Lisa sangat cute di Pesta EH...I LIKEEEEEEEEEEEEEE!
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
02 December 2010
14 November 2010
...Nabil oh Nabil - part 2...
Dalam kosmo! arini Nabil tetap bertegas mengatakan yang gambar bercium mulut tu bukan dia dan Qasha. tambahnye lagi ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga.
ape kata nabil:
"Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.
"Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki,"
@: harap2 betol le apa y Nabil cakap nih
Sumber :Copy Paste dari Ambooyats. Sekadar untuk dikongsikan.Sambungan dari kisah Gambar Nabil bercium dengan Qasha.
Semoga itu betul² bukan kau Nabil.
Nota kaki tangan dan mulut: ada orang dengki dengan Nabil??? Motif??
13 November 2010
...Nabil oh Nabil...
Tiga gambar panas mirip Nabil tersebar
2010/11/13
KUALA LUMPUR: Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.
Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.
Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.
Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.
Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.
Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.
Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.
Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.
Ikuti kisah lanjut mengenai kontroversi ini dalam B*POP, Berita Minggu, esok.
Nota kaki tangan dan mulut: Sumber Berita Harian, Gambar credit to Ieyra.com
09 November 2010
...Lisa Surihani vs Jue Aziz...
![]() |
| LBS The Movie |
![]() |
| LBS The Series |
![]() |
| Lisa dan Farid...sesuai... |
![]() |
| Jue Aziz dalam LBS The Series |
Tadi blogwalking sambil tengok Lagenda Budak Setan The Series. Lagenda Budak Setan The Movie aku sudah pernah tengok dulu. Antara Lisa Surihani dan Jue Aziz siapa yang lagi sesuai dengan Farid Kamil????Dua-dua pun ok rasanya. Tapi disebabkan aku rasa aku sudah minat si Lisa Surihani ni aku rasa Lisa lagi sesuai dengan Farid Kamil. Bukan saja didalam filem tapi aku berharap mereka boleh 'bersama' diluar filem. Tapi orang cakap Farid Kamil dengan si Diana Danielle tu. Ish... sesuai ka??? entah la. Aku rasa Lisa lagi sesuai dengan si Farid Kamil tu.Itu pendapat aku lah. Apa yang pasti, itu pendapat aku.Pendapat orang lain, itu hak kamu.
![]() |
| mereka dikatakn bercinta..betul ka??? |
![]() |
| Kan sweet mereka berdua..like it.. |
nota kaki tangan dan mulut: lately macam banyak cerita pasal artis...especially Lisa. Memang aku start angau ngan minah ni....opss..macam lesbo pulak kan...fuh!
p/s Irma sudah kembali solo....hurmmmm
25 October 2010
...Lisa oh Lisa - part 2...
![]() |
| Curik dr Harian Metro |
Tahniah cik Lisa Surihani...sebab menang Anugerah Pelakon Terbaik FFM ke 23. Walaupun R kamu bekarat tapi kamu tetap maintain cute dengan dress hijau itu...
nota kaki tangan dan mulut: tiba² aku macam minat cik lisa ini..
16 October 2010
...Lisa oh Lisa...
tapi aku suka tengok dia...
comel...
cute...
cantik...
tapi ...
tadi selepas tengok Mari Menari...
baru aku perasan...
yang 'R' si Lisa ni bekarat...
atau dalam erti kata lain...
dia ni pelat...
selama ni macam ndak perasan...
tapi tadi betul² clear R dia bekarat...
hahaha..
tapi tidak mengapa CIK LISA...
kamu tetap cute dan comel...
I LIKE!!!!
nota kaki tangan dan mulut:yes..dapat upload sudah gmbr si lisa comel...
Subscribe to:
Posts (Atom)









