Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts

21 May 2011

Sepah Terbaik!! Jozan Tetap Dihati Aku!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Sabtu ^____^,




Sumpah aku cakap, dalam banyak-banyak lawak dalam MAHARAJA LAWAK Minggu ke-8 semalam, aku rasa SEPAH yang TERBAIKKKKKKKKKKKK!!!!  Memang menjadi lah kan lawak makcik-makcik kampung diorang tu. Aku ketawa sampai ndak ingat dunia. Aku tengok ML sambil jahit manik baju kurung  aku. Ketawa ndak ingat dunia,nasib baik jugaklah kan ndak tercucuk jarum.Silap-silap haribulan jadi macam kaki MAK TOM kan.



Serius aku cakap memang menjadi lawak diorang ni. Mari kita layan lawak diorang dulu. Tengok ko ketawa ka ndak???








Bawah ni pulak lawak JOZAN. Agak kureng, tapi JOZAN tetap dihati aku. Jozan tetap pilihan no. 1 aku.






Bagi aku, lawak Jozan kurang menarik. Sebabnya, entah la. Lawak tu memang la lawak. Tapi, aku tengok macam tiada motif. Tapi aku suka kelainan yang mereka buat. Time lampu off, diorang imagine tengah terang benderang dan time lampu on diorang imagine keadaan tengah blackout. Idea yang baik. Tapi bagi aku, setakat minggu ke-8 ni, aku paling suka lawak Jozan minggu yang ke-5. 






Sumpah, time ni aku ketawa gila-gila babi. Especially bab rupa-rupanya tukang tarik kereta tu si Mail Lambung tu boipren adik si pemilik kereta. Serius lawak. Ketawa ndak ingat dunia aku time ni.Yang lain, aku rasa lawak diorang best tapi bukan terbaik antara semua yang ada.



Tapi, apapun, Jozan tetap terbaik dihati aku. 






p/s Ahmad Idham ada cakap, yang rajin mengundi bukan makcik-makcik tapi golongan muda... betulkah???



16 April 2011

Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil

Terkejut tahap bapak beruk aku baca artikel dari blog Abang Budiey ni. Oleh kerana terlampau busy kemarin, aku ndak banyak main twitter. Ni pun aku baru buka-buka blog Abang Budiey ni dan baru tahu yang Zizan kemalangan kemarin. Patutlah dalam twitter Zizan ada ucap syukur. Apapun, semoga Zizan sihat-sihat hendakNya.

Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil



PETALING JAYA: Pelakon komedi dan pengacara Zizan (Raja Lawak) terlibat dengan kemalangan kira-kira pada pukul 3 petang Jumaat. Dia bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan muncul pada pertandingan Maharaja Lawak malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Marina Juki.


Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak



Kata Marina, insiden yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur itu hanya melibatkan kemalangan kecil dan tidak mencederakan pelawak itu.

“Tiada apa yang serius. Hanya kemalangan kecil dan kami tidak apa-apa. Cuma cermin kereta Zizan saja yang pecah. Bagaimanapun, dia akan tetap meneruskan saingan dalam Maharaja Lawak malam ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pertandingan yang melibatkan barisan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima itu, Zizan bergandingan dengan Johan dengan menggunakan nama Jozan.

Persaingan Maharaja Lawak untuk minggu ketiga yang berlangsung malam ini akan menyaksikan penyingkiran tiga peserta.

Dua peserta dengan undian terendah daripada minggu lepas akan disingkirkan sebelum pertandingan manakala peserta yang mendapat undian terendah malam ini akan disingkirkan di akhir rancangan.
Bermula minggu ini, Maharaja Lawak akan bersiaran di Astro Warna (saluran 132). via Mstar Online.


Sumber : Budiey.com



Jozan,Nabil dan Sepah - Pilihan Aku : TERBAIKKKKKK!!!

Semalam kan Maharaja Lawak minggu ke 3.Orang lain sibuk ulas pasal Maharaja Lawak ni. So aku pun ndak ketinggalan la. Bukan mau ikut-ikut orang, tapi sebagai kenang-kenagan di masa depan. Tema minggu ke-3 ialah muzikal komedi. Dalam banyak-banyak tema aku memang paling suka muzikal komedi. Aku memang tunggu tema muzikal komedi ni. Dari rajak lawak 2,3,4 dan 5. Cewah, nampak sangat  aku ni memang peminat setia Raja Lawak kan. Ya ya ya, Raja Lawak 1 aku ndak da tengok pun. Aku ndak perasan kenapa, tapi kalau ndak silap time tu aku kerja di KK. Menyewa sendiri. Tiada ASTRO. So ndak dapat tengok la. Aku start minat si Zizan dan si Johan ni pun sebab diorang dua kan pengacara Raja Lawak 2 sampai ke 5 tu. Sebab tu jadi minat diorang tu.


