Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

13 June 2013

Man of Steel : Dating with ex-BF


Bila aku sebut dating dengan ex-bf, mesti ada yang cakap aku perasan boyfriend aku si SUPERMAN ni. Woit woit, maksud aku ex-bf tu ialah #enciksuami aku lah. Ndakda masa mau dating dengan SUPERMAN ni. 


First time tengok wayang dengan #enciksuami since sudah jadi kekasih halal ni. So aku super excited sikit. Malam or besok aku updated pasal movie ni k.







Bye





Love,
rinadorinabahar

29 December 2011

Download Ombak Rindu Full Movie

Kepada yang ingin mendownload filem Ombak Rindu bolehlah pergi ke link di bawah ini.

Download Movie Ombak Rindu (FULL)


*Because sharing is caring*

CEPATTTTTTT Sebelum didelete.

p/s OH HARIZ!!!

06 December 2011

Bila Zikir (Tentang Dhia) Menjadi Gangster

Sekarang ni sedang berlaku fenomena TENTANG DHIA. Semua orang jatuh cinta dengan Zikir. Zikir hensem, Zikir romantik. Zikir anak baik. Zikir lemah lembut. Pendek kata semua orang suka bila Zikir bersama Dhia. Tengok gambar bawah ni pun sudah nampak kelemah-lembutan si Zikir ni. Penyayang gitu.


Hasil google



Tapi itu semua bila Adi Putra meelakonkan watak baik dan nampak seperti orang yang skema. Ramai la yang suka kan. Semua wanita pun teringin jadikan Adi Putra sebagai pasangan hidup. What if, bila Adi Putra jadi samseng a.k.a Gangster. Bila Adi Putra jadi Jai?? Ada lagi ka yang suka???




Sumber: Twitter Adi Putra



Bagi aku, aku suka tengok lelaki yang ala-ala samseng ni. Sama dengan Aaron Aziz. Hari tu aku ada buat entri pasal Aaron Aziz. [ klik sini ] . Dalam entri tu, aku ada mention yang aku suka tengok lelaki yang ala-ala samseng. Entah lah kenapa. Tapi aku memang suka. Lain orang lain selera dia kali kan. Layanssssssss!!





Gambar atas ni diperolehi dari Twitter Adi Putra. Dia sendiri yang post untuk para peminat dia. Dia jadikan DP jugak. Tapi sekejap jak. Entah kenapa. Dia sendiri pun takut kali mau tengok muka dia dalam ni. Memang ganas gila la. Hilang langsung watak Zikir dalam ni. Tapi apapun i like. 




Aku sebenarnya ndak sabar menunggu kemunculan KL Gangster 2 yang dikatakan rerupakan kejadian sebelum berlakunya KL Gangster 1.Bermakna, time tu Malik yang menjadi Taiko. Mesti best. Mesti banyak aksi lawan-lawan. Ndak sabar eh!!!



p/s  Si Encik Boipren memang  suka si Jai ni. Rambut memang sudah ala-ala si Jai ni. Jangan besok dia pergi dye rambut dia jugak sudah!!!

03 June 2011

Setan Facebook

Assalamualaikum dan Selamat Berhari Jumaat ^___^,



Wahhhhhhhhh!! Rajin bebenar si Rina hari ni mengupdate blog. Pagi-pagi buta sudah menghadap laptop. Sambil breakfast cekodok pisang lagi.Kebetulan aku nampak laptop adik aku atas meja, terus aku rembat buka. Kalau harap laptop aku, malas jugak sebenarnya mau update blog pagi-pagi buta ni.


Semalam, tengah aku tengah asyik layan facebook, tiba-tiba adik aku ketuk pintu.


"mau tengok movie??" adik aku tanya


"movie apa?" aku jawab


"SETAN FACEBOOK"



Uikss...movie apa kah??? Dalam hati aku mesti cerita Indon ni. So aku pun kuar dari bilik join adik aku ngan laki dia tengok. Gara-gara mau ambil feel tengok movie, movie hantu pulak tu, aku siap kasi mati lampu di ruang tamu. ha ha ha.


Mula-mula tengok macam biasa la. Tiada yang seram pun.Setakat Facebook kena hacked. Ndak la seram pun kan. Aku pun kurang faham sebenarnya cerita ni pada mulanya. So layan jak la. Tapi banyak betul soalan. Itu siapa. Ini siapa. Yang hantu tu mana???


Bila tiba-tiba pasrt satu jantan ni jumpa satu perempuan then dia bawak tengok wayang.Wayang ada adegan  18sx, tu lelaki apa lagi, terus naik miang la kan. Then lepas tu, diorang pulak la kissing kan. Kissing punya kissing punya kissing, tiba-tiba tu perempuan bertukar menjadi hantu.Terkejut Otromen ok!!! Hantunya ndak la seram sangat pun yang bikin aku terkejut sound system dia amat mengejutkan itu.


