Showing posts with label Fast and Furious. Show all posts
Showing posts with label Fast and Furious. Show all posts

14 May 2011

KONGSI : Lu Langsi Lu Mati


Assalamualaikum ^___^,


Mula- mula kita layan Poster. Hari tu dalam entri Trailer-Kongsi kita layan trailer kan kan kan...


Lu Langsi Lu Mati : You Show Off, You will Die!!



Layannnnnnnnnnn!!






Benda first aku mau cakap adalah..............  LAWAKKKKKKKKKKKKKKKK!!!



Ya ya ya!!!! Filem ini adalah satu-satunya filem melayu yang aku rasa lawak dari mula aku tengok sampai habis filem. Aku rasa, kalau ada alat yang boleh mengesan bilangan bunyi orang ketawa dalam panggung, mungkin nama aku berada di ranking paling atas sekali. Apa tidaknya, di permulaan filem saja sudah lawak. Tumulak yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam memang menjadi.Memang best dan memang terbaik dari Sam. Memang patut pun dia jadi Bintang Paling Popular ABPH2010 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23.Layak!!!!



Sipnosis ringkas (sumber http://syahrilhafiz.com):


Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.


Setakat ini,apa yang boleh aku cakap, FILEM INI SESUAI DITONTON KETIKA ADA SEDANG DALAM KEADAAN TENSION DAN BERMASALAH KERANA FILEM INI MAMPU MEMBUAT ANDA KETAWA HINGGA NDAK INGAT DUNIA!! Jadi kepada yang belum tengok bagus kamu pergi tengok sekarang. Memang lawak dan terbaik dari Farid Kamil.




Walaupun filem ini aku rasa terbaik tapi ada satu benda yang aku rasa mampu mengurangkan element lawak dalam filem ini iaitu BAHASA KELANTAN yang digunakan. Bagi orang-orang yang faham bahasa Kelantan (macam aku), maybe element lawak itu memang terserlah dan difahami, tapi bagi yang tidak memahaminya, element lawak itu tidak menjadi. Sebabnya, ada beberapa part yang aku rasa lawak gila tapi orang sebelah aku ndak ketawa pun. Maybe dia ndak faham kali kan, so dia just buat bodoh. Aku yang faham ni ketawa macam mau hantuk-hantuk kepala di kerusi depan. 



Tapi, apapun, aku tetap rasa Filem Kongsi ini memang BEST dan akan mencecah kutipan Box Office. Bayangkanlah, hari pertama saja sudah mencecah kutipan RM1Juta!! Kaya Kaya.. Kaya David Teo!! 



Aku ndak tau hari pertama yang dia maksudkan tu bila. Mengikut daripada jadual perfileman (cewah) Filem Kongsi akan ditayangkan di pawagan pada 12 Mei 2011. Tapi aku tengok filem ni pada 11 Mei 2011. First show adalah jam 9.45PM. Aku ndak tau la kenapa, maybe Star Cineplax memang tayangkan awal kali. Sama macam Fast 5. Filem sepatutnya ditayangkan pada 5 Mei 2011 tapi aku pergi tengok pada 1 Mei 2011 sebab sudah mula ditayangkan di Star Cineplax Tawau. 



Apa-apa pun, sumpah aku ndak sabar tunggu BOYFRIEND lama aku beraksi pada 19 Mei depan.





p/s Bulan depan ada cerita best lakonan FARID KAMIL!!!



p/s/s Lambat review sebab masalah blogger.com...sedih!




03 May 2011

Fast and Furious 5

Assalamualikum semua.... ^__^


Ahad malam Isnin yang lepas (malam 1 Mei la tu), aku ,En. Boipren,adik aku, tunangnya dan 3 orang kawan yang lain pergi tengok FAST AND FURIOUS 5 atau lebih senang dipanggil FAST 5.


Serius aku cakap, kepada yang belum tengok bagus pergi tengok cepat. Best gila wei! 



Bawah ni aku senaraikan pelakon-pelakon Fast 5 (sumber wikipedia):




Bawah ni pulak Official Trailer Fast 5.




Secara kesimpulannya, apa yang aku boleh simpulkan keseluruhan cerita ni memang best gilak. Sikit pun mata aku ndak lari dari screen panggung tu. Kalau boleh kelip mata pun aku ndak mau.


Semangat gila mau tengok apa jadi next...next... dan next....


Benda yang aku rasa best dan lucu dalam Fast 5 (randomly):

♥ Aku rasa sweet bila si Mia pregnant dalam cerita ni. Dom lagi sweet bila dia janji dengan Mia dan Brian yang diorang bertiga tidak akan berpisah walau apa pun terjadi selepas tau Mia pregnant.

♥ Dom seorang abang yang soooooo caring and sweet bila dia sengaja kalah pada Brian time diorang racing guna kereta polis sebab dia tau Brian perlukan duit tu untuk baby Mia.

♥ Cerita ni best bila diorang rompak kereta polis untuk dijadikan kereta diorang time merompak. Best gilak!!! Lucu pun ada.

♥ Rompakan duit 100juta berjaya!!!

♥ Aku sakit hati bila diorang bakar duit si Rayes masa first rompakan tu. ARGHHHHHHHHHHHH!!!

♥ Dalam cerita ni jelas menunjukkan, bila seseorang tu kaya, POLIS pun dalam genggamannya.

♥Perompak pun tau mau bertaubat wei!


Banyak lagi best wei. Cumanya aku susah mau explain di sini. Cerita ni memang best. Biar pun kisah kereta-kereta, rompak-merompak, tembak-menembak tapi banyak jugak yang lucunya.


So, kepada yang belum tengok, pergi la tengok wei. Berbaloi-baloi!!!





p/s macam mau tengok lagi.... ^____^






  












25 April 2011

Bulan May, Bulan Yang Akan Buat Aku POKAI!!!



♥ Fast and Furious 5 - 5 May
♥ Kongsi - 12 May
♥ Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides - 19 May
♥ Kung Fu Panda : The Kaboom of Doom - 26 May


Ini senarai movie yang memang aku tunggu-tunggu kemunculannya pada bulan May akan datang. Apa jadi pun aku tetap akan pergi tengok! WAJIB! 


Kalau ikutkan senarai movie yang keluar bulan May depan, memang betul-betul membuatkan iBankrupt ni.



PRIEST   
PAUL   



Hah! Tengok tu. Sumber dari www.gsc.com.my  . Kalau ikut nafsu serakah ni, maunya bankrupt aku dikerjakan. Nasib baik la aku ni bukan la jugak kaki wayang Era. So akan pergi tengok movie yang aku memang ikut cerita dia dari dulu dan movie² yang aku rasa best saja. Yang lain tu, depends la pada keadaan. Mana tau aku dapat tiket free kan. Syukur!!!


Ini belum masuk Transformers: Darks of The Moon lagi ni. Aku ingat lagi, Transformers 1 aku tengok 3 kali. Transformers 2 aku tengok 2 kali. Entah Transformers 3 ni berapa kali la agaknya aku pergi tengok.Harap-harap cukup la sekali. 





p/s kena jimat-jimat sekarang ni, simpan duit untuk kahwin..lol!