Bawah ni ada 4 video yang aku rasa terbaik dan memang aku nantikan keempat-empat mereka ini tiap minggu. Best atau tidak persembahan mereka pada pendapat juri, aku tidak pernah peduli. Yang pasti mereka mampu buat aku ketawa sampai hantuk-hantuk muka ke sofa sekali lagi semalam.



Pada pendapat aku, persembahan JOZAN semalam bukan yang terbaik. Tapi aku yakin diorang mampu buat lebih baik. Sebab diorang dua ni memang hantu menyanyi dan menari. Tapi kelainan yang diorang persembahkan semalam menjadikan mereka antara yang terbaik (memang tiap minggu pun terbaik bagi aku). Diorang menyanyikan lirik asal lagu tanpa mengubahnya. Itu yang membuatkan JOZAN lain dari yang lain.




Nabil, memang dari Raja Lawak lagi aku memang minat lawak-lawak dia. Lawak-lawak dia ni memang jenis bersusun dan teratur. Aku suka. Memang dari dulu aku suka lawak-lawak abang bil ni. Seperti 2 minggu sudah, nabil tidak pernah menghampakan. Dia pasti tampil dengan lawak yang berilmu. Bukan lawak bodoh seperti yang lain. Ok to be frank, dan maaf kepada peminat-peminat Amir. Bagi aku Nabil 1000 langkah lagi pandai dari si Amir ni. Jauh sangat bezanya. Nampak sangat perbezaan LAWAK BERILMU dengan LAWAK BODOH .Nabil tidak pernah tampil dengan lawak bodoh yang akan memalukan dirinya sendiri (seperti si Amir tu) Shame on him!. Nabil memang pelawak berilmu. Bagi aku Nabil adalah yang terbaik semalam. 




Pada pendapat aku, muzikal komedi jugak merupakan "makanan" kumpulan Sepah. Aku ingat lagi time final Raja Lawak 3, memang best gila persembahan kumpulan Sepah ni. Persembahan Sepah semalam pun memang best. The best among the best kata orang putih. Yang pasti chemistry mereka bertiga masih mantap seperti dulu lagi. Cumanya, jika dibandingkan dengan yang diorang buat time Final Raja Lawak 3 dulu, aku rasa persembahan yang final tu lagi terbaik. Apapun Sepan tetap menjadi antara pilihan aku.





Jambu ni memang tiada dalam pilihan aku. Kecuali Final Maharaja Lawak nanti ada 4 group atau peserta yang akan membuat persembahan. Tapi yang pasti, Jambu jugak merupakan antara kumpulan yang aku nanti-nantikan persembahannya. Bukan apa, aku tau kepala si Tokei tu pun kepala langsiur.Gila mau mampus. Pesembahan mereka semalam sepertia jugak minggu-minggu yang sudah. Tidak pernah mengecewakan.Paling aku suka adalah trademark diorang " MUKA LAGEND TAPI HATI CUTE". 3 minggu berturut-turut mengenakan pakaian berwarna pink sudah cukup menunjukkan Jambu memang lawak. Harap-harap diorang akan pakai baju pink sampai minggu terakhir sebelum mereka tersingkir or maybe sampai ke Final. Aku memang suka lelaki pakai warna pink ni. Cute-cute jak aku rasa. Bukan apa, bukan semua lelaki berani pakai baju pink ni. So, for those yang berani pakai bermakna mereka LELAKI BERANI biarpun nampak macam jambu dan cute-cute jak. 


Secara keseluruhannya, pada pendapat aku, Maharaja Lawak minggu ke 3 hanya best pada hujung-hujungnya saja bila iaitu ketika Nabil, Sepah, Jambu dan Jozan membuat persembahan. Yang lainnya, sorry to say.. AKU KURANG MINAT! Kalau mereka terkeluar pun, i dont care at all!



P/S Pilihan final aku : JOZAN, NABIL & SEPAH. Kalau ada 4  aku tambah JAMBU!

15 April 2011

J-O-Z-A-N I HEART BOTH OF U!

First,aku mau wish HAPPY BIRTHDAY to ZIZAN! Entah si Zizan ni baca ka tidak blog aku. Mampus la. Suka aku la mau wish pun. Janji aku puas hati.






Second, aku mau wish GOOD LUCK for tonight to JOZAN. Harap-harap malam ni diorang dapat buat aku ketawa sampai hantuk-hantuk muka ke sofa lagi. Sofa jak la yang aku mampu.Proses hantuk muka ke dinding simen aku belum berani. Belum kawin ok!








Bawah ni saja mau buat kenang-kenangan. Maunya aku malas search-search lagi dalam Youtube tu kan.