolah rendah swasta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan bagi setiap satu dari dua kesalahan memperkosa seorang murid perempuan Singapura berusia 11 tahun.

    Hakim Mahkamah Sesyen, Duncan Sikodol, memerintahkan hukuman penjara itu ke atas Adrian Simon berjalan serentak.

    Adrian, 31, memperkosa pelajar terbabit ketika murid itu di bilik stor makmal sains SRS Datuk Simon Fung di Likas antara Februari dan Mac, 2010, antara 2.10 petang dan 3.30 petang.
    Dia melakukan kesalahan sama di tempat sama pada 26 Mac, 2010 pada 10.25 pagi.

    Kedua-dua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan.

    Ketika membuat keputusan, Duncan berkata beliau mendapati mangsa sebagai saksi yang boleh dipercayai dan konsisten sekalipun keterangannya diberikan tanpa dibantu.

    “Saya puas hati bahawa pendakwaan (yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah, dan TPR Luke Ressa Balang) telah dapat membuktikan kes di luar keraguan munasabah," katanya.
    Adrian yang diwakili peguam bela, Hairul V Othman, serta merta memohon penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan.

    Hakim meluluskan permohonan itu dan menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan RM1,000 didepositkan bersama dua penjamin.

    Duncan juga kehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu. - Berita Harian-


    Ohhh!Hoiiii!! Apa mau jadi dengan pendidik sekarang?? Ibu bapa hantar anak ke sekolah untuk dididik oleh cikgu bukan untuk dirosakkan.Kau dibayar gaji oleh kerajaan untuk membimbing anak bangsa bukan merosakkan anak bangsa.Hurmm..berbaloikah 18 tahun??


    nota kaki tangan dan mulut: ini baru kes rogol,belum lagi kes liwat...adeiiiiiiiiiiiiii!


    ...Dasar Melayu! pantang tengok perniagaan orang lain maju...

    AC MIZAL BUAT LAPORAN POLIS


    AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

    Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

    Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

    “Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat. 

    “Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.
    Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

    Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

    Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

    “Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

    “Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.-harian metro-


    Itulah realitinya.MELAYU,pantang tengok perniagaan orang lain maju. Mulalah tabur fitnah sana-sini. Mulalah dengki sana-sini.Aku hairan lah.Jangankan bisnes besar²an macam si AC tu, bisnes goreng pisang tepi jalan pun ada musuh ok. Kalau orang bisnes jual makanan maju sikit mula lah keluar cerita-cerita liar mereka "alah,bukan sedap pun makanan kedai tu.mesti ada pelihara toyol", "aku rasa dia ada pakai guna-guna untuk tarik pelanggan lah"..ADUH! Ini lah yang menjatuhkan bangsa Melayu sendiri. Bapak aku paling pantang dengar macam tu. Orang maju sikit, mestilah ada guna-guna.Padahal dia nda tau betapa bersusah-payahnya orang tersebut berusaha untuk sampai ke tahap itu. Tapi aku paling tabek spring dengan cara orang Cina berbisnes. Biar buka kedai makan sebelah-sebelah nda da pun hal dengki mendengki ni.Siap jual benda yang sama pulak tu. Kalau Melayu, jangan harap. Kadang-kadang aku hairan, dorang ni nda percaya dengan rezeki ALLAH ka. Kan rezeki orang lain-lain. Kalau dia maju hari ni, biarlah dia. Kau?? tunggu la.Ada rezeki sampai la masa kau pulak. Tapi kena usahalah. Kalau kau asyik mau jatuhkan orang tanpa berusaha sendiri sampai dunia kiamat pun kau akan terus ditahap itu.



    nota kaki tangan dan mulut: kau duduk goyang kaki mau harap income macam orang yang usaha seprauh nyawa...apa kes???????????????????????


    10 November 2010

    ..Menjadi mangsa kecuaian oran lain...

