Ini lagu Grenade versi Bruno Mars.
Ini pulak Grenade versi Nabit ft Lalat.
Dan...
Aku ndak sabar mau tunggu lagu Grenade versi kentut dari EDA SUHAILI!
Bangang kawan aku satu orang ni. Kalau iya pun mau buat aku happy, jangan la sampai buat idea bodoh macam ni. Adoi!
Tapi Eda, kalau betul-betul kau berjaya buat lagu Grenade versi KENTUT kau akan jadi famous mengalahkan Bruno Mars. Silap-silap Bruno Mars mintak ko punya autoghraph.
So, kepada sahabat ku Eda Suhaili, belajar rajin-rajin. Sudah berjaya, panggil aku dengar. Kalau betul berjaya, busuk pun busuk la janji bunyi lagu Grenade!
p/s Eda Suhaili ni memang kadang-kadang bangang!
Showing posts with label Nabil. Show all posts
Showing posts with label Nabil. Show all posts
26 April 2011
16 April 2011
Jozan,Nabil dan Sepah - Pilihan Aku : TERBAIKKKKKK!!!
Semalam kan Maharaja Lawak minggu ke 3.Orang lain sibuk ulas pasal Maharaja Lawak ni. So aku pun ndak ketinggalan la. Bukan mau ikut-ikut orang, tapi sebagai kenang-kenagan di masa depan. Tema minggu ke-3 ialah muzikal komedi. Dalam banyak-banyak tema aku memang paling suka muzikal komedi. Aku memang tunggu tema muzikal komedi ni. Dari rajak lawak 2,3,4 dan 5. Cewah, nampak sangat aku ni memang peminat setia Raja Lawak kan. Ya ya ya, Raja Lawak 1 aku ndak da tengok pun. Aku ndak perasan kenapa, tapi kalau ndak silap time tu aku kerja di KK. Menyewa sendiri. Tiada ASTRO. So ndak dapat tengok la. Aku start minat si Zizan dan si Johan ni pun sebab diorang dua kan pengacara Raja Lawak 2 sampai ke 5 tu. Sebab tu jadi minat diorang tu.
Bawah ni ada 4 video yang aku rasa terbaik dan memang aku nantikan keempat-empat mereka ini tiap minggu. Best atau tidak persembahan mereka pada pendapat juri, aku tidak pernah peduli. Yang pasti mereka mampu buat aku ketawa sampai hantuk-hantuk muka ke sofa sekali lagi semalam.
Pada pendapat aku, persembahan JOZAN semalam bukan yang terbaik. Tapi aku yakin diorang mampu buat lebih baik. Sebab diorang dua ni memang hantu menyanyi dan menari. Tapi kelainan yang diorang persembahkan semalam menjadikan mereka antara yang terbaik (memang tiap minggu pun terbaik bagi aku). Diorang menyanyikan lirik asal lagu tanpa mengubahnya. Itu yang membuatkan JOZAN lain dari yang lain.
Nabil, memang dari Raja Lawak lagi aku memang minat lawak-lawak dia. Lawak-lawak dia ni memang jenis bersusun dan teratur. Aku suka. Memang dari dulu aku suka lawak-lawak abang bil ni. Seperti 2 minggu sudah, nabil tidak pernah menghampakan. Dia pasti tampil dengan lawak yang berilmu. Bukan lawak bodoh seperti yang lain. Ok to be frank, dan maaf kepada peminat-peminat Amir. Bagi aku Nabil 1000 langkah lagi pandai dari si Amir ni. Jauh sangat bezanya. Nampak sangat perbezaan LAWAK BERILMU dengan LAWAK BODOH .Nabil tidak pernah tampil dengan lawak bodoh yang akan memalukan dirinya sendiri (seperti si Amir tu) Shame on him!. Nabil memang pelawak berilmu. Bagi aku Nabil adalah yang terbaik semalam.
Pada pendapat aku, muzikal komedi jugak merupakan "makanan" kumpulan Sepah. Aku ingat lagi time final Raja Lawak 3, memang best gila persembahan kumpulan Sepah ni. Persembahan Sepah semalam pun memang best. The best among the best kata orang putih. Yang pasti chemistry mereka bertiga masih mantap seperti dulu lagi. Cumanya, jika dibandingkan dengan yang diorang buat time Final Raja Lawak 3 dulu, aku rasa persembahan yang final tu lagi terbaik. Apapun Sepan tetap menjadi antara pilihan aku.
Jambu ni memang tiada dalam pilihan aku. Kecuali Final Maharaja Lawak nanti ada 4 group atau peserta yang akan membuat persembahan. Tapi yang pasti, Jambu jugak merupakan antara kumpulan yang aku nanti-nantikan persembahannya. Bukan apa, aku tau kepala si Tokei tu pun kepala langsiur.Gila mau mampus. Pesembahan mereka semalam sepertia jugak minggu-minggu yang sudah. Tidak pernah mengecewakan.Paling aku suka adalah trademark diorang " MUKA LAGEND TAPI HATI CUTE". 3 minggu berturut-turut mengenakan pakaian berwarna pink sudah cukup menunjukkan Jambu memang lawak. Harap-harap diorang akan pakai baju pink sampai minggu terakhir sebelum mereka tersingkir or maybe sampai ke Final. Aku memang suka lelaki pakai warna pink ni. Cute-cute jak aku rasa. Bukan apa, bukan semua lelaki berani pakai baju pink ni. So, for those yang berani pakai bermakna mereka LELAKI BERANI biarpun nampak macam jambu dan cute-cute jak.
Secara keseluruhannya, pada pendapat aku, Maharaja Lawak minggu ke 3 hanya best pada hujung-hujungnya saja bila iaitu ketika Nabil, Sepah, Jambu dan Jozan membuat persembahan. Yang lainnya, sorry to say.. AKU KURANG MINAT! Kalau mereka terkeluar pun, i dont care at all!
P/S Pilihan final aku : JOZAN, NABIL & SEPAH. Kalau ada 4 aku tambah JAMBU!
14 November 2010
...Nabil oh Nabil - part 2...
Dalam kosmo! arini Nabil tetap bertegas mengatakan yang gambar bercium mulut tu bukan dia dan Qasha. tambahnye lagi ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga.
ape kata nabil:
"Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.
"Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki,"
@: harap2 betol le apa y Nabil cakap nih
Sumber :Copy Paste dari Ambooyats. Sekadar untuk dikongsikan.Sambungan dari kisah Gambar Nabil bercium dengan Qasha.
Semoga itu betul² bukan kau Nabil.
Nota kaki tangan dan mulut: ada orang dengki dengan Nabil??? Motif??
13 November 2010
...Nabil oh Nabil...
Tiga gambar panas mirip Nabil tersebar
2010/11/13
KUALA LUMPUR: Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.
Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.
Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.
Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.
Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.
Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.
Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.
Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.
Ikuti kisah lanjut mengenai kontroversi ini dalam B*POP, Berita Minggu, esok.
Nota kaki tangan dan mulut: Sumber Berita Harian, Gambar credit to Ieyra.com
Subscribe to:
Posts (Atom)