Aku pun ndak faham kenapa lelaki pertama tu jadi mangsa still blur-blur lagi. Lepas lelaki1 tu, kawan si heroin lagi mati. Then boss si heroin. Yang pasti yang mati semua tu adalah orang-orang yang curang di Facebook dan mencari kenalan dari Facebook.


Bila mau dekat ending cerita baru la aku tau kenapa Setan Facebook tu menjadi anti Facebook. Rupa-rupanya dia tu mati gantung diri gara-gara BFnya membatalkan majlis perkahwinan mereka. Puncanya, si heroin la. Terlalu fanatik FB.Sampaikan satu hari dia pergi ke CC hanya kerana mau mengupdate Facebook. Si Setan Facebook pulak kebetulannya terlupa logout Facebook. Si heroin ni nakal pergi update bukan-bukan dan menyebabkan BF si Setan tu membatalkan perkahwinan mereka. Selain itu BFnya jugak curang di FB.


Moral of the story, Facebook ni kadang-kadang bahaya jugak kan. Boleh membuatkan sesebuah hubungan hancur. Moral of the story lagi, tolong la jangan hacked Facebook orang dan buat benda-benda mengarut yang boleh menyebabkan fitnah.Selain itu, moral of the story jugak JANGAN TERLALU PERCAYA FACEBOOK!!!!


Bawah ni ada full movie SETAN FACEBOOK  yang aku jumpa dalam Youtube. So, pada sesiapa yang mau tengok, sila lah enjoy!!!




























p/s sekali sekala layan cerita hantu malam Jumaat...asyikkkkkkkkkkkkkkk!!!!!






14 May 2011

KONGSI : Lu Langsi Lu Mati


Assalamualaikum ^___^,


Mula- mula kita layan Poster. Hari tu dalam entri Trailer-Kongsi kita layan trailer kan kan kan...


Lu Langsi Lu Mati : You Show Off, You will Die!!



Layannnnnnnnnnn!!






Benda first aku mau cakap adalah..............  LAWAKKKKKKKKKKKKKKKK!!!



Ya ya ya!!!! Filem ini adalah satu-satunya filem melayu yang aku rasa lawak dari mula aku tengok sampai habis filem. Aku rasa, kalau ada alat yang boleh mengesan bilangan bunyi orang ketawa dalam panggung, mungkin nama aku berada di ranking paling atas sekali. Apa tidaknya, di permulaan filem saja sudah lawak. Tumulak yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam memang menjadi.Memang best dan memang terbaik dari Sam. Memang patut pun dia jadi Bintang Paling Popular ABPH2010 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23.Layak!!!!



Sipnosis ringkas (sumber http://syahrilhafiz.com):


Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.


Setakat ini,apa yang boleh aku cakap, FILEM INI SESUAI DITONTON KETIKA ADA SEDANG DALAM KEADAAN TENSION DAN BERMASALAH KERANA FILEM INI MAMPU MEMBUAT ANDA KETAWA HINGGA NDAK INGAT DUNIA!! Jadi kepada yang belum tengok bagus kamu pergi tengok sekarang. Memang lawak dan terbaik dari Farid Kamil.




Walaupun filem ini aku rasa terbaik tapi ada satu benda yang aku rasa mampu mengurangkan element lawak dalam filem ini iaitu BAHASA KELANTAN yang digunakan. Bagi orang-orang yang faham bahasa Kelantan (macam aku), maybe element lawak itu memang terserlah dan difahami, tapi bagi yang tidak memahaminya, element lawak itu tidak menjadi. Sebabnya, ada beberapa part yang aku rasa lawak gila tapi orang sebelah aku ndak ketawa pun. Maybe dia ndak faham kali kan, so dia just buat bodoh. Aku yang faham ni ketawa macam mau hantuk-hantuk kepala di kerusi depan. 



Tapi, apapun, aku tetap rasa Filem Kongsi ini memang BEST dan akan mencecah kutipan Box Office. Bayangkanlah, hari pertama saja sudah mencecah kutipan RM1Juta!! Kaya Kaya.. Kaya David Teo!! 



Aku ndak tau hari pertama yang dia maksudkan tu bila. Mengikut daripada jadual perfileman (cewah) Filem Kongsi akan ditayangkan di pawagan pada 12 Mei 2011. Tapi aku tengok filem ni pada 11 Mei 2011. First show adalah jam 9.45PM. Aku ndak tau la kenapa, maybe Star Cineplax memang tayangkan awal kali. Sama macam Fast 5. Filem sepatutnya ditayangkan pada 5 Mei 2011 tapi aku pergi tengok pada 1 Mei 2011 sebab sudah mula ditayangkan di Star Cineplax Tawau. 



Apa-apa pun, sumpah aku ndak sabar tunggu BOYFRIEND lama aku beraksi pada 19 Mei depan.





p/s Bulan depan ada cerita best lakonan FARID KAMIL!!!



p/s/s Lambat review sebab masalah blogger.com...sedih!