    Wanita sarat mengandung maut dalam kemalangan

    JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan maut apabila van yang dipandunya dirempuh sebuah lori di KM46.8 Jalan Johor Baharu-Mersing, hari ini.

    Jumirah Soogiman, 36, seorang peniaga yang berasal dari Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


    "Kemalangan pada jam 12.10 tengahari itu dipercayai berlaku apabila lori dari arah Johor Baharu ke Mersing itu terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar van yang dipandu Jumirah," kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata, siasatan lanjut ke atas kemalangan berkenaan sedang dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.-Harian Metro



    Nota kaki tangan dan mulut:


     

    ...Nasfu serakah budak 16 tahun...

    Pelajar 16 tahun dituduh culik, cabul kanak-kanak 8 tahun

    KLANG: Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menculik dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun bulan lalu.

    Bagaimanapun, Majistret Afifah Mamat@Yusof memerintahkan kes itu didengar oleh Mahkamah Juvana pada 11 November ini kerana ia membabitkan remaja bawah umur.

    Afifah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim. 

    Pelajar tingkatan empat itu didakwa menculik mangsa di depan sebuah sekolah di Pandamaran di sini, kira-kira 6.40 petang pada 25 Oktober lalu, mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Dia juga didakwa mencabul mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Teluk Gadong, Pandamaran antara 6.40 petang hingga 7.10 malam pada hari sama mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

    Pelajar lelaki itu yang ditangkap sehari selepas kejadian, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan-bharian.com.my




    Nota kaki tangan dan mulut: aku ada dengar berita beberapa orang pelajar tingkatan satu ditangkap kerana merogol seorag perempuan (rakan sekolah). Gila budak² sekarang ni.Tingakatan 1 sudah pandai benda² seks ni.



    09 November 2010

    ...Kereta Malaysia vs Gajah...

    GUA MUSANG: “Ketika memecut kenderaan, tiba-tiba pandangan saya gelap. Sedar-sedar, saya dapati kereta saya terperosok di bawah perut gajah,” kata Kamal Syazwan Kamarulzaman, 19, yang cedera selepas kereta dipandu merempuh gajah, awal pagi semalam.
    Kejadian berlaku jam 3 pagi di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Sungai Lakit, di sini, ketika Kamal Syazwan bersama isteri dan seorang rakan dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Paloh Satu.

    Kemalangan itu menyebabkan dia dan rakan, Mohd Fikri Mat Nasir, 20, cedera ringan di muka dan menerima rawatan di Pusat Kesihatan Besar Bandar Chiku manakala isterinya, Nur Afiqah Abdul Hamid, 18, bernasib baik kerana tidak cedera.

    Kamal Syazwan yang memandu Proton Iswara Aeroback berkata, dia tidak menyedari seekor gajah liar secara tiba-tiba keluar dari kawasan hutan dan berdiri di tengah jalan menyebabkan dia tidak sempat menekan brek.

    “Memang ketika itu jalan berkenaan sunyi dan tiada kenderaan lain yang lalu menyebabkan saya memecut agak laju,” katanya.

    Menurutnya, sebaik menyedari kereta dipandunya terperosok di bawah perut gajah, dia bersama isteri dan rakan dalam keadaan kelam- kabut bergegas keluar daripada kereta yang remuk kerana bimbang dipijak haiwan itu.

    “Kami bersyukur kerana apabila keluar dari kenderaan, gajah berkenaan meninggalkan kawasan itu dan memasuki kawasan kebun penduduk di Kampung Sungai Lakit,” katanya yang tidak pasti sama ada gajah terbabit cedera atau tidak.

    Kamal Syazwan berkata, dia diberi bantuan penduduk berhampiran yang bergegas keluar dari rumah selepas terdengar bunyi dentuman kuat kenderaannya merempuh gajah. -harian metro-



    nota kaki tangan dan mulut: beilah barangan buatan Malaysia