Showing posts with label Mengarut. Show all posts
Showing posts with label Mengarut. Show all posts

11 September 2011

Di Pagi Hari Minggu

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⓀⓊⓂ!!!

Di pagi hari minggu, aku masih lagi bermalas-malas di atas katil. Ndak tau anak dara spesis apa la aku ni. Sudah jam 9 masih bermalas-malas padahal baju kotor penuh satu basket tu. Tapi seingat aku, semalam adik aku ada menyuci pakaian, bermakna pagi ini jemuran penuh dengan kain-kain dia. So besok baru aku boleh menyuci. Alasan kukuh!!!


Tadi mamak ajak ke Giant. Biasanya kalau hari munggu kami bejalan seawal jam 10 tapi memandangkan ada majlis aqiqah yang perlu mamaku hadiri, misi meronda-ronda bandar Tawau dilewatkan sedikit. Aku kan "supir peribadi" mamaku. Ikut saja lah.


Tiba2 aku tersedar, apa bah aku mengarut pagi-pagi buta ni.

Ok!! Im off!!! Misi ke dapur mencari makanan. Perut sudah pasang lagu keroncong la.

Sampai jumpa di entri mengarut seterusnya.



P/s mentang-mentang baru download application BLOGGER.


17 April 2011

Air Kelapa Boleh Buat Orang Pitam kah?????


Assalamualaikum semua.Cewah.Suci murni aku di pagi ahad ni kan. Biasanya main bedal jak aku punya intro. Tapi ndak salah jugak kan. Aku Islam pulak, so ndak salah kan bagi salam.


Sebenarnya aku ni tengah tunggu mak kesayangan aku bersiap. So sementara menunggu ni menyempat lagi aku menhapdet blog ni hah. Biasalah, hari ahad kan hari untuk menemani dan menjadi driver mak aku. Sudahnya isnin sampai sabtu asyik keluar ngan En. Boipren so pandai-pandai la bahagikan masa. Anak mithali la katakan.


Ok. Lupakan bab anak-anak mithali ni. Berbalik kepada tajuk kita pada pagi ini (OMG! sounds like aku ni penceramah bebas tidak berbayar pulak), semalam aku pitam time tengah syok kena buli oleh En. Boipren di gym. Punya la dia mau jadi coach sampai beriya paksa aku. Aku ni memanglah jenis suka kena paksa, tapi semalam aku ndak tau kenapa aku rasa aku almost flat. Aku bagitau en. Boipren aku ndakda tenaga sudah ni (padahalnya, aku exercise benda yang sama yang selalu aku buat juga). Tapi dia paksa aku jugak. Beriya suruh aku guna kekuatan mental. Mental la sangat. Yang aku ni pun konon jenis dengar cakap. Lagipun aku memang konon-konon tengah berdiet keras. Termasuk semalam,sudah 4 hari aku ndak sentuh nasi. Konon la kan ndak mau makan nasi, tapi bak kata kumpulan Sepah, "Gajah tu bertahun-tahun ndak makan nasi, ndak kurus pun" tiongggg!!!. 


Dipendekkan cerita, selepas membuat aktiviti yang dipaksa oleh en. boipren, masuk set yang ketiga, tiba-tiba aku rasa kepala berpinar.!@#$%^&*()_)(*&^$... Uiks.. kenapa tiba-tiba aku rasa macam bukan berada di dunia nyata ni. PERGHH!! Pitam??? wah wah wah... si Otromen pitam. Seumur hidup aku, ini maybe kali yang ke 3 aku pitam.Trep-trep aku ni hebat la kan ndak pernah pitam. Aku ingat lagi time sekolah rendah dulu, suka sangat ikut perbarisan. Tapi aku bangga, ndak pernah pitam time perbarisan sukan sekolah tu. Ni baru suruh senaman lebih sikit tiba-tiba rasa mau pitam. Aku sure, mesti en.boipren ingat aku saja mau lari dan mau escape. Sumpah en. boipren, saya betul-betul rasa mau pitam. Sudahnya, aku keluar dari gym tu. Konon-konon mau ambil angin luar, berharap dapat kembali ke normal. Tangan, kaki kepala suma rasa ringan dan lemah. Aku duduk. En. boipren marah. Katanya nanti bontot tambah besar. OMG! Dia suruh aku bediri. Wei! ada jugak aku tejepuk jatuh ni. At last aku serius ndak tahan, aku baring jak atas lantai di luar gym tu. Mampus la. Aku ndak peduli sudah. Kotor pun kotor la. Janji aku ndak pengsan. Lepas baring tu, lepas beberapa minit, baru aku rasa lega.Yang paling best, tetiba la kan perut aku meragam. Kentut baik punya. Angin keluar sabung-menyabung macam kilat. Lepas kentut, serius, SUMPAH! LEGA WEI!.


