Showing posts with label ABC. Show all posts
Showing posts with label ABC. Show all posts

02 June 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di ABC Cina "Kedai Kopi Wah Hing"

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^___^,


Aku ada seorang makcik (adik mak aku), dia tinggal di Labuan. Dia memang jarang balik Tawau. Tapi once dia balik, semua benda yang dia teringin makan dia akan makan di bumi Tawau ni. So, kebetulan hari tu dia ada pergi makan ABC kedai cina satu ni. Kedai ni memang sudah lama rasanya. Kalau ndak silap dari zaman aku belum lahir dan dari zaman diorang mamaku dan makcik-makcik aku muda-muda lagi.Dari zaman cina tu yang bejual sampaila sekarang ni anak-anak dia yang bejual. Lama jugak kan kedai ni. Tapi sudah upgrade la kedai dia. Tapi, macam makcik aku cakap, biar berapa lama pun, rasa ABC dia tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Haiyoooooooooo!! Boleh pulak makcik aku kenal rasa ABC tu dari dulu sampai sekarang kan.




Dipendekkan cerita, 31 May yang lepas, pergilah aku membawa makcik aku yang satu lagi ni makan selepas makcik aku yang di Labuan tu cerita yang dia pergi makan ABC. Adei..lawak la. Kami yang tinggal di bumi Tawau yang indah permai ni pun jarang sekali pergi makan ABC di sana. Diorang yang datang dari KK dan Labuan yang kepingin. Lucu plak aku rasa.






Nama kedai cina ni KEDAI KOPI WAH HING. Kedai ni popular dengan ABC dia. Semua jenis ABC ada. Paling mantap kalau makan ABC dengan roti bakar.




Ini ABC biasa. Bukan alang-alang kan. Makan guna piring tu. Bukannya mangkuk. Ni yang buat ABC ni nampak nostalgia sikit.






Ini aku punya. Aku makan ABC Jagung. Eh.. kalau sudah jagung sahaja, bukan ABC la namanya.




Ni adalah anggota yang pergi makan ABC.  Menaiki Waja buruk aku. Full wooo kereta aku. Kalau boleh bercakap, lama sudah bercakap kereta aku tu.





Aku si Mak Supir (driver la tu)






L-R : Uwak (Makcik aku paling Tua), Mak aku




Kazen aku bersama anak-anaknya






Makcik Mun, Makcik aku yang tinggal di Labuan tu.






Gambar tambahan:







Mikail yang baru lepas nangis sebab mau LOWIIIIII a.k.a LORI. Sebenarnya dia ternampak basikal di kedai  tempat kami parking kereta tu. Sibuk dia mau LOWI LOWI LOWI. Lucu jugak kan tapi cute pulak dia sebut LOWI tu.






p/s Time ni aku haus banget rasa macam mau sepiring lagi...ha ha ha

09 May 2011

Pondan Vs Pengkid

Assalamualaikum ^___^






Pondan (juga dikenali sebagai Mak NyahBapukDarai,Sama Species) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual.










Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.[1].Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka. 



Sumber En.Google & Cik Wiki




Wah!! Baikkkkkkkkk punya intro kan. Sekadar untuk dikongsikan. Sebenarnya aku mau cerita pasal pengkid dan pondan ni. Sabtu lepas, sebelah petang, aku pergi round-round bandar cari shawls untuk baju-baju  yang aku mau pakai untuk majlis kahwin adik aku.



 Lepas penat round-round satu bandar, aku dan Ninong (kawan aku la ni ), kami pergi la pekena ABC di tempat yang memang popular dengan ABC nya di Tawau ni. Saja lepak-lepak. Masa kami sampai tu, di meja depan meja kami ni ada sekumpulan PONDAN. Kesian jugak aku tengok budak-budak tu. Kalau tengok betul-betul, aku rasa diorang tu budak sekolah lagi. Satu orang tu, serius, BURUK GILA! Muka jantan tapi ada hati mau jadi ponda. Yang satu orang pulak, muka kalau jadi jantan, aku rasa hensem la jugak. Yang satu tu pulak lagi lawak, siap cover halkum dengan Mafla. Apa kah bodohnya panas-panas bermafla segala. 




Sepanjang masa lepak-lepak dan minum-minum tu, mata aku ndak lepas dari tengok gelagat diorang. Siap ambil-ambil gambar segala. Oh! Memang Gila. Please la. 




Tengah sedap tengok gelagat pondan-pondan tu, tiba-tiba datang lagi sekumpulan manusia. 2 orang perempuan dan satu orang PEREMPUAN BERLAGAK MACAM LELAKI a.k.a PENGKID!!!!!! Oh! Memang Gila la kan. Yang meja depan yang LELAKI mau jadi PEREMPUAN. Yang meja sebalah kami pulak yang PEREMPUAN pulak mau jadi LELAKI!  Nah. Ngam la sudah ni. Ni la dunia. Semua orang pun ndak pandai puas dengan apa yang ALLAH bagi. 




Yang LELAKI mau jadi PEREMPUAN tapi masa becakap keluar suara JANTAN. Yang PEREMPUAN mau belagak macho tapi keluar ketawa suara PEREMPUAN. Adui! Memang memalukan la. Dunia-dunia. Habis jak minum aku ajak Ninong balik. Makin lama lepak sana makin pelbagai ragam manusia akan di jumpai.




Kadang-kadang aku hairan, kenapa ada manusia yang suka melawan takdir ALLAH. Dijadikan sebagai lelaki tetapi mau jadi perempuan. Yang perempuan pulak sudah cantik-cantik ciptaan ALLAH ciptakan dia menjadi seorang perempuan, tiba-tiba berlagak seperti lelaki.  Bertukarlah menjadi jantina berlawanan.Tukar la cara pemakaian, tetap akan ada yang kurang. Tetap ada yang tidak dapat diubah ciptaan ALLAH S.W.T sebagai contoh:










 p/s Sesungguhnya, ciptaan Allah jugak yang terbaik



p/s/s aku join blog list Enchik Nine.