23 April 2012

Aku dan Tudung Bawal


Sekarang ni fesyen bertudung segiempat a.k.a square hijabs ni kini kembali kan. Biasalah fesyen. Pusing-pusing, yang lama kembali jugak.

Aku ni bukanlah hantu fesyen (macam selalu aku cakap), tapi kadang-kadang, mau jugak aku mencuba kunun fesyen-fesyen terkini ni. 

Aku ingat lagi, masa zaman study-study, aku manalah kenal istilah 'selendang' a.k.a 'shawl' ni. Seingat aku, aku mula berjinak-jinak dengan shawl ni time kerja di WCT. Masa tu setengah matilah jugak mencari shawl.Habis aku round satu KK. Time tu yang ada pun agak mahal. Selendang chiffon yang sekarang harga dalam RM8-10 time tu di KK jual RM20. Ish. Ndak berbaloi la pulak kan. Aku pesan shawl yang banyak sama adik aku time adik aku pegi KL that time. Sekali borong 10 helai. Kesian bah dulu-dulu. Mana pandai aku shopping-shopping online ni. Nah sekarang, semuanya di hujung jari jak.

Balik pada cerita bawal ni, aku ingat lagi zaman study-study, tudung segiempat ni lah yang kami pakai. Kemana saja. Time kelas, time keluar. Paling wajib, setiap satu orang mesti ada tudung putih. TIme tu tudung bawal yang ada batu tu memang popular. Aku selalu beli dari kawan yang asal kelantan. Tiap kali dia balik cuti, aku mesti pesan tudung. Kira dia bisnes jugak lah. TIme tu aku ingat lagi, tudung bawal yang ada batu keliling tu hariga dia RM30-RM35. Time study, RM 35 tu agak mahal ya. Time dapat PTPTN baru beli tudung. Bukan macam budak sekarang, semua benda senang dapat.


Ini gambar masa zaman stud-study. Time ni Eda Suhaili gemuk lagi. Sekarang dia sudah slim woo.
Tudung hijau yang aku pakai tu, aku lupa aku beli mana. Tapi time tu kain tudung corak-corak gitu, kain licin. Susah gila mau bentuk. Kadang-kadang bikin muka tambah tembam. Sudahlah dulu aku tembam semacam. ish ish ish.





Sekarang ni, fesyen berSquare Hijabs ni kembali lagi, walaupun, ada orang yang dari dulu lebih selesa mengenakan square hijabs ni, tapi lately makin menjadi-jadi. Banyak fesyen yang dikeluarkan. Siap ada bunga ros lagi keliling tudung. Tapi harga bapak mahal. RM 35-50. Ish. Sekarang ni aku mana pakai tudung mahal-mahal. Kalau belas-belas tu aku mampu lah. \\(^___^)//


Sebagai tokey tudung, aku sudah pasti mempunyai koleksi tudung bawal/square hijabs yang tersendiri. Tiap kali datang design baru, sudah pasti aku rembat satu. Kira untuk promosi kepada orang luar lah. 






























Kepada yang berminat dengan tudung bawal printed ni, boleh lah jenguk-jenguk e-shop aku ya...






Hadiah Untuk Diri Sendiri

Yehuuuu!!!! oppss... Assalamualaikum blogku. Lama ndak menconteng ke muka mu kan. Arghh. Mimpi apakah aku hari ini sampaikan tergerak hati mau check blog aku *sambil sapu-sapu habuk*.



Kesian jugak aku dengan blog ini sebenarnya. Percuma sahaja ada domain sendiri tapi jarang sekali terupdatekan oleh tuannya. Lagi-lagi semenjak tuannya mempunya e-shop. Tambah terabaikan. Oh ya, girls semua, especially around TAWAU, sesiapa berminat dengan tudung-tudung bolehlah jenguk-jenguk my e-shop. mana tau berkenan. Klik saja link ini KIKI e-SHOP.



Setelah hampir beberapa bulan menjalankan aktiviti jual beli ini, aku tiba-tiba merasakan, aku tidak pernah lagi memberikan hadiah kepada diri sendiri atas usaha yang aku lakukan. Kira macam reward lah. Dan atas dasar itulah tadi, aku telah membelanjakan diriku dengan beberapa pasang dress. Hah baca betul-betul, DRESS!!!!!! Mimpi apa aku pun ndak tau lah. Tiba-tiba mau berdress bagai. Kita tunggu dan lihat lah macam mana. (^__^). Trend kunun pakai maxi dress ni. Aku ni bukanlah gila fesyen yang melampau-lampau. Tapi sesekali ikut jugak lah fesyen *KUNUN*. Walaupun belum gaji, tapi tidak mengapa, duit untuk pembelian baju-baju tadi akan diganti semula bila mendapat gaji bulan ini. Duit bisnes??? oh tidak. Bisnes tetap bisnes. Hal peribadi mesti asingkan barulah maju bisnes.



Nah apa sudah aku melalut tu. Entahlah. Asal terlepas rindu untuk memblogging cukuplah walaupun bahasa agak tunggang langgang. But who cares kan. This is my personal blog. Aku yang bayar domain ni. So suka hati aku lah mau taip apa pun. kan..kan..kan..



Oh ya. Sejak aku curang pada nuffnang hari tu, sejak Glitterati aku dicabut balik, aku beralih arah. Tetapi kini aku sudah kembali. Walaupun ketika aku kembali itu, aku belum mendapat kembali keahlian GLITTERATI aku tu. Tapi tadi, aku tergerak hati untuk bukan account nuffnang aku dan aku tersenyum bila membership itu dapat kembali. Ini membuatkan aku makin semangat melalut dalam blog ni. Ndak apalah kalau orang ndak mau baca pun. Yang penting itu sudah cukup buat aku semangat untuk terus menaip/melalut/meluah diblog ini.




Apa lagi aku mau mengarut di entri pertama untuk APRIL 2012 yang bakal berakhir beberapa hari lagi. Tapi kira oklah. Sebulan jak pun ndak update apa-apa. Biasanya berbulan-bulan. he he he.




Oh ya lupa mau bagi tau, ini hari ke-5 aku menelan Collagen Premium Catalyst. Dalam usaha mencantikkan kulit muka menjadi ala-ala Korean gitu. Kepada yang berminat dengan porduk CATALYST , especially orang-orang Tawau, aku merupakan ajen sah Catalyst ok.Boleh PM aku di FB e-shop tu kalau ingin membuat tempahan.No ajen belum dapat dari Catalyst lagi he he he.


Hasil selepas seminggu nanti akan aku updatekan. Tapi so far aku rasa aku makin putih *PERASAN*.



Jam sudah menunjukkan pukul 00.49 23/04/12. Sudah masa untuk tidur. Bye-bye for now.



MIMPI INDAH SEMUA!!!