Hiasan semata-mata


Tahu pucat muka en. boipren tengok aku pitam. HAH! Paksa lagi. Paksa lagi. Tang-tang tu en. boipren ajak balik. Masuk dalam kereta, penat aku berfikir. Kenapa boleh tiba-tiba rasa mau pitam. Biasanya ok jak pun. Bukan baru first time aku main gym ni. Fikir punya fikir punya fikir,ya ampun tengahari dan petang td aku minum air kelapa. Aku ndak tau betul ka ndak, tapi mak aku cakap, air kelapa memang bagus untuk cuci sistem pencernaan tapi ianya jugak boleh melemahkan badan. Ok, melemahkan. Setakat melemahkan tiada masalah.Ndakkan la sampai boleh buat pitam kan.Aku sambung berfikir lagi kenapa aku betul-betul teruk hari ini. Fikir punya fikir punya fikir,tiba-tiba aku terfikir, sebelum minum air kelapa tu aku minum kopi pearl kacip fatimah.Fungsi??/ Untuk kelihatan gagah malam ni. Jeles wei ngan Eda. Dia main gym 2 jam setengah. AKu paling lama mampu pun 1 jam. Itu pun banyak rehat. So hantam kacip fatimah la. Adakah mungkin KACIP FATIMAH + AIR KELAPA boleh melemahkan sistem badan aku.Atau pun sebab aku campur dua minuman ni. OH! TIDAK! Tapi yang pasti dan tidak syak lagi, dua benda tu yang buat aku memalukan diri di gym. Nasib baik malam minggu.Ndak ramai orang kalau tidak malu jugak aku kan. 


Moral of the story, jangan campur-campur minuman anda. Jika tidak ianya mampu membuat anda pitam dan mungkin jugak keracunan. eh... keracunan???? boleh ka??? Entah...




p/s tapi sebelum pegi gym tu aku telan sepirulina, minyak ikan dan prime rose. hah! apa cerita????




p/s/s baru post benda alah ni. Draft dari pagi tadi... tionggg!!!





15 April 2011

Masih dalam Draft

Sebenarnya aku ada satu entri yang masih dalam draft lagi iaitu entri time percutian ke Jakarta-Bandung hari tu. Tapi sampai sekarang belum terpost-post sebabnya semua gambar-gambar tu ada dalam laptop adik aku. Arghh... dan sesungguhnya aku sangatlah pemalas untuk menyucuk pendrive dan mengkopi pastekan gambar-gambar itu ke dalam pendrive. 


Syabas Rina!

06 April 2011

Bila aku diremove dari friend list FB orang

Aku rasa mau lari keliling kampung.. Eh.. Keliling Tawau sambil guling2. Sebabnya aku rasa lawak. Lawak sebab yang remove aku tu orang yang add aku. Diorang yang add. Bukan aku suruh pun. Ok.. Aku guna perkataan dorang sebab ini bukan kali pertama... Macam kali yang ketiga aku kenak. Aku ndak marah. Sikit pun tidak sebab bagi aku diorang-diorang ni bukan ada kepentingan pun dalam hidup aku. So aku ndak kisah pun.Cumanya yang buat aku rasa mo ketawa guling-guling adalah aku rasa lucu tiap kali aku diremove. Entah kenapa. Rasa macam di geletek2 ketiak aku yang ndakda bulu ni.*perasan*.


Prinsip aku, aku ndakkan remove orang.Sebabnya aku bukan jenis suka add orang sesuka hati. Orang yang aku add pasti ada kepentingan dengan aku. So aku ndakkan simply2 mau remove orang dari list aku.Even orang2 yang add aku pun. Sebab bagi aku remove orang yang add aku adalah kerja orang-orang yang ndak matang. Lucu bah. Dia add aku as a friend. Then aku dengan ikhlas terima dia AS A NEW FRIEND. Kau baik ka jahat, belakang cerita.Sepanjang aku berfacebooking ni seingat aku baru sekali aku remove orang aka block orang tu sebab dia mengugut mau bunuh aku gara2 mengomen ganas di FB aku sendiri. Dan selebihnya, even aku ndak suka tu orang pun, aku ndakkan remove selagi mereka tidak mengganggu hidup aku. Apa dia mau post. Persetankan aja. Itu hak dia. Sama macam aku yang persetankan orang lain bila aku mau post apa saja di FB aku. Satu aku buat kalau aku ndak suka orang, aku hide post2 orang yang aku ndak suka tu. Namanya buang or remove dia.. Never. Sebab once dia terima aku as a friend dan aku terima dia as a friend, kau tetap akan jadi friend dalam list aku.TITIK.





