Showing posts with label memories remain. Show all posts
Showing posts with label memories remain. Show all posts

16 April 2011

Suka Sangat Main Cium-cium Bontot kan...HAH! AMBEK KAU!

Tajuk macam lucah kan. Hak! Hak! Hak!

 Jangan salah faham.

Sebenarnya aku mau cerita satu kisah dimana aku yang suka rapatkan depan kereta aku dengan bontot kereta bapak aku. Suka main-main. Konon-konon teror bawak kereta. So parking rapat-rapat. Rapat punya rapat punya rapat. HAH! AMBEK KAU! berbunyi alarm Vigo tu aku kerjakan.


Blurr..sebab time ambil gambar aku ketawa terbahak-bahak tengok kereta kemek!




Hasil daripada terkena bucu yang muncung itu...




Hasilnya, kereta aku kemek.Lepas terlanggar tu aku bukannya takut or gabra or nangis. Aku ketawa terbahak-bahak sebab aku ndak sangka, selama ni kalau pun tercium bontot kereta bapak aku, tidak la seteruk ini. Tapi kali ni aku gagal. Aku call Encik Boipren bagitau dia aku tercium bontot kereta bapak aku,  Encik Boipren bukannya simpati ke aku.Dia siap boleh cakap "rasa la. Ndak pandai cium mau mencium kan..." Lepas tu siap send sms "hahahahahahahahah". Tiba-tiba aku rasa geram plak. Bukannya simpati ke aku. Boleh plak ketawakan aku. Rasa mau ketuk pun ada jugak. hehehe!


Sebenarnya aku ingin mengelak tiang di sebelah kiri kereta tu sampai aku ndak perasan aku sudah makin kedepan dan finally terlanggar kerata bapak aku. Adoi! Serius aku cakap, aku langgar secara perlahan dan hasilnya Vigo tiada apa-apa effect pun dan Waja pulak KEMEK. Moral of the story: lu fikir la sendiri!



p/s haiyo...baru mau buktikan perempuan tidak la seteruk mana pun bawak kereta...tapi.....


22 March 2011

SPM

Keputusan SPM keluar besok??? Wah wah wah.. Good luck ya sapa yang tengah menantinya. Bertawakal jak la. Kan sudah usaha.Ndak payah risau. Tenang jak.


Cehhhh!!!!Becakap sedap la kan.Padahal dulu time keputusan SPM mau kuar aku pun ndak boleh tidur jugak. Gila ko ndak nebesss.. 2 tahun berusaha pastinya kita mengharapkan sesuatu yang baik. Mungkin bukan yang terbaik antara yang terbaik tapi at least terbaik untuk diri kita yang sudah berusaha.


Jujur aku cakap, SPM aku ndak la gempak pun, tapi at least aku dapat buktikan pada beberapa orang cikgu, walaupun test aku selalu cam bodoh2, aku bukan fave student cikgu, aku masih boleh dapatkan keputusan yang baik untuk subjek cikgu tu. Siap dapat lebih baik dari fave student cikgu tu. Apapun terima kasih cikgu sebab beri layanan buruk pada aku, at least cikgu sudah menyuntik semangat untuk buktikan "aku punboleh buat" dalam diri aku.





P/s tetap ndak dapat lupakan cikgu fizik itu.. Erghhhhh!!!! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

19 March 2011

hujung minggu yang lepas (entah berapa banyak lepas sudah ni)

Gambar-gambar bawah ni antara gambar-gambar(yang jadi) yang aku dan si Yuli sempat ambil time kami datang gila mau berphotoshoot. BERDUA. Diulangi BERDUA. AKU dan YULI sahaja. Tiada photographer upahan.Tiada photographer professional. Yang ada cuma aku dan yuli (dialah model dia la photographer). Sebab tu hasil yang diperolehi tidak secantik dan semenarik hasil-hasil dari photographer yang hebat. But at least aku bangga jugak sebab ada usaha sendiri. Lagi pun semua ni saja-saja sekadar mengisi masa lapang. Lokasi: Shan Shui Golf & Country Club.
Sebab pemilihan lokasi: Lokasi yang di plan rupanya belum siap
Masa: petang minggu


notes: gambar yang ada tag 'rinadorinabahar' adalah edited pic. Semua gambar-gambar Yuli unedited sebab aku malas sudah mau edit.
















