25 May 2011

Ubat Turun Bengkak????????


Assalamualaikum ^___^,



Selamat tengahari semua. Hurrm... baru lepas makan ubat. Entah kenapa dari semalam rasa ndak sedap badan. Badan rasa panas . Tekak dari 2 hari lepas lagi rasa macam sakit bila menelan. Semua ni rasanya disebabkan minum kopi Pearl Kacip Fatimah tu. Minuman tu kan panas. Sepatutnya, bila lepas minum benda tu kena minum banyak air kosong. Tapi aku lupa. Akibatnya, badan rasa panas. Lagi-lagi dengan cuaca sekarang yang tersangat panas ni.Kesannya, aku demam, selsema dan batuk.



Tadi pergi klinik panel. Aku just pergi mintak ubat. Malas mau jumpa doktor. Sebab kalau jumpa pun, dia tetap jugak akan bagi aku ubat yang sama. So aku just mintak ubat la. Bukan itu yang aku mau cerita sangat. Aku mau cerita pasal kecuaian nurse di klinik tadi. Entahlah, bolehkah aku kategorikan ini sebagai kecuaian. Aku mintak dengan nurse tu ubat DEMAM,SELSEMA dan UBAT BATUK. So, nurse tu pun pergilah ambil di bilik ubat.Sementara menunggu tu aku pergi tandas (ini pun mau cerita ka). So, macam biasa la, bila nurse bagi ubat, dia akan explain la kan... ubat ni bla bla bla, ubat ni bla bla bla, dan yang last aku tengok di bungkusan ubat tu tertulis "TURUN BENGKAK". Dalam hati aku tertanya jugak. Apa yang bengkak. Mau cakap ubat batuk, dia sudah bagi. lagipun batuk aku bukan teruk pun. Belum sampai tahap BENGKAK lagi pun leher aku ni. So aku tanya dia:


AKU: Ubat turun bengkak ni untuk apa ya???

Nurse: blurrrrrrrrrrrrrr!!! 


Dia sendiri blur. Rupa-rupanya dia salah bagi. OH!MEMANG GILA! Nasib baik aku tanya. Maunya aku jenis main bantai ambik jak jak. Adoi! Bahaya la wei kalau selalu begini. Bagi aku, nurse ndak boleh buat silap. Ndak boleh salah bagi ubat. Sebab ubat-ubatan ni melibatkan nyawa manusia. Itu nasib baik aku yang tau membaca ni. Macam mana kena dengan orang tua yang rabun dan buta huruf. Maunya bertambah pendek umur orang tua tu.






So, sebagai kesimpulannya, aku sarankan, sesiapa yang pergi klinik atau hospital, kena check ubat-ubat yang nurse² tu bagi. Takut salah bagi. Yang kita ni pun asal doktok bagi, terus la mau makan. Macam la semua ubat doktor-doktro tu bagus. Hahaha..aku ni pandai la kan menasihat, yang aku ni pun pergi jugak klinik tu. Ini pun sebab sabtu ni ada majlis kahwin adik aku. So aku mau cepat sembuh. Kalau ikutkan aku, kalau setakat selsema sikit-sikit, batuk dan demam ni, aku tunggu jak dia baik sendiri. Mampus la ambil masa pun. Lagipun sekarang ni biaya perubatan bukan murah. Sekali pergi klinik maunya 50-60 ringgit. Padahal baru ambek ubat deman, batuk dan selsema. Aku tau la kompeni yang bayar. Masalahnya kompeni ni bapak aku punya. So, ndak boleh la terlampau membazirkan wang bapak aku kan. ha ha ha.






p/s tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Penipu plak nurse ni dia cakap tu ubat batuk ndak bikin mengantuk!!!


Pertama Kali Aku Masak Spaghetti

Assalamualaikum ^___^,



Hari ini buat pertama kalinya aku buat Spaghetti. ha ha ha! Rasa lawak jugak. Tidak ada niat mau ambil gambar pun. Malu. Aku bukan teror sangat bab masak-masak ni. Ni pun saja-saja masak. Bahan-bahan sudah berminggu aku beli. Cumanya mood mau masak tu yang susah datang. Tapi pagi tadi, selepas jemur baju, tiba-tiba aku macam terkena kejutan letrik, pergi ke peti ais, keluarkan apa yang patut.





Dan hasilnya adalah...












Aku rasa buat first timer macam aku, not bad la jugak rasa dia. Cuma, aku rasa, kalau aku goreng meat ball tu lagi sedap kali. Yang ni aku rebus untuk tujuan keselamatan.Yalah, pepagi buta makan makanan bergoreng. Bahaya woooo!!! 





Tapi rupanya, makanan berlemak jugak yang sedap kan. Bila aku rebus meat ball ni, bau daging tu terserlah. So membuatkan orang yang makan cepat muak. Termasuk aku. So, untuk next project, aku mau cuba guna mince beef ramli pulak. Atau paling tidak pun aku mau goreng meat ball tu tapi entah bila baru aku datang rajin macam hari ni. Kita tunggu dan lihat jak la nanti ya.





p/s mimpi hantu semalam...tu yang tiba-tiba rajin memasak hari ni. Kalah orang putih weiii aku breakfast spaghetti.