P/s but i dont even care





Sent via blogspace for iPhone BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

19 March 2011

hujung minggu yang lepas (entah berapa banyak lepas sudah ni)

Gambar-gambar bawah ni antara gambar-gambar(yang jadi) yang aku dan si Yuli sempat ambil time kami datang gila mau berphotoshoot. BERDUA. Diulangi BERDUA. AKU dan YULI sahaja. Tiada photographer upahan.Tiada photographer professional. Yang ada cuma aku dan yuli (dialah model dia la photographer). Sebab tu hasil yang diperolehi tidak secantik dan semenarik hasil-hasil dari photographer yang hebat. But at least aku bangga jugak sebab ada usaha sendiri. Lagi pun semua ni saja-saja sekadar mengisi masa lapang. Lokasi: Shan Shui Golf & Country Club.
Sebab pemilihan lokasi: Lokasi yang di plan rupanya belum siap
Masa: petang minggu


notes: gambar yang ada tag 'rinadorinabahar' adalah edited pic. Semua gambar-gambar Yuli unedited sebab aku malas sudah mau edit.
















P/S next time tunggu dD balik

16 March 2011

Kenapa...kenapa...kenapa???



Kenapa lepas makan mata mesti mengantuk???

Tapi orang cakap lepas makan ndak bagus tidur. Boleh mengemukkan...

Aduiii...asi ka aku persetankan jak tu kesan tidur lepas makan tu...

Serius wei..aku mengantuk gilak...

mungkin disebabkan aku ndak da minum kopi hari ni...

WTH!!!

Kopi @ tidur???/

*thinking*


11 March 2011

Putera Katak vs Otromen Taro

 Ini putera katak

Ini Otromen Taro

Dulu Putera Katak sendirian sekarang sudah ada Otromen Taro untuk temankan Putera Katak.



03 January 2011

...Mari Serbu Bank...

Hari ini, hari pertama hari bekerja tahun 2011 ni... dan hari ini jugak hari yang dinanti-nantikan oleh pemegang saham ASB. So..mari kita ramai-ramai serbu bank...AYOKKKKKKKKKKKk!



20 December 2010

Semua orang gaji awal.............

Semua orang gaji awal...TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNN!! Aku tengah kopak ni. Duit habis shopping time bercuti hari tu....erghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! BOSS....bolehkah company kita pun gaji awal walaupun nda ada satu staff pun dalam company ni yang sambut Krismas?? BOLEH LAHHH...PLEASEEEEEEEEEEEEEEE!!!



18 December 2010

...maaf...aku menduakan mu...

Bukan niat untuk menduakan dirimu. Sumpah sedikit pun tidak pernah terdetik dihatiku untuk menduakan dirimu. Tapi apakan daya. Aku sudah buat terbaik untukmu. Bersamamu walau kemana jua aku pergi.Tapi kenapa kau tidak pernah memberikan yang terbaik untuk aku. Salah aku ka?? Tidak..kau yang salah. Disebabkan kelemahan kau aku terpaksa menduakanmu. Mencari pengganti yang lebih sempurna darimu. Andainya suatu masa nanti, kau berikan apa yang aku inginkan, Aku pasti akan setia padamu.Itu janji ku. Itu sumpahku...

MAAFKAN AKU DIGI! Aku terpaksa menduakan mu. Kini aku memiliki no Maxis. Bukan niat menduakan mu, cumanya, seperti yang kau khabarkan kepadaku, memandangkan 3G Digi belum ada di Tawau, aku terpaksa mencari Maxis untuk mendapatkan perkhidmatan. Aku tau, package yang kau tawarkan lebih berbaloi, tapi apakan dayaku, aku hanya mampu tersenyum dikala melihat bayaran bulanan dari Digi lebih murah dari Maxis. Tapi, semua itu hanya sementara, aku janji, bila kontrakku bersama Maxis habis dan kau sudah sampai ke kawasan tanah tumpah darahku, aku akan setia...hanya PADAMU DIGI!



29 November 2010

...Bahaya bila putus tunang...