P/S next time tunggu dD balik

15 March 2011

Ya..adik aku sudah bertunang dan akan berkahwin...SO WHAT???

Ya..so what. ada aku kesah. Aku ndak kesah pun.sikitttttttttt pun tidak. Malahan aku happy sebab aku dapat cincin free, kau ada??? (WTH Rina).. just kidding. Ya aku happy. sikit pun aku tidak rasa bersalah dan kesah. Untuk apa rasa bersalah. Rasa bersalah sebab biarkan adik aku kahwin dulu dari aku. Fuck man! Manada.Satu benda yang aku selalu ingat dalam kepala otak aku  JODOH,PERTEMUAN,AJAL,MAUT dan REZEKI semua Allah yang tentukan. So bila adik aku bagitau dia mau kawin. Aku ok. Ndak da hal. Tapi yang ada hal sekarang ni ialah orang-orang disekeliling. Sibuk fikir pasal aku kenak langkah bendul. WTH. Macam aku cakap tadi, aku lagi suka aku dapat cincin free ok. ha ha ha. Cuma kepada orang-orang di luar sana yang sibuk tanya aku bila aku mau kahwin, kamu sabar-sabar jak ya. Sila simpan duit anda banyak-banyak. Prepare untuk belikan aku hadiah time aku kahwin nanti. OK!!!!

Aku dan Ninong

Aku dan si Eka 

Single but not available

Aku rasa aku lagi adik..yahoo!! awet muda bah!

Menantu dan mertua

Hantaran 17-15 OK!

Macam mau kahwin!

CINCIN FREE!





P/S Kepada yang sibuk-sibuk tanya aku bila mau kahwin....KAMU ADA DUIT EXTRA KA?? KALAU ADA BAGI LA...BESOK JUGAK AKU KAHWIN!

12 March 2011

Masih Kuingat

Amaran tsunami semalam buat aku jantungan tau. Mengingatkan aku kejadian tsunami beberapa tahun lepas. Ala yang di Acheh... Bali.. Phuket etc tu. Aku ingat lagi, time tu aku masih study di Kuantan. Time tu aku dapat sms dari Tawau."RINA, KAMI TENGAH KUMPUL-KUMPUL BARANG DAN BEKUMPUL DI MASJID SUDAH NI.TSUNAMI!!!". Aku ndak sure siapa yang sms. Lupa lupa ingat jugak aku. Tapi yang pasti masa tu sudah tengah malam dan yang paling menyeksakan batinku ialah masa tu jugaklah kredit prepaid aku habis..eh.. Bukan.. Bukan.. ..bukan.. Ada beberapa sen tapi ndak sampai 10sen ndak silap.Soooo sial la kan. Mana mau cari prepaid tengah-tebgah malan buta.Lagi satu hal aku bukan jenis suka ganggu roomate tidur. Time tu aku sudah serabut gila. WOIII!!! SEMUA FAMILY AKU DI TAWAU OK.AKU SAYANG FAMILY AKU OK!!!.Nasib baik dengan beberapa sen tu aku boleh sms seorang hamba Allah ni. Dia lah call aku dan bagitau tiada apa-apa. Semuanya baik- baik aja.Syukurrrr!! Dan yang pasti sampai pagi aku ndak tidur dan pagi tu jugak aku pegi cari topup prepaid aku. Dan bermula dari detik itulah.. Aku ndak pernah biarkan prepaid phone aku tidak bekredit.Tobat!!!!

Apapun, syukur la. Tiada apa2 berlaku kepada penduduk Sabah dan Labuan.

