Showing posts with label Lelaki seksi. Show all posts
Showing posts with label Lelaki seksi. Show all posts

20 May 2011

Siapa Cakap Bentuk Badan Lelaki Tidak Penting????

Assalamualaikum ^___^,



Hurmm.. kebiasaannya kita dengar, LELAKI saja yang bercakap pasal tubuh badan perempaun. Bini gemuk sikit, bising! GF gemuk sikit bising!! Lelaki paling suka tengok wanita yang ramping dan seksi. Part yang paling lelaki suka adalah bahagian payudara dan punggung perempuan.Konon-konon dua benda ni mampu menaikkan ghairah mereka. PERGHHHHH!!!!! Tapi kadang-kadang lelaki terlupa yang tubuh badan lelaki juga penting untuk menaikkan ghairah perempuan terutamanya si isteri bagi yang sudah berkahwin. Sumber dari Mingguan Wanita menyatakan ada 8 bahagian tubuh badan lelaki yang mampu pancing ghairah perempuan dan para isteri dan sedikit ulasan dari tentangnya.





♥ DADA YANG BIDANG 
Daya tarikan lelaki dan wanita itu biasanya sama. Kalau lelaki tertarik untuk melihat dada perempuan begitu jugak sebaliknya. Biasanya dada lelaki yang bidang dan sasa menjadi impian sebahagagian besar kaum wanita.



♥ PERUT YANG RATA
Perut yang rata mampu menaikkan ghairah wanita ketika mengadakan hubungan sulit (dinyatakan di MW bukan aku yang cakap). Say no to PERUT BOROI!!



♥ LENGAN BEROTOT
Lengan yang suka dilihat oleh wanita bukanlah seperti lengan ahli bina badan yang berurat dan berketul sebab ada wanita yang takut dan geli melihatnya (macam aku la). Sebaliknya lengan lelaki yang didambakan cukup sekadar berotot, tampak kuat dan tidak lembik.



♥ BAHU TEGAP
Berdasarkan kajuan pendidikan seks di Britain, ramai wanita mengatakan, bahu lelaki yang lebar dan tegap merupakan salah satu kriteria keseksian kaum lelaki



♥ BIBIR YANG SEKSI
Bentuk bibir yang indah mungkin berbeza mengikut pandangan wanita. Ada yang merasakan bibir merah dan nipis sebahai seksi dan ada juga yang berasakan lelaki yang memiliki bibir tebal tampak cukup menarik.



♥ JARI JEMARI YANG BERSIH
Haiyo.. yang ini bukan fakta dari MW. Ini aku sendiri yang cakap. " LELAKI BERKUKU PANJANG DAN KOTOR ADALAH PENGOTOR" . So please ya wahai lelaki-lelaki sedunia, sila bersihkan kuku anda sebelum keluar dating!!



♥ UKURAN ALAT SULIT
Ukurannya tidak dinyatakan secara spesifik!!!



♥ PUNGGUNG YANG MANTAP
Keseksian lelaki juga dilihat daripada punggungnya. Kaum wanita cukup senang melihat punggung lelaki yang mantap.






dan gambar dibawah ini adalah idola En. Boipren merangkap BF no 2 aku...opssss!!!





SCOTT HERMAN!!!




Bawah ni ada beberapa video tutorial dari BF no 2 aku ni. So, kepada lelaki-lelaki yang ingin mendapatkan tubuh seperti BF aku ini sila la rajin-rajin workout ok.


Enjoy!!!


1. Workout untuk mendapatkan dada yang bidang




2. Workout untuk mendapatkan bahu yang tegap







Untuk yang selebihnya bolehlah pergi ke youtube SCOTT HERMAN!!! (siap promot untuk SH lagi kan.. betul-betul aku ni macam GF dia pulak...PERASAN!!)




p/s syukur en.boipren ndak boroi...tapi masalahnya sekarang aku ni yang ndak pandai mau kurus-kurus. SIGHHH!!

18 April 2011

Orang Cakap Teh Boleh Buang Lemak, Betul kah???


Hari sabtu lepas, time pergi gym, aku ada sembang-sembang dengan seorang kawan (lelaki). Dia cerita la dulu badan dia sudah jadi. Maksud aku jadi tu, badan dia sudah ada muscle. Bukan la macam ahli bina badan tu tapi dalam kategori LELAKI SEKSI la. Selama ni aku ingatkan perempuan jak yang sibuk jaga badan, rupa-rupanya lelaki pun sama. So, dipendekkan cerita, si kawan aku ni pun cerita la, dulu-dulu badan dia sudah jadi. But, since dia kerja, dia jarang workout dan penyebab utama badan dia kurus balik adalah disebabkan dia selalu MINUM TEH. Baru aku tau, lelaki yang workout ni jarang minum teh sebab boleh menyebabkan badan diorang ndak jadi. Tapi paling best dia cakap " hah! kalau macam kau ni, kalau mau cepat turun badan, rajin-rajin la minum teh" erkkkkkk... malu plak aku. Tau la aku chubby. Tapi cute ok. ha! ha! ha! *perasan*

Lelaki Seksi - Hiasan semata-mata. Entah sapa ntah ni.

Lelaki seksa. Sumpah aku takut kalau dapat
laki badan macam ni.


Dipendekkan cerita lagi, bermula dari hari tu aku pun sibuk la minum teh. Beriya benar mau kurus kan. Entahnya, dari tahun lepas, eh tahun sebelum tahun lepas lagi, eh dari dulu lagi, beriya benarlah kan mau diet. Mau kurus. Tapi at last HAMPEH! Ndak pun kurus-kurus sampai sekarang. Hangat-hangat tahi ayam jak tu. Paling tahan aku diet pun seminggu dua jak. Lepas tu, mampus la.Janji aku kenyang. LOL!


Tadi, atas dasar semangat hangat-hangat tahi ayam, aku pun google la kelebihan teh. Apa yang aku jumpa adalah:


1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser


Hah! Nampak tu yang highlight tu. Happy aku baca no 7 tu. Dan sekali lagi atas dasar semangat hangat-hangat tahi ayam tu jugak, hari ini aku ke opis berbekalkan sebotol air teh o kurang gula.




Aku pun ndak sure la keberkesanannya. Sebenarnya dari dulu lagi aku tau benda ni. Cumanya aku saja yang malas. Bukan apa, aku sensitif minum teh ni. Pandai berangin badan. Tapi, demi untuk kurus, aku try jak la. Kan demi untuk kurus apa pun aku lakukan. Main gym sampai pitam-pitam boleh plak kan. Ndakkan setakat minum teh o ndak boleh. 


Harap-harap bila kurus nanti aku dapat perut macam minah bawah ni. Ha ha ha! Lucu. Gambar bawah ni aku dapat dari FB seorang kawan. Siap tag aku  la. " OTROMEN RINA, BILA NAK DAPAT PERUT MACAM NI?" ... Oh Mak Kau! Perut macam gini. Adui, dalam mimpi la agakanya kan. Baru gym sejam lebih sudah mau pitam. Silap haribulan kalau paksa diri sampai dapat perut macam ni bukan lagi pitam, silap-silap boleh mati aku dikerjakan.





P/S breakfast biskut + ndak makan nasi + minum teh, agak-agak boleh kurus ka???


P/S/S Kesian en. boipren, seminggu sakit badan dah jatuh.Kan ndak seksi sudah...