Selama ni, aku bukan kenal pun si Cikgu Shida ni. Bila orang sibuk post di FB pasal video miming dia ni, aku buat dunno jak. Sebabnya, bagi aku dia ni salah satu orang-orang yang "tiada kerja cari kerja buat". Bukan dia sendiri yang buat video miming tu. Ramai gilak. So. aku buat dunno la. Sampailah last week kalau aku nda silap, aku terlihat satu video dia. Orang cakap paling latest.Dia miming lagu "Kalau Berpacaran". Kebetulan time tu aku memang asyik dengar lagu Ana Rafali di winamp aku. So, aku pun dengan tanpa rasa segan silu klik la "PLAY". Bila tengok aksi cikgu satu orang ni, terfikir jugak dalam kepala hotak aku ni, Cikgu ni memang mereng ni. Nda ada kerja la ni. Kan sekarang cuti sekolah. Ni la orang tiada kerja cari kerja buat.Tapi serius aku cakap, video dia tu macam berhantu tau. Bila tiap kali aku dengar lagu Kalau Berpacaran ni,nda kira la di mana jua, di opis, di rumah malahan dalam kereta, aku siap boleh terbayang-bayang reaksi dia dalam video tu. Serius Berhantu wei. Entahlah, cikgu ni ada bagi aku minyak senyonyong kali kan. ISH!

Pagi tadi, time blogwalking, aku jumpa dalam blog Cikgu Dahlia" Kenapa Cikgu Shida ni jadi macam tu". Aku malas mau ulas panjang lebar, just klik blog Cikgu Dahlia, dalam tu kamu akan jumpa jawapannya.
Blog Cikgu Dahlia.Sambil-sambil tu enjoykan diri anda dengan video cikgu satu orang ni.



Hah! Amacam. Sudah dapat info. Bahaya jugak kan panahan putus tunang ni. Aku rasa dia tu memang sayang gilak dengan ex-tunang dia tu. Itu yang jadi macam tu tu. Dia ni pun satu la, muka bukan nda lawa pun. Lawa la jugak. Kalau tunang ko tu sudah nda mau, ko cari lain la. Sure ramai orang mau. Lagi-lagi zaman sekarang ni, mak bapak cari menantu yang kerja gomen macam ko tu. Yang ko pegi merosakkan nama ko, merengkan kepala ko macam orang nda betul tu kenapa. Adui.Aku cuma mampu doakan kau kembali pulih. Tapi best jugak video-video yang kau buat tu. Aku siap boleh terbayang-bayang lagi wooo...Next time kalau kau mau buat video lawak tu boleh, tapi janganlah yang terlalu mereng. Kasihan aku tengok Ok. Apapun, selamat bercuti .




nota kaki tangan dan mulut: kalau sudah kahwin pastu cerai, apa lah agaknya jadi dengan cikgu ni?? simpang Malaikat 44...


22 November 2010

...Selamat Tinggal FB...



Fuh...sudah selamat meng-deactivate-kan account FB. Tapi nda tau berapa lama tahan. Mudah-mudahan tahan selamanya. Aku bosan dengan dunia FB. Bukan apa, benda tu buat aku sakit kepala. Benda tu buat aku sakit jiwa.Benda ni buat aku TENSION!

Semoga aku bertahan!


20 November 2010

...lagi lagi orang kahwin...

Last month ada orang kahwin.Last week ada orang kampung sebelah kahwin.Hari ni pulak jiran sebelah, eh 3 belah rumah aku kahwin.So aku kena pergi ikut mengarak pengantin lelaki sebab family lelaki mintak kami join dorang. Walaweiii... asyik pergi orang kahwin jak la aku ni kan. Asyik keluarkan "solok" jak bilang orang bugis. Hurmm...kadang-ladang panas jugak telinga aku kalau jalan dengan mak aku dan terjumpa kawan-kawan mak aku dorang tanya " anak kau sudah kahwin??" "Si rina bila lagi??" bla...bla..bla.. aduh makcik ni macam nda ada soalan lain dia mau tanya kan.Punya banyak soalan lain di dunia ni, soalan pasal kahwin jugak dia tanya. Lain kali tanyalah "Rina sudah makan, kalau belum jom makcik belanja..", "rina pakai phone apa??mau iphone4 ka, mari makcik belikan...", Rina mau ikut makcik pergi EURO trip ka?? makcik support 100%"... hah...sedap jugak telinga mendengar. Ini...asyik-asyik soal kahwin. Kalau nda ada kad jemputan tu belum la maknanya. Sabar makcik. Kalau aku kahwin aku jemput makcik-makcik sekalian. Tapi awas kalau hadiah bukan iphone4 ka, kereta bmw sebijik, baik makcik nda payah datang. Habis tu sebelum ni asyik sibuk tanya pasal bila aku mau kahwin, mestilah makcik sudah ready hadiah-hadiah gempaq untuk aku kan. Kalau nda da  hadiah so lain kali jangan tanya lagi k.