Amin!!!

YA ALLAH,KAU JAUHILAH KAMI DARI BENCANA-BENCANA ITU!!! AMINNNN!!!

11 March 2011

Putera Katak vs Otromen Taro

 Ini putera katak

Ini Otromen Taro

Dulu Putera Katak sendirian sekarang sudah ada Otromen Taro untuk temankan Putera Katak.



18 August 2010

...Ya Allah jangan kau coba aku lebih dari batas mampuku...

Ya Allah ya Tuhanku...
sesungguhnya ...
serius...
aku sudah tidak mampu..
untuk...
melihat dia...
medengar cerita2 pasalnya...
aku goyah Ya Allah...
aku jadi lemah...
mau kata aku masih sayang dia...
aku sendiri ndak tau...
tapi serius..
aku jadi tidak tenang tiap kali perihal dia muncul...
Ya Allah...
berikan aku kesempatan untuk meneruskan hidup bersama Mr.Otromen ku yang kini...
biarkan dia hanya menjadi kenangan dan pengalaman hidup...
Ya Allah...
tolong aku untuk lupakan dia...
ya...aku mahu itu....
kerana aku pasti...
sampai bila2 pun...
aku tidak akan dapat memiliki dia...
tidak sama sekali...

kecuali...



dengan IZINMU YA ALLAH~~






nota kaki tangan dan mulut: kenapa bah dia ndak mau lari dari kehidupan aku...termasuk orang2 yang rapat dgn aku...pleaseeeeeeeeeeee~~

09 August 2010

...itu bukan bunyi hon kereta aku...

Hari khamis yang lalu, aku dan si Bech pergi makan soto d Cool. tapi bukan itu yang aku mau ceritakan. Yang aku mau ceritakan di sini ialah....

time aku on the way mau pergi ambil newspaper di tempat langganan kami,
aku lalu di depan kedai Ex-BF aku...
yang mana kini aku sudah tidak ada perasaan langsung..
(eh tipu...ada sikit..cinta mati pertamaku pulak)...
dan sebaris dengan kedainya adalah tempat kerja kakak Mr.Otromen aku yang sekarang ini...
di pendekkan cerita...
sumpah...aku tiada niat sedikit pun berharap untuk berjumpa dengan si Mr.A a.k.a ex-BF aku tu...
tapi...
kata orang...
kalau sudah jodoh tidak kemana...
sedang aku sibuk mencari kereta kakak si Mr. Otromenku..
tiba2 si Bech berkata
"rina..si A"
dan secara kebetulan aku menoleh itu...
tiba2 ada bunyi hon kereta...
aku tidak tahu siapakah gerangan yang membunyikan hon itu..
dan..
mungkin tindakan refleks telah membuatkan si Mr.A pun menoleh..
dan pandangan kami bertemu...
walaupun aku dalam kereta yg bertinted agak gelap..
tapi..
ketika itu aku sedang memandu dalam keadaan yang bersenang2 sambil sikuku naik ke cermin tepi..
dan for sure muka aku dekat ke cermin...
looks like aku excited ...DAMN!
kesimpulan dari cerita pendek ini...
BODOH betul siapa yang bunyikan hon itu (kenapa mesti detik itu jugak)..
aku bukan apa...
aku takut si Mr.A ingat aku yang hon dia...
aku takut si Mr. A ingat aku masih suka dia..
masih mengharap pada dia...
TIDAK!!! SUDAH HILANG HARAPAN UNTUK KAMU WAHAI MR.A...
dan FYI..

ITU BUKAN BUNYI HON KERETA AKUUUUUUUUUUUUU!!!



nota kaki tangan dan mulut: Kurang asam si Bech...dia boleh pulak ketawa terbahak2 sebab ketawakan aku yang menggelabah sebab bunyi hon itu...




01 August 2010

...mr.bf a.k.a my mr. otromen...

My Mr. Otromen skrg dalam kapal terbang..
going back to KL...
hurmmm...
sedih..
seminggu jak jumpa...
kena tunggu raya baru dpt jumpa lagi...
ndakpa la Mr. Otromen...
balik raya jan lupa janji ya..
gonna miss U..


21 June 2010

... 365 days since we've been togather ...


Happy Anniversary Mr. BF...
Semoga hubungan kita akan kekal selamanya...
walaupun kita selalu gaduh2...hihihihi.....
AMIN!






20 May 2010

...arwah datuk always in our heart...


Malam ni ada kenduri untuk arwah datuk aku...
Hj. Salim bin Ismail (09.03.1929 - 23.05.2007) ...
Semoga rohnya di cucuri rahmat...Amin!!!








nota kaki tangan dan mulut:kurelakan pemergiaannya kerana aku yakin..dia sudah terlalu baik sepanjang hayatnya...

17 May 2010

...sekarang aku tau kenapa bapak aku suka dengan mak aku dan jugak sebaliknya....


Sebab... masa muda mamaku slim gila...

(belakang L-R : makcik Maimun[anak ke3] , Nenenda )
(depan L-R : mamaku yang slim gila, makcik juraidah [anak ke-2])

*
*
*
*
dan masa muda... bapak aku macho gila...

(bediri L-R : kakak Sia, Makcik Juraidah sambil mendokong aku yang comel)
(tengah-tengah L-R : Nenenda, arwah datuk, Bapaku yang macho, mamaku yang slim gilak)
(depan L-R: Jairol, Ita, Joana, Bon, Inan)









nota kaki tangan dan mulut: uiks...baka siapa aku ikut ni...napa aku sihat walafiat jak time anak dara ni..auwww....

p/s : gambar ehsan daripada facebook kazen aku...lalalalala~~

...K.A.M.I : we grew up together ...

Dari zaman kanak2...


Dari zaman lago2 a.k.a kuno2....

Dari zaman tomboy2....


Sampailah kezaman masing2 sudah pandai bergaya sedikit2...


Dari zaman semua pelihara badan yang sihat...



Sampailah kezaman kurus sikit2...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

makan angin bersama-sama.....

*
*
*
lepaking bersama-sama....

*
*
*
Celebrate birthday bersama-sama....

*
*
*
Pergi tempat orang kawin pun bersama-sama...


*
*
*
Sambut raya pun...muka-muka ini jugak la...

*
*
*

Lagi-lagi muka ini jugak la...

*
*
*
kan...sudah ku bilang... balik2 muka ini jugak....



Sampaikan... ada orang pernah cakap dengan aku yang geng kami ni sombong...
ndak pandai bergaul dengan orang lain...
kemana kami pergi pun...
geng2 kami jak..
apa kami buat pun..
geng2 kami jak...
dalam facebook pun yang mengomen...
kami2 jak..
tapi...
ada kami kisah...

bukan sombong la...
cuma takut ndak sekepala...
ndak sebulu...
ndak sejiwa....

one more thing...
kami bukan sombong...
diorang yang ndak mau berkawan dengan kami....
kami ni jenis cepat mesra...
as long as ko jangan tunjuk tambirang ngan kami....
as long as ko jangan belagak dengan kami....
kami boleh join...

yang paling aku ndak boleh terima...
ada orang cakap kami ni memilih kawan...
bekawan dengan orang yang sama standard dengan kami jak..
gila ka apa...
kami ni bukannya high standard pun...
budak kampung jugak..
kami berkawan jugak dengan pelayan restoran...
kami ada jugak kawan yang bambongan a.k.a penganggur...
orang cakap kami cari kawan yang ada kereta jak...
gila ka apa...
ada jugak kawan kami naik motor...
ada jugak kawan kami jalan kaki...

maybe...
secara kebetulan...
time diorang jumpa kami tu...
kami jalan dengan kawan yang bekereta...
kawan yang anak orang kaya...

time kami lepak2 warung2 ndakda plak jumpa diorang...
time kami lepak2 tepi jalan ndakda pulak jumpa diorang...
mungkin diorang ndak lepak warung2...
mungkin diorang yang ndak lepak tepi jalan....
sebab tu cakap ndak jumpa kami...

Tapi terus terang aku cakap...
kami sendiri pun kadang2 sedar jugak...
bila ada masa kami bosan tengok muka masing2....
"baru aku perasan...rupanya kita ni ndakda kawan kan... balik2 kita2 jak.."
hahaha...
tapi...
apa boleh buat....
mungkin kami memang di takdirkan bersahabat...
dari kecik sampai bila2 pun...
Insyallah...

For those yang cakap kami sombong...
ndak pandai bergaul...

anda silap...

100% silap...

bekawan dengan kami...

then you'll know...

siapa kami yang sebenarnya...










nota kaki tangan dan mulut:ampun dan maaf kawan2 sebab letak gmbr kamu masa lago2 a.k.a kuno2 dulu...tapi ndak pa...aku bangga ngan kamu...cantik2 bah sudah kita semua...auww...

12 May 2010

...aku sayang dia....tapiiii....

tapi...kadang2 aku bosan dengan hubungan begini bah...dia terlalu busy dengan dunianya sendiri.. sampaikan kadang2 aku ada niat untuk mencari selingkuhan a.k.a skandal.bukan niat untuk tidak setia cuma kadang2 kesibukan dia buat aku rasa teringin mencari seseorang yang dapat berkongsi suka duka dengan aku.tapi masalah aku ialah... aku bukan jenis manusia yang boleh membahagi rasa kasih aku kepada dua orang yang berbeza dalam satu masa. kalau boleh...memang sudah lama aku lakukan.bukan mau cakap aku ni pencinta setia cuma aku takut kisas. itu jak. aku cuma berharap aku masih boleh bersabar. lagipun tiada sebab untuk aku tinggalkan dia. dia ok.baik. penyabar jugak.sabar dengan karenah aku. ndak pernah marah2.kalau aku marah2 dengan dia.. dia tenang jak. tp ketenangan itu yang buat aku tambah sakit hati... hurm... entahlah.. mungkin aku silap..macam yang selalu aku cakap...sekarang ni...aku akan terus bersabar dan terus bersabar. berdoa dan terus berdoa semoga suatu hari dia akan faham keinginan dan kehendak aku.




nota kaki tangan dan mulut: i hate LDR.

04 May 2010

...jual mahal..

hubungan aku dan Mr. BF sudah OK...

walaupun sekarang ni aku masih lagi jual mahal...

saja...

biarkan dia rasa...

sapa suruh sakitkan hati aku...




huhuhu!!!..

03 May 2010

...sakit...

Sekarang ni aku tengah selsema...adoii...sungguh tidak tahan dengan cecair2 dalam hidung ini. sepertinya ingin saja aku cabut hidung ini... dan satu benda yang aku baru perasan... aku belum makan ubat pun. hukhukhuk... malas pegi klinik walaupun free... dan malas jugak untuk singgah mana2 kedai untuk mendapatkan panadol soluble...

selain itu.. aku jugak tengah sakit hati. tengah krisis dengan Mr. BF...huh! ini la ni lelaki..bila orang cari dia..banyak alasan.. busy la..apa la..itu la... bila orang sudah ndak mencari dia.. baru sibuk2 cari orang... sibuk tanya kenapa ndak kol.... tau la sibuk...tp ndakan la mau kol sekejap pun susah.. sudah lah free. Lantak kau la.. kau tau mana mau cari aku kan... kalau kau rasa mau cari..carilah.. kalau tidak... HEY YOU!!!...AKU MASIH BOLEH HIDUP TANPA KAU LA!!


gambar adalah hiasan semata2...lalaala~~ tunjuk shawl baru aku ke EDA...lalalala








nota kaki tangan dan mulut : adat la orang bercinta...time gaduh semua ndak betul... layanzzzzzzzzz