11 May 2011

Trailer - Kongsi

Assalamualaikum ^___^,




Malam ni mau tengok abang Sammy dalam Kongsi. Hari tu dalam entri BULAN MAY, BULAN YANG BUAT AKU POKAI, aku ada buat senarai filem yang WAJIB tengok untuk bulan ni. 


Fast 5 - DONE
♥ Kongsi - Toniteeeeeeeeeeeeeeee!!
♥ Pitares of Caribbean: On Staranger Tides - coming soon
♥ Kung Fu Panda : The Kaboom of Doom - soming soon









Ndak sabar mau tunggu malam ni, mari kita layan Trailer dulu.




Besok aku review movie ni k.



Full Stop!!!

03 May 2011

Fast and Furious 5

Assalamualikum semua.... ^__^


Ahad malam Isnin yang lepas (malam 1 Mei la tu), aku ,En. Boipren,adik aku, tunangnya dan 3 orang kawan yang lain pergi tengok FAST AND FURIOUS 5 atau lebih senang dipanggil FAST 5.


Serius aku cakap, kepada yang belum tengok bagus pergi tengok cepat. Best gila wei! 



Bawah ni aku senaraikan pelakon-pelakon Fast 5 (sumber wikipedia):




Bawah ni pulak Official Trailer Fast 5.




Secara kesimpulannya, apa yang aku boleh simpulkan keseluruhan cerita ni memang best gilak. Sikit pun mata aku ndak lari dari screen panggung tu. Kalau boleh kelip mata pun aku ndak mau.


Semangat gila mau tengok apa jadi next...next... dan next....


Benda yang aku rasa best dan lucu dalam Fast 5 (randomly):

♥ Aku rasa sweet bila si Mia pregnant dalam cerita ni. Dom lagi sweet bila dia janji dengan Mia dan Brian yang diorang bertiga tidak akan berpisah walau apa pun terjadi selepas tau Mia pregnant.

♥ Dom seorang abang yang soooooo caring and sweet bila dia sengaja kalah pada Brian time diorang racing guna kereta polis sebab dia tau Brian perlukan duit tu untuk baby Mia.

♥ Cerita ni best bila diorang rompak kereta polis untuk dijadikan kereta diorang time merompak. Best gilak!!! Lucu pun ada.

♥ Rompakan duit 100juta berjaya!!!

♥ Aku sakit hati bila diorang bakar duit si Rayes masa first rompakan tu. ARGHHHHHHHHHHHH!!!

♥ Dalam cerita ni jelas menunjukkan, bila seseorang tu kaya, POLIS pun dalam genggamannya.

♥Perompak pun tau mau bertaubat wei!


Banyak lagi best wei. Cumanya aku susah mau explain di sini. Cerita ni memang best. Biar pun kisah kereta-kereta, rompak-merompak, tembak-menembak tapi banyak jugak yang lucunya.


So, kepada yang belum tengok, pergi la tengok wei. Berbaloi-baloi!!!





p/s macam mau tengok lagi.... ^____^






  












28 April 2011

Trailer - Pirates of Caribbean 4



Movie ni akan ditayangkan 19 Mei depan. Tapi perasaan mau tengok movie ni membuak-buak. Rindu gila kali dengan Jack Sparrow aku ni.




Bila tengok trailer bawah ni tambah la aku membuak-buak mau tengok kan. Tambah ndak sabar mau tengok pun ada. 







Boleh ka mintak tolong Doraemon keluarkan apa jua alat yang boleh percepatkan masa ke 19 May???



DORAEMONNNNNN!!!!!!!!!!! HELP MEEEEEEEEEEEEE!!

25 April 2011

Bulan May, Bulan Yang Akan Buat Aku POKAI!!!



♥ Fast and Furious 5 - 5 May
♥ Kongsi - 12 May
♥ Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides - 19 May
♥ Kung Fu Panda : The Kaboom of Doom - 26 May


Ini senarai movie yang memang aku tunggu-tunggu kemunculannya pada bulan May akan datang. Apa jadi pun aku tetap akan pergi tengok! WAJIB! 


Kalau ikutkan senarai movie yang keluar bulan May depan, memang betul-betul membuatkan iBankrupt ni.



PRIEST   
PAUL   



Hah! Tengok tu. Sumber dari www.gsc.com.my  . Kalau ikut nafsu serakah ni, maunya bankrupt aku dikerjakan. Nasib baik la aku ni bukan la jugak kaki wayang Era. So akan pergi tengok movie yang aku memang ikut cerita dia dari dulu dan movie² yang aku rasa best saja. Yang lain tu, depends la pada keadaan. Mana tau aku dapat tiket free kan. Syukur!!!


Ini belum masuk Transformers: Darks of The Moon lagi ni. Aku ingat lagi, Transformers 1 aku tengok 3 kali. Transformers 2 aku tengok 2 kali. Entah Transformers 3 ni berapa kali la agaknya aku pergi tengok.Harap-harap cukup la sekali. 





p/s kena jimat-jimat sekarang ni, simpan duit untuk kahwin..lol!