Hurmm...apa aku melalut ni. Entah. Aku sendiri nda tau. Yang pasti jam di laptop aku menunjukkan jam 7.13 am. Dan hari ni sekali lagi aku nda pergi kerja di hari sabtu yang indah ini kerana terpaksa melibatkan diri dengan MAJLIS KAHWIN ORANG LAIN. Jam 9 kena  pergi rumah lelaki. Jam 10 berarak dari rumah lelaki. So aku kena ready-ready sebab aku ni kalau bersiap maunya sejam (mak aku cakap), entah apa aku buat.Aku sendiri nda sedar masa berlalu. Apapun jumpa lagi.


nota kaki tangan dan mulut: solok = duit @ hadiah untuk pengantin



19 November 2010

...jam menunjukkan pukul 7...

Masa untuk berehat dr blogwalking. Masa untuk bersiap sedia untuk pergi kerja dan buat benda-benda lain pulak, Kalau diikutkan nafsu blogwalking ni apa benda pun nda siap. huh!


nota kaki tangan dan mulut: semalam tidur awal...so pagi ni terjah semua orang..


18 November 2010

...mencari arah tuju...

Kadang-kadang aku sendiri nda tau apa tujuan aku blogging... kadang-kadang aku rasa aku blogging untuk hilangkan boring dan suka-suka. Jadi, kalau untuk hilangkan boring kenapa pulak ada istilah tiada idea. Mustahil kan. Bila suka-suka maknanya aku boleh post apa jua entri as long as entri-entri tidak mengutuk or menghina orang lain yang boleh menjadikan benda ini kontroversi atau sampai menjadi kes polis. Tapi kalau pun menjadi kes polis aku rasa tiada masalah. Macam blogger yang kutuk dan hina A.C Mizal tu la. Blog dia so suka hati dia lah kan. Hurmmm...entahlah...aku sendiri tidak tau mana arah tuju aku sebanarnya. Apa yang pasti, lepas aku publish post entri ni, aku mau off laptop dan lepas tu tidur. Besok kena bagun temankan mama' pergi beriadah di pagi hari setelah hampir 2 minggu berehat. 



nota kaki tangan dan mulut: nda sabar menunggu cinta baru saya...2 minggu lagi ... ♥♥♥

...pentingkah blogwalking???

Jawapannya adalah YA! Sebab aku perhatikan 2-3 hari kebelakangan ni aku sangat busy dan tidak ada masa untuk blogwalking malahan tidak ada masa untuk update blog. Aku sendiri nda tau apa yang aku sibukkan tapi itulah kenyataannya. Trafik jatuh mendadak. hikhikhik. Bilalah agaknya mood untuk blogwalking dan mood untuk update blog akan kembali??????

Sekian untuk masa ini kerana azan Maghrib sedang bekumandang.


...misi berjaya...

Misi berjaya. Tinggal menunggu 2 minggu lagi...

mode: happy + marah pada celcom!!!




...Misi untuk hari ini...

Hari ni ada misi penting. Misi yang aku rasa 1 dalam 1000 benda yang mustahil berlaku tapi berlaku jua. Apa misi aku tu??? tunggu 2 minggu lagi aku bagitau...


nota kaki tangan dan mulut: tunggu misi berjaya ...


12 November 2010

...sekali lagi maaf...

Sekali lagi maafkan aku kawan². Malam ni nda dapat untuk terjah semua orang. Sangat mengantuk disebabkan kesibukan tahap cipanzi pagi tadi. Besok akan blogwalking sampai bengkak mata ok.Good Night!



11 November 2010

...blolwalking sampai bengkak mata...

OHHH!!HOIIII! Habis blogwalking.Penat jugak. Entri sebelum ni cakap mau blogwalking kan. entri tu kul 7.41pm. Sekarang 01.26 next day. Bapak lama aku blogwalking kan.Patut bengkak mata. Opps.. tipu. jam 10.00pm tadi aku tertetidur dengan laptop. Bangun tepat 00.56.Pastu sambung blogwalking balik. Sekarang serius aku sudah penat. Sekarang masa untuk cari idea untuk buat entri dan scheduled entry plak. 

chhow!



nota kaki tangan dan mulut:cakap tertidur..macam mana tau 10pm tidur?? aku tau la sebab aku tidur ngan laptop dln tv. lepas cerita apa ntah tadi..lupa!