Assalamualaikum semua. Selamat Pagi. Wahhh!! Rajin aku update blog pagi ni kan kan kan. Memang la rajin kalau pakai phone. Hehehe.
Kemarin ndak sempat pun update blog. Penat. Ada kerja luar daerah kelmarin. Kena pergi ke Litang Estate (Lahad Datu) untuk hantar gaji driver lori. Kesian jugak diorang. Lepas raya baru dapat gaji. Apa boleh buat, malang ndak berbau. Sebenarnya, supervisor aku sepatutnya hantar gaji diorang Jumaat lepas. Yalahkan, ahad lepas kan raya, so kenalah bagi sebelum raya. Kesian pulak orang mau beraya kan. Tapi macam aku cakap tadi, malang tu tidak berbau. Supervisor aku dirompak semasa dalam perjalanan ke sana. Entah lah silap siapa. Silap SV aku kali jugak. Sedah dipesan berkali-kali, sesiapa pun yang menahan ditengah jalan dan mintak pertolongan, jangan tolong. Bukan jahat ataupun kedekut. Tapi Lahad Datu memang terkenal dengan mundu aka perompak macam tu. Pura-pura menahan, konon-konon bini dia sakit. Mau tumpang masuk ke kawasan estate. Separuh jalan, dia suruh berehenti, lepastu acu pisau. Sv aku sendiri. Ndak boleh buat apa lah. The habis kena rompak semua duit gaii pekerja di Litang. Hari tu hari Jumaat petang. Aku dapat tau pun time tu sudah hari sabtu. Bank tutup . Kesian jugak dengan diorang, tapi apa boleh buat. Bukan kehendak kita pun. So, terpaksalah aku pergi kelmarin bersama sv aku. Tapi aku pergi awal pagi buta sebabnya, menurut bapak aku, perompak2 tu cuma berani buat kerja2 merompak tu pada waktu petang sebab waktu macam tu ndak banyak kenderaan yang lalu lalang. So berani lah diorang buat. Tapi sumpah aku cakap, memang sakit gila badan aku tiap kali pergi ke sana. Biasalah jalan estate. Faham2 lah kan sebab tu ndak sempat update apa2 pun kemarin. Sampai rumah lebih kurang 4.30 petang. Lepas tu aku lapar, ajak si Ninong pergi makan keropok lekor. Malam keluar makan ngan parents aku. Balik langsung tertidur. Penattt!!!
Berbalik kepada tajuk entri aku, aku sebenarnya dari dulu confuse. Boleh ka tidak potong kuku time period/haid. Banyak pendapat sudah aku dengar. Ada cakap boleh. Ada cakap tidak. Ada cakap boleh tapi waktu manddi bersih tu kena bawak kuku sekali. Aku pun pening. Aku ni sudahlah spesis manusia yang paling ndak boleh berkuku panjang. Tension jugak. Kadang2, sebelum sampai masa aku period, aku memang potong awal2 kuku aku sebab yalah, time period ndak boleh kononnya potong kuku, matilah. Ndak selesa bah kalau kuku panjang ni. Tapi lepas ni aku rasa aku ndak perlu risau lagi. Sebab aku sudah dapat kesahihan. Boleh atau tidak potong kuku time period. Jawapannya boleh. Thanks Imam Muda Ashraf.. Bawah ni adalah beberapa bukti. So ndak lag aku ragu2 lagi. Lepas ni bolehlah aku potong kuku sebab sekarang ni pun tengah period dan kuku tengah panjang. Ndak selesa betul!!!
Sampai sini dulu. Mau siap2 p kerja.
Byeee
Loveđź’— !
10 November 2011
08 November 2011
Back to Basic!
Assalamualaikum...
Apa kabar semua? Lama rasanya tidak mengupdate blog ni. Mood menulis hilang. *as usual*. Entah mimpi apa hari ni TERrajin pulak membuka blog. Rindu jugak sebenanrya. Busy bertwitter sampai mood untuk update blog pu hilang. Semoga selepas ni mood akan sentiasa hadir. Insyallah.
Hurmm... kembali ke tajuk entri, apa yang back to basicnya??? Actually, mau bagitau ni, hari ni aku pakai tudung bawal. YES! no more shawls for today. Tiba² mood memakai bawal datang. Semua ni terinspirasi dari cerita PARA PENCARI TUHAN JILID 5. Selain dari jalan ceritanya yang best, aku selalu tengok fesyen² tudung di Indonesia tu. Sekali sekala mencuba best jugak. Bosan jugak dengan fesyen shawls ni. Nasib baik belum sedekahkan lagi tudung² bawal yang selalu pakai masa zaman belajar dulu. Bolehlah dipakai balik.Ubah selera kata orang. Kalau dilihat sekali, ada jugak macam minah indon muka aku ni. Ha Ha Ha.
Salah seorang pelako Para Pencari Tuhan. Next time mau buat fesyen gini pulak. :D
Terinspirasi dari sini jugak
Hasilnya...........
Dalam cerita PPT tu, aku paling suka tengok fesyen si Zaskia Adya Mecca. Lawa² cara dia pakai. Maybe ngam dengan bentuk muka dia kali kan. Lagi-lagi, gadis Indon ni kulit diorang memang SUPERB. Aku try google gambar dia pakai bawak with lace inner tapi ndak jumpa. Tapi hasil dari google, aku jumpa beberapa pic dia. Memang lawa la. Sekali tengok muka dia ni macam BUNGA CITRA LESTARI SINCLAIR pun ada. Entah lah ada kaitan ka ndak. Tapi memang lawa la dia ni. Suka tengok.
Lawa kan dia ni. I likeeeeeeeeeeee...
p/s Besok try fesyen lain lagi. Minggu ni minggu mengenakan bawal. *kalau rajin*
Tata!
Subscribe to:
Posts